ETIKA PENGGUNAAN BILIK PANTRI Sila pastikan 1 Peralatan
ETIKA PENGGUNAAN BILIK PANTRI Sila pastikan : 1. Peralatan dibersihkan diletakkan di tempat asal. 2. Meja makan sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. 3. Sampah dibuang ke dalam tong sampah. 4. Kerusi disusun kembali ke tempat asal. 5. Langkah-langkah keselamatan penggunaan peralatan elektrik dipatuhi. 6. Paip air ditutup rapat selepas digunakan. 7. Suis lampu ditutup sebelum meninggalkan pantri.
ETIKA PENGGUNAAN TANDAS Sila pastikan : 1. Kebersihan dijaga bagi tujuan keselesaan bersama. 2. Tandas dipam selepas digunakan. 3. Tisu tidak dibuang ke dalam mangkuk tandas. 4. Pelapik mangkuk tandas (closet) dikeringkan setelah digunakan. 5. Tangan anda dicuci sebelum meninggalkan tandas. 6. Paip air ditutup rapat selepas digunakan. 7. Suis lampu ditutup sebelum meninggalkan tandas. 8. Tuala wanita tidak dibuang ke dalam mangkuk tandas.
ETIKA PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT Sila pastikan : 1. Peralatan dalam keadaan baik dan berfungsi. 2. Meja dan kerusi sentiasa dalam keadaan kemas dan diletakkan di tempat asal selepas digunakan. 3. Tiada sampah ditinggalkan di dalam bilik mesyuarat. 4. Suhu penghawa dingin tidak kurang daripada 24 °C. 5. Papan putih dibersihkan selepas digunakan. 6. Suis lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.
ETIKA RUANG MENUNGGU Sila pastikan : 1. Anda menjaga kesopanan dan kesusilaan. 2. Kerusi dan bahan-bahan bacaan diletakkan di tempat asal selepas digunakan. 3. Sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 4. Anda menghormati hak pengguna yang lain. 5. Kemudahan awam dijaga dengan baik. 6. Anda tidak makan dan minum diruang menunggu ini.
ETIKA PENGGUNAAN LIF Sila pastikan : 1. Anda memberi laluan keluar kepada pengguna sebelum memasuki lif. 2. Anda memberi keutamaan kepada pesakit, OKU dan warga emas. 3. Anda memenuhi ruang belakang terlebih dahulu. 4. Anda menjaga kesopanan dan kesusilaan. 5. Anda menjaga kebersihan lif. 6. Anda menghormati hak pengguna yang lain. 7. Kemudahan awam dijaga dengan baik.
ETIKA PENGGUNAAN SURAU 1. Berpakaian sopan dan menutup aurat. 2. Pastikan sejadah dan pakaian solat dalam keadaan kemas dan diletakkan di tempat asal selepas digunakan. 3. Bahan bacaan disusun kemas. 4. Tiada sampah ditinggalkan di dalam surau. 5. Makanan dan minuman tidak dibawa ke dalam surau. 6. Tidak dibenarkan tidur dan membuat bising di dalam surau. 7. Paip air ditutup rapat selepas digunakan. 8. Tempat wuduk dalam keadaan bersih. 9. Suis lampu dan penghawa dingin/ kipas ditutup sebelum meninggalkan surau.
ETIKA STOR Sila pastikan : 1. Hanya kakitangan yang berkenaan dibenarkan masuk ke dalam bilik stor. 2. Stok disusun mengikut kategori barang dan di lokasi yang telah ditetapkan. 3. Stok dalam keadaan baik dan mematuhi konsep “ First In First Out” (FIFO). 4. Stok diambil dengan cermat dan stor ditinggalkan dalam keadaan kemas. 5. Maklumat dan kuantiti stok sentiasa dikemaskini. 6. Kebersihan dan keselamatan stor sentiasa dijaga. 7. Anda tidak makan, minum dan merokok.
ETIKA BILIK FAIL Sila pastikan : 1. Hanya kakitangan yang berkenaan dibenarkan masuk ke dalam bilik fail. 2. Fail disusun mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh jabatan masing – masing. 3. Fail diambil dengan cermat dan bilik fail ditinggalkan dalam keadaan kemas. 4. Daftar keluar masuk fail sentiasa dikemaskini. 5. Kebersihan dan keselamatan bilik fail sentiasa dijaga. 6. Anda tidak makan, minum dan merokok.
ETIKA KAUNTER Sila pastikan : 1. Anda memberi perkhidmatan dengan sopan dan berhemah. 2. Kaunter sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 3. Anda memberi maklumat dan panduan yang tepat. 4. Anda menjawab telefon dalam tempoh tiga deringan. 5. Anda mengamalkan nilai – nilai murni 3 S (Senyum, Salam dan Sopan) 6. Anda memberi keutamaan kepada warga emas dan OKU. 7. Anda tidak makan dan minum di kaunter. 8. Anda tidak menggunakan gajet elektronik persendirian semasa bertugas. 9. Semua suis lampu, plug dan komputer ditutup jika tidak digunakan.
- Slides: 9