GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4 GRAF OBJEKTIF PEMBELAJARAN
GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4: GRAF
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Dalam unit ini pelajar akan dapat: • Mengumpul dan merekod data. • Memilih data dan menyusun maklumat dalam bentuk jadual. • Membina graf bar mudah dan graf garisan. • Mentafsirkan jadual, graf bar mudah dan graf garisan.
PENGENALAN • Graf ialah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan. Dalam unit ini, kita akan mempelajari bagaimana data dikumpulkan dalam bentuk jadual, kemudian dipersembahkan dalam bentuk graf seperti contoh diberi.
Contoh Bentuk Graf Tempat tinggal pelajar Tingkatan 1 Bestari SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik
MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA • Data ialah butir-butir atau maklumat yang dikumpulkan semasa kerja luar untuk direkodkan dalam sesuatu bentuk. • Di antara contoh data yang digunakan dalam geografi ialah data jarak, bilangan penduduk, hujan, suhu dan lain-lain. • Biasanya jadual dan graf digunakan untuk menyusun data supaya lebih tersusun, lebih mudah difahami dan kelihatan menarik.
Kaedah Pengumpulan Maklumat Kaedah Pemerhatian • Kaedah yang paling cepat dan mudah dilakukan. • Maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki. Kaedah Temu Bual • Merupakan kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang. • Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkaitan dengan berita, pendapat, atau nasihat. • Orang yang ditemu bual akan dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan. Banci • Merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan jumlah sesuatu data atau maklumat yang dihitung. • Contohnya ialah jumlah penduduk atau kenderaan yang lalulalang di sesuatu jalan.
Kaedah Pengumpulan Maklumat Soal Selidik / Tinjau Siasat / Survei • Merupakan satu kaedah melalui pengedaran borang soal selidik kepada orang ramaia atau responden (iaitu orang yang memberikan maklumat dalam sesuatu kaji selidik). • Setelah diisi, borang tersebut perlu dikumpulkan semula untuk dianalisakan. • Contoh borang soal selidik adal seperti di bawah Rujukan ( Daripada pelbagai sumber, seperti bahan bercetak dan internet) • Merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah diterbitkan. • Contohnya rujukan melalui buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web, atau cakera padat.
Contoh borang soal selidik
MEMBENA DAN MENYUSUN MAKLUMAT DALAM BENTUK JADUAL • Jadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data. • Langkah-langkah menyedia dan menbina jadual: – Mengumpulkan data yang diperlukan dengan menggunakan kaedah yang sesuai. – Contoh : Mengumpul data tentang cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik datang ke sekolah. – Data yang dikumpulkan ditunjukkan seperti di berikut:
Contoh data yang dikumpul Bil Nama Pelajar Cara Datang Ke Sekolah 1 Abdullah B. Razali Berjalan kaki 2 Adnan B. Yahya Kereta 3 Ahmad Tarmizi B. Harun 4 Ali B. Zakaria 5 Ibrahim B. Ismail 6 Mohamad Subri B. Mohd Jelani Bil Nama Pelajar Bas Susun semula data dalam bentuk jadual dan berikan tajuk yang sesuai seperti berikut Cara Datang Ke Sekolah Bas 1 Abdullah B. Razali Motosikal Berjalan kaki 2 Adnan B. Yahya Kereta 3 Ahmad Tarmizi B. Harun Bas 7 Mohamad Yusuf B. Abd. Halim Basikal 4 Ali B. Zakaria 8 Norliza Bt. Alias 5 Ibrahim B. Ismail 9 Nor Syafirah Bt. Mohd Razali 6 Mohamad Subri B. Mohd Jelani 10 Nor Fazlin Bt. Mohd Faezol 7 Mohamad Yusuf B. Abd. Halim Basikal 11 Noor Mardiana Bt. Che Wan 8 Bas Norliza Bt. Alias Motosikal 12 Nur Amrina Bt. Azhari 9 Nor Syafirah Bt. Bas. Mohd Razali Bas 13 Nur Atikah Bt. Mohd Razman 10 Nor Fazlin Bt. Kereta Mohd Faezol Berjalan kaki 14 Nur Aziani Bt. Nafiah 11 Noor Mardiana. Bas Bt. Che Wan Bas 15 Nur Hidayu Bt. Mohd Zaini 12 Nur Amrina Bt. Kereta Azhari Bas 16 Nurul Hakimi Bt. Mat Isa 13 Nur Atikah Bt. Berjalan Mohd Razman kaki Kereta 17 Rohaiza Bt. Abd. Rahim 14 Nur Aziani Bt. Bas Nafiah Bas 18 Siti Azimah Bt. Zakaria 15 Nur Hidayu Bt. Berjalan Mohdkaki Zaini Kereta 19 Siti Norulhaya Bt. Ishak 16 Bas. Mat Isa Nurul Hakimi Bt. Berjalan kaki 20 Yusnor Fariza Bt. Yusof 17 Rohaiza Bt. Kereta Abd. Rahim 21 Nik Muhamad Azlan B. Nik Sharani 18 Siti Azimah Bt. Bas Zakaria Berjalan kaki 22 Muhamad Zabidi B. Muhamad 19 Siti Norulhaya Bt. Ishak Bas 20 Yusnor Fariza Bt. Yusof Kereta Bas Cara Datang Ke Sekolah Motosikal Bas Berjalan kaki Motosikal Jadual : Senarai nama dan cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah Bas Bilangan Pelajar 10 Berjalan kaki 4 Kereta 4 Motosikal 3 Basikal 1 Jumlah 22 21 Nik Muhamad Azlan B. Nik Sharani Bas 22 Muhamad Zabidi B. Muhamad Motosikal Jadual : Cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah
MEMBINA JADUAL DAN GRAF DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER Prosedur 1: Membuka Excel 2000 dan memasukkan data • Buka Ms Excel 2000 Taip data seperti dalam jadual di atas iaitu tentang komposisi murid lelaki dan wanita di beberapa buah sekolah
Prosedur 2: Membina graf dari data Excel 2000 Ø "Highlight" kesemua sel yang mengandungi data seperti paparan di bawah
Pilih Insert Chart, dan kekotak "Chart Wizard - Step 1 of 4" akan muncul seperti paparan di bawah Ø Ø Pilih Column dalam Chart type Ø Pilih Chart sub-type yang pertama kiri atas Ø Klik butang Next
Ø Graf carta yang separuh siap seperti di bawah dipaparkan Ø Klik Next.
Ø Penuhkan kekotak Chart title, Category (X) axis dan Value (Y) axis seperti dalam kekotak di atas. Klik Next. Ø Klik Finish (anda akan dapat melihat satu graf yang telah siap seperti paparan di bawah)
Contoh graf yang telah siap
MEMBINA GRAF GARIS MUDAH • Graf garis sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya. • Langkah-langkah melukis graf garis. – Lukis paksi tegak dan paksi mendatar. – Pilih skala yang sesuai bagi paksi tegak dan paksi mendatar. – Paksi tegak biasanya digunakan bagi mewakili kuantiti manakala paksi mendatar mewakili jangka masa seperti bulan atau tahun. – Gunakan titik-titik bagi mewakili maklumat yang diberi. – Sambungkan titik-titik tersebut dengan garisan lurus. – Lengkapkan graf dengan tajuk yang sesuai.
Contoh Graf Garis • Berdasarkan jadual ‘Min suhu harian di stesen kajian sekolah Zaidi', kita dapat melukis graf garis mengikut langkah-langkah seperti berikut: • Sediakan paksi tegak dan paksi mendatar • Tandakan titik-titik untuk menggambarkan maklumat yang diberi. • Sambungkan titik-titik itu dengan garisan lurus dan berikan tajuk yang sesuai.
MENTAFSIR JADUAL, GRAF BAR MUDAH DAN GRAF GARIS • Maklumat yang terdapat dalam jadual dan graf biasanya padat dan ringkas. Oleh itu jadual dan graf boleh ditafsirkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. • Untuk mentafsir maklumat dalam jadual dan graf, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. • Antaranya ialah tajuk jadual dan graf. Selain tajuk, perkara-perkara lain yang perlu dilihat adalah sperti berikut:
JADUAL DAN GRAF PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMBUAT PENTAKSIRAN JADUAL • Jumlah • Nilai maksimum • Nilai minimum • Nilai purata (sekiranya dikehendaki) GRAF BAR MUDAH • Butir-butir pada paksi mendatar dan menegak • Bar-bar • Nilai maksimum • Nilai minimum GRAF GARISAN • Butir-butir pada paksi mendatar dan paksi menegak • Titik-titik yang menyambung garisan • Nilai maksimum • Nilai minimum • Nilai purata • Julat
Contoh Mentafsir Graf Hasil Pengeluaran Kelapa Sawit di Felda Nenering, Gerik Graf ini menunjukkan hasil pengeluaran kelapa sawit di Felda Nenering, Gerik antara tahun 1999 hingga 2003. Hasil keluaran maksimum adalah pada tahun 2002, iaitu 300 juta tan metrik. Hasil keluaran minimum adalah pada tahun 1999, iaitu sebanyak 65 juta tan metrik. Pada tahun 2001 dan 2003, hasil keluaran adalah sama iaitu 265 juta tan metrik. Hasil keluaran kelapa sawit di Felda Nenering meningkat dari tahun 1999 hingga 2002, tetapi menurun pada tahun 2003.
RUMUSAN
1 2 5 LATIHAN 4 3
JAWAPAN ANDA BETUL. . . Kembali ke soalan: 1 2 3 4 5
JAWAPAN ANDA Salah! Cuba Lagi Kembali ke soalan: 1 2 3 4 5
ARAHAN: KLIK PADA JAWAPAN YANG BETUL SAMA ADA A, B, C, ATAU D SOALAN 1 Antara data-data berikut, yang manakah sesuai dinyatakan dalam bentuk graf garis ? A. Hujan bulanan B. Cara-cara pelajar datang ke sekolah C. Perubahan harga barangan D. Cita-cita pelajar
SOALAN 2 Berdasarkan jadual di bawah. Pekerjaan Bilangan Petani 18 Guru 9 Buruh 7 Polis 2 Jumlah 36 Apakah tajuk yang sesuai bagi jadual di atas ? A. Jenis pekerjaan waris pelajar 1 Cemerlang. B. Kebanyakan waris pelajar 1 Cemerlang adalah petani. C. Bilangan pekerjaan waris 1 Cemerlang D. Empat pekerjaan utama bagi waris pelajar 1 Cemerlang
SOALAN 3 Berdasarkan jadual di bawah. Pekerjaan Bilangan Petani 18 Guru 9 Buruh 7 Polis 2 Jumlah 36 Pekerjaan utama bagi waris pelajar 1 cemerlang ialah ____ A. Guru. B. Petani. C. Buruh. D. Polis.
SOALAN 4 Berdasarkan jadual dibawah. Antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR menerangkan pernyataan di atas ? A. Bilangan pelajar yang menunggang basikal lebih ramai daripada pelajar yang menaiki kereta. B. Separuh daripada pelajar 3 Angsana datang ke sekolah dengan menaiki bas. C. Jumlah pelajar 3 Angsana ialah 37 orang. D. Hanya 3 orang pelajar 3 Angsana datang ke sekolah secara berjalan kaki.
SOALAN 5 Berdasarkan jadual dibawah. Jumlah pelajar yang tidak perlu mengeluarkan tambang untuk datang ke sekolah mungkin sekali _______ A. 4 orang. B. 8 orang. C. 11 orang. D. 19 orang.
SEKIAN TERIMA KASIH
- Slides: 31