http www facebook comgroup php gid106573919377333 Ada orang
http: //www. facebook. com/#!/group. php? gid=106573919377333
Ada orang tercari 2 manakah jemaah yang mereka perlu ikut untuk membawa mereka ke syurga. . . saya kata syurga itu ada dalam diri kamu. . . Itulah taqwa. . . peliharalah ia di mana 2, bila 2 masa. . . gabungkan diri kamu dikalangan orang 2 yang bertaqwa seperti insan yang sentiasa berulang-alik ke masjid. . . bentuklah jemaah dikala. . . ngan mereka, dirikanlah syariat Islam dan laksanakan perjuangan Islam bersama mereka. .
Ya Allah. . . Engkau mengetahui ranjau 2 perjalanan hidupku sekarang dan akan datang. . . Permudahkan dan peliharalah aku. . . Masukkanlah aku ke dalam syurga. Mu. .
Aku merasakan kesalahanku semakin bertambah bila Allah menambah ilmuku, namun gagal aku manafaatkannya dan mengajarkan kepada orang lain. . . bila Allah menambah nikmat. Nya namun aku gagal membalasnya. . . bila Allah menambah usiaku, namun bakti dan pengorbananku kepada agamanya tidak bertambah. . .
ada orang yang berputus asa daripada berdoa memohon sesuatu dari allah kerana menyangka Allah tidak akan memperkenankan permohonannya. . padahal dia tidak pernah berdoa dan mengharap dari Allah. . kita tidak tahu bila masa doa kita amat mustajab. . Allah menunaikan permintaan hambanya dalam pelbagai bentuk, ditangguhkan atau disegerakan atau diberikan yang lebih baik daripada apa yang diminta. . atau diganjari di akhirat
Berbekallah. . . Dan sebaik 2 bekalan adalah taqwa. . . Rakan taqwa adalah taqarrub ila. Llah. . . Menghampiri diri kepada Allah. . Semudah 2 taqarrub adalah hati yang senitiasa mengingati dan berhubung dengan Allah. . . Seelok 2 tandanya ialah mendekatkan diri dengan masjid, majlis ilmu dan zikru. Llah. . .
If life begins at 40. . but ends at 41. . . Mampukah kita mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bekal bagi berkelana di alam sana? . . .
Kehidupan yang berjaya diakhiri oleh husnul khatimah. Di antara doa yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi dan perlu kita amalkan ialah "Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku dalam ketaatan kepada-Mu". Jelaslah di sini bahawa kita kena sentiasa mengawasi pasang surut iman disepanjang usia kita dan waktu yang diamanahkan Allah kepada kita disamping menjaga kesihatan bg melakukan ibadah kepada Nya. .
Dalam soal menyediakan bekalan akhirat ni, janganlah kita suka bertangguh-tangguh kerana banyak kerugiannya. Surah Ali Imran ayat 133 bermaksud: Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Rasulullah s. a. w. juga pernah bersabda: Dua nikmat yang manusia sering lalai dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
apabila kedut bertambah, disapukan krim. . . apabila badan lenguh 2 diamalkan supplement. . . begitulah manusia menunaikan hak badan apabila usia meningkat. . . kedut berkurang dan badan makin sihat, tapi usia tetap bertambah. . . oleh itu tambahlah iman, bagi meningkatkan darjat di akhirat. . .
Zuhud itu apabila seseorang yang mampu hidup dalam kemewahan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan kerana takut alpa kepada Allah. . bukan dikatakan zuhud seorang yang hidup dalam kepapaan tetapi hatinya tamak kepada kemewahan. .
Al-Quran diturunkan untuk dijadikan bahan tilawah ataupun sebagai panduan hidup? . . . Mengapa kita melahirkan ramai al-Hafiz yang tidak memahami apa yang dibacakan oleh mereka. . . Mampukah kelebihan ini memberikan kekuatan kepada umat Islam? . . .
Sang tikus mati bergelimpangan setelah memakan racun dengan lahapnya. . . Begitulah syaitan mengumpan manusia dengan melihat indah dunia ini dan lalai dengan perhiasannya sehingga manusia bermusuhan dan berbunuhan kerana berebut sesuatu yang tiada nilainya pada pandangan Allah. .
Sebesar 2 nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita ialah nikmat mengenali Allah sebagai Tuhan kita, Islam sebagai agama kita dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul kepada kita. . . Bagaimanakan membuktikan kesyukuran di atas nikmat yang besar ini. . . jadilah kita hamba Allah yang menghargai kurnia ini. . . Jadikanlah Islam sebagai pakaian kita dan menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. . .
Jadikanlah kita seorang pengembara yang menuju ke negeri akhirat. . . Berbekallah kita dan sebaik 2 bekalan adalah taqwa. . . Apabila kita sudah sampai ke gerbang akhirat, bergembiralah kita dengan bekalan 2 yang akan kita bawa sebagai hadiah kepada Raja negeri akhirat. . . Jangan kita tertipu membawa bunga 2 an yang telah layu. . . atau bekalan 2 yang kita tinggalkan di pintu gerbang tersebut. .
Rasululllah SAW meninggalkan umatnya dengan limpahan airmata kasih sayang. . . Kasihi umat baginda sebagai kasih kita kepada baginda. . . Jangan dipecah belahkan mereka, tinggikan darjat mereka, berjuang untuk mereka. . . Satukan mereka di atas satu wadah aqidah tauhid di mana sahaja mereka di atas muka bumi. . . Lindungi mereka walau dengan suatu pengakuan , aku orang islam atau secebis kalimah syahadah. . .
Setiap ujian susah senang, suka duka adalah perlaksanaan kehidupan kita yang telah dituliskan oleh Allah. . . bagaimana kita menghadapinya adalah cara kita berinteraksi dengan Allah. . Semoga kita termasuk dikalangan orang 2 yang menurut syariat Allah dan takut kepada Allah. . . Sesungguhnya takut kepada Allah itu adalah suatu kejayaan yang besar. . .
Kita cuma ada satu masalah utama dalam hidup ini. . . masalah lain adalah masalah cabang dan ranting. . . masalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berubudiyah kepada. Nya pada setiap masa. .
Jadilah kita seperti ikan dilaut. . . walau masin seluruh lautan, isinya tetap terasa segar. . . ia tidak terpengaruh dengan persekitarannya. . . begitulah pentingnya kita mempunyai ketahanan dalaman untuk kita tidak hanyut oleh kemungkaran yang melata. .
Terdapat sejenis manusia, mereka tidak dikenali penduduk bumi, tetapi terkenal dan disebut 2 oleh penduduk langit. . . Apabila Allah ingin menurunkan bala kerana kemungkaran manusia, Allah menangguhkannya kerana wajah 2 mereka. . . Berhati 2 lah dengan mereka kerana apabila mereka mengadah "Ya Allah. . " tiada hijab. . . antara mereka dengan Allah untuk diperkenankan permintaan mereka. .
Ia berkata, aku rumah yang sempit. . . luaskan ia dengan amalan yang banyak, ia berkata aku rumah yang sunyi, maka hiburkan ia dengan jiwa yang basah dengan mengingati Allah. . Ia berkata aku rumah yang gelap, sinarilah ia dengan cahaya daripada syurga yang telah dijanjikan untuk kita. . . Ia berkata aku tempat yang buntu. . . maka aliri ia dengan jariah yang berterusan daripada harta dan ilmu yang ditinggalkan. .
Alangkah indahnya memiliki kemerdekaan jiwa, bila jiwa tidak terkong, macam dunia ini ana yang punya. . . Itulah kelebihan orang yang beriman dengan Allah tanpa mensyirikkan. Nya. . kata Bilal. . Ahad!. . Maksudnya Allah Yang Satu. . . Inilah dia kemerdekaan jiwa dalam ertikata sebenar. . : D
Apa kisah orang label kita, orang kata kita, orang keji kita. . . Padahal yang menilai kita ialah Allah. . . yang mengangkat kedudukan kita ialah Allah. . . yang mengganjari kita ialah Allah. . . Yang penting Allah redha kita, kita redha Allah. . . kita pulang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. . .
Bila orang kata. . . Ah! dah bosan hidup. . . Aku bertanya tapi adakah kamu dah bersedia untuk mati? . .
Hari ini adalah hari untuk berbakti, beramal, berjihad. . . hari esok adalah hari bersukaria, berbahagia, bergembira. . . Jika hari ini berfoya 2, mengarut, lalai. . . hari esok akan menjadi hari sesalan, sengsara, miskin. . bersusah 2 di dunia, berbahagia di sana. . . berpuasa di sini, berbuka di sana. . .
Ramai orang yang mengimpikan syurga terperosok ke neraka kerana terlalu terburu 2 dengan memilih syurga dunia dan meninggalkan syurga akhirat. . Carilah syurga dunia yang membawa kebahagian di akhirat dengan hidup dalam taqwa di mana sahaja bila 2 masa, apa 2 keadaan. .
Berani menghadapi risiko. . positif dengan kegagalan dan musibah. . . memperhitungkan risiko dan bijak menanganinya. . . Ini semua sifat orang 2 yang beriman. . . Sifat 2 begini juga penting bagi seorang usahawan untuk berjaya. . .
Walaupun kita sentiasa merasakan hujah dan pendirian kita yang paling benar. . . kita tidak akan selalu benar. . . sebab kebenaran itu datang dari Allah. . . bukakanlah hati kita untuk menerima kebenaran. . . Jangan lihat siapa yang menyampaikan, lihat apa yang disampaikan. . .
Apabila ditanyakan kepada manusia di alam roh "Siapakah Tuhan kamu, mereka menjawab, Allah. . ". Manusia secara semulajadi dan nalurinya beriman kepada Allah, tetapi suasana telah mencorakkan hatinya menjadi beriman atau kufur. . . Biasakanlah diri kita dengan suasana/biah yang bertaqwa. . . carilah dan dekatilah kebenaran. . . dimana sahaja kita berada. . . Jangan kita menjadi orang 2 yang sombong. . .
Harta akan kita warisi kepada orang yang kita tinggalkan, kecuali amalan kita berkekalan menemani kita di alam sana. . . Apa yang kita Perolehi daripada harta adalah apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dan kita akan mewariskan pula kepada orang yang akan kita tinggalkan. . . Sebenarnya kita tidak akan menjadi pemilik mutlaq hanya pinjaman. . Apa yang kita akan miliki ialah amal baik dari harta tersebut. . .
Jangan kita jadi seumpama seorang yang membeli pakaian tentera dan memakaikan sendiri pelbagai pangkat pada baju sendiri. . . Yang menilai adalah Allah dan yang memberikan ganjaran adalah Allah walau sehebat mana diri kita pada pandangan kita. . .
Semua kita adalah pemimpin dan bertanggungjawab dengan apa yang kita pimpin. . Tapi jangan berebut menjadi pemimpin, berilah laluan kepada orang yang paling layak. . . berebutlah untuk bekerja dan berbakti pada apa jua jawatan kita. . kerana kita diberi ganjaran dengan apa yang telah kita lakukan. . .
Ada orang meninggalkan kebaikan kerana takut riak. Bolehkan riak dihapuskan dengan meninggalkan amal? . Sebenarnya riak boleh dihapuskan dengan memperbetulkan niat. Niat hanya boleh hadir dengan memperbetulkan matlamat hidupnhanya untuk Allah, tiada syirk padanya. . Matlamat hidup boleh disetkan dengan memahami siapa kita siapa Allah, apa dunia apa akhirat. . .
Takut itu adalah bacul. . . kecuali takut kepada Allah. . .
Apabila kita memandang saudara kita lihatlah kebaikannya, walaupun keburukannya lebih banyak. . . Apabila memandang diri kita lihat keburukan kita walaupun kebaikan lebih banyak. . Ianya akan memperbaiki diri kita dan menjadikan hati kita mulia. . .
Terdapat sejenis risau yang tidak Menyebabkan kita keluh kesah. . . risau keadaan umat Islam dan risau kerana takut kepada Allah. . . Semakin risau semakin datang ketenangan, hati merasa semakin bahagia. .
Apa 2 yang dilarang Allah itu adalah buruk untuk manusia dan apa 2 yang disuruh Allah itu adalah baik untuk manusia. . . meskipun Allah berkuasa membuat apa sahaja dan Allah tidak menyatakan alasan kepada semua suruhan dan larangan. Nya. . mengkaji adalah lebih baik untuk kita tetapi tidak semua yang kita kaji dapat dijangkau oleh akal kita yang terhad. . .
Siapa kata syurga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. . . "Sesungguhnya Allah membeli orang 2 mukmin jiwa dan hartanya untuk diberikannya syurga. . . " . . . berinfaqlah di jalan Allah, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. .
surah as- Saff ayat 9 -10: ﺍ ﺍ ﺍﻳ آﻭﺍ ﻯ ﺍ ﻧﻳﻡ ﺍ ﻳ ﻭ ﺍﻟـ ﻭ ﺍﻭ ﻱ ﻳ ﺍﻟـ ﺍﻡ ﻥﻧﻭ ﻧ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan Harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Apabila kita melalui jalanraya yang Bersimpang siur, kita tidak menggunakan Pertimbangan akal kita semata 2 untuk membuat keputusan walaupun kita seorang yang bijak. . Kita akan melihat sign board sebagai panduan kerana kita tahu orang yang membuat signboard itu juga membuat jalanraya. . . dan mereka lebih arif tentangnya. . . Tetapi apabila kita melalui perjalanan hidup kenapa kita meninggalkan panduan al-Quran. .
Saya bercita 2 ingin menjadi orang yang paling kaya di atas dunia ini. . . saya juga bercita 2 memiliki wanita yang paling cantik atas dunia ini. . . sebab itupun belum menyamai syurga yang paling rendah yang saya impikan. . . tapi, belum saya jumpai orang yang paling kaya yang bahagia dengan kekayaannya. . . belum saya jumpai orang yang paling cantik, memuaskan qalbu saya. .
Jihad dengan ekonomi. . . jangan tenggelam dengan ekonomi. . tak salah jadi kaya. . . kaya yang bertaqwa. . jangan jadi miskin yang kufur. . Islam suruh kita mengenali hakikat dunia bukan suruh kita meninggalkan dunia dan jadi malas. . .
Apa kata kita pakai tali pinggang keledar pun kerana Allah, demi menjaga hak badan kita terhadap kita. . Sekiranya tiada apa yang berlaku, kita terus diberikan pahala di atas niat kita yang ikhlas. . .
Biar aku teraba 2 dalam kejahilan mencari kebenaran. . . daripada menjadi si ilmuan yang diam meninggalkan kebenaran. . . “. . . dan sesiapa yang bersungguh 2 di atas jalanku nescaya Aku akan tunjukkan jalan 2 Ku. . “ Maksud firman. Nya. . . Semoga Allah mendahulukan orang 2 yang ikhlas menuju. Nya. .
Ramai orang yang bercita 2 menjadi orang kaya pemurah. . tetapi tidak ramai kita jumpa orang kaya pemurah dan beriman. . . ramai yang menghuni masjid adalah golongan sederhana atau miskin. . . adakah manusia menjadi lupa selepas diulik kekayaan dan kemewahan. . . Sebaik 2 kekayaan adalah yang dibelanjakan di jalan Allah. . .
Sabda Rasulullah : Barang siapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah suci ini akan di muliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan 1. BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM - Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu 2. ALHAMDULILLAH - Ketika habis melakukan sesuatu 3. ASTAGFIRRULLAH. . . - Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk 4. INSYAALLAH - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang 5. LAHAULA WALA QUWATA ILLAH BILLAH - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk 6. INNALILLAH WAINNA ILLAHIRAJIUN – Jika menghadapi musibah atau melihat kematian 7. LA ILA HA IL LALLAH – Bacalah sepanjang hari, siang dan malam sebanyak-banyaknya, semoga kita tergolong di dalam orang-orang yang terpilih oleh Allah.
Seorang yang mampu membeli udang galah, tetapi tidak mampu memakannya. . . Seorang yang mampu melancung, tapi sudah bosan dengannya. . . Kebahagiaan adalah suatu yang tidak diniagakan dengan wang ringgit. . . Tetapi manusia mencari kebahagian dengan wang ringgit. . . mengapa? . . .
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya”. (Hadits Riwayat Ahmad, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim dari shahabat Abu Hurairah RA).
Aku mengasihi bangsaku kerana dikaitkan dengan Islam sepertimana bangsa Arab. . . Aku mengasihi tanahairku yang indah sebab ia telah mencurahkan bakti sepanjang hidupku. . . Siapa kata dalam Islam tiada patriotisme. . Tapi perjuangan hidupku tetap menegakkan akidah yang benar bagi semua insan di atas bumi tanpa sempadan. . .
Pengikut yang dangkal akalnya akan melihat kehebatan gurunya. . . Pengikut yang panjang akalnya akan melihat kehebatan apa yang disampaikan gurunya. . . mereka tidak taksub dan mereka tidak sesat. . .
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar dunia padahal kematian terus mengincarnya; dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya; dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Allah redha @ murka terhadapnya. . (Salman Al-Farisi)
Kita tidak boleh melihat Allah, tetapi kita boleh melihat kebesaran Allah. Kita tidak boleh melihat alam kubur tapi kita boleh melihat kematian. . . Sesungguhnya iman itu memerlukan hati yang suci untuk ia bertapak dengan teguh. . .
Jika anda bercita 2 memiliki kekayaan impikanlah kekayaan orang yang paling kaya di atas dunia ini. . . Jika anda bercita 2 memiliki perempuan yang cantik, impikanlah ratu paling cantik atas dunia ini. . . Sesungguhnya semua itu tidak bisa menyamai martabat yang paling rendah ahli syurga. . mengapa buang masa. . . ayuh beramal. . .
sabar. . . apa lagi mujahadah yang boleh kita lakukan. . . sebab sifat orang beriman itu berjihad di jalan Allah. .
Bila orang yang mencela saya datang kepada saya untuk minta maaf, saya cakap tak ape. . . tapi setelah dia berlalu. . . dalam hatiku berkata ". . saya telah maafkan kamu sebelum kamu datang meminta maaf. . hehe. . ". . apa ada pada kata 2, pedih, melukakan tetapi tidak mencederakan. . .
Pelik. . . kadang 2 saya membiarkan orang mengeji dan mencela saya. . . Saya merasakan seolah 2 dia memberikan sesuatu yang menaikkan martabat saya nanti di dunia dan akhirat. . apa lagi jika apa yang dikatakannya tidak benar. . .
Hidup ibarat putaran roda. . kadang kita melukakan hati orang. . lain kali hati kita pula dilukai. . . yang pasti jangan buat apa yang kita tak suka orang buat pada kita. . . semoga tiada orang yang terluka dan kita tak terluka. . . kita perlu menyintai saudara kita sebagaimana kita menyintai diri kita. . .
Jangan dibazirkan air mata. . . mata yang menangis takutkan Allah itulah air mata pelaburan. . . pernahkan kita menangis takutkan Allah di dalam solat dan di luar solat?
Kita datang ke dunia sehelai sepinggang. . . Kita pulang juga sehelai sepinggang. . . sudahkan kita menyelesaikan misi kita di sini? . . . membuktikan kita hamba Allah yang layak mendapat kehidupan di syurga. .
Wanita yang cantik adalah sebaik 2 perhiasan. Sebaik 2 kecantikan ialah cantik jiwa dan agama. . Berlumba 2 lah menghiasi jiwa dan agama. .
Ada orang kata, masa muda ni cari duit banyak 2. . . masa tua kita beribadat. . . ini TIDAK ADIL. . . kita menyerahkan masa muda kepada DUIT dan menyerahkan masa tua kepada Allah. . . buatkanlah cari duit kerana Allah, insya. Allah mati dalam iman. .
Bacalah al-Quran. . . ianya setinggi-tinggi kurnia dan mukjizat. Perhatikanlah keindahan susunannya, ketinggian bahasanya dan ketegasan suruhannya. . . Wahai manusia. . . hargailah pemberian Allah ini, cahaya yang menyuluhi pelbagai kegelapan dan persoalan hidup. .
Orang 2 islam, sayangilah agama kita. . . Dengannya kta akan masuk syurga, insya. Allah. .
Keintiman suami isteri lebih dinikmati apabila suami menjaga pandangan dan pergaulannya. . . manakala isteri menjaga pandangan, aurat dan kehormatannya. . . begitulah indahnya Islam. .
Mengapa tidak ada Abu Bakar memerangi Gejala riddah (murtad) kepada agama Materialisma yang berleluasa sekarang. . agaknya inilah yang dimaksudkan oleh Abul Hassan Ali An-Nadwi. . aku berpesan kepada kamu hari ini untuk generasi kamu hari esok. . . Subhana. Llah, tajamnya pandangan hati seorang yang akrab dengan Allah. . .
Penganut agama dajjal materialisma dilihat memiliki syurga dunia ini, jiwa mereka dicengkam kesempitan seolah 2 mereka hidup dalam neraka. . . Penganut agama Allah ditindas yang dilihat serba kekurangan tetapi jiwa mereka besar, hati mereka penuh qanaah dan kaya, setiap pembuluh darah mereka mengalirkan kesegaran darah jihad dan semangat Islami. . .
Hadith: "tidak mengapa dgn kekayaan bg org yg bertaqwa. kesehatan bg org yg bertaqwa adalah lebih baik dr pada kekayaaan. hal yg tenteram adalah termasuk dari kenikmatan. " [ Ibn Majah, al Hakim, Ahmad]. Ramai org yg tamak mengejar kekayaan, tetapi kesehatan tidak dijaga. . . kehulu ke . . . hilir, tidak tak menentu. . . cita 2 nak jd jutawan, akhirnya. . . C. A. Rahim
Mazhab: Setiap mazhab mempunyai kaedah tertentu untuk mengeluarkan hukum. Justru itu perselisihan pendpt hanya berlaku pada perkara 2 cabang atau ranting(furuk) yg timbul dari masa ke semasa. "Apabila sah hadith berkenaan, maka itulah mazhab saya. " – nasihat Imam Syafie terhadap . . . fatwa 2 nya yg menggunakan qias. C. A. Rahim
aku memandang makhluk ini, maka aku Melihat masing 2 mempunyai kekasih & ingin bersama kekasih sampai ke kubur. apabila smpai ke kubur, nescara ia berpisah dgn kekasih itu. maka aku Mengambil 'amal soleh sebagai kekasih. apabila aku masuk ke kubur, masuklah pula kekasihku bersamaaku. " Hatim Al Ashamm. C. A. Rahim
Ramai orang yang hendak membuat kebaikan, berjihad atau bertaubat, tetapi Allah menggagalkannya. . . Kerana dia lupa bertawakal dan mengharap kepada Allah. .
Orang Islam mempunyai sifat keusahawanan yang tinggi kerana mereka tidak takut kecuali kepada Allah. . .
Jangan beragama dengan sangka-sangkaan. . . beragamalah dengan keyakinan. . "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. " al-Hujurat ayat 15
Malam pertama di alam barzakh. . Tidak ramai yang membuat persiapan menyambutnya. . Ramai yang mendustainya sedang mereka melihat kematian sebagai suatu yang pasti. . .
Suka pada keindahan? . . . Lihatlah pelbagai keindahan ciptaan Allah dan manusia. . . Sebaik-baik keindahan adalah pemandangan di Syurga dan keindahan wajah Allah. . Semoga kita berpeluang ke sana. . . Bersabarlah dahulu. . .
Ada orang cakap sebelum pakai kasut, ketuk dulu ikut sunnah, takut ada kala jengking. . . Kenapa bila kita check minyak hitam tidak kita niatkan itu juga sunnah, demi keselamatan. .
Kunci syurga "Lailahailla. Llah. . . " Bersamalah sematkan kalimah keramat ini dalam hati kita sentiasa. . . biar kebenarannya mendarah daging Kehidupan kita. . . kebenarannya terserlah dalam kehidupan kita, perbuatan kita, pengakuan kita dan keyakinan kita. . . bekalan semasa sakaratul maut. .
Kewajiban kita lebih banyak dari masa yang ada. . . jangan buang masa. . . sifat orang beriman – meninggalkan perbuatan yang lagha. . . al-mukminun ayat 3
Apabila manusia menjadikan taqwa sebagai pakaian, mereka itulah sebaik-baik makhluk dan mereka itulah penghuni syurga. . . Apabila manusia menjadikan kekufuran dan keengkaran sebagai pakaian, mereka itulah seburuk 2 makhluk dan mereka itulah bakal menghuni neraka. . .
Ramai manusia bertuhankan hawa nafsu tidak ramai bertuhankan Penciptanya. . . Ramai manusia taksub kepada pemimpin dan para ilmuan mereka, tidak ramai yang taksub kepada Kitabullah dan sunnah Rasul. Nya yang maksum. . . Ramai yang berkiblatkan kemegahan, tidak ramai berkiblatkan wajah Allah yang mulia. . .
Bersederhana dalam beragama tidak bermakna kekadang kita dibolehkan membuat yang haram. . tetapi membuat yang wajib, meninggalkan yang haram. . . tetapi tidak mengharamkan yang halal atau berkeras mewajibkan yang sunat dan harus. .
Sedarkah kita hidup penuh dugaan dan ujian daripada Penciptanya. . . Al-Mulk ayat 2. . "Dialah Allah yang mencipta kematian dan kehidupan untuk munguji kamu siapakah yang paling baik amalannya". . .
Mengapa kita dihidupkan kemudian kita dimatikan? . . . Jika demikian apakah misi kita yang sekejap ini. . . Jika demikian mengapa terlalu mengejar keindahan hidup dan meninggalkan bekalan kita ke sana. .
Iman itu dinding yang membataskan kita dari haloba hawa nafsu. . . Tanpa iman ibarat perjalanan di tepi jurang yang tiada penghadangnya. . . bila 2 masa boleh terjatuh gaung. . .
Andainya solat itu dinilai daripada kesempurnaan rukun qauli dan fe'li semata 2 nescaya seorang yang solat dalam keadaan riya ditengah 2 orang ramai itulah yang amat sempurna nilainya. . . Tetapi solat adalah hubungan hati dengan Allah dan ketinggiannya dinilai disudut keikhlasannya dengan Rabbnya. .
Kekayaan itu sejauh mana kita merasa puas dengan apa yang kita miliki. . Enjoy dan berpoya 2 di dunia ibarat memetik bunga. . . gembira dan bangga dengan hasilnya, selepas beberapa lama bunga itu layu tak berguna lagi. . . bersedihlah dia, , tiada apa lagi yang hendak dibanggakan. . .
Beramal dan berjihad didunia ini ibarat menyemai benih. . . hasilnya hanya dapat dilihat diakhirat nanti. . . terliurlah orang yang tidak menyemai didunia ini dan hanya melihatkan hasilan orang lain di sana. .
Apabila manusia mengabaikan syariat Allah. . . mereka menyangka mereka tidak akan kembali kepada Allah. . . padahal milik Allah langit dan bumi, nyata dan ghaib. . . mereka sangka perbuatan mereka terhapus dengan suatu panggilan sakaratulmaut. . malang sekali. . . kita akan dihimpunkan dan . . . diperhitungkan amalan kita. .
K ita tidak disuruh membenci dunia. . Tetapi disuruh zuhud dunia. . . Kita tidak disuruh meninggalkan pekerjaan tetapi disuruh bekerja kerana Allah. . . Sesungguhnya setiap insan dilahirkan ke dunia untuk diuji pengabdiannya kepada Tuhannya. .
Kerja kita dakwah yang kita lakukan adalah untuk ketinggian Islam, bukan untuk ketinggian diri kita. . . kerana kita akan mati. . . dimana sahaja kita berada jangan kita meninggalkan seseorang pergi tanpa kita meninggalkan suatu yang terkesan sebagai dakwah kepadanya. .
Semua orang mempunyai kekusutan hidup. . . tapi apakah yang lebih penting daripada menyelesaikan permasalahan umat. . . Apabila fikiran kita sibuk dengan kerja 2 dakwah. . . kekusutan hidup akan hilang. .
Sebagai seorang manusia yang berakal, apa yang kita lakukan tentu mempunyai tujuan. Kita keluar rumah ada tujuan, masuk rumah Ada tujuan. Kita cabut rumput ada tujuan, naik kenderaan ada tujuan. Tidak munasabah apa yang kita buat sekalipun benda remeh tidak ada apa-apa tujuan. Begitu juga Allah, Dia mencipta manusia ada tujuan. . . dan tujuan itu ialah supaya manusia berabdi kepada. Nya.
"Tidak ada seorang ulama yg dekat dgn penguasa sehingga dirinya menjd kepercayaan penguasa kec ia akan kehilangan cahaya ilmu, kewibawaan syarak dam keagungan sikap arak. Sejarah menjadi saksi nyata ttg perkara ini - Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni-
If life is a journey, is death a destination?
Apabila dalam hati selalu mengingati mati, Kita membuat persiapan dengan pendidikan anak 2 dan isteri yang bakal ditinggalkan, amal 2 kebaikan danperjuangan Islam, meninggalkan yang terlarang dan bersedia untuk kembali kepada Allah bila 2. . . Hidup kita ada bekalan, kejarlah apa yang kita inginkan insya. Allah kita akan berjaya dunia dan akhirat. . tidak terpedaya dengan apa yang kita perolehi. . .
“Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat. ”- Imam Muhammad Rasyid Redha
Dalam kesedihan hati lebih akrab dengan Allah. . . Mungkin sebab kita selalu mengharap dan berdoa kepada. Nya. . Tahukan anda ramai penghuni syurga dahulunya mereka adalah golongan miskin di dunia. . . Memang lebih susah mengingati Allah di kala senang dan ramai mengingati Allah di kala sedih dan susah. . Orang kaya yang bersyukur lebih afdhal dari orang miskin yang bersabar. . .
- Slides: 96