CTU 551 TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA BAB 6
CTU 551: TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA BAB 6: CABARAN SEMASA & DIALOG PERADABAN
SINOPSIS î Bab ini membincangkan tentang cabaran semasa peradaban di abad ke 21 dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam seperti media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. Bab ini juga menekankan kepentingan dialog peradaban dan langkah-langkah kearah perkembangannya sebagai salah satu cara penyelesaian kepada beberapa isu-isu semasa dialog peradaban di Malaysia. Akhirnya bab ini menghuraikan berkenaan persepsi jihad, kepentingan dan kesan pengabaiannya dalam Islam yang sering disalah ertikan oleh dunia hari ini dengan menjelaskan tentang pandangan dunia yang salah terhadap jihad.
HASIL PEMBELAJARAN î Setelah mengikuti bab ini pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi masyarakat Islam dan Asia kini. 2. Menghuraikan kaedah-kaedah penyellesaian yang praktikal dan harmonis dalam menghadapi pertembungan tamadun dengan barat 3. Menjelaskan kepepentingan sikap toleransi dan menghargai budaya hidup masyarakat Malaysia yang pelbagai. 4. Menjelaskan secara tepat tentang konsep-konsep Islam yang selalu dikelirukan oleh media barat 5. Mendedahkan kesan perkembangan semasa dunia kepada masyarakat Malaysia.
KANDUNGAN 6. 1 • Cabaran Peradaban Abad Ke-21 6. 2 • Dialog Peradaban Di Malaysia 6. 3 • Persepsi Jihad
CABARAN PERADABAN ABAD KE -21
PENGENALAN î Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan pelbagai bangsa dan tamadunnya. Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam. î Sudah menjadi sunnatu. Llah, putaran tamadun bangsa berlaku dan keadaan ini adalah sebagai pengajaran kepada manusia. î Allah Ta`ala berfirman di dalam al Quran; ﺍﻷ ﺍ ﺍﺍ ﺍﻟ ﺍ “Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)” (Ali Imran 3: 140)
PENGENALAN î Kemunculan Islam dengan kelahiran Ar-Rasul s. a. w. pada abad ke-6 Masihi berkembang dengan meluas ke seluruh dunia dengan obornya dijulang oleh pemimpin demi pemimpin sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Sepanjang abad ke-6 hinggalah abad ke-15, dunia berpaksikan umat Islam yang menjadi pemimpin terhadap halatuju sosio-ekonomi-politik dunia. Kemudian, akibat peperangan sesama sendiri, kerana perebutan wilayah, kerana peribadi kepimpinan maka muncul pula Tamadun Barat Kristian yang mendominasi dunia dan menjadi paksi pada perkembangan manusia.
ISU DAN CABARAN MEDIA SOSIAL HAGEMONI CABARAN GLOBALISASI ISU SOSIAL PENGARUH POLITIK EKONOMI KEPELBAGAIAN CABARAN POLITIK HAK ASASI EKONOMI
HAGEMONI î Berasal dari perkataan: Hegemony - (English) Hegemonia - (Latin) î Kamus Dewan: Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain “Penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu-satu negara / kumpulan dan sebagainya ke atas negara / kumpulan yang lain
GLOBALISASI î Penguasaan, pemaksaan, penyebaran, penerapan nilai-nilai budaya, ekonomi dan sistem politik masyarakat dunia oleh negara maju (Barat). î Globalisasi menjadi medan negara atau kuasa besar memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. î Kamus Dewan: Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. î Globalisasi menyeluruh adalah fenomena terbaru dihadapi masyarakat dunia kini. î Sebahagian besar permasalahan masyarakat dunia hari ini berpunca daripada globalisasi. î Globalisasi merubah geo-politik, sosio-budaya dan ekonomi masyarkat dunia. î Globalisasi menghakis nilai-nilai sosio-budaya dan tradisi masyarakat Timur.
KEPELBAGAIAN CABARAN PERADABAN MEDIA SOSIAL POLITIK HAK ASASI EKONOMI
MEDIA Barat menentukan polisi pemberitaan Berlaku propaganda meningkat imej Barat dan memburukkan imej Islam Semua berita yang disebarkan adalah berdasarkan: Persepsi Barat Kehendak & kepentingan Barat Saluran berita barat î Dominasi dunia Barat dalam media cetak dan elektronik î Dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi berpusat di Amerika Syarikat dan Britain: CNN, BBC, AP, UPI, Reuters dll î î
î SOSIAL Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas daripada pegangan agama seperti hedonistic, ponografi dan kebebasan tanpa batas. Budaya hidup Barat ditonjolkan melalui budaya pengguna dijelmakan melalui 3 F (Food, Fashion, Fun). Penyebaran aliran liberal dan menyediakan dana khas bagi melahirkan golongan liberal di kalangan umat Islam seperti Islam liberal di Indonesia. Barat menggalakan pemisahan antara agama dan sains, dan punca kelahiran sekularisme, modenisme, rasionalisme dan individualisme.
î Pengaruh paling berkesan – melalui: Filem Muzik Nyanyian Kartun Komik Makanan dari barat meluas ke serata dunia hingga pengaruhi kehidupan dan gaya hidup remaja. î Pengaruh budaya Sambutan Valentine’s day Kehidupan gay / lesbian Hubungan sebelum perkahwinan.
î POLITIK î Politik antarabangsa didominasi oleh kuasa besar seperti Amerika, Britain, Perancis dsb î Kebanyakan pemimpin negara miskin dan membangun bergantung kepada kuasa Barat î Majlis keselamatan PBB membuat keputusan mengikut telunjuk Amerika seperti isu Palestin, serangan ke atas Afghanistan dan Iraq î Amerika bertindak sebagai ‘polis dunia’ dalam kebanyakan persengketaan wilayah dan antarabangsa seperti di Somalia, Bosnia, Palestin, Kashmir dsb î Amerika muncul kuasa –politik tunggal (unipolar) kerana memiliki kekuatan ketenteraan yang kuat î Penguasaan politik Barat melalui amalan demokrasi liberal ala Barat
î Hegemoni Dalam Sistem Pemerintahan (Demokrasi): Pelaksanaan sistem demokrasi di setiap negara bekas jajahan. Campur tangan politik negara yang berkrisis seperti Iraq dan Afghanistan Menyokong dan memberi bantuan ekonomi, tentera, teknologi dll terhadap pemimpin pilihannya tetapi menyekatnya jika pemimpin itu bukan pilihannya Pelaksanaan Order Baru Dunia Menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Memantau Kemajuan Sains Dan Teknologi
î HAK ASASI Hak asasi manusia: Hak untuk hidup Hak mendapat ilmu Hak kebebasan dll Hak untuk hidup dan memilih cara hidup tertentu adalah tuntutan fitrah Berlaku pencerobohan hak: Hak mentadbir negara diceroboh oleh kuasa besar seperti: Palestin, Iraq Afghanistan
î EKONOMI Syarikat-syarikat multi-nasional Barat seperti Amerika, Britain, German menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa Sistem kewangan dunia dikawal oleh sekumpulan syarikat kewangan gergasi seperti Exxon, Mobil, Shell, para pedagang matawang, bank dunia, IMF dsb Kesan penjajahan Barat mengakibatkan kebanyakan negara dunia kini terbelenggu dengan sistem ekonomi pasaran bebas atau sistem ekonomi kapitalisme.
PENGARUH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA & DUNIA ISLAM Budaya hidup Islam dikesampingkan Sistem masyarakat terjejas – pemilihan model masyarakat berubah. Hilang jatidiri muslim dan Melayu. Nilai-nilai hedonisme mempengaruhi golongan remaja dan mencemar budaya Timur. Institusi keluarga terjejas. Perubahan nilai dalam masyarakat. Kesan Sosial & Budaya Kemungkaran berleluasa
PENGARUH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA & DUNIA ISLAM
PENGARUH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA & DUNIA ISLAM KESAN EKONOMI Ekonomi negara banyak dicorakkan pelabur luar. Peniaga tempatan terpaksa bersaing dengan masyarakat luar.
KESAN POLITIK PENGARUH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA & DUNIA ISLAM Politik dunia masih dikuasai oleh super power. Keruntuhan sistem pemerintahan dan kedaulatan negara Islam. Penglibatan kuasa besar dunia di negara-negara yang berkonflik dan miskin. Negara-negara Arab saling bertelagah.
STRATEGI MENGHADAPI HEGEMONI BARAT Strategi Ilmu & Pendidikan Sosial & Budaya Ekonomi Politik & Ketenteraan
Ilmu & Pendidikan î Menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. î Berusaha keras membangunkan teknologi strategik negara melalui kegiatan R&D. Sosial & Budaya î Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam. î Membina kekuatan dan mempertingkatkan perpaduan ummah. î Memperteguhkan jatidiri. î Memperkukuhkan institusi keluarga. î Memperkukuhkan perpaduan nasional di semua peringkat masyarakat
Ekonomi î Membina kekuatan ekonomi î Menyokong dan berbangga dengan budaya dan produk sendiri î Memperkasa ekonomi negara, khususnya ekonomi bumiputera. Politik & Ketenteraan î Membina kekuatan politik dan ketenteraan î mperkukuhkan pertahanan negara dengan teknologi canggih yang dibangunkan sendiri.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA Kepentingan Dialog Peradaban Kearah Memperkembangkan Dialog Peradaban Isu-isu Semasa
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN Mewujudkan kesedaran, kesatuan & kejujuran bersama-sama. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing. KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN Membina satu barisan bersama menentang dominasi Barat. Mencari jalan penyelesaian bagi masalah global seperti pencemaran alam, penyalahgunaan dadah, terorisme & AIDS. Memupuk semangat perpaduan dan mengelakkan perselisihan.
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN î Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan & Kejujuran Bersama-sama Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum- mengamalkan pelbagai budaya yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaan. Walaupun wujud hubungan yang baik antara kaum, kadangkala masih wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan budaya. Perlu ditangani secara bijaksana- untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan (gagal memahami antara satu sama lain) Penyelesaian: usaha memupuk persefahaman dan perpaduan dilakukanantara langkah terpenting ialah melalui perbincangan atau dialog.
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN î Mengenalpasti Kekuatan Dan Kelemahan Masing-masing Menerusi dialog setiap kaum dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing serta dapat memperbaiki diri melalui proses saling memberi. Langkah ini penting untuk mempersiapkan rakyat malaysia menghadapi pelbagai cabaran baru di alaf ke-21. Dialog mestilah melibatkan semua lapisan masyarakat di Malaysia dan dilakukan secara menyeluruh untuk mencapai kesan yang menyeluruh.
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN î Membina Satu Barisan Bersama Menentang Dominasi Barat Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenalpasti anasir negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan mencari penyelesaian bersama. Perlu dilaksanakan untuk menjaga kelagsungan jati diri dan nilai hidup setiap masyarakat. Permasalahan yang wujud di peringkat antarabangsa perlu ditangani menerusi dialog, bukan secara keganasan atau konfrontasi. Dalam dialog tersebut, manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta- kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Nilai dan pandangan semesta bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat asia dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi kuasa Barat dan bonekanya.
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN î Mencari Penyelesaian Bagi Masalah Global Seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dadah dan AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian dari manusia. Dialog berterusan perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan nilai moral dalam masyarakat berbilang agama, etnik dan kebudayaan.
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN î Memupuk Semangat Perpaduan Dan Mengelakkan Perselisihan Ikatan dan perasaan saling hormat menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama apabila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama- pemerintahan, politik, ekonomi, pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi.
KE ARAH PERKEMBANGAN DIALOG PERADABAN Adakan sesi dialog dalam semua peringkat PERKEMBANGAN DIALOG PERADABAN Pertubuhan NGO Agamawan Jadikan agenda & aktiviti utama: Budayawan Wujudkan subjek berkenaan dalam pengajian peradaban Ahli akademik
KE ARAH PERKEMBANGAN DIALOG PERADABAN Adakan sesi dialog dalam semua peringkat • Sekolah dan universiti patut mempelopori kegiatan dialog dalam kalangan pelajar mereka-menjadikan pengajian ilmu peradaban sebagai mata pelajaran wajib. • Media massa dan elektronik, institusi-institusi pendidikan, badan-badan agama dan semua pertubuhan sosial yang lain sewajarnya memainkan peranan menghidupkan dialog dalam masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
KE ARAH PERKEMBANGAN DIALOG PERADABAN Jadikan agenda & aktiviti utama: • Pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial turut berperanan –anjurkan program-program melibatkan semua kaum dan mempunyai ruang untuk para pesertanya berdialog serta bertukar pandangan bagi memahami antara satu sama lain Wujudkan subjek berkenaan dalam pengajian peradaban • Langkah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperkenalkan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik (HE) kepada semua pelajar di IPTA –satu langkah untuk menghidupkan dialog peradaban dalam kalangan pelajar berlainan bangsa dan budaya. • Pihak kerajaan disaran menubuhkan Akademi Pengajian Peradaban di pusat pengajian tinggi negara ini-mengkaji dan merumuskan nilai-nilai sejajar dan sepunya seluruh masyarakat Malaysia- menjadi penganjur dialog-dialog dan kajian peradaban.
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN Persepsi atau tanggapan yang salah terhadap sesuatu peradaban Interaksi antara peradaban yang terhad. Isu semasa Dialog Peradaban Perebutan kuasa politik dan ekonomi Kejahilan tentang tamadun lain
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN î PERSEPSI YANG SALAH Masalah besar yang timbul antara masyarakat yang berlainan budaya berpunca dari persepsi yang salah dari satu pihak ke pihak yang lain. Berpunca dari kejahilan pihak berkenaan memahami budaya sesebuah tamadun-tidak mampu bezakan antara tindakan bersifat individu dari ajaran atau nilai teras sebuah tamadun. Contoh: tindakan meletupkan hotel dan tempat pelancongan (dikunjungi pelancong barat )menggambarkan sikap Islam yang anti-barat - dicap sebagai keganasan
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN î PERSEPSI YANG SALAH Hakikat sebenar adalah: Islam dan umat islam tidak memusuhi Barat. Islam menentang ketidakadilan dan penindasan Barat ke atas umat Islam tidak pernah memperakui tindakan ganas individu Muslim ke atas mana-mana masyarakat awam bukan Islam-membalas dendam terhadap kekejaman yang dideritai umat Islam. Tindakan segelintir umat islam yang bertindak ganas dan kejam kepada kuasa-kuasa barat serta regim Zionis- reaksi spontan atas tindakan kejam dan ganas mereka khususnya terhadap Palestin dan Iraq.
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN î INTERAKSI ANTARA PERADABAN YANG TERHAD Interaksi merupakan langkah terpenting ke arah menghilangkan salah faham dan salah tanggapan. Dialog sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ketegangan yang wujud antara dua pihak yang berlainan budaya dan peradabanpemahaman terhadap budaya orang lain mampu menghalang seseorang dari terjebak ke kancah salah faham. Untuk mewujudkan keamanan, semua pihak mestilah bersedia untuk saling memahami persamaan dan perbezaan yang wujud antara mereka.
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN î PEREBUTAN KUASA POLITIK DAN EKONOMI Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia Islam dangan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN î KEJAHILAN TENTANG TAMADUN LAIN Tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur kejahilan wujud di kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus dilihat sebagai permusuhan tamadun.
PERSEPSI JIHAD Konsep Jihad Kepentingan Jihad Dalam Konteks Malaysia Kesan Pengabaian Jihad Pandangan Dunia Mengenai Jihad
PANDANGAN DUNIA MENGENAI JIHAD î Pandangan Negatif: Jihad punca keganasan Islam mengutamakan jihad peperangan Terorisme pada masa kini ada kaitan dengan pejuang Islam Ulama mengisytiharkan pengebom berani mati sebagai syahid. Aksi yang dikaitkan dengan perjuangan bersenjata Aksi bersifat kekerasan Gerakan militan
KONSEP JIHAD Bahasa Istilah Jihad fisabilillah • Al-juhd kesungguhan @ keberatan dan kesusahan • Berusaha bersungguh-sungguh menegakkan kalimah Allah di muka bumi berlandaskan ketentuan syarak atau • Menggunakan segenap potensi dan keupayaan jasmani dan rohani dalam mengalahkan musuh Allah • Usaha dan pengorbanan yang tinggi dilakukan untuk menegakkan kalimah Allah S. W. T sama ada dengan harta, jiwa, pena, atau lidah
MEDIUM JIHAD Medium jihad Melalui harta Infak ke jalan Allah Jihad melalui jiwa raga Kemahiran diri, persenjataan dan perang di jalan Allah Jihad melalui tutur kata Kemahiran tutur bicara ke jalan Allah
MATLAMAT JIHAD Menjag a Harta Menjag a Nyawa Agama Matlamat Jihad Akal Menja ga Marua h
SKOP & KEPENTINGAN JIHAD Skop Jihad Ilmu Hawa Nafsu Harta Amal Makruf Nahi Munkar Ekonomi
Ilmu î Meningkatkan penguasaan ilmu î Meningkatkan penguasaan teknologi î Ilmu untuk Agama
Hawa Nafsu î Melawan kehendak yang mendorong kepada keburukan
Harta î î Mencari harta secara halal Berbelanja harta ke jalan Allah Menjaga harta sebagai anugerah Allah Mengagihkan dan perkongsian harta di antara umat Islam
Amal Makruf Nahi Munkar î Menegakkan kebenaran - Kebanyakan umat Islam masih tidak menghayati ajaran Islam yang sebenar. - Masyarakat bukan Islam mempunyai persepsi negatif terhadap Islam î Menghalang berlakunya kemungkaran
Ekonomi î Basmi kemiskinan adalah suatu keutamaan kerana umat Islam masih jauh ketinggalan î Menaikkan taraf ekonomi orang Islam î Bekerja dalam konteks Ibadah î Bekerja bagi memenuhi tuntutan fardhu ain dan kifayah î Bekerja dengan penuh beretika
KESAN PENGABAIAN JIHAD UMAT ISLAM MENJADI LEMAH UMAT ISLAM AKAN KETINGGALAN MENERIMA BALASAN ALLAH UMAT ISLAM AKAN DIJAJAH
î UMAT ISLAM MENJADI LEMAH Umat Islam mudah dijajah Semangat perjuangkan Islam akan hilang
î UMAT ISLAM AKAN KETINGGALAN Sekiranya jihad ilmu diabaikan – umat Islam akan bergantung kepada teknologi asing
î MENERIMA BALASAN ALLAH Jihad satu kewajipan – tinggalkan kewajipan berdosa dan mendapat kemurkaan Allah akan menurunkan bala kepada umat yang mengabaikan kewajipan jihad.
î UMAT ISLAM AKAN DIJAJAH Perlu kepada jihad siasah supaya negara tidak dijajah oleh bangsa asing Jihad ekonomi – supaya umat Islam menjadi umat yang kuat
AKTIVITI î Bincangkan TIGA polisi barat untuk menguasai dunia Islam hari ini. î Huraikan DUA kesan positif dan negatif globalisasi dari aspek sosial î Berikan TIGA hujjah anda mengapa dialog peradaban dikatakan sebagai penyelesaian terbaik dalam menangani masalah pertembungan antara tamadun barat dan Islam. î Bincangkan pembahagian jihad dan kepentingannya dalam konteks negara Malaysia. î Bincangkan EMPAT faktor kenapa barat prejudis terhadap konsep jihad dalam Islam.
AKTIVITI î Berdasarkan pemerhatian anda berikan dua contoh dialog peradaban yang berjaya dilaksanakan di Malaysia î Berikan contoh-contoh penulisan media yang merujuk kepada salah tanggapan barat terhadap jihad
KUIZ î Manakah antara agensi berikut yang berperanan mengembangkan dialog peradaban di kalangan masyarakat? i. Media-media massa dan elektronik ii. Institusi-institusi pendidikan iii. Badan-badan agama iv. Pertubuhan-pertubuhan sosial a. i dan ii b. i, ii dan iii c. ii, iii dan iv d. Semua di atas
KUIZ î Apakah kekangan UTAMA dalam menghidupkan dialog peradaban di kalangan masyarakat pelbagai kaum? a. Sikap segolongan masyarakat yang menganggap dialog sebagai ancaman kepada kepentingan mereka b. Dialog boleh membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu menyebarkan isu sensitif c. Tahap pemikiran dan kefahaman masyarakat berlainan kaum yang jauh berbeza d. Dialog peradaban akan membuka ruang kepada sesuatu pihak untuk menguasai pihak lain
KUIZ î a. b. c. d. Pilih istilah yang TEPAT bagi maksud jihad menentang hawa nafsu. Mujahadah Mujadalah Muraqabah Muhasabah
- Slides: 63