DI SISI RINDA SINOPSIS DI SISI RINDA Jumari

  • Slides: 14
Download presentation
DI SISI RINDA

DI SISI RINDA

SINOPSIS DI SISI RINDA

SINOPSIS DI SISI RINDA

Jumari Jipan memerhati suasana sekitar selepas pengeboman Jepun subuh tadi. Ripin terkorban dan Jumari

Jumari Jipan memerhati suasana sekitar selepas pengeboman Jepun subuh tadi. Ripin terkorban dan Jumari Jipan diamanahkan untuk menjaga Deliah yang kematian seluruh ahli keluarganya dalam serangan tersebut. Secara imbas kembali, Jumari Jipan mengingati semua peristiwa pengeboman Jepun yang telah meragut banyak nyawa termasuk semua ahli keluarga Deliah. Jumari Jipan mengenali Deliah sejak Deliah berumur tiga tahun. Dia menghadiahkan kucing Siam yang bernama “Rinda” kepada Deliah.

Perumitan awal berlaku apabila kematian Ripin, datuk Deliah. Jumari Jipan begitu bimbang akan keselamatan

Perumitan awal berlaku apabila kematian Ripin, datuk Deliah. Jumari Jipan begitu bimbang akan keselamatan Deliah sekiranya Deliah dibawa belayar bersama-samanya. Dalam suasana perang, keselamatan Deliah tidak terjamin. Jumari Jipan menemui keris pusaka yang sering dimimpi-mimpikan oleh Deliah di kawasan perkhemahan rejimen Melayu. Secara tiba-tiba Jumari dikejutkan oleh kemunculan tentera Jepun yang mencari sesuatu. Dia bersiap sedia dengan keris pusaka yang ditemui untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Jumari menyuruh Deliah lari menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bot di jeti. Tembakan tentera Jepun yang bertalu-talu mengenai rakan mereka sendiri. Rinda, Deliah dan Jumari Jipan selamat sampai ke jeti. Menurut Deliah mereka terselamt kerana keris pusaka yang ada bersama-sama mereka. Jumari Jipan terkejut apabila mendapati keris pusaka tersebut hilang secara tiba-tiba.

PERSOALAN DI SISI RINDA

PERSOALAN DI SISI RINDA

Kehidupan dalam suasana perang yang terdedah kepada bahaya. Huraian : Tidak ada tempat yang

Kehidupan dalam suasana perang yang terdedah kepada bahaya. Huraian : Tidak ada tempat yang benar-benar selamat dalam suasana perang. Banyak yang menderita dan kematian orang yang tersayang kerana perang. Contoh : Deliah kehilangan seluruh ahli keluarganya akibat serangan bom Jepun. Hubungan kemanusiaan. Huraian : Perasaan kemanusiaan yang kuat mendorong seseorang untuk melakukan kebaikan. Contoh : Perasaan simpati Jumari Jipan mendorongnya mengambil tanggungjawab menjaga Deliah. Jalinan antara Deliah dan Rinda pula bertaut atas naluri kasih sayang antara seorang anak piatu dengan binatang kesayangan yang menjadi teman sejatinya. Persahabatan. Huraian : Persahabatan sejati tidak akan terjejas dengan apa jua keadaan sekalipun. Contoh : Ripin dan Jumari Jipan menjalin persahabatan sejak remaja malah mereka pernah mencintai wanita yang sama dan yang lebih pendekar berjaya menawan gadis idaman. Persahabatan sejati antara mereka terus utuh sehingga Ripin terkoban akibat perang.

LATAR TEMPAT DI SISI RINDA

LATAR TEMPAT DI SISI RINDA

Bot Peristiwa : Tempat Jumari Jipan memerhati burung-burung laut selepas serangan bom yang menyebabkan

Bot Peristiwa : Tempat Jumari Jipan memerhati burung-burung laut selepas serangan bom yang menyebabkan Ripin terkorban. Tepi jeti Peristiwa : Jumari Jipan menemui Deliah dan Rinda selepas Ripin mati. Kawasan perkhemahan rejimen Melayu Peristiwa : Kampung halaman Jumari Jipan. Di sini Jumari menemui keris pusaka yang sering dimimpikan oleh Deliah. Belukar senduduk Peristiwa : Deliah bermain dengan Rinda dan terserempak dengan tentera Jepun.

LATAR MASA DI SISI RINDA

LATAR MASA DI SISI RINDA

Subuh. Peristiwa : Serangan bom pihak Jepun yang membunuh Ripin. Senja. Peristiwa : Jumari

Subuh. Peristiwa : Serangan bom pihak Jepun yang membunuh Ripin. Senja. Peristiwa : Jumari Jipan duduk di kerusi kayu di atas dek bot dan mengingati pelbagai peristiwa yang pernah dilaluinya. 8 hari sebelum Jumari sampai ke jeti. Peristiwa : Ibu, ayah dan kakak Deliah mati akibat serangan bom pihak Jepun. 2 hari sebelum Jepun menemui bekas kem rejimen Melayu. Peristiwa : Jumari Jipan dan Deliah menemui keris pusaka yang tersembunyi di bawah timbunan buyung. Hari ke-2 tentera Jepun ke kampung Jumari Jipan. Peristiwa : Deliah bertembung dengan tentera Jepun yang sedang mencari pasangan kucingnya.

LATAR MASYARAKAT DI SISI RINDA

LATAR MASYARAKAT DI SISI RINDA

Golongan pelaut. Peristiwa : Golongan ini belayar dari satu negara ke satu negara. Akibat

Golongan pelaut. Peristiwa : Golongan ini belayar dari satu negara ke satu negara. Akibat perang pelayaran mereka terdedah kepada serangan Jepun. Jumari Jipan seorang kelasi kapal Inggeris. Mangsa perang. Peristiwa : Keluarga Deliah mewakili orang awam yang menjadi korban pengeboman tentera Jepun. Tentera Jepun. Peristiwa : Golongan penjajah yang ingin menjajah Tanah Melayu. Mereka tidak akan mempunyai perikemanusiaan terhadap orang awam.

GAYA BAHASA DI SISI RINDA

GAYA BAHASA DI SISI RINDA

Personifikasi. Contoh : Daun-daun semalu di sekitarnya banyak yang sudah layu dan terkuncup merajuk.

Personifikasi. Contoh : Daun-daun semalu di sekitarnya banyak yang sudah layu dan terkuncup merajuk. Metafora. Contoh : Langit di sebelah barat daya separuh pucat dan separuh pekat. Simile. Contoh : Membiarkan dirinya melayang seolah-olah bebas tak terarah. Repitisi. Contoh : Mereka sama-sama sekolah, sama-sama seiring remaja, sama-sama sehari bersunat, sama-sama beransur dewasa…