HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 TUTORIAL KE13 PENSYARAH CIK
HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106) TUTORIAL KE-13 PENSYARAH: CIK NOOR HASIAH SULAIMAN
HASIL KERJA:
PADA PANDANGAN ANDA SEJAUHMANAKAH MASYARAKAT DAN KERAJAAN MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK?
Peranan Masyarakat RUKUN TETANGGA PROGRAM DI ISTITUT PENGAJIAN TINGGI RUMAH TERBUKA PENERIMAAN BUDAYA
RUKUN TETANGGA • Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 bertujuan membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatn kawasan kediaman. • Skim ini dijalankan berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan (Rukun Tetangga 1975) • Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara.
• Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan dia antara rakyat dengan pelbagai keturunan, adat dan budaya. • Kini pelbagai aktiviti rukun tetangga seperti ceramah, kempen kesihatan, lawatan ke rumah orang tua, kelas seni kraf tangan telah diadakan.
Rumah Terbuka • Dari sekecil-kecil rumah terbuka yang dirancang oleh sesebuah keluarga hingga sebesar-besar rumah terbuka yang diaturkan oleh ketua jabatan. • Kepentingan rumah terbuka merupakan galakan yang mewujudkan hubungan yang baik antara jiran-jiran terutama jiran yang berlainan etnik. • Rumah terbuka berperanan dalam mengekalkan keharmonian hubungan etnik dengan cara sesuatu etnik menjaga sensitiviti etnik yang lain. • Hal ini menunjukkan perasaan mengambil berat dan kefahaman tentang budaya sesuatu etnik. • Amalan ini juga membuktikan integrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.
Penerimaan Budaya • Budaya berperanan dalam menjamin keharmonian hubungan etnik berlainan memahami dan cuba menyerap budaya etnik lain disebabkan kebudayaan setiap etnik berbeza-beza. • Kawasan-kawasan petempatan juga tidak lagi hanya untuk sesuatu etnik, tetapi sesuatu petempatan itu boleh didiami oleh semua etnik.
PROGRAM DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) • Galakan daripada pihak pentadbiran terutama bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan mengadakan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Cth : sambutan Hari Raya juga melibatkan semua siswa termasuk yang bukan Melayu. • Kepimpinan juga tidak memilih sesuatu etnik. Hal ini demikian, semua etnik boleh menganggotai Jwatankuasa Perwakilan Pelajar dan semua etnik boleh memimpin sesebuah persatuan yang ditubuhkan institusi.
• Kandungan kursus menjurus kepada aspek pendidikan yang harmonis dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilainilai rohani dan budaya yang terdapat dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Aasia serta Hubungan Etnik perlu ditekankan supaya nilai-nilai ini akan meninggikan keperibadian yang dapat menyatupadukan generasi muda.
• Berpesatuan dan khidmat masyarakat juga dapat mendekatkan mahasiswa dengan etnik melalui tugasan-tugasan yang diberi seperti bergotong-royong dan melawat kampung-kampung. • Kewujudan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara dan galakan melalui pemberian sedikit inisiatif kepada mahasiswa yang menyertai kelab-kelab ini oleh pihak pentadbir.
GAGASAN 1 MALAYSIA PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA KERAJAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) DASAR-DASAR KERAJAAN
1 Malaysia merupakan konsep yang menjadi pegangan rakyat Malaysia pada masa kini. GAGASAN 1 MALAYSIA Konsep seperti ini mampu menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam diri rakyat Malaysia. 1 Malaysia ini merujuk kepada konsep bahawasanya semua kaum di Malaysia adalah satu bangsa Malaysia yang sama dan tiada bezanya.
PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA -ditubuhkan pada tahun 1969 -tujuan: menangani isu-isu perkauman. -terletak di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan pembangunan Masyarakat. -bertanggungjawab terhadap lima perkara: • Hubungan Kaum • Program Perpaduan Negara • Penyelidikan Etno-Sosial • Rukun Tetangga • Integrasi Negara
- Diperkenalkan pada tahun 1976. - Program pendidikan Prasekolah yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur 5 -6 tahun. - Dibuka di Taman-taman Perumahan, kawasan pinggir bandar (kampung-kampung). * Tujuan: mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka.
-diperkenalkan pada tahun 1975 -Satu langkah yang membolehkan rakyat mengawal sendiri serta menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. - Memberi penekanan kepada konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. - Peranan diperluaskan dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat terus kekal.
-- bertujuan untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berdisiplin. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA - Untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta akan negara berlandaskan pemupukan semangat patriotisme serta jalinan integrasi nasional yang harmonis. - Usaha mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat berterusan dan kekal utuh. - Menyatupadukan generasi muda yang berbeza latar belakang dan keturunan , dengan hasrat dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, yakin diri dan dilengkapi sikap luhur yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dugaan.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN RUKUN NEGARA DASAR EKONOMI BARU DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN WAWASAN 2020 DASAR WAWASAN NEGARA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
• Ideologi negara yang bertujuan untuk meningkatkan semangat dan fahaman nasionalisme dan mengekalkan identiti rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Kepercayaa n kepada Tuhan Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara Kedaulatan Undangundang Keluhuran Perlembagaan
• Meliputi Rancangan Malaysia Pertama hingga kelima. • Teras: membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dalam rangka “Pertumbuhan dan Pengagihan” • Penyusunan semula masyarakat. * Pemodenan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran. * Meningkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar. * Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam milikan modal dan harta syarikat. * Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera. * Memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui agensi wilayah seperti KEJORA, KEDA, KESEDAR dan KETENGAH.
• • • Meliputi Rancangan Malaysia ke 6 -ke 7 Teras pembasmian termiskin, kemiskinan relatif dan mewujudkan MPPB, meningkatkan penglibatan swasta dalam penyusunan masyarakat dan pembangunan sumber manusia. Strategi untuk menjadikan Malaysia mencapai taraf negara maju dalam semua segi. Menekankan perpaduan negara kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan kestabilan politik dan sosial dan mengekalkan pembangunan ekonomi. Mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek: * mewujudkan keseimbangan optimum dalam ekonomi. * menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara. * mewujudkan tenaga kerja yang produktif. * menjadikan sains dan teknologi sebagai aspek penting. * membangunkan sebuah masyarakat yang progresif – rakyat menikmati kesejahteraan hidup.
- meliputi Rancangan Malaysia ke 8 -ke 9. -membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan- K-ekonomi. - Menjana pertumbuhan didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan. - Penerapan pengetahuan tinggi dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. - Membasmi kemiskinan terpencil dan meningkatkan kualiti hidup 30% terendah. *Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor utama. *Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi. *Mengekalkan pertumbuhan ekonomi tinggi. *Mewujudkan masyarakat saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan.
• Menjelang tahun 2020: Malaysia haruslah menjadi negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ” OBJEKTIF: *Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. *Menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja. *Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN • Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. (merangkumi Malaysia, Indonesia, Kemboja, Thailand, Brunei, Singapura, Filipina serta kepulauan-kepulauan selatan pasifik. • Unsur-unsur kebudayaan lain yang bersesuaian dan wajar diterima. • Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. OBJEKTIF *Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. * Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. * Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
- Slides: 26