DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG SINOPSIS Mak Jimah






















- Slides: 22

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG


SINOPSIS

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anaknya iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan Shahrul meminta tolong Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti sudah tamat. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) kerana terus ke laut untuk menangkap ikan. Namun anak-anaknya sering mengirimkan wang bulanan supaya tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jirannya kerana tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan berpakaian seksi dimarahi oleh Sabariah supaya menukar sebelum bertemu ibunya. Sikap mereka ditegur juga oleh Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah memulangkan kembali wang yang dikirim oleh anak-anaknya. Namun Sabariah memarahi ibunya kerana masih mengharapkan bapanya akan selamat. Dalam kekecohan, Wahid dan Senin mengambil kesempatan mencuri barangan mangsa tsunami. Pak Jumaat akhirnya dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja untuk menemani ibunya ke balai. Atas tolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Anak-anak Jimah yang lain memohon maaf kepada Sani. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu dan bersyukur mempunyai Man Bnegap walaupun hanya cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika sunyi dan berduka. Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap bapanya serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.


TEMA �Kesetiaan isteri dan kasih sayang dan anak-anak terhadap ketua keluarga serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak

PERSOALAN �Persoalan kasih sayang isteri kepada suami tang tidak berbelah bagi �Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga �Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang �Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat �Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup

LATAR MASA Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri Senja di rumah Jimah

LATAR TEMPAT Di tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut Rumah Jimah semasa sabariah memarahi salmah Anak tangga rumah Jimah semasa sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya London. ipoh, kuala lumpur

LATAR MASYARAKAT �Masyarakat yang prihatin �Masyarakat yang berpendidikan �Masyarakat yang mementingkan kerjaya �Masyarakat yang menhormati orang yang lebih tua �Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA Jimah . isteri kepada jumaat . ibu kandung kepada sabri, sabariah, salmah, dan shahrul . ibu angkat kepada sani . seorang yang setia dan penyayang . seorang yang berjimat cermat Seorang yang bertanggungjawab dan pemaaf

WATAK SAMPINGAN Sani Merupakan anak angkat jimah dan dianggap sebagai anak bongsu kepada jimah Berumur 28 tahun Suami kepada wan malini Bertugas sebai doktor Anak yang taat Seorang yang bertanggungjawab

Sabri anak sulung Jimah penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui

sabariah Graduan ekonomi bekerja di London. Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan. • Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

shahrul Anak ketiga Seorang akauntan di Kuala Lumpur Mementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis. Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.

salmah Seorang pereka fesyen Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirt Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampong atas urusan pekerjaan.

Wan malini Isteri Sani Banyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

GAYA BAHASA �Bahasa Arab : Assalamualaikum, Insya-Allah �Bahasa Inggeris: businesswoman, manager �Simile: Laut ibarat sebuah kilang �Peribahasa: sudah naik angin, merendah diri

NILAI �Nilai kasih sayang kepada suami �Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami �Nilai hormat menghormati orang yang lebih tua �Nilai nasihat menasihati �Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa

PENGAJARAN �Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan kepada anak �Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki �Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja �Kita mestilah menghormati orang tua

SOALAN PEMAHAMAN � Berapa lamakah Pak Jumaat hilang di laut? � Mengapakah Pak Man tidak ke laut semasa hari kejadian tsunami?