HIBAH DARI PERSPEKTIF APLIKASI UNDANGUNDANG SYARIAH DI MALAYSIA
HIBAH DARI PERSPEKTIF APLIKASI UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA. OLEH: YAA. DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN MD YUNOS DIMP. , SMP. , PKC. KETUA HAKIM SYARIE, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
PENDAHULUAN Ø Hibah mempunyai pengertian yang hampir sama dengan hadiah, sedekah dan pemberian. Hibah lebih dekat dengan sedekah di mana ianya adalah sebagai satu pemberian sesuatu barang atau harta benda kepada orang lain bertujuan mendapatkan pahala dan membantu penerima. Ø Manakala dari sudut undang-undang, hibah secara literal tidak diperuntukkan di dalam undang-undang dan tidak ada di dalam tafsiran berkanun. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
ØNamun, Hibah dari segi Syarak ialah aqad yang dapat memindahkan milik harta kepada satu pihak secara sukarela dengan menggunakan lafaz Ijab dan Qabul dan seumpamanya. ØSeperti Contoh: Ø berkata A : aku hibahkan kepada kamu 1 ekar tanah lot No. ………. . Mukim……. Di Negeri………… Ø menjawab B: Aku terima……. . ØDan C : menyaksikan akad Hibah tersebut. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
HUKUM HIBAH … … Maksudnya: … dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang Manakala sabda Rasulullah S. A. W : miskin, dan orang-orang yang terlantar di perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdinya… ﺗﺤﺎﺑﻮﺍ ﺗﻬﺎﺩﻭﺍ Maksudnya : hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH. ØDari sudut undang-undang, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa secara terus untuk memerintahkan pembahagian harta si mati. Namun demikian, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil Faraid dan untuk menentukan isu-isu substantif berkenaan dengan wasiat, hibah, keturunan, dan lain-lain lagi. ØHibah adalah termasuk dalam perkara yang berkaitan dengan harta dan amanah bagi orang Islam sebagaimana wakaf, wasiat dan zakat. Berkaitan hibah ini, ia diletakkan di bawah Jadual kesembilan, senarai 2, di bawah Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, (Perlembagaan Persekutuan) memperuntukkan bahawa; Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya…. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH. ØMelalui peruntukan yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan ini adalah jelas menunjukkan bahawa hibah adalah merupakan sebahagian bidang yang diperuntukkan di bawah kuasa Negeri yang mana ianya adalah tertakluk kepada Pentadbiran Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dan seterusnya terletak secara lansung di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ø Seperti contoh di Pahang, melalui Enakmen Pentadbiran Undang Islam 1991 (Negeri Pahang) seksyen 47 memperuntukkan: - JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH. 47. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Pahang dan hendaklah di ketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. (2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah (b) dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan; (v) wasiat atau pemberian semasa hampir maut (maradhul maut) seseorang si mati Islam; (vi) Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang mencukupi dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH. Manakala, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Peruntukan kepada Seksyen 46 (2) (b) (v) dan (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan: Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan- (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati Islam; (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam; JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH. ØPenggunaan perkataan “alang” samaada semasa marad-al-maut atau semasa hidup dan “penyelesaian yang dibuat tanpa balasan” adalah merujuk kepada hibah atau pemberian. Penggunaan perkataan yang sama dapat dilihat di negeri-negeri lain seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Sementara itu, Negeri Sembilan menggunakan perkataan “hibah”, Pahang dan Perlis menggunakan perkataan “pemberian” dan Kelantan menggunakan perkataan “alang hayat”. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
APLIKASI HIBAH DI MAHMAKAH Ø Kes-kes hibah di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia selalunya melibatkan pengesahan hibah, pertikaian takat atau kadar hibah dan penarikan balik hibah yang mana perlu dibuktikan berdasarkan keterangan-keterangan di Mahkamah samaada keterangan bertulis atau keterangan saksi-saksi. Ø Mengenai beban pembuktian bagi sesuatu kes Mal, terdapat peruntukan yang sama bagi setiap negeri melalui Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri masing-masing iaitu Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta ( al. Mudda’ii ) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta ( al-Mudda’a’alaih ) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
APLIKASI HIBAH DI MAHMAKAH ØPermohonan yang lengkap untuk pengesahan hibah boleh dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk disahkan oleh Yang Arif Hakim tersebut. ØPerkara-perkara yang perlu diberikan penekanan oleh Mahkamah Syariah ini dalam menentukan dan memastikan samaada harta yang dituntut sebagai Hibah atau tidak , ianya perlu memenuhi kriteria, rukun-rukun hibah beserta syarat-syarat hibah sebagaimana yang telah digariskan oleh Syara’. Hukum Syara’ adalah terpakai bilamana tiadanya undang-undang yang khusus mengenai hibah ini disebabkan ianya adalah berkaitan dengan urusan harta dan amanat orang Islam itu sendiri. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
RUKUN-RUKUN HIBAH ØRukun-rukun hibah adalah: 1) Pihak yang melakukan aqad hibah iaitu pemberi hibah ( al-Wahib ) 2) penerima hibah (Al-Mawhub lahu ) 3)Sesuatu/ Barang yang dihibahkan ( al-Mawhub ) 4)Aqad (Sighah-Ijab dan Qabul)- ini termasuklah juga Qabd (pemilikan) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
SYARAT-SYARAT HIBAH Ø i. Ii iii. iv. Syarat Penghibah : Memiliki apa yang dihibahkan Bukan orang yang dibatasi haknya kerana sesuatu alasan. Dewasa, kerana kanak-kanak kurang kemampuannya. Tidak dipaksa kerana hibah itu aqad yang mempersyaratkan keredhaan dalam keabsahannya. Ø Manakala, syarat ke atas penerima hibah (al mawhub lahu) mestilah seorang dewasa dan berkeupayaan untuk menguruskan apa yang dihibahkan (al mawhub). JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
Ø Syarat barang yang dihibahkan : Disimpulkan barangan atau harta memenuhi ciri-ciri yang digariskan oleh syara’ iaitu: i) Wujud ketika hibah itu dibuat ii) Barangan tersebut mestilah yang mempunyai nilai. iii) Barangan/harta tersebut adalah hakmilik pemberi. iv) Barangan tersebut adalah sesuatu yang halal. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
AQAD IJAB DAN QABUL (SIGHAH) & PEMILIKAN (AL-QABD) Menurut Dr. Wahbah al Zuhaily dalam Fiqh Islami wa Adillatuhu ada menyatakan berhubung dengan ‘ sighah ’ iaitu : ‘ Segala perkara yang dituntut dalam ijab berupa perkataan atau perbuatan seperti lafaz hadiah, hibah, pemberian dan seumpama dengannya. Ijab: samaada secara terus terang seperti kata pemberi, ‘Aku berikan barang ini kepadamu ’, atau ijab secara tidak terus terang seperti kata pemberi, ‘Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu’, ‘Aku telah jadikan barang ini untukmu’ atau ‘Dia untukmu’, atau ‘Aku telah berikannya ’, ‘Aku telah serah untuknya’, atau ‘Aku hadiahkan untuknya’, atau ‘Aku berikan makanan ini untuknya’, atau ‘Aku bawa kamu di atas tunggang ini’ dan berniat barang itu sebagai pemberian. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
Ini kerana menyerahkan barang pemberian atau menjadikan barang pemberian itu untuk si penerima tanpa perlu mengganti adalah makna sebenar kepada hibah dan kerana lafaz-lafaz yang lain mengikut keadaan ‘uruf manusia’ atau penggunaan mereka sudah cukup membawa makna memindah hakmilik’. ØPemilikan (Qabd) ke atas harta Hibah turut menjadi persoalan undang-undang yang mana harus dibuktikan sewajarnya di Mahkamah syariah. Tanpa pemilikan , hibah dilihat sebagai tidak dikuatkuasakan (pemindahan hak milik tidak dikuasakan serta merta). JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
Di dalam kitab Fiqhul Manhaji oleh Dr. Mustofa Al Khin ada menyatakan berhubung syarat-syarat penerimaan hibah yang mana turut diguna pakai dalam mengesahkan sesuatu permohonan hibah ini di Mahkamah Syariah, ‘ Supaya penerimaan itu sah dan anugerah tersebut berkuatkuasa, beberapa syarat perlu dipenuhi’ I - Keizinan Pemberi : Penerimaan hanya dianggap sah apabila mendapat keizinan pemberi. Jika penerima menerima anugerah tersebut tanpa keizinan pemberi, penerimaan tersebut tidak sah dan anugerah tersebut tidak berkuatkuasa’ JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
ØKeizinan yang diberikan mestilah jelas atau pemberi sendiri menyerahkan dengan tangannya kepada penerima. Penerimaan ini boleh berlaku sama ada pada ketika majlis kontrak atau selepasnya, ataupun anugerah tersebut berada ditangan penerima atau tidak. Jika penerima menerima tanpa keizinan yang jelas atau tanpa penyerahan, penerimaan tersebut tidak sah. ØTeh Binti Ngah lwn Limah Binti Ismail & 6 yang lain (2011) JH 33 BHG 2 259 ØEshah binti Abdullah dan Lima Yang Lain lwn Che Aminah binti Abdul Razak dan Dua Yang Lain [2004] XVIII(I) JH 47 JKSP JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805
ØPengesahan hibah dengan menggunakan dokumen adalah sangat kuat jika dibandingkan dengan lisan kerana ia bersifat kekal dan mudah dibuktikan, tapi keterangan lisan sahaja bergantung kepada ingatan seseorang. Oleh itu, dokumen amat penting digunakan untuk membuat hibah dan melaksanakannya. Keterangan yang lengkap ini boleh meringkaskan masa perbicaraan di Mahkamah apatah lagi pihak yang berakad masih hidup. Lebih mudah Defendan mengakui tuntutan pemohon tersebut. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
ØPerkara yang menjadi pertikaian di Mahkamah ialah apabila pemberi, penerima atau salah seorang dari mereka meninggal dunia dan waris yang membuat tuntutan pengesahan hibah itu di Mahkamah dan pihak Defendan tidak mengaku wujudnya hibah tersebut. Adalah menjadi kewajiban kepada pihak yang menuntut membuktikan kewujudan hibah tersebut. Persoalan apakah pemberi hibah telah menyatakan dalam aqadnya kepada penerima serta disaksikan oleh yang mendengar hibah itu. Biasanya bila kejadian begini berlaku, keterangan mengenai akad ini adalah panjang dan rumit. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
ØUntuk membuat dokumen hibah, pihak-pihak disarankan berjumpa dengan peguam syarie bagi menderafkan satu perjanjian aqad hibah dan seterusnya kepada pihak peguam akan membantu melaksanakan proses hibah dengan baik mengikut peraturan undang -undang dan hukum syarak. Pada masa kini, perakuan dokumen hibah juga turut boleh dibuat dan dilaksanakan melalui organisasi penyedia Dokumen hibah dan pengurusan harta orang Islam. Ø perlu diberi penegasan, Apabila hibah dilakukan antara pemberi dan penerima sahaja, maka akan berlaku pertikaian waris-waris di kemudian nanti apatah lagi bilamana ianya melibatkan harta yang bernilai tinggi. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
PENARIKAN BALIK DAN PEMBATALAN HIBAH ØDi Mahkamah Syariah, apabila sesuatu hibah yang sempurna rukunnya akan berkuatkuasa serta merta dan tidak boleh ditarik balik. Di dalam satu hadis Rasulullah bersabda; “tidak halal bagi seseorang lelaki memberikan sesuatu pemberian, atau menganugerahkan sesuatu kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya. Tafsiran bapa ini termasuklah juga ibu dan datuk tetapi tidak termasuk ibu atau bapa angkat. Eshah Binti Abdul Rahman v. Azuhar Bin Ismail (1997) 11 JH 219 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
HIBAH UMRA DAN RUQBA Øterdapat unsur pemakaian dan aplikasi prinsip Umra dan Ruqba diguna pakai secara meluas dalam pelaksanaan borang akuan hibah kini, ØSecara ringksnya, Hibah Umra merujuk kepada harta yang dihibah dipindah milik kepada penerima Hibah apabila penghibah meninggal dunia manakala Hibah Ruqba merujuk kepada sekiranya penghibah meninggal dunia dahulu, penerima Hibah akan miliki harta dan jika penerima hibah meninggal dunia dahulu, harta yang dihibah akan dipulangkan semula kepada Penghibah. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
HIBAH UMRA DAN RUQBA ØDalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah. Persekutuan kali ke-56 pada 5 Oktober 2000 memutuskan bahawa perletakan syarat adalah dibenarkan di antara pemberi dan penerima hibah setelah berlaku ijab dan qabul. ØBegitu juga dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti dalam mesyuarat ke-44 pada 15 Januari 2003 menerima pakai prinsip hibah ruqba sebagai asas syariah dalam pelaksanaan borang akuan hibah untuk transaksi yang melibatkan akaun bersama tabung unit amanah terutamanya akaun yang dipegang oleh orang Islam. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
HIBAH UMRA DAN RUQBA ØMahkamah syariah turut menerima pakai prinsip ini selaras dengan berkembangnya ruang lingkup hibah melibatkan harta alih dan tidak alih. Mahkamah mengambil kira bahawa Ianya adalah pemberian harta oleh seseorang atas dasar kasih sayang berlaku ijab dan qabul pada masa hayat pemberi hibah. Harta hibah tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah dan diserahmilikkan kepada penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut persetujuan pihak-pihak berkenaan. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
HIBAH UMRA DAN RUQBA ØDalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah. Persekutuan kali ke-56 pada 5 Oktober 2000 memutuskan bahawa perletakan syarat adalah dibenarkan di antara pemberi dan penerima hibah setelah berlaku ijab dan qabul. ØBegitu juga dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti dalam mesyuarat ke-44 pada 15 Januari 2003 menerima pakai prinsip hibah ruqba sebagai asas syariah dalam pelaksanaan borang akuan hibah untuk transaksi yang melibatkan akaun bersama tabung unit amanah terutamanya akaun yang dipegang oleh orang Islam. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
HIBAH UMRA DAN RUQBA ØBegitu juga dengan hibah yang dibuat oleh pemberi hibah untuk memastikan dia masih menguasai hartanya tersebut kerana dia khuatir mungkin penerima akan mengabaikannya apabila semua harta telah dihibahkan. Maka dalam hal ini pemberi hibah telah membuat satu perjanjian asing di luar akad yang memberi hak kepada pemberi mengurus dan menggunakan harta tersebut sehinggalah dia meninggal dunia. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
PENUTUP. Ø Antara tujuan hibah disyariatkan ialah untuk memberi peluang kepada orang yang kaya dan berada membantu saudara mara yang susah yang bukan waris dan dengan itu dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara saudara mara tadi. Dengan itu harta dapat dikembangkan dimajukan. ØSecara kesimpulannya, walaupun tiada undang-undang khusus berkaitan dengan hibah ini, namun tidak dapat disangkal lagi mahkamah Syariah mempunyai peranan yang sangat besar dalam menentu sahkan dan memutuskan kes-kes yang berkaitan hibah ini JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
CADANGAN. ØSetiap Negeri perlu mewujudkan satu Akta/Enakmen hibah orang Islam secara khusus, lengkap dan seragam bagi memudahkan sebarang rujukan dibuat apabila timbulnya persoalan hibah ini. Ini adalah juga bertujuan untuk mengukuhkan kredibiliti Mahkamah Syariah dan memudahkan Masyarakat khususnya memahami undang-undang hibah seterusnya menjadi panduan kepada Masyarakat secara amnya untuk menguruskan harta secara lebih bersistematik. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG, JALAN MASJID, 25000 KUANTAN Tel: 09 -5177966 Fax: 09 -5134805 JKSP
- Slides: 30