GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN BIL 1 TAHUN
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN BIL 1 TAHUN 2014 INVENTORI KERAJAAN ASAS AKRUAN
TUJUAN Memberi pemahaman berkaitan inventori dalam pelaksanaan perakaunan akruan Hendaklah dibaca bersekali dengan MPSAS 12 ~ INVENTORI dan MPSAS 27 ~ PERTANIAN
LATAR BELAKANG TAKRIFAN INVENTORI PP 5/2007 : - Merupakan aset alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM 1, 000 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk akan diklasifikasikan sebagai inventori tanpa mengira harga perolehan Definisi, pengiktirafan (recognition) dan pengukuran (measurement) inventori dalam perakaunan akruan adalah berbeza
DEFINISI INVENTORI DALAM PERAKAUNAN AKRUAN MPSAS 12 menyatakan inventori adalah aset : 1) Dalam bentuk barangan atau bekalan untuk digunakan dalam proses pengeluaran; 2) Dalam bentuk barangan atau bekalan untuk digunakan atau diedarkan dalam penyampaian maklumat; 3) Dipegang untuk dijual atau diedarkan dalam operasi biasa atau 4) Dalam proses pengeluaran untuk dijual atau diedarkan
CONTOH INVENTORI: Bekalan pertahanan dan penguatkuasaan spt peluru Bekalan dan bahan perubatan Alat ganti / penyelenggaraan untuk hartanah, loji dan peralatan Nota : barang luak seperti alatulis dan fail yang digunakan bagi tujuan pentadbiran sesuatu pejabat tidak dikira sebagai inventori dan hendaklah diiktiraf sebagai belanja
HAD NILAI INVENTORI Pengiktirafan inventori adalah tertakluk kepada had nilai minimum baki akhir tahun barangan dan bekalan bernilai RM 1 juta bagi setiap PTJ tanpa mengira jenis / item Bagi menentukan baki awal inventori sesebuah PTJ, arah aliran setiap baki akhir tahun inventori yang bernilai RM 1 juta ke atas bagi 3 tahun berturutan Sekiranya PTJ telah memenuhi syarat 1 dan 2, barangan atau bekalan tersebut akan diakaunkan sebagai inventori bagi tahun berikutnya
PENGUKURAN INVENTORI Terendah antara kos dan nilai realisasi bersih atau Terendah antara kos dan kos penggantian semasa - sekiranya dipegang bagi tujuan: i) diedarkan secara percuma atau dijual pada harga nominal ii) digunakan dalam proses pembuatan barang yang akan diedar secara percuma atau dijual pada harga nominal
KOS INVENTORI Terdiri daripada : 1) Kos pembelian – harga belian, duti import, cukai, kos pengangkutan, kos pengendalian dan lain – lain kos yang terlibat secara langsung semasa perolehan inventori dan ditolak diskaun perniagaan dan rebat dll 2) Kos penukaran – kos langsung dan overhead tetap 3) Lain – lain kos yang dikenakan dalam membawa inventori kepada keadaan dan lokasi semasa Nota : kos inventori tidak termasuk perbezaan pertukaran asing dan kos jualan. Rujuk MPSAS 4 : Kesan daripada perubahan dalam kadar pertukaran asing
PENGIRAAN BAKI AKHIR INVENTORI Nilai baki akhir dikira menggunakan kaedah purata wajaran berdasarkan nilai bawaan inventori bagi tahun berkenaan Lihat contoh pengiraan
Nilai baki akhir inventori: Kos per unit inventori : RM 2850 / 300 = RM 9. 50 Amaun nilai baki akhir : 120 unit x RM 9. 50 = RM 1, 140. 00
PENGIKTIRAFAN INVENTORI SEBAGAI BELANJA Nilai bawaan inventori diiktiraf sebagai belanja apabila sesuatu inventori dijual, ditukar atau diedar Jika diedar secara percuma, nilai bawaan inventori akan diiktiraf sebagai belanja apabila barangan dan bekalan diedar atau perkhidmatan disampaikan Juga diiktiraf sebagai belanja sekiranya perlaku penurunan nilai inventori atau kehilangan atau hapuskira
- Slides: 11