EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Tajuk 2 Proses
EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Tajuk 2: Proses Pembelajaran Pensyarah: Dr. Hj. Sajap Maswan sajap@ipgktb. edu. my 012 -4830474
Hasil Pembelajaran Menghuraikan proses pembelajaran dalam Pd. P: § Kesediaan belajar § Persepsi dan penanggapan § Ingatan dan lupaan § Pemindahan pembelajaran § Implikasi proses pembelajaran terhadap Pd. P
Kesediaan Belajar § Keadaan dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai yang baharu. § Melibatkan 3 domain: • Kognitif • Afektif • Psikomotor
Kesediaan Belajar 1. Kesediaan Kognitif: § Melibatkan aktiviti/proses mental/berfikir • Berfikir (pengamatan/persepsi) • Menaakul (berfikir secara mendalam/serius tentang sebab dan akibat) • Menganalisis • Membentuk konsep baru (penanggapan) • Menyelesaikan masalah § Pencapaian dalam bidang akademik memerlukan usaha & latihan yang gigih
Kesediaan Belajar Kesediaan Kognitif Tinggi § Faham idea/maklumat dan ingat kembali. Dapat menjawab soalan peperiksaan dengan betul § Hubung kait antara beberapa idea penting untuk selesaikan masalah § Dapat melihat beberapa aspek dalam sesuatu objek § Struktur pengetahuan mula menjadi normal
Kesediaan Belajar Kesediaan Kognitif Tinggi (sambungan) § Memahami konsep abstrak § Membuat hipotesis (andaian awal) § Menyelesaikan masalah yang mudah, sederhana dan rumit Kesediaan Kognitif Rendah § Melihat satu aspek sahaja dalam sesuatu objek/idea § Egosentrik – tidak dapat melihat menurut perspektif orang lain
Kesediaan Belajar 2. Kesediaan Afektif (Perasaan/Emosi) § Sikap yang positif terhadap pelajaran § Gembira/ceria/bersemangat § Bersedia dengan peralatan belajar § Minat yang mendalam § Kerajinan untuk belajar
Kesediaan Belajar Kesediaan Afektif Tinggi: • Motivasi belajar tinggi • Minat terhadap subjek yang dipelajari • Aktif dalam aktiviti Pd. P • Sering mengemukakan pelbagai soalan yang mencabar • Ingin memperoleh kecemerlangan dalam akademik • Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan dan minat belajar untuk menerima pembelajaran yang disampaikan.
Kesediaan Belajar 3. KESEDIAAN PSIKOMOTOR Penguasaan kemahiran yang melibatkan tindakan fizikal (pelbagai anggota badan) • Tangan • Kaki • Kepala • Mulut (sebutan perkataan)
Kesediaan Belajar Koordinasi pergerakan anggota badan: • Berjalan • Memegang pensel • Menulis • Melukis • Mewarna • Menunggang basikal • Mengikat tali kasut • Menaip dengan menggunakan komputer
Kesediaan Belajar Koordinasi pergerakan anggota badan: • Berenang • Menari • Gimnastik • Senamrobik • Bermain (bola, badminton, hoki dsn. ) • Menyebut bunyi, perkataan dll. • Subjek: Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup
Kesediaan Belajar Cara-cara Meningkatkan Kesediaan Belajar: • Strategi pengajaran - Simulasi/main peranan • Kaedah kumpulan • Kaedah perbincangan • Pemulihan dan pengkayaan • Unsur kecindan • Pelbagaikan BBM multimedia
Kesediaan Belajar dirumuskan sebagai: • Kesediaan belajar ialah keadaan dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai yang baharu. Kesediaan belajar terbahagi kepada 3 aspek iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
Kesediaan Belajar Kepentingan Kesediaan Belajar: Antara kepentingan kesediaan belajar dari segi kognitif ialah murid dapat memahami sesuatu konsep yang dipelajari dengan mudah kerana mereka mempunyai pengetahuan sedia ada tentang tajuk yang diajar oleh guru. Murid mungkin telah membaca terlebih dahulu/membuat persediaan awal di rumah tentang tajuk yang akan dipelajari di sekolah.
Kesediaan Belajar Kepentingan kesediaan belajar dari segi efektif: Kepentingan kesediaan belajar dari segi afektif ialah murid sentiasa gembira, ceria, yakin diri/bermotivasi semasa belajar di dalam kelas. Dengan yang demikian, proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. (Jawapan yang sempurna)
Proses Pembelajaran 1. Persepsi (Pengamatan) § Proses menerima rangsangan/maklumat melalui pancaindera(lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa) § Menyusun semula maklumat yang diterima § Memberi makna/pengertian kepada maklumat yang diterima § Mentafsir maklumat/menginterpretasi maklumat § Contoh: Menyatakan dan membezakan pelbagai bunyi jenis kenderaan di jalan raya.
Proses Pembelajaran a. Cara-cara meningkatkan persepsi: § Organ deria yang sihat § Apakah tindakan guru untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah penglihatan? § Mengenal pasti murid yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan rawatan § Ubah tempat duduk dari bahagian belakang ke bahagian hadapan kelas § Mohon bantuan untuk membuat kaca mata
Proses Pembelajaran b. Pelbagai organ deria § Tulisan yang besar/jelas § Suara guru yang lantang dan jelas § ABM yang besar/menarik dan berfungsi dengan baik
Proses Pembelajaran 2. Penanggapan § Proses membentuk konsep-konsep baharu dalam minda individu (khasnya kepada kanak-kanak) § Konsep: Idea spesifik tentang peristiwa dan fenomena sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. § Contoh: Jelaskan konsep lestari?
Proses Pembelajaran Cara-cara meningkatkan penanggapan: § Persediaan dan pengetahuan guru § Gunakan pelbagai BBM § Kaedah yang berkesan § Pengajaran yang berpusatkan murid § Bahasa yang mudah difahami
Proses Pembelajaran 3. Ingatan Kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpan serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. § Pengekodan § Penyimpanan § Ingatan kembali Rangsangan deria § Lihat § Dengar § Sentuh § Hidu § Rasa
Proses Pembelajaran Cara-cara meningkatkan ingatan: § Bahan pengajaran bermakna § Isi pelajaran yang sistematik § Ulangan § Rehat yang cukup § Menimbulkan minat – Contoh, mengamalkan unsur-unsur kecindan dalam pengajaran
Proses Pembelajaran Lupaan: Kegagalan untuk mengingat kembali maklumat Antara sebab berlaku lupaan Gangguan Retroaktif • Ilmu/kemahiran baharu mengganggu ilmu/kemahiran lama • Program komputer baharu ganggu program komputer yang lama Gangguan Proaktif • Ilmu/kemahiran lama mengganggu ilmu/kemahiran baharu • Sistem ejaan lama ganggu sistem ejaan baharu Contoh: Ejaan Lama Ejaan Baharu Pra sekolah – Prasekolah Stesyen – Stesen
Pemindahan Pembelajaran 1. Definisi Pemindahan Pembelajaran: § Pemindahan (transfer) kemahiran asas, konsep, pengetahuan, nilai dan proses mental daripada sesuatu situasi kepada situasi yang lain. § Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran yang sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan dalam proses Pd. P atau sesuatu situasi baharu yang berkaitan.
Pemindahan Pembelajaran Proses Pembelajaran Gagne: Peringkat 6 – Generalisasi (Aplikasi ilmu dalam situasi yang lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian) Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam situasi baharu yang sesuai dan sepadan Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk mengira jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam seminggu Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari dalam situasi baharu di dalam atau di luar bilik darjah. Penanggapan: Proses membentuk konsep-konsep baharu dalam minda individu semasa proses pembelajaran secara formal ataupun informal
Pemindahan Pembelajaran Jenis Pemindahan Pembelajaran: § Pemindahan Pembelajaran Positif – (Rujuk nota sebelum ini) § Pemindahan Pembelajaran Negatif – (Rujuk nota gangguan retroaktif dan gangguan proaktif sebelum ini) Contoh: Pemindahan Negatif: Gangguan proaktif – Sistem ejaan lama masih digunakan dalam penulisan akademik
Pemindahan Pembelajaran Implikasi Proses Pemindahan Pembelajaran dalam Pd. P: § Pemindahan Pembelajaran Positif – (Rujuk nota sebelum ini) § Pemindahan Pembelajaran Negatif – (Rujuk nota gangguan retroaktif dan gangguan proaktif sebelum ini) Contoh: Pemindahan Negatif: Gangguan proaktif – Sistem ejaan lama masih digunakan dalam penulisan akademik
Implikasi proses pembelajaran terhadap Pd. P § Pemahaman terhadap proses pembelajaran akan dapat membantu guru meningkatkan lagi kecekapan mereka dalam merancang dan melaksanakan Pd. P § Guru harus memastikan pelajar-pelajar telah bersedia dari segi kognitif, efektif dan psikomotor sebelum melaksanakan proses Pd. P yang seterusnya. § Dengan memahami proses pembelajaran seperti yang telah dikemukakan oleh Gagne. 1975 ( lapan fasa : motivasi, penyimpanan, penahanan, mengingat kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas) dapat membantu guru melaksanakan Pd. P dengan lebih sistematik dan berkesan.
Sekian TERIMA KASIH
Rujukan: Ewell, P. T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari http: //www. intime. uni. edu/model/learning/learn_summa ry. html Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston Noriati A. Rashid, Boon, P. Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Penghargaan 1. Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun
- Slides: 31