CTU 551 TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA BAB 4
CTU 551: TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA BAB 4 TAMADUN INDIA
SINOPSIS î Bab ini bakal membincangkan sejarah ringkas kelahiran tamadun India. Ia juga membincangkan bentuk masyarakat dan budaya tamadun India, kepercayaan dan nilai-nilai murni, pencapaiannya dalam pelbagai bidang, interaksi dengan tamadun lain serta relevensinya di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN î Setelah mengikuti tajuk pertama kursus ini, pelajar akan dapat: 1. Mampu menghuraikan sumbangan Tamadun India kepada peradaban dunia. 2. Mampu mengenal pasti aspek Tamadun India dalam tamadun Melayu.
KANDUNGAN 4. 1 • Sejarah Ringkas Kelahiran Tamadun India 4. 2 • Masyarakat Dan Budaya Dalam Tamadun India 4. 3 • Kepercayaan, Pandangan Semesta Dan Nilai-nilai Murni Dalam Tamadun India 4. 4 • Pencapaian Dalam Pelbagai Bidang 4. 5 • Tamadun Islam Di India 4. 6 • Interaksi Tamadun India Dengan Tamadun Lain Dan Relevensinya Di Malaysia
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA Zaman Moden Zaman Pertengahan Zaman Awal
ZAMAN AWAL Zaman Pra-sejarah (100 000 S. M-1000 S. M) Zaman Proto-Sejarah (3000 S. M-1500 S. M) Tamadun Lembah Indus (penemuan di kawasan Mohenjodaro dan Harappa) Zaman Sejarah Awal (1500 S. M) Zaman Vedik Empayar Maurya Empayar Gupta (Utara India) - keemasan Zaman Sangam (Selatan India) - sastera
ZAMAN AWAL TAMADUN LEMBAH INDUS (3000 SM-1500 SM) • Pencapaian Tamadun Lembah Indus : • Mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. • Mahir dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. • Aktiviti pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama. • Budaya Indus mula merosot dengan kedatangan kaum Aryan pada sekitar tahun 1500 SM yang dengan itu muncul peradaban baru di barat laut India.
ZAMAN AWAL ZAMAN VEDIK (1500 -500 SM) • Sejarah Zaman Vedik : • Penghijrahan masuk bangsa Aryan. • Berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan budaya Indo-Aryan. • Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda. • Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual.
ZAMAN AWAL ZAMAN MAURYA(321 -185 SM) • Sejarah Zaman Maurya bermula sistem pemerintahan bercorak empayar. • Kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan (Buddha dan Jainism). • Peristiwa penaklukan Kalinga telah menyebabkan Asoka Piyadassi memeluk agama Buddha. • Muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi.
ZAMAN AWAL ZAMAN GUPTA (300 -600 SM) • Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan. • Perkembangan dalam kesusasteraan Hindu dan dalam bidang seni bina kuil juga aspek kesenian dan sains • Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.
ZAMAN PERTENGAHAN ZAMAN MUSLIM (1000 M-1756 M) • Sejarah Zaman Muslim bermula bila Islam meletakkan batu asasnya yang pertama pada abad ke 8 melalui Muhammad Al. Qasim yang telah berjaya menguasai wilayah Sind pada 706 Masihi/ 87 Hijrah. • Peringkat awal kedatangan Islam adalah dalam bentuk hubungan perdagangan yang turut membabitkan penyebaran Islam secara tidak langsung. • Pada peringkat kedua, kedatangan Islam adalah dalam bentuk penaklukan yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang berbangsa Turki, Afghan dan Mongol.
ZAMAN MODEN Latar Belakang • Sejarah Zaman Moden bermula dengan kedatangan dan penaklukan Portugis (1498 -1510), Belanda(1602), Perancis (1664). • Penaklukan British bermula 1750. • British bahagikan India kepada 3: • Bengal (timur) • Bombay (barat) • Madras (selatan).
ZAMAN MODEN Latar Belakang • Perkenalkan sistem pendidikan Inggeris, reformasi sosial & agama, amalan & adat yang tidak sesuai ditentang & memperbaiki kedudukan wanita. • Membentuk pentadbiran moden dasar perdagangan yang menguntungkan Inggeris. • British takluk kawasan demi kawasan India tanpa menghormati tradisi pemerintahan tempatan. Akibatnya, berlaku pemberontakan sosial pada 1857. • MERDEKA: 15 Ogos 1947 - India dibahagi dua: India untuk Hindu dan Pakistan (14 Ogos) untuk Muslim.
ZAMAN MODEN Latar Belakang • Senario wilayah Islam di India selepas kemerdekaan : • Pakistan dibahagikan kepada dua wilayah iaitu : • Pakistan Timur • Pakistan Barat • Tahun 1971 – berlaku peperangan antara Pakistan Timur & Barat • Terbentuklah dua buah negara yang merdeka & terpisah: • Pakistan Timur - ditukar nama kepada Bangladesh • Pakistan Barat – menjadi Pakistan
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA
MASYARAKAT INDIA Latar Belakang • Masyarakat Aryan telah berpindah ke India setelah kejatuhan Tamadun Lembah Indus • Masyarakat Aryan berasal dari Asia Tengah (seperti Iraq & Iran – Tamadun Mesopotamia) • Tamadun awal dari Asia Tengah mempunyai hubungan dengan ajaran nabi-nabi • Penghijrahan ini menyebabkan terbentuknya peradaban baru iaitu Indo-Aryan • Pembahagian masyarakat mengikut wilayah : • Indo-Aryan – India utara • Dravida – India selatan • Gurkha, Buthiya & Khasi – Gunung Himalaya • Mundas, Bhil & Khol – merupakan masyarakat asli
BUDAYA MASYARAKAT INDIA Budaya Hidup Sistem Kasta Peringkat Kehidupan Objektif Kehidupan Kedudukan Wanita
BUDAYA MASYARAKAT INDIA KEHIDUPAN BERKASTA • Terdapat empat kasta utama : • Brahmin : golongan intelek, ahli agama (mengendalikan kuil) • Ksatriya : pemerintah, pentadbir, tentera (pertahankan negara) • Vaisya : Pedagang, peniaga (menjana kekayaan) • Sudra : buruh, petani • Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan. Sudra merupakan masyarakat tempatan. • Sekatan: • Sudra dilarang belajar Veda. • Tidak boleh tukar kasta (tiada mobiliti sosial). • Tidak digalakkan kahwin campur.
BUDAYA MASYARAKAT INDIA KEHIDUPAN BERKASTA • Falsafah : • Menjana kebahagiaan masyarakat, • Setiap golongan masyarakat memainkan peranan masing-masing. • Kegagalan mana-mana golongan menggambarkan kelemahan masyarakat dan negara.
BUDAYA MASYARAKAT INDIA ASHRAMA DHARMA (EMPAT PERINGKAT KEHIDUPAN) Brahmacarya Zaman kanak, remaja dan belia. Peringkat mempelajari ilmu pengetahuan. Grhastra Berumah tangga dan bekerja. Vanaprahasta Bertapa & bebaskan diri dari duniawi. Sannayasa Sebar ilmu kepada masyarakat.
BUDAYA MASYARAKAT INDIA PURUSHARTA (EMPAT OBJEKTIF KEHIDUPAN) Dharma / Aram Kepatuhan kepada moral dan kerohanian Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual. Porul / Artha Bekerja untuk kekayaan dan berasaskan dharma. Biayai golongan memerlukan seperti sannayasa. Inbam / Kama Cinta dan kasih sayang serta kepuasan nikmati harta benda. Gunakan untuk kebaikan. Vidu / Mokhsa Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi.
BUDAYA MASYARAKAT INDIA KEDUDUKAN WANITA • Masyarakat Indo-Aryan : • Zaman Veda Awal (1500 – 1000 SM) - memberi kedudukan yang sama seperti lelaki • Zaman Veda Akhir (1000 -500 SM) – wanita dihadkan kepada aktiviti rumahtangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikan • Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami – adat sutti mereka dibakar bersama mayat suami • Masyarakat Dravida : • Mengamalkan perkara yang sama dengan masyarakat Indo-Aryan • Zaman Islam • Islam mengangkat martabat wanita
AGAMA & KEPERCAYAAN DALAM MASYARAKAT INDIA Hinduisme Jainisme Buddhisme Sikhisme
HINDUISME Sejarah awal kemunculan agama ini sukar ditentukan kerana dianggap kepercayaan turun temurun serta tiada pengasas. Bukti awal pengamalan agama ini ditemui dalam masyarakat Tamadun Lembah Indus - penemuan patung-patung dewi. Asalnya dipanggil Sanata Dharma (prinsip kerohanian yang kekal abadi). Perkataan Hindu – digunakan orang Parsi. Konsep ketuhanannya TRIMUTRI: • • • Dewa Brahman - Dewa Pencipta Dewa Vishnu - Dewa Pelindung Dewa Shiva - Dewa Pemusnah.
HINDUISME Omkara. Aksara suci bagi umat Hindu yang melambangkan “Brahman" atau "Tuhan Sang Pencipta". Kitab-kitab suci veda: • • Rig Veda Sama Veda Yajur Veda Atharva Veda • • Brahmanas Upanishad Upa Purana Bhagavad Gita Kitab-kitab tambahan :
HINDUISME KONSEP UTAMA Brahman Atman Karma Samsara Mokhsha • Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh duniawi). • Roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserapkan ke dalam roh duniawi. • Perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang. • Lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman. • Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai mokhsha.
BUDDHISME Pengasasnya Siddharta Gautama Buddha: menandakan seseorang manusia itu telah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna. Tidak mengajar hal-hal ketuhanan /metafizik. Ajarannya berbentuk psikologi & etika yang berhubung rapat dengan kehidupan. KITAB : TRIPITAKA : Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, Abidhamma Pittaka.
BUDDHISME 4 Kebenaran Mulia : • DUKKA : Penderitaan & kesengsaraan. • SAMUDAYA : Punca/sebab penderitaan. • NIRADHA : Memadam api keinginan seperti cinta, nafsu, gila kekayaan dll. • MARGA : Jalan/cara memadamkan api keinginan iaitu melalui 8 jalan betul. AHIMSA : Menolak penyeksaan serta pembunuhan. Walaupun untuk mengisi perut, seseorang itu tidak boleh membunuh binatang dan segala makhluk yang bernyawa. Ia melahirkan golongan vegetarian. Buddha turut menerima Konsep Karma.
BUDDHISME Kepercayaan yang benar 8 Jalan Tujuan/cita-cita/niat yang benar Benar Pertuturan/percakapan yang benar Perbuatan/tindakan yang benar Hidup yang benar Usaha yang dan benar Fikiran yang benar Renungan/kesedaran yang benar
JAINISME Pengasasnya : Mahavira, nama sebenarnya Vardhamana Kitab: Ganipitaka Tidak mengakui kewujudan tuhan tapi terima konsep karma dan samsara Sebab dan akibat menentukan kelahiran semula roh-roh individu.
JAINISME Ajarannya terbentuk daripada 9 prinsip (nava tattva): • • • Jiwa/Jiva : roh terdapat dalam semua benda yang bernyawa. Ajiva: benda yang tidak bernyawa seperti air, kayu, batu dll. Punya karma: pahala/hasil perbuatan baik. Pava : dosa, hasil perbuatan, fikiran, pertuturan jahat. Asrava: daya penarik/jalan dari mana jiwa dikotorkan dgn dosa. Bandha: ikatan roh dgn keinginan dan kejahilan. Samvara: mengelak diri/daya tahan diri dpd aliran masuk dosa. Nirjava: penghapusan karma. Siddhi: pelepasan dari kelahiran semula.
SIKHISME Muncul lewat abad ke 15 dan tertumpu di wilayah Punjab. Diasaskan oleh Kabir, usahanya diteruskan oleh Guru Nanak. Tuhan dipanggil dengan pelbagai nama seperti Rama dan Hari. Kitab : Granth Sahib (Kitab Tuhan) Mengambil elemen Islam dan Hindu. Antara elemen Islam: Penggunaan patung diharamkan, Menekankan penyembahan tuhan dan penghapusan kasta Antara elemen Hindu: Menerima idea kelahiran semula
SIKHISME Terdapat 10 Guru yang berperanan dalam perkembangan agama ini. Guru Govind Singh asaskan Khalsa/kumpulan pahlawan yang amalkan 5 k: • • • Kos - rambut panjang Kangha – sikat Krpan/khanda – pedang Kachcha - seluar pendek Kara - gelang)
SIKHISME Nilai dan etika utama Sikhisme: • Karma • Kesempurnaan rohani Karma • Tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan kini dari segi perbuatan, ucapan dan pemikiran akan menentukan kehidupannya yang akan datang. • Roh adalah elemen yang kekal abadi tapi terikat dengan perbuatan terdahulu yang akan menentukan kelahiran semula roh. • Kepercayaan kepada doktrin ini akan menggalakkan seseorang melakukan amalan baik.
SIKHISME Kesempurnaan Rohani • Jalan untuk capai kesempurnaan rohani ialah melalui yoga. Yoga ialah penyatuan dengan tuhan melalui latihan rohani & jasmani: • Karma Yoga : Asingkan diri atau buat kebajikan kepada masyarakat, tidak pentingkan diri sendiri & hidup sederhana. • Bhakti Yoga : Buat kebaikan & kebajikan sebanyak mungkin untuk dekatkan diri kepada tuhan. • Jnana Yoga : Gunakan ilmu pengetahuan & kebijaksanaan dengan cara amalkan tatatertib keagamaan yang sangat ketat di samping tanamkan sifat mulia seperti sabar & menahan nafsu. • FATWA MENGENAI YOGA MENURUT ISLAM
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG Bidang Sains Bidang Pendidikan • Matematik • Astronomi • Kalendar • Fizik • Kimia • Logam • Perubatan Bidang Kesenian • Muzik • Tarian • Drama • Lukisan Bidang Bahasa Dan Kesusasteraan Bidang Seni Bina
BIDANG PENDIDIKAN Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab Veda Penubuhan universiti Zaman Islam: berkembang pesat – semua golongan • Bertambah pusat pendidikan Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang
BIDANG SAINS Matematik • Sistem angka sifar (dikenali juga sebagai sunya) • Algebra • Sistem perpuluhan • Trigonometri • Geometri (menjadi asas dalam senibina Kalendar • Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kelendar matahari
BIDANG SAINS Astronomi • Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. • Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Fizik • Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. • Dunia mempunyai 5 elemen asas: • Bumi • Api • Udara • Air • Gelombang
BIDANG SAINS Kimia • Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga pembuatan ubat. • Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Logam • Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5 M.
BIDANG SAINS Perubatan • Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. • Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang, telah wujud sebelum tahun Masihi. • Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen
BIDANG KESENIAN Muzik • 4 kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan • India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka Tarian • Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan. Drama • Antara yang terkenal drama Sakuntala Lukisan • Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil • Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata
BAHASA DAN KESUSASTERAAN Bahasa • Lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan • Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dll • Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dll. • Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dll • Bahasa Urdu • Bahasa Inggeris Kesusasteraan • Kesusasteraan Indo-Arya • Kesusasteraan Vedik • Kesusasteraan Epik , dll
BIDANG SENI BINA Kemajuan Senibina • Merangkup binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling • Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju. • Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India • Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang • Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang
BIDANG SENI BINA Senibina Taj Mahal di Agra Dibina zaman Shah Jahan Agra Fort, India
SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA Keagamaan Politik & pemerintahan Sosial Sumbangan Ekonomi Intelektual Senibina Bahasa & kesusasteraan Kesenian
AGAMA Kedatangan • 650 M; Penaklukan Balucistan, 712 M; Penaklukan Sind • Abad 16 Masihi penaklukan hampir seluruh India oleh kerajaan Mughal Keagamaan • Ajaran akidah keimanan - 150 juta penduduk India menganut agama Islam • Ajaran tentang kebersihan - penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian daripada ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana.
POLITIK Dinasti Subaktigin (1004 -1186 M) Dinasti Hamba/Kesultanan Delhi (1175 -1290 M) Dinasti Khilji (1290 M-1320 M) Dinasti Tughluq (1320 M-1412 M) Dinasti Sayid (1412 M-1450 M Dinasti Lodi (1451 M-1526 M) Dinasti Babur/Mughal (1526 M-1858 M)
POLITIK Subaktigin (1004 -1186 M) • Kerajaan Islam Pertama di India • Zaman kemuncak di bawah Sultan Mahmud al-Ghaznawi • Pemerintah Abbasiyah telah menggelarkannya “Yaminud daulah” • Sumbangannya: • Menguasai sebuah wilayah yang luas di India. • Menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya di bahagian utara India
POLITIK Kerajaan Ghuri (1168 -1206 M) • Diasaskan oleh Alaudin Hussien al Ghuri. • Sumbangannya: • Menyatukan masyarakat India di bawah kekuasaan Islam. • Memberi kebebasan beragama kepada rakyat. • Menjalankan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. • Mendirikan masjid dan memajukan ilmu pengetahuan.
POLITIK Kerajaan Khilji (1290 -1316 M) • Diasaskan oleh Jalaluddin Khilji seorang Afghanistan. • Menghadapi tekanan kaum Hindu serta tentera Monggol. • Sumbangannya: • Menetapkan harga barang, reformasi kutipan cukai, gandum dihantar dan disimpan di Delhi. • Membangunkan tanah terbiar. • Mempertahankan negara dari ancaman Monggol dan Turki serta meluaskan wilayah Islam hingga ke Selatan Dakka.
POLITIK Kerajaan Tughluq (1316 -1398 M) • Diasaskan oleh Ghitauddin Tughluq • Sumbangannya: • Mengadakan perubahan pada dasar cukai serta reformasi tanah. • Mengadakan perubahan dasar-dasar kewangan dengan mengambil contoh sistem kewangan China dan Parsi namun gagal kerana wujudnya wang palsu. • Memindahkan ibu kota Delhi ke Devagiri pada 1327 M
POLITIK Kerajaan Mughal (1526 -1858 M) • Pimpinan bangsa Mongol • Diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur, keturunan Mongol (1482 -1530 M) • Disebut juga dengan nama kerajaan Babur (nama pengasas) dan Mughal atau Mogul’ • Mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. • Agama rakyat Mughal ialah Islam
POLITIK Pemerintah Mughal Zahiruddin Muhammad Babur (1526 -1530 M) Humayun (15301556 M) Akbar (1556 -1605 M) Jahangir (1605 -1627 M) Shah Jahan (16281658 M) Aurangzeb (1659 -1707)
POLITIK Zahiruddin Babur (1494 -1530 M) • Sejarah kedatangan Mughal di India bermula dengan kejatuhan Tughluq. • Sumbangannya: • Menyatupadukan kekuatan pemimpin Islam yang berpecah. • Menjatuhkan kerajaan Lodi dalam perang Panipat pada tahun 1526 M serta mengalahkan orang-orang Rajput dan Afghan. Humayun (1530 -1556 M) • Mewarisi pemerintahan ayahnya Babur. Peribadinya tinggi, terpelajar dan bijak mengatur strategi. • Sumbangannya: • Mengatur tentera yang kucar kacir hingga mengalahkan Lodi. • Perpecahan di kalangan musuhnya membolehkan ia menawan Delhi. • Sikap toleransi terhadap mazhab lain.
POLITIK Akhbar (1556 -1605) • Tokoh yang kontroversi, mewarisi ayahnya Humayun ketika berusia 14 tahun. • Kegiatannya meliputi bidang keagamaan dan politik. • Sumbangannya: • Penaklukan : Dibantu oleh Bairan Khan wazir ayahnya dahulu. • Dalam usaha penaklukan dia menumpukan bahagian tengah India seterusnya ke utara dan ke selatan India. Sumbangannya (samb…): • Sistem Pentadbiran : Bercorak autokrasi – dibantu oleh pentadbir yang cekap dari berbilang kaum.
POLITIK Akbar (1556 -1605) • Asas agama baru : • Din ilahi – hancurkan ajaran Islam asal • Penganut disebut Chela • Ajaran halalkan yang haram dan haramkan yang halal • Asas ajaran din ilahi: • Asas akidahnya tersimpul pada la ilaha akhbar khalifatullah. • Semua agama mempunyai prinsip yang baik & menghormati penyembahan api (zoroaster). • Menterjemahkan kitab Injil dan menghormati konsep trinity serta melarang penyembelihan lembu (Hindu). • Judi dan arak dihalalkan, poligami diharamkan serta ulama diperlekehkan.
POLITIK Jahangir (1605 -1627 M) • Mengadakan peraturan negara yang dikenali sebagai rukun dua belas • Sumbangannya: • Menghapuskan pemberontakan anaknya Khusrav. • Menghapuskan pemberontakan Sher Afghan. • Mengamankan negara dari ancaman kaum Rajpur dengan kerjasama anaknya yang ketiga Shah Jahan.
POLITIK Shah Jahan (1628 -1658 M) • Zaman keemasan bagi kerajaan Mughal di India. • Sumbangannya: • Tiada ancaman luar yang serius & dapat menyusun tentera yang setia. • Sektor ekonomi berkembang, wujudnya kegiatan import dan eksport dengan Asia Barat dan Eropah. • Banyak melakukan pembinaan bangunan yang tinggi mutunya seperti Taj Mahal & Masjid Mutiara. • Menggalakkan kegiatan kesusasteraan.
POLITIK Aurangzeb (1659 -1707) • Putera kepada Shah Jahan, seorang pemerintah yang soleh. • Sumbangannya: • Berjaya menyatukan seluruh daerah yang lemah & mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India. • Menghapuskan saki baki ajaran Din Ilahi seperti mengharamkan judi, arak dll. • Mengadakan jabatan yang khas untuk mengawal dan membangunkan masjid-masjid.
POLITIK KESIMPULAN Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam menjalankan pemerintahan Islam di India ialah: • Dinasti Subaktigin (1004 -1186 M) • Dinasti Hamba/Kesultanan Delhi (1175 -1290 M) • Dinasti Babur/Mughal (1526 M-1858 M) Wujudkan jabatan khas untuk mengawal & membangunkan masjid seperti yang dilakukan oleh Aurangzeb. Dasar terbuka dalam pelantikan pegawai kerajaan • Islam telah dianuti oleh lebih kurang 150 juta penduduk India selama hampir 800 tahun sehingga jatuh ke tangan Inggeris pada tahun 1857. • Selepas kejatuhan, India telah berpecah kepada Pakistan dan Bangladesh. • Kemasukan Islam telah membangunkan negara India ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik dan teratur.
SOSIAL Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah (sudra) - Islam telah mengangkat harga diri. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam diberi hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya, wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee) Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain. Islam mengiktiraf perkahwinan merentas kasta. Islam memberikan hak kaum Hindu dalam beragama. Islam menghapuskan sistem perhambaan (tahrir al-raqabah).
EKONOMI Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tentera. • Mendirikan tempat tumpuan eknomi seperti kilang-kilang • Hubungan dagang berkembang – eksport & import dengan Asia Barat, Eropah, Asia Tenggara dan China terutamanya semasa Mughal • Eskport hasil tenun ke Eropah, Afrika, Arab dan Asia Tenggara – di zaman Mughal
EKONOMI Jalaluddin Khilji, pemerintah kerajaan Khilji dan Ghiyatuddin dari kerajaan Tughluq telah melakukan beberapa perkara iaitu: • • • Menetapkan harga barang Reformasi kutipan cukai Gandum dihantar dan disimpan di Delhi Membangunkan tanah terbiar / reformasi tanah Mengadakan dasar kewangan – mengambil sistem kewangan China & Parsi Memperkenalkan sistem zakat, jizyah, kharaj Memajukan pertanian dengan membina empangan yang besar seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan, pemerintah Mughal.
INTELEKTUAL Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India yang sebelum ini jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur. Lahir ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa contohnya: • Imam Ahmad bin Abdul Rahim / Syah Waliyullah al-Dahlawi - bidang ilmu hadis • • Madrasah /Sekolah Kolej / Universiti Hospital Masjid Pembinaan institusi intelektual: Pendidikan dijalankan secara formal dan informal Aktiviti penulisan dalam bidang sejarah
INTELEKTUAL Muncul gerakan Islam Perkembangan bidang astronomi • Peminjaman terma astronomi Parsi • Pengiraan longitud & latitud bumi • Pengiraan kalendar Aktiviti penterjemahan • Penterjemahan karya Hindu ke bahasa Parsi seperti Mahabrata dan Ramayana • Terjemah karya Parsi ke bahasa Hindi • Pesat di zaman Akbar • Dua gerakan Islam yang sangat ketara di peringkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘Jamaah Islamiah’ dan ‘Gerakan Tabligh’. • Gerakan yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini
BAHASA & KESUSASTERAAN Muncul satu bahasa baru iaitu bahasa Urdu yang merupakan campuran beberapa bahasa iaitu : • Arab • Parsi • Turki Aktiviti penulisan dalam bidang sejarah, kesusasteraan (seperti zaman Shah Jahan, Moghul) Kesusasteraan Parsi dan India berkembang semasa pemerintahan Mughal
SENIBINA Turki Islam di zaman Kesultanan Delhi Parsi Islam – di zaman Moghul Senibina yang mempunyai mutu yang tinggi seperti : • Binaan masjid • Masjid Mutiara – binaan berlapis mutiara dibina semasa Shah Jahan • Masjid Raya Delhi – oleh Shah Jahan • Binaan makam • Taj Mahal di Agra – binaan makam – oleh Shah Jahan • Binaan istana • Istana Fatehpur Sikri – dibina semasa Akbar • Istana di Lahore – semasa Shah Jahan
KESENIAN Wujud pengaruh Parsi : • Alat muzik sitar - gabungan vinai India selatan dan tanbura Parsi • Tarian kathak menggunakan pakaian Parsi dengan tema Hindu • Turki Islam di zaman Kesultanan Delhi • Parsi Islam – zaman Mughal
INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN Pengaruh Tamadun India di Asia Tenggara; • Meliputi Tanah Melayu (Malaysia), Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Bengal, China, Kalimantan dan Sumatera. Faktor Perkembangan di Asia Tenggara; • Keinginan mencari kekayaan : Asia & Rom • Penyebaran agama Buddha & Brahmanisme • Penaklukan empayar ; Saleindra di Sumatra & Kedah. • Aktiviti Pelayaran ; Kisah Pedangan Sanudasa • Aktiviti Perdagangan ; di Takuapa, Labu Tuwa & Sumatera.
INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN Bentuk Hubungannya di Asia Tenggara; • Hubungan melalui jalan laut ; pelayaran putera-putera diraja India. • Perkahwinan dengan rakyat tempatan • Jajahan takluk yang dikuasai; Rajendra Chola kuasai Kedah & Sumatera. • Pelayaran & perdagangan ; Pelabuhan Tamralipti, Podouke, Bhrgukaccha dan Supara.
INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN LAIN Kesan Perkembangan di Asia Tenggara Agama • Penyebaran agama Hindu & Buddha yang berasal dari India ; kuil, candi, di Bali, Lembah Bujang & Sumatera Budaya • Pengaruh budaya & tradisi Melayu; “Seri Paduka Baginda”, warna kuning, upacara kematian. Kesenian Bahasa • Elemen spiritual Hindu; wayang kulit, tarian kuda kepang, seni ukir, seni bina, seni petahankan diri. • Pengaruh Hindu dalam Bahasa Sanskrit; budi, budaya, warna dan pengaruh epik Ramayana & Mahabratha, Hikayat Sang Boma, Hikayat Seri Rama.
KESIMPULAN î Bab ini telah memperkenalkan Tamadun India dalam pelbagai tahap termasuk perkembangan Islam. î Tamadun India bermula dengan peradaban Mahenjo-Daro & Harappa, diikuti kedatangan Islam, kemudiannya Barat. î Unsur kepercayaan Tamadun India berpusat pada karya Veda dan mazmur-mazmur, penggabungan unsur-unsur alam semulajadi. î Cabaran kontemporari dalam Tamadun India berpaksikan nasionalisme dan pemodenan oleh Barat yang memberikan pengaruh dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. î Tamadun India antara tamadun manusia yang terhebat yang memberi impak kepada Tamadun dunia.
KUIZ î Kerajaan dan tamadun Islam dapat diterapkan di India melalui serangan dan penaklukan awal Sultan Mahmud Ghaznawi. Apakah nama kerajaan yang diasaskan Mahmud Ghaznawi antara tahun 1008 -1026 Masihi? a) Kerajaan Ghori b) Kerajaan Lodi c) Kerajaan Delhi d) Kerajaan Ghaznah î Kedatangan Islam ke India telagh membawa impak yang besar kepada sejarah dan peradaban India. Berdasarkan kepada kenyataan di atas: 1) Huraikan 3 faktor kedatangan Islam ke Benua Kecil India. 2) Nyatakan 3 sumbangan Tamadun Islam dalam pembinaan peradaban India.
KUIZ î Apakah matlamat utama yang mendorong seseorang penganut Hindu untuk berusaha mencapai Nirvana atau Moksha? a) Membebaskan diri daripada dilahirkan semula ke dunia b) Mencapai kedudukan sosial yang lebih tinggi c) Mendapat kedudukan setaraf dengan dewa d) Melepaskan didir daripada hukum karma î Apakah ciri-ciri persamaan yang ketara antara Hindu dan Buddha? a) Melakukan penyembahan kepada tuhan b) Mengamalkan sistem kasta c) Mementingkan upacara ritual d) Mempercayai hukum karma
KUIZ î Berikut adalah pernyataan benar mengenai tamadun Lembah Indus, KECUALI: a) Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di daerah Harappa bermula pada tahun 1872 dan Mohenjodaro pada tahun 1921 b) Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama c) Budaya Indus mula sampai ke kemuncaknya apabila kedatangan kaum Aryan sekitar tahun 1500 SM d) Masyarakat Lembah Indus memiliki pelbagai kemahiran dan teknologi membuat jalan dan saliran
KUIZ î Manakah fakta yang berkaitan dengan Maharaja Akbar (1556 -1605 M) di India? a) Mengasaskan agama baru yang dinamakan 'Din llahi' b) Mengharamkan minum arak dan judi c) Mentadbir negara mengikut undang-undang Islam d) Melarang agama Hindu disebarkan kepada orang Islam î Berikut adalah pencapaian tamadun Islam di India, KECUALI: a) Pengenalan sistem kementerian seperti kehakiman dan perdagangan b) Pengenalan jawatan seperti wazir, gabenor dan kadi c) Aktiviti penterjemahan daripada bahasa Urdu ke bahasa Arab d) Aktiviti perdagangan dan perniagaan yang meluas
KUIZ î Apakah negara Islam yang muncul di benua kecil India selepas kemerdekaannya dari penjajahan Inggeris? a) Afghanistan dan Gujerat b) Nepal dan Bangladesh c) Pakistan Timur dan Barat d) Bangladesh dan Uzbekistan î Manakah antara berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam tamadun India? a) Raja adalah wakil Tuhan untuk merealisasikan keamanan di bumi b) Kehadiran angin dan air mempengaruhi tingkah laku manusia c) Pemimpin yang mempunyai sifat benar akan mewujudkan keamanan d) Semua yang wujud di alam ini dipengaruhi oleh Samsara dan Nirodha
- Slides: 81