EDU 3053 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Topik
EDU 3053 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Topik 3: MEDIA PENGAJARAN
MEDIA PENGAJARAN 1. KONSEP 2. FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARA N 3. JENIS DAN KLASIFIKAS I MEDIA
KONS EP MEDIA ➢Media berasal dari perkataan Latin yang bermaksud perantara. ➢Istilah media sering dikaitkan dengan wahana penyebaran maklumat. ➢Ia merupakan satu komponen teknologi pengajaran dan menjadi penyokong kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Media dikenali sebagai medium atau sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Wan Kamarudding (2012)
Percival & Elington (1984) 1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan. - perkataan bercetak, filem, pita rakaman, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. 2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa. - surat khabar, radio dan televisyen
Reiser & Gagne (1983) Sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. -guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej.
↳ Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima (contoh: Video, multimedia, gambar foto) (Heinich, 1981) ↳ Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran (Yusup, 1997, 2001)
Saluran mesej Bentuk mesej Mesej Rajah 1: Konsep media menurut Torkelson (1972) 1. Mesej => isi kandungan (contohnya pengumuman). 1. Bentuk mesej => cara mesej disimpan, seperti audio visual atau tulisan. 1. Saluran mesej => peralatan fizikal, sama ada berbentuk elektrik atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada murid, seperti televisyen, video dan komputer.
Kesimpulannya, media boleh ditakrifkan sebagai: Bahan yang menjadi saluran komunikasi untuk penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada penghantar kepada penerima yang mencakupi perkakasan, peralatan dan bahan.
KONS EP PENG AJAR AN Sesuatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan meransang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Wan Kamarudding (2012)
Heinich, Molenda dan Russel (1981) ➢pengajaran ialah penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Romiszowski (1988) ➢ pengajaran ialah proses berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu.
KONSEP MEDIA PENGAJA RAN Heinich et al. (2002) ➢Media yang pengajaran. membawa mesej tentang Kemp & Smellie (1994) ➢Audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Yusup Hashim (1992) ➢Media pengajaran ialah peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti, dibina dan dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Fatimah Ali (1980) ➢ Penglibatan deria tersebut hanya dapat berlaku jika pelbagai bahan media digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rajah 2: Hubungan Media Pengajaran, Guru dan Murid ❖Penggunaan media pengajaran melibatkan komunikasi dua hala, iaitu komunikasi guru-murid. ❖Media pengajaran sebagai salah satu faktor keberkesanan pengajaran guru dan menjadi penghubung diantara guru dan murid.
Rumusannya, media pengajaran merupakan: Medium yang dapat membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Fungsi media dalam pembelajaran dan pengajaran
1. Pembantu guru • Guru-guru merancang jenis dan bentuk media yang sesuai dan berkesan untuk digunakan semasa guru menjalankan pengajaran. Ini membolehkan pelajar mengalami proses pengajaran yang berkesan. • Cth : carta, gambar rajah, slaid, foto, koleksi video, persembahan multimedia • Ia juga mendorong pelajar menggunakan pancaindera sendiri untuk meninggalkan kesan sebenar dan dengan ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. • Cth : untuk menyampaikan fakta sejarah keganasan komunis guru boleh menggunakan televisyen untuk menayangkan filem “Bukit Kepong” berbanding dari menerangkan fakta tentang kejadian tersebut.
2. Pengganti guru • Guru berdepan dengan kekangan seperti mesyuarat tergempar, tugas-tugas rasmi atau menghadiri kursus yang menyebabkan kelas terpaksa ditinggalkan. • Penggunaan media mampu mewujudkan pembelajaran kendiri iaitu pelajar boleh menggunakan sendiri dengan panduan dan bimbingan dari media yang digunakan • Murid boleh memilih sendiri cara belajar dan tidak perlu bergantung kepada guru mereka. • Penggunaan media bukan sahaja membangkitkan minat pelajar dan memupuk sikap berdikari, malah menjadikan seseorang pelajar itu berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.
• Portal pembelajaran kendiri membenarkan proses pembelajaran dikendalikan sendiri oleh pelajar hanya dengan mematuhi arahan dan langkah. • Pelbagai ciptaan bahan media yang lebih mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran sewaktu ketiadaan guru. – Cth : pengajaran terancang, modul, buku kerja, pengisian, video dan tutorial.
3. Pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning) • Strategi pengajaran yang mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan latihan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar • Pelajar berpeluang mengalami proses pembelajaran kendiri dengan membina: – Tajuk-tajuk pembelajaran, proses pembelajaran, penilaian terhadap pembelajaran. hasil
• Media memainkan peranan utama dalam PBL. Bermula dengan tema pembelajaran, pelajar dapat menjurus ke arah tajuk-tajuk yang lebih berfokus dengan mengakses maklumat yang dikehendaki dari internet. • Ini menggalakkan daya kreativiti pelajar dalam persembahan dimana pelajar diberikan kebebasan untuk melaksanakan aktiviti atau projek dengan bantuan media.
4. Media dalam Pendidikan Khas • Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai masalah yang berbeza-beza. contohnya kanak cacat penglihatan perlu melalui proses p&p yang sesuai. Jadi media digunakan untuk menjalani p&p dengan sempurna • Kanak-kanak cacat penglihatan boleh membaca dan mengarang dengan berpandukan komputer (huruf Braille)
• Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran pula , media pengajaran berbentuk visual dapat membantu murid terlibat aktif dalam p&p. • Penggunaan media merupakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah satu pendekatan yang berkesan bagi memupuk minat dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran.
5. Pendidikan jarak jauh • Pelajar boleh belajar sendiri di rumah tanpa perlu bersemuka dengan guru atau pengajarnya sepanjang masa. • Boleh meneruskan proses pembelajaran dengan menggunakan media pembelajaran yang terdiri daripada: – Modul pembelajaran, pita rakaman, perisisan komputer, pendekatan telesidang (menerusi komputer atau video)
• Pelajar berbincang dengan guru tentang sesuatu topik secara maya. • Pendekatan ini boleh menjimatkan kos, malah berkesan kerana proses pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar bersedia dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
6. Media dalam folio pembelajaran (folio bermedia) • Folio ialah hasil kerja murid tentang sesuatu peristiwa atau perkara mengikut tema yang ditetapkan oleh guru. • Membantu murid membuat perancangan sistematik dalam menghasilkan folio bermedia. • Murid bertanggungjawab terhadap maklumat yang dicari dan pembentangan hasil dapatan mereka dengan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber media.
• Selain itu mendidik pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab , melatih pelajar dengan kemahiran multimedia, mengakses internet, meningkatkan daya kreativiti dan bersikap cermat serta teliti dalam penyediaan folio.
7. Media penyebar ilmu • Pelajar boleh mengemas kini maklumat melalui media. • Pelajar menguasai ilmu geografi berhubung kehidupan manusia di tempat lain yang mempunyai perbezaan iklim serta budaya melalui saluran Discovery. • Pelajar mendapat bahan rujukan melalui e-library atau laman-laman web pendidikan yang menyediakan pelbagai maklumat dan pengetahuan.
JENIS – JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA
Menurut Hoban & Zissman (1937): • Sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahap realistiknya. • Semakin realistik bahan, semakin tinggi nilainya kepada pembelajaran.
ABSTRAK Persimbolan _________ Pemerhatian _______ Penglibatan KONKRIT Rajah 3: Kon Pengalaman Dale (Cone of Experience)
MEDIA PENGAJARAN
Surat Khabar / Newspapers ja a M / h la / Bu / s k e ku T T s k o o extb g a M s e n azi
Perakam Video / Audio Recorder Radio / Radio Televisyen / Television Projektor LCD / LCD
Micro Filem / Micro-Film Kaset / Audio Cassettes
Bil Jenis Media Contoh 1 Media Tayang Kaku Transparensi, slaid, dan mikrofilem 2 Media Bergerak Pita video, cakera padat digital, dan filem 3 Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta, dan graf 4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan, poskad 5 Bahan Pameran 3 D Model, boneka, diorama, pupet 6 Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin 7 Media Audio Pita kaset, cakera padat, komputer 8 Media Cetak Modul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah Tayang Jadual 1: Pengkelasan media menurut Yusuf Hashim (1996)
Klasifikasi Media Mengikut Atribut
- Slides: 41