EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Membandingbezakan antara pendekatan
EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Membandingbezakan antara pendekatan pengajaran induktif dengan deduktif Membandingbezakan antara strategi pengajaran berpusatkan guru dengan berpusatkan murid Nama Pembentang: Fatin Nur Farhana Binti Ruslan 1 Loo Shu Jing Phan Bao Yi (2 Pismp Pengajian Melayu Ambilan Jun ) Nama Pensyarah: Dr. Hj. Sajap Bin Maswan
2 Pendekatan Induktif Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi, (Kierzek dan Gibson, 1960). Pendekatan ini menggunakan kaedah penemuan yang melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.
3 Pendekatan Induktif Cara induktif merupakan satu kaedah permulaan pengajaran guru dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk konsep. Antara prinsip pendekatan induktif ialah : v Guru menggunakan contoh yang relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. v Guru membimbing murid membuat kesimpulan.
4 Pendekatan Induktif v Guru beri peluang kepada murid untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dilakukan. v Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kumpulan umum. v Contoh pendekatan induktif : “Magnet menarik bahan berlogam”
5 Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif bermula daripada umum kepada spesifik. Murid akan bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Pendekatan tradisional : Pemberian maklumat mengenai topik itu akan dilakukan pada awal pengajaran diikuti dengan contoh-contoh.
6 Pendekatan Deduktif Thornbury : Mengemukakan tiga prinsip perlaksaan pendekatan deduktif. i. Guru mengemukakan peraturan-peraturan tatabahasa. ii. Guru memberikan contoh dengan menonjolkan struktur tatabahasa. iii. Murid membuat latihan dan mengemukakan peraturan dan contoh tersendiri.
7 Pendekatan Deduktif Prinsip Pendekatan Deduktif v Penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah. v Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan. v Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta contoh yang telah diberikan.
8 Persamaan Pendekatan Pengajaran Induktif dan Deduktif Guru merancang Pd. P berdasarkan objektif. Guru berfungsi sebagai pembimbing. Teknik penyoalan digunakan semasa Pd. P. Murid berperanan menerima maklumat dan dibimbing untuk berfikir dan mentafsir maklumat. Bahan Pd. P digunakan.
9 Perbezaan antara Pendekatan Pengajaran Induktif dengan Deduktif Pengajaran Induktif Daripada spesifik kepada umum Bertumpu kepada pemerolehan konsep Pengajaran Deduktif Daripada umum kepada spesifik Bertumpu kepada pemahaman konsep Pengajaran mendapatkan hukum/konsep Banyak menggunakan contoh untuk memudahkan pemahaman generalisasi Pengajaran berdasarkan hukum Mengemukakan konsep/hukum/generalisasi
10 Perbezaan antara Pendekatan Pengajaran Induktif dengan Deduktif Pengajaran Induktif Pengajaran Deduktif Menggunakan kaedah penemuan (Melalui proses memerhati, mengkaji dan menganalisis) Menggunakan kaedah penaakulan untuk mendapatkan fakta/contoh tertetu daripada peraturan umum Guru berperanan membimbing murid membuat kesimpulan Guru berperanan membimbing murid dalam mengemukakan penyelesaian masalah Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisarkan contoh khusus kepada suatu generalisasi Guru merancang aktiviti pengajaran berbentuk latihan untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran
11 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu merancang dan melaksanakan sesuatu. Kebijaksanaan guru memilih, menyusun dan mengurus sesuatu perancangan bagi menghasilkan pencapaian optimum. 4 strategi Pd. P: Ø Berpusatkan guru Ø Berpusatkan murid Ø Berasaskan sumber Ø Berasaskan tugasan
12 Video Megenai Konsep Strategi Pengajaran Abad ke-21
13 Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru Pembelajaran eksplisit Guru berperanan utama dalam melaksanakan aktiviti Pd. P secara komunikasi sehala. Fungsi guru: menyampaikan bahan, memberi maklumat dan memastikan objektif tercapai Fungsi murid: menerima maklumat, memahami dan mengingati maklumat Teknik dan kaedah: penerangan, demonstrasi, syarahan
14 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid merupakan fokus utama dalam Pd. P. Penglibatan aktif murid dalam Pd. P dan wujud komunikasi dua hala antara murid dan guru. Guru sebagai fasilitator dan pembimbing. Murid menentukan objektif pembelajaran (apa yang ingin diketahui). Teknik dan kaedah: perbincangan, kerja kumpulan, simulasi, main peranan
15 Persamaan antara Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru dengan Berpusatkan Murid Proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dijalankan untuk mencapai objektif yang sama. Penggunaan bahan pengajaran yang sama. Kewujudan sesi soal jawab semasa pdp. Kuasa guru sebagai ketua dalam mengawal kelas.
16 Perbezaan antara Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru dengan Berpusatkan Murid Kaedah Pengajaran Berpusatkan Guru sebagai penyampai utama. Kaedah Pengajaran Berpusatkan Murid Guru sebagai fasilitator. Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses Pd. P.
17 Perbezaan antara Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru dengan Berpusatkan Murid Kaedah Pengajaran Berpusatkan Guru Pelajar kurang aktif. Kaedah Pengajaran Berpusatkan Murid Pelajar aktif (individu, kumpulan dan kekas). Guru bertanggung sepenuhnya ke Melibatkan pelajar dalam atas bahan bantu mengajar yang membentuk proses pembelajaran digunakan dalam Pd. P. melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Komunikasi satu hala. Komunikasi dua hala.
18 Rujukan Lithiuam Bandah. Compare and contrast teacher centered method of teaching. Diakses pada 1 Mac 2017, daripada http: //www. academia. edu/21801582/Compare_and_Contrast_Teacher_centred_and_Pupils-_centred_method_of_Teaching Mohd Fuad Sam & Marina Majid & Afrah Salwani Jusoh & Mohd Zain Kosnon. (2013). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
- Slides: 18