Dsp NOOR AZLAN MOHD NOOR MAKTAB PDRM KUALA
Dsp. NOOR AZLAN MOHD NOOR MAKTAB PDRM KUALA kubu bharu
1. TANGKAPAN 1. 1 Tangkapan adalah tindakan pertama kearah pendakwaan; 1. 2 Menghalang kebebasan bergerak seseorang untuk memaksanya mematuhi undang-undang; 1. 3 Boleh dicabar jika ia tidak mematuhi kehendak undang-undang atau wujud penggunaan kekerasan berlebihan;
1. TANGKAPAN 1. 4 Amat penting diberi perhatian kerana kebebasan diri seseorang adalah hak asasi yang diperuntukkan bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan; 1. 5 Mesti patuhi Sek. 15 KPJ bagaimana proses tangkapan dibuat; 1. 6 Peruntukkan undang-undang yang paling relevan bersabit tangkapan ialah Sek. 23 KPJ
2. SEKSYEN 23 KPJ 2. 1 Sek. 23(1)(a) KPJ membolehkan polis tangkap tanpa waran sesiapa yang: i) telah melakukan kesalahan yang lazim ditangkap di Malaysia; ii) terhadap satu aduan yang munasabah telah dibuat; iii) maklumat yang boleh dipercayai telah diterima; iv) terhadapnya syak yang munasabah telah wujud yang beliau telah terlibat.
2. 2 Kes Chong Fook Kam & Anor Vs. Shaaban bin Hussien & Ors (1967) 2 MLJ 54 menerangkan maksud “munasabah”. Ujian bagi menentukan “munasabah” ialah satu keadaan dimana akan mempengaruhi orang biasa yang cermat dan bijaksana akan mempercayai atau akan memberi ruang kepada syak yang jujur dan kukuh bahawa saspek telah melakukan kesalahan yang lazim ditangkap;
2. 3 Kes Chong Fook Kam & Anor Vs. Shaaban bin Hussien & Ors (1969) 2 MLJ 219: i) Tangkapan bermula apabila pegawai polis menyatakannya kepada seseorang; atau ii) Menggunakan kekerasan menahan seseorang; atau iii) Melalui perkataan atau tingkahlaku yang menjelaskan bahawa dia akan guna kekerasan menghalang pergerakan seseorang. iv) Memberhentikan seseorang untuk membuat pertanyaan tidak dikirakan tangkapan.
2. 4 Maklumat yang boleh dipercayai q “ Bermaksud apa-apa maklumat yang pada pertimbangan seorang pegawai polis, tampak layak dipercayai. Tidak semestinya maklumat yang membuta-tuli tanpa ada asas yang boleh dipercayai ”, tidak sampai tahap “ boleh dipercayai ”. – Kes Hashim Bin Saad (1977) 1 MLJ 259.
2. 5 Syak yang munasabah q “ Syak yang timbul dari satu keadaan sekeliling dimana seseorang biasa secara adil & lazimnya akan mengesyakki bahawa satu kesalahan telah dilakukan ”. – Kes Tan Seng Hoe (1933) 1 MLJ 151.
2. 6 Kes Chong Fook Kam & Anor Vs. Shaaban bin Hussien & Ors (1969) 2 MLJ 219: i) Tangkapan bermula apabila pegawai polis menyatakannya kepada seseorang; atau ii) Menggunakan kekerasan menahan seseorang; atau iii) Melalui perkataan atau tingkahlaku yang menjelaskan bahawa dia akan guna kekerasan menghalang pergerakan seseorang. iv) Memberhentikan seseorang untuk membuat pertanyaan tidak dikirakan tangkapan.
2. 7 Kes Pendakwaraya Vs. Rosyatimah bte Neza & Anor (1989) 1 MLJ 360 Seseorang dikirakan telah ditangkap jika: i) dia diletakkan dalam keadaan dijaga atau dikawal untuk mencegah terlepas; atau ii) dalam keadaan dimana seseorang itu boleh mengandaikan bahawa kebebasan dirinya telah tertahan. Nota: Orang yang ditangkap secara yang salah boleh ambil tindakan tahanan salah terhadap orang yang menangkap.
HAK DAN REMEDI ORANG YANG DITANGKAP Orang-orang yang ditangkap mempunyai hak-hak yang ditetapkan undang-undang dan sekiranya berlaku tahanan salah beliau mempunyai remedinya seperti yang telah diperuntukkan undang-undang : Hak polis mengunakan kekerasan untuk menangkap. i) Hak polis untuk menggunakan sebarang langkah perlu saja untuk melaksanakan tangkapan (seksyen 15 (2) KPJ) ii) Tidak boleh mendatangkan kematian (seksyen 15 (3) KPJ)
iii) Ditegah menahan secara berlebihan daripada sekadar yang patut sahaja unutk mencegah dia lari (seksyen 19 (1) KPJ) iv) Perempuan diperiksa oleh perempuan dengan menitikberatkan kesopanan (seksyen 19 (2) KPJ) v) Kes Mahmood Vs. Kerajaan Malaysia (1974) 1 MLJ 103: “Langkah-langkah perlu” bermaksud kekerasan yang sekadar cukup untuk menjalankan tangkapan saja.
13. 2 HAK UNTUK DIMAKLUMKAN SEBAB-SEBAB TANGKAPAN SECEPAT MUNGKIN. i) Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan orang yang ditangkap diberitahu seberapa segera yang boleh sebab dia ditangkap. ii) Kes Christie Vs. Leachinsky (1947) 1 All ER 567: Dikecualikan “seberapa segera” jika saspek sudah tahu kesalahannya atau saspek timbulkan keadaan yang sukar untuk memaklumkan kepadanya (menyerang atau lari). iii) Seksyen 28 A (1) KTJ – OKT dimaklumkan seberapa segera sebab-sebab ditangkap
Hak untuk dibawa ke hadapan majistret segera. i) Artikel 5 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan segera ( dlm tempoh 24 jam ). ii) Seksyen 28 (1) KPJ – tidak berlengah-lengah lagi. iii) Seksyen 117 KPJ – tahanan reman jika perlu melebihi 24 jam.
HAK UNTUK DIWAKILI PEGUAM A. i) Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan. ii) Boleh diberikan selepas polis selesai siasatan. iii) Diwakili semasa permohonan reman. B. Seksyen 28 A (2) (b) – sebelum disoal siasat atau diambil keterangan, pegawai polis mesti maklum OKT boleh berhubung dan merujuk dengan peguam pilihannya. (pengecualian spt. Di Sek. 28 A (4) KTJ) C. Seksyen 117 (5) KTJ – Mjistret dalam memutuskan tempoh reman, mesti membenarkan OKT membuat representasi oleh diri sendiri atau peguamnya.
HAK MEMPERTAHANKAN DIRI i) Hanya boleh digunakan jika berlaku tahanan salah oleh polis. Kes PP Vs. Ong Kee Seong (1960) MLJ 156 Tindakan orang yang ditangkap menendang perut seorang polis dan menggigit kaki seorang lagi didapati tidak bersalah kerana kesalahan yang dilakukan tidak lazim ditangkap atau bawah seksyen 24 KPJ atau seksyen 23 KPJ.
HAK UNTUK MEMOHON WRIT HABEAS CORPUS i) Artikel 5 (2) PP – aduan tahanan salah dibawa ke hadapan mahkamah tinggi. ii) Seksyen 365 (a) (ii) KPJ – tahanan yang menyalahi undang-undang, kuasa Mahkamah Tinggi membebaskannya. iii) Kes Karpal Singh Vs. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia (1988) 1 MLJ 469.
13. 7 HAK UNTUK SAMAN PAMPASAN i) Bagi kesalahan tangkapan salah, langgaran salah hingga tahanan salah oleh pihak berkuasa. ii) Kes-kes seperti Mahmod Vs. Kerajaan Malaysia, Shaaban dan lain-lain. HAK UNTUK MENDAPATKAN DOKUMEN Seksyen 51 A (1) KTJ – Pendakwaraya sebelum memulakan pendakwaan hendaklah membekalkan kepada OKT dokumen 2 berikut : a) Laporan polis bawah Sek. 107 KTJ b) Salinan mana 2 dokumen yang dijadikan pembuktian c) Keterangan bertulis berkaitan fakta yang memihak kepada pembelaan OKT yang ditandatangani TPR (Sek. 51 A (2) – ( kecuali jika ia bertentangan dengan kepentingan awam )
TAHANAN REMAN 14. 1 Seksyen 28 (1) KPJ - Tangkapan tanpa waran dibawa ke hadapan Majistret tanpa lengah ( tertakluk kpd peruntukkan jaminan ) 14. 2 Seksyen 28 (3) KPJ - Tempoh penahanan oleh pegawai polis tidak lebih 24 jam. 14. 3 Seksyen 117 KPJ - Perintah reman daripada Majistret mesti diperolehi jika siasatan polis tidak boleh selesai dalam tempoh 24 jam. Tuduhan atau maklumat terhadap OKT adalah berasas Tidak lebih 15 hari. Ada ID (mendatori). Bawa OKT bersama. OKT membuat representasi atau diwakili peguamnya
Seksyen 119 KPJ - ID mesti dikemukakan. 14. 5 Kes PP Vs. Audrey Keong Mei Cheng (1997) 3 MLJ 477 – Majistret berkuasa menolak permohonan reman jika ID tidak dikemukakan.
Artikel 5 (4) PP - Tahanan melebihi 24 jam dengan kebenaran Majistret sahaja. -Bukan warganegara dibawah kesalahan Imigresen, perkataan “ 24 jam” diganti dengan “ 14 hari”. -Tafsiran Majistret adalah termasuk hakim Mahkamah Syariah. - Seksyen 28 KPJ selaras dengan Artikel 5 (4) PP.
14. 7 Seksyen 388 KPJ - KPD atau Mahkamah boleh lepaskan OKT dengan jaminan. - Kesalahan yang hukumannya penjara seumur hidup atau mati, tidak boleh dijamin ( pengecualian – bwh 16 thn, wanita, sakit, lumpuh ). 14. 8 Kes Ooi Ah Hua Vs. OCCI Kedah (1970) 2 MLJ 198: Kebajikan dan keadaan tahanan reman mesti diambil kira seperti makan atau minum, pakaian yang patut, tidak dicederakan; Dibenarkan OKT untuk memaklumkan pada keluarga dan peguamnya.
SEKIAN TERIMA KASIH
- Slides: 23