GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 4 Kemahiran Membuat
GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 4: Kemahiran Membuat Rujukan Sistem Rujukan American Psychological Association (APA) Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang
Perkara yang akan dibincangkan 4. 1 Sistem Rujukan American Psychological Association (APA) 4. 2 Peraturan menulis rujukan 4. 3 Aplikasi kemahiran membuat rujukan 4. 4 Autoriti dan kredibiliti sumber maklumat
Pengenalan • Di dalam penulisan akademik pelajar perlu membaca sumber-sumber lain sebagai bahan sokongan atau penghujahan. • Antara sumber yang sering dirujuk ialah: buku, terbitan berkala, artikal, jurnal, bahan elektronik, tesis, badan berkanun, swasta, kerajaan, akhbar, laman web dan sebagainya. • Senarai bahan rujukan perlu ditulis di bahagian akhir penulisan akademik.
Pengenalan • Terdapat beberapa gaya penyenaraian sumber rujukan yang digunakan. Antaranya ialah; 1. American Psychologikal Association (APA) 2. Modern Language Association (MLA) 3. Chicago Citation Style (CCS) 4. Turabian Citation Style dll. • Walau apa pun gaya yang digunakan penulisan bahan rujukan mestilah secara piawai dan tekal (jangan menggunakan gaya penulisan rujukan yang bercampur aduk)
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition • Gaya APA dibangunkan oleh para sarjana dalam Persatuan Psikologi Amerika. • Gaya ini amat sesuai bagi penulisan akademik dalam bidang psikologi. • Gaya APA juga banyak digunakan di dalam penulisan akademik dan laporan penyelidikan pendidikan.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Peraturan dan aplikasi menulis rujukan dalam teks Rujukan yang dimasukkan dalam teks, mengkiut gaya APA ada pelbagai cara; 1. Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contohnya: “Menurut Khan (1999), pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka”
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Rujukan dalam teks 2. Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh: “Pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka (Khan, 1999)”
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Rujukan dalam teks 3. Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya: “Collins dan Stevens (1993) telah mencadangkan model pengajaran inkuiri bagi membolehkan pelajar membina teori sendiri berdasarkan peraturan yang telah dipelajari”
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Rujukan dalam teks 4. Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et. al selepas nama pengarang pertama. Contohnya: “Mereka yang tergolong dalam kumpulan Field Independence dapat menyelesaikan masalah baru dengan usaha gigih sendiri, mempunyai kemahiran untuk menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja sendiri (Witkin et. al, 1977)”
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Rujukan dalam teks 5. Gunakan huruf kecil (a, b, c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh: “Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994 a)” “Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994 b)”
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Suntingan daripada teks (sedutan kata / parafrasa) § Parafrasa merupakan salah satu cara meminjam gagasan/idea dari sebuah sumber tanpa menjadi palagiat. § Parafrasa merupakan cara mengekspresikan apa yang telah ditulis dan dikatakan oleh orang lain dengan menggunakan kata-kata yang berbeza agar membuatnya lebih mudah untuk difahami (Oxford Advanced Leaner’s Dictionary).
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Suntingan daripada teks (sedutan kata / parafrasa) § Seorang penulis akademik harus berkemamampuan untuk menulis semula idea atau gagasan orang lain dengan kata-katanya sendiri dan ditampilkan dalam bentuk yang baru.
1. parafrase lebih baik dibandingkan dengan mengutip informasi dari sebuah paragraf atau tulisan yang kurang menonjol. Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Parafrasa § Seorang penulis akademik harus berkemamampuan untuk menulis semula idea atau gagasan orang lain dengan kata-katanya sendiri dan ditampilkan dalam bentuk yang baharu. § Parafrasa adalah lebih baik dibandingkan dengan menyalin semula dari sebuah paragraf atau tulisan secara keseluruhannya.
1. parafrase lebih baik dibandingkan dengan mengutip informasi dari sebuah paragraf atau tulisan yang kurang menonjol. Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Parafrasa Contoh : • Ayat asal: Komputer mampu membawa orang ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi sebelumnya, termasuk ke permukaan planet lain. • Parafrasa: Melalui komputer, orang dapat pergi ke tempat yang belum pernah mereka kenal. (Krisnawati, 2000).
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Peraturan & Aplikasi menulis nama pengarang di dalam Bibliografi/Rujukan 1. Bagi pengarang barat dimulai dengan nama keluarga. Nama selainnya hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama). Contoh: John Alan Kennedy ditulis Kennedy, J. A. Robeto Christano Ronaldo ditulis Ronaldo, R. C.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition CATATAN: 2. Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga. Contoh: Abu Bakar ibn Mansor al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition CATATAN: 3. Nama pengarang melayu ditulis dengan lengkap tanpa memasukkan bin atau binti dan gelaran. Nama warisan dimasukkan. Contoh: Dato’ Dr. Abu Bakar bin Saleh ditulis sebagai Abu Bakar Saleh Raja Sulaiman Ahmad ditulis sebagai Raja Sulaiman Ahmad
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition CATATAN: 4. Nama pengarang berbangsa cina ditulis nama keluarga diikuti huruf pertama untuk nama seterusnya. Contoh: Wong Chee Meng ditulis sebagai Wong, C. M. Lawrance Yap Ah Chai ditulis sebagai Yap, L. A. C.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition CATATAN: 5. Nama pengarang berbangsa India atau Shikh ditulis nama penuh dan tidak dimasukkan a/p atau a/l. Contoh: Nadarajan a/l Muthusamy ditulis sebagai Nadarajan Muthusamy Pretam Singh ditulis sebagai Pritam Singh
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut: a. Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Bibliografi b. Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya. c. Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua di “kedalamkan” (indent) lima jalur.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition Menulis Sumber Rujukan/Bibliografi 1. Buku a. Seorang penulis Nama Pengarang. (tahun). Tajuk buku (Edisi). Tempat terbit: Penerbit Abu Bakar Nordin. (1986). Asas penilaian pendidikan (Ed. ke-2). Kuala Lumpur: Heineman (M) Sdn. Bhd.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 1. Buku b. Dua orang penulis Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction: methods and development. New Jersey: Prentice Hall. c. Lebih dua orang penulis Driver, R. , Squires, A. , Rushworth, P. & Wood, R. V. (1994). Making sense of secondary science: research into children’s ideas. New York: Routhledge.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 2. Jurnal. Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk kertas. Nama Jurnal, Edisi/Volum, Nombor muka surat a. Pengarang Tunggal. Contoh: Iskandar Zakaria. (2005). Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada pelajar Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan, 12(2), 152 -163.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 2. Jurnal. Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk kertas. Nama Jurnal, Edisi/Volum, Nombor muka surat Pengarang lebih seorang. Contoh: Whyte, M. , Karolick, D. & Taylor, M. D. (1995). Cognitive style and their impact on curriculum development. Educational Communications and Technology, 11(10), 783 -799.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 3. Makalah Nama Pengarang (Tahun). Tajuk makalah. Nama Makalah: Nombor muka surat Contoh: Azlin Norhani Mansor (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1: 255 -265.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 4. Majalah Nama Pengarang (Tahun). Tajuk. Nama Majalah, Bulan Terbit, Nombor muka surat Contoh: Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan, 16 -30.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 5. Akhbar Nama Pengarang. (Tahun, Tarikh). Tajuk artikal. Nama Akhbar, Nombor muka surat. Contoh: Ahmad Tajul Ansar Ibrahim. (2008, 3 Jun). Ancaman terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro, ms. 1.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 5. Akhbar Nama Pengarang (Tahun). Tajuk. Nama Akhbar Tarikh: Nombor muka surat. Contoh: Ahmad Tajul Ansar Ibrahim (2008). Ancaman terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro 3 Jun: 1.
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 6. Badan korporat/swasta Nama badan korporat (Tahun). Judul artikel. Tempat terbit: Penerbit Contoh: Commitee of Bank Rakyat (2010). Bank Rakyat finance. Kuala Lumpur: DBP
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 7. Badan Berkanun/Institusi/kerajaan Nama institusi (Tahun). Judul artikel. Tempat terbit: Penerbit Contoh: Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Spesifikasi kurikulum tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 8. Akhbar dalam Talian Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL. Contoh: Feller, B. (2005, May 6). GM, Ford get “junk” rating. The Detroit News Online. Retrieved May 6, 2005, from. http: //www. detnews. com/2005/au tosider/0505/ 06/A 01 -173553. htm
Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6 th Edition 9. Sumber Jurnal Internet Nama pengarang (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid, [Online]. [Retrieved Tarikh bahan diakses], from URL. Contoh: Summervillle, J. (1999). Role of awareness of cognitive style in hypermedia. International Journal of Educational Technology. [Online], [Diakses: 15 Ogos 2005]. Boleh didapati: http: //www. outreach. uiuc. edu/ijet/v 1 n 1/su mmerville/.
LATIHAN 1. Dengan membuat rujukan di perpustakaan anda dikhendaki mencari peraturan menulis serta mengaplikasikannya dengan contoh yang sesuai bahan-bahan yang berikut; a. Buku versi elektronik b. Laporan tesis (tidak diterbitkan) c. Kertas kerja dalam buku prosiding d. Laporan kerajaan/dokumen kerajaan
Autoriti dan kredibiliti sumber maklumat § Apakah Kepentingan menilai sumber maklumat? § Bagaimana untuk menyemak autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat?
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Pengenalan § Tidak semua maklumat yang diperolehi daripada buku, jurnal, artikal, akhbar, sumber atas talian dan sebagainya sesuai digunakan di dalam penulisan akademik. § Semua sumber yang diperoleh perlu disemak dari segi autoriti dan kredibilitinya.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Kepentingan menilai sumber maklumat 1. Pada umumnya, maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat. 2. Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Kepentingan menilai sumber maklumat 3. Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak. 4. Maklumat yang tepat dapat membantu membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Kepentingan menilai sumber maklumat 5. Maklumat yang tidak tepat akan memberikan gambaran yang salah kepada penulis dan orang ramai yang membaca tulisannya. 6. Maklumat yang bias akan memberi keuntungan kepada satu pihak dan memberi impak yang negetif kepada satu pihak yang lain.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Kriteria Menilai Maklumat 1. Autoriti ( Authority ) 2. Ketepatan Maklumat 3. Saksama ( Impartiality ) 4. Nilai Semasa ( Currency ) 5. Lengkap dan Jelas ( Coverage )
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Kriteria Menilai Maklumat 1. Autoriti ( Authority ) 2. Ketepatan Maklumat 3. Saksama ( Impartiality ) 4. Nilai Semasa ( Currency ) 5. Lengkap dan Jelas ( Coverage )
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat 1. Autoriti ( Authority ) § Sumber maklumat daripada pihak yang berkuasa atau bertanggung jawab dan pengarang ( author ) yang mempunyai autoriti dalam bidang yang berkenaan § Contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan diterima oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat 1. Autoriti ( Authority ) § Sumber maklumat daripada pihak yang berkuasa atau bertanggung jawab dan pengarang ( author ) yang mempunyai autoriti dalam bidang yang berkenaan § Contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan diterima oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat 2. Ketepatan Maklumat § Maklumat yang tepat adalah maklumat yang bebas daripada sebarang kekurangan atau kesilapan § Sebagai contoh, data perangkaan atau statistik yang diperolehi adalah berdasarkan dapatan kajian atau penyelidikan yang telah dijalankan.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat 3. Saksama ( Impartiality ) § Maklumat-maklumat hendaklah dapat memenuhi objektif pengguna § Maklumat yang tidak mempunyai sifat ‘ bias atau ada kepentingan diri. Contohnya untuk melariskan jualan, mempromosi barangan dan sebagainya.
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat 4. Nilai Semasa ( Currency ) § Maklumat- maklumat yang kemaskini ( up to date ) § Maklumat yang semakin lama ( dari tempoh perolehan ) , maka keesahan dan kebolehpercayanya semakin rendah § Sebagai contoh data penduduk Malaysia tahun 2013 adalah lebih tepat berbanding data tahun 2009
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat 5. Lengkap dan Jelas ( Coverage ) § Maklumat-maklumat hendaklah memberi satu gambaran yang jelas dan lengkap mengenai sesuatu perkara. § Mestilah meliputi semua bidang yang berkaitan. § Maklumat-maklumat tersebut hendaklah sentiasa konsisten
Autoriti dan kreadibiliti sumber maklumat Ciri-ciri maklumat yang baik 1. Tepat ( Accurate ) 2. Cepat ( Timeless )/terkini 3. Lengkap ( Completeness ) dan tersusun 4. Ringkas ( Conciseness ) dan padat 5. Berkaitan ( Relevancy ) / bertepatan dengan kehendak pengguna
Perbincangan 1. Apakah kreteria-kreteria asas yang boleh digunakan dalam menilai sesuatu bahan dan maklumat yang akan digunakan dalam penulisan ilmiah? 2. Bincangkan pengertian autoriti dan kreadibiliti dalam memilih bahan-bahan rujukan untuk penulisan akademik. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam bidang mata pelajaran pengkhususan anda.
Terima Kasih
- Slides: 50