CTU 551 TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA BAB 3
CTU 551: TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA BAB 3: TAMADUN MELAYU
SINOPSIS î Bab ini membincangkan secara khusus tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu dari India, China dan Arab. Seterusnya membincangkan peranan, kesan dan pengaruh Islam dalam bidang akidah, politik, sosial, undang-undang , ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta pendidikan di Alam Melayu. Akhir sekali dibincangkan peranan tamadun Melayu dalam bidang bahasa, agama, budaya dalam pembinaan tamadun Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN î Setelah mengikuti tajuk-tajuk ini, pelajar dapat: 1. Menghuraikan teori kedatangan Islam dan faktor Islamisasi Alam Melayu. 2. Menjelaskan pencapaian tamadun Melayu 3. Menjelaskan aplikasi nilai-nilai Islam di Malaysia
KANDUNGAN 3. 1 • Islam Dalam Tamadun Melayu 3. 2 • Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu 3. 3 • Penghayatan Nilai-nilai Islam Di Malaysia
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
PENGENALAN TAMADUN MELAYU î Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi, Nusantara î Kepulauan. Easter (Lautan. Pasifik) hingga Madagaskar(Lautan. Hindi), Formosa hingga ke New Zealand, Diaspora , Melayu pinggiran di Afrika Selatan, Sri Lanka, Timur. Tengah, Australia Barat, Britain. î Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan: Ü Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. Ü Tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia bersama-sama suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dll.
ORANG MELAYU î Tiada bukti kewujudan manusia di Alam Melayu pada zaman Pleistosen. î Fosil Java Man (tulang paha, tengkorak, gigi) lebih mirip mawas î Tiada bukti/ penemuan artifak/fosil yang mewakili budaya zaman ini.
PERAK MAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Rangka lengkap manusia tertua. Berusia kira-kira 11 K tahun Ditemui pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong. Dari Zaman Paleolitik Berusia 40 -50 tahun ketika mati Panjang 157 cm Dikebumikan spt janin bersama cengkerang, tulang haiwan, alat batu
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU ISLAM DIBAWA DARI INDIA TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU ISLAM DIBAWA DARI TANAH ARAB ISLAM DI BAWA DARI CHINA
TEORI DARI INDIA î Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje : Ü "…Seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara. “ î Disokong oleh kebanyakan orientalis seperti R. O. Winstedt, B. Harrison dll.
TEORI DARI INDIA
TEORI DARI INDIA Nisan India î Alasan yang mengukuhkan teori ini: Ü Batu-batu nisan awal yang dijumpai di A. M telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat. Ü Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang Gujerat di Kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam. Ü Tradisi kesusasteraan Melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam.
TEORI DARI INDIA î Kelemahan teori ini: Ü Kajian mutakhir – perhubungan di antara Alam Melayu dan Tanah Arab wujud sebelum lahirnya Islam lagi. Tidak tepat mengatakan Islam dari India berdasarkan batu nisan yang dijumpai menyerupai India. Ü Bukan hanya pedagang India sahaja berdagang di Alam Melayu tetapi juga dari tempat lain seperti dari Arab dan China. Ü Tradisi kesusasteraan berkembang lewat setelah Islam lama bertapak dan berkembang luas di India.
TEORI DARI INDIA î Perselisihan dari daerah mana: Masjid Thambi di Kuching Ü Gujerat – persamaan batu nisan Ü Benggala – Malik al-Salih Raja Pasai I orang Benggali. Ü India selatan – ciri mistik dan sastera Ü Malabar – persamaan mazhab Shafie
TEORI ISLAM DARI CHINA Kubur Sa’ad bin Abi Waqas di Canton î Berdasarkan laporan bahawa China telah menerima sejak zaman pemerintahan Maharaja Ta’I Tsuing dari Dinasti Pang (627 -650 M. î Dikatakan bahawa Rasulullah s. a. w menghantar Wahab Abi Kabash dan akhirnya meninggal dunia di Canton. î Khalifah Uthman pula menghantar Sa’ad bin Abi Waqas dan mengasaskan sebuah masjid di Canton.
TEORI ISLAM DARI CHINA î Prof. S. Q. Fatimi – perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876(atau 878) akibat pemberontakan yang berlaku hingga korbankan 100, 000 150, 000 orang Islam: î Mereka yg selamat pergi ke Alam Melayu, antaranya menurut S. Naquib ke Kedah dan Palembang. Selain itu ke Champa, Brunei, pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu & Pahang) dan Jawa Timur.
TEORI ISLAM DARI CHINA î Hujah-hujah Ü Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut. Ü Terdapat sebuah batu nisan yang bertulis "Khat Kufi" bertarikh 1039 masihi dah sebuah Monumen "tugu“ bertarikh 1025 masihi. Pada Monumen tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam.
TEORI ISLAM DARI CHINA î Selain itu, terdapat sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419 H / 1028 M yang dijumpai di Pekan, Pahang. î Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H / 1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh. î Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah ayat Al-Quran dan arahan yang dikenakan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah.
TEORI ISLAM DARI CHINA Antara nisan muslim terawal di Barus î Selain itu, kisah perdagangan di antara saudagar Oman dengan saudagar China di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang bernama Sulaiman di dalam kitabnya Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M). î Di dalamnya tercatat nama-nama seperti Ramni (Lamiri), Barus (Fansur). Disamping itu, Ibn Khordadheh juga ada menyebut nama-nama pelabuhan yang dinyatkan di atas dalam kitabnya yang berjudul Kitab Al-Masalik Wal. Mamalik.
TEORI ISLAM DARI CHINA î Bukti lain: Ü Hubungan diplomatik dgn China Ü Bentuk masjid = pagoda di Kelantan, Melaka dan Jawa Masjid Kg. Laut di lokasi asal
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa kini. î Menyatakan kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak abad 7 M. î Melalui 3 tahap: 1. Persinggahan 2. Pertapakan 3. Secara meluas.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al -Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu dan menggunakan nama Sultan Malik al. Salih. î Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah. Makam Sultan Malik al-Salih di Pasai
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Pengaruh Asia Barat dalam tulisan jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab. î Ada pendapat mengatakan bahawa penambahan huruf-huruf seperti ga, cha, dari pengaruh Parsi. Sementara huruf nga pa, dan nya ialah huruf tempatan yang di ubah suai dari huruf arab untuk memenuhi keperluan tempatan.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Seni khat / kaligrafi yang terdapat di masjid dan istana.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Seni suara seperti qasidah, marhaban, berzanji, nasyid dan lain-lain.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Di katakan lebih 7000 perkataan Arab diguna pakai dalam bahasa Melayu. î Seperti nama-nama hari, kertas, dakwat, murid, madrasah dan sebagainya. î Selain itu penggunaan istilah sultan, khalifah, menggantikan raja.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI î Hubungan Kerajaan Khalifah Uthmaniah dengan Alam Melayu.
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI Utusan Muhammad Dawud Syah kepada Sultan Abdul Hamid II mengenai serangan Belanda di Indonesia 26 June 1897
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI Contoh Armada Kapal Uthmaniyyah ke Aceh
TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI Contoh Meriam Turki Uthmaniyyah di Aceh
FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM MELAYU KEUNGGULAN ISLAM HUBUNGAN DIPLOMATIK PENDAKWAHAN PERANAN PEMERINTAH PERKAHWINAN PERDAGANGAN POLITIK/PENAKLUKAN
î KEUNGGULAN ISLAM Ü Agama yang mudah difahami. Ü Menekankan kesamarataan dan keadilan. Ü Bersifat rasional dan praktikal dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial Ü Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi. Ü Menganjurkan kebersihan serta kesucian jasmani dan rohani.
î PERANAN RAJA-RAJA / PEMERINTAH Ü Konsep pendewaan terhadap pemerintah, daulat dan derhaka tertanam dalam jiwa. Bila pemerintah atau raja masuk Islam → rakyat pun turut masuk Islam Ü Hikayat Merong Mahawangsa peng. Islaman Kedah. Ü Hikayat Patani – pengislaman Patani.
î PERKAHWINAN Ü Terdapat pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan kerana pedagang merupakan orang kaya dan sering dikagumi penduduk tempatan. Ü Setelah kahwin, biasanya keluarganya pun akan memeluk Islam. Ü Terdapat juga pedagang yang berkahwin dengan puteri pemerintah tempatan. Oleh itu Islam lebih mudah tersebar. Ü Terdapat juga perkahwinan wanita Islam dengan lelaki bukan Islam.
î POLITIK DAN PENAKLUKAN Ü Peperangan bukanlah satu cara untuk menyebarkan Islam sebagaimana pendapat para orientalis: Ü Penaklukan Melaka ke atas Pahang bukanlah bertujuan untuk mengislamkan Pahang tetapi lebih kepada matlamat politik kerana Pahang dikatakan kaya dengan emas. Ü Pengislaman ke atas negeri yang ditakluk adalah lebih mudah di bawah pemerintahan yang sama.
î PERDAGANGAN Ü Para pedagang berdakwah mengembangkan Islam selain dari berdagang. Ü Ini dijelaskan oleh Marco Polo tentang pengislaman Perlak 1292 M. Ü Peranan pegawai perdagangan dalam negeri Islam di Alam Melayu seperti Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang masuk Islam.
î PENDAKWAHAN Ü Pendakwahan para ulama dan ahli sufi lebih meluas dan berkesan. Ü Dakwah lebih mudah kerana akhlak baik mereka. Ü Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz – hantar pendakwah ke seluruh pelusuk termasuk Alam Melayu. Ü Abad 10 M – semasa kelemahan kerajaan Bani Abasiyyah lemah ada ahli sufi yang berdakwah keluar dari Tanah Arab. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah di Alam Melayu abad 13 M dan selepasnya. Ü Lahir ulama di Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli, Wali Songo dll.
î HUBUNGAN DIPLOMATIK Ü Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada 1404 untuk melindunginya dari ancaman Siam. Ü Dasar perlindungan China terhadap negeri-negeri di Alam Melayu bertujuan politik dan menyebarkan Islam. Ü Perlindungan terhadap Melaka memberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dsb.
SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU î Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti kegemilangan bangsa Melayu pada lembaran sejarah silam. Pencapaian ini boleh dilihat daripada aspek material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan) dan spiritual (agama/ kepercayaan)
Kerajaan dan Pemerintahan Kesenian dan kemahiran Pendidikan Pencapaian Tamadun Melayu Bahasa dan Sastera Sosial dan Budaya Ekonomi
Kerajaan Sribuza Islam, Palembang • Kerajaan Samudera-Pasai, Acheh • Kerajaan Melayu Melaka Kerajaan Islam Demak, Jawa • Kerajaan Acheh Darussalam • Kerajaan Pattani, Thailand Kerajaan Buton, Ternate • Kerajaan Johor Riau Lingga • Kerajaan Brunai Darusslam
Pembentukan ibu kota dan istana pemerintah • • • Kota Pasai Kota Melaka Kota Aceh Istana Demak Istana Banten Sistem pemerintahan bertulis (Manuskrip Melayu): • • • Undang-undang Laut Melaka Hukum Kanun Melaka Kanun Meukuta Alam Undang-Undang Kedah Hukum Kanun Pahang Undang-undang 99, Perak
î PENDIDIKAN Ü Wujud pendidikan formal dan informal. Ü Wujud institusi pendidikan: masjid, madarasah, muenasah, pondok, surau, langgar, dayah, pesantren. Ü Penulisan dan penyalinan naskhah kitab berdasarkan manuskrip Melayu
î SOSIAL DAN BUDAYA Ü Budaya menulis: manuskrip Melayu Ü Budaya berpuisi: pantun & gurindam Ü Tradisi lisan: tukang cerita, tok dalang, tok selampit. Ü Budaya beradat dan pantang larang
î EKONOMI Ü Pelabuhan Melaka Ü Pelabuhan Aceh Ü Pelabuhan Betawi Ü Penggunaan mata wang : Ü Mata wang Kesultanan Melayu Melaka Ü Mata wang Kesultanan Aceh
î Kemunculan intelek Melayu: Ü Ü Ü Hamzah Fansuri Shamsuddin al-Sumaterani Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel Abdul Samad al-Palembani î Kecenderungan Sultan-Sultan mempelajari Islam: Ü Sultan Mansur Syah dalam Kesultanan Melaka Ü Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Selangor
BAHASA DAN SASTERA Pertambahan kosakata dalam bahasa Melayu dari bahasa Arab, India dan Cina. Penghasilan manuskrip Melayu dalam sastera prosa dan puisi. Penggunaan tulisan Jawi.
î KESENIAN DAN KEMAHIRAN PEMBUATAN î Seni bina: rumah, masjid & wakaf î Seni kraftangan: tenun, anyaman, sulaman & tekat î Seni tekstil & seni tembikar î Peralatan rumah berasaskan kayu dan peralatan menulis
PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM DI MALAYSIA Dasar Penerapan Nilai Islam di Malaysia • Dasar penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran diperkenalkan 1985 • Usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur islam dalam pentadbiran kehidupan rakyat malaysia • Membimbing dan membentuk akhlak yang berfaedah dalam kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah • Menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.
OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA î Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain î Menubuhkan sebuah 'negara bahagia’ î Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan î Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM DI MALAYSIA PENTADBIRAN PERUNDANGAN SOSIAL PENDIDIKAN EKONOMI KESENIAN
PENTADBIRAN DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM AKTA PENCEGAH RASUAH 1967 JAKIM 3. 3. 1 PENTADBIRAN NEGARA PELAN INTEGRASI NASIONAL DAKWAH
PENTADBIRAN JAKIM • Memastikan ajaran Islam tersebar serta terpelihara kesuciannya di kalangan masyarakat dengan penuh dedikasi, cekap dan berkesan • Membangun dan meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Islam di kalangan pengurus dan pentadbir agensi kerajaan, NGO’S dan pemimpin masyarakat; • Membentuk para daie’ yang berdisiplin, berwawasan, berketerampilan dan profesional.
PENTADBIRAN DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM • Program Dakwah Islamiah Seperti Yadim, Abim, Perkim.
PENTADBIRAN AKTA PENCEGAH RASUAH 1967 • Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu: • Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu; • Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; • Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.
PENTADBIRAN DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN • Tanggungjawab • Amanah • Berbudi mulia • Bersyukur • Ikhlas • Dedikasi • Sederhana • Tekun • Bersih • Disiplin • Bekerjasama
PERUNDANGAN MAJLIS DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KUASA KETUA AGAMA ISLAM DI SETIAP NEGERI MAHKAMAH SYARIAH PERUNDANGAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM
PERUNDANGAN MAHKAMAH SYARIAH • Mahkamah Syariah di Malaysia menjalankan tugas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. • Pindaan Perkara 121 (1 A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri antaranya: • MAHKAMAH RENDAH SYARIAH • MAHKAMAH TINGGI SYARIAH • MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
PERUNDANGAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN • Kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia(PPM) Termaktub dalam Perkara 3(1) • Agama Islam menjadi agama Persekutuan
PERUNDANGAN YANG DIPERTUAN AGUNG SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM • Kedudukan Sultan dan raja-raja Melayu dalam PPM termaktub dalam Perkara 3(2) • Sultan dan Yang Dipertuan Agong menjadi ketua Agama Islam
PERUNDANGAN PERUNTUKAN KUASA KEPADA KETUA AGAMA ISLAM DI SETIAP NEGERI • Memperuntukkan kumpulan agama membentuk dan menyelenggara institusi • Termaktub dalam perkara 12(2) PPM • Mentakrifkan orang Melayu sebagai yang menganut agama Islam • Perkara 160(2) PPM
PERUNDANGAN PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI • Pengislaman & Pemulihan Akidah • Pentadbiran Zakat • Pentadbiran & Pengurusan • Wakaf, Faraid, Wasiah, Fidyah & kaffarah, Hartanah Baitulmal
SOSIAL PENGUKUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM MEMBANGUNKAN SYIAR ISLAM PENGHAYATAN ALQUR’AN PEMBANGUNAN INSTITUSI MASJID PROMOSI MAKANAN HALAL (HUB HALAL ANTARABANGSA
PENDIDIKAN PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH BANTUAN KERAJAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) INSTITUT IBNU SINA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) INSTITUT ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM (ISTAC) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
EKONOMI PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL AMANAH IKHTIAR MALAYSIA INSTITUSI ZAKAT YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (Ya. PIEM) INSTITUSI WAKAF LEMBAGA TABUNG HAJI
KESENIAN SENIBINA ISLAM MEDIA ISLAM KALIGRAFI ISLAM KESENIAN ISLAM
KUIZ î Manakah antara pernyataan di bawah yang TIDAK termasuk dalam pembuktian teori kedatangan Islam ke Alam Melayu dari Tanah Arab? A. Orang Melayu berjaya menghasilkan sistem tulisan jawi B. Pemakaian kopiah dan kain pelikat melambangkan pakaian Islam C. Parameswara memeluk Islam di bawah pengaruh Maulana Abdul Aziz D. Kesusasteraan dan Persuratan Melayu menyamai unsur karya di Timur Tengah
î Manakah antara berikut fakta yang BENAR mengenai faktor perkembangan dan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat Melayu di Nusantara? i. Menggunakan sistem undang-undang Islam untuk mentadbir negara seperti di zaman Kesultanan Melayu Melaka ii. Perkahwinan antara golongan pedagang dan pendakwah dengan gadis tempatan termasuk golongan istana dan anak-anak pembesar negeri iii. Pendidikan Islam yang diajar di masjid, surau, istana raja, pondok atau pesantren dan rumah-rumah ulama menggalakkan perkembangan ajaran Islam iv. Kebangkitan intelektual Melayu menguasai semua bidang ilmu pengetahuan termasuk menterjemah karya falsafah Hindu dan kajian saintifik A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas
î Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin keistimewaan orang Melayu dan agama Islam. Di dalam Perkara 160 (2), bangsa Melayu ditakrifkan sebagai “seorang yang menganut agama Islam, _________ lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura. Sementara ibu dan bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura pada Hari Merdeka”. Berdasarkan pernyataan di atas, sempurnakan petikan takrifan bangsa Melayu. A. Bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat pekerti Melayu B. Bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu C. Bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu D. Bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu
î Manakah antara negara berikut dikaitkan dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu? A. India B. Arab C. China D. Yaman
LATIHAN î SOALAN 1 Kedatangan Islam telah memberi impak yang besar kepada pembinaan tamadun di Nusantara dalam pelbagai aspek. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan : (a) EMPAT (4) pengaruh Islam di Nusantara. ( 10 markah) (b) EMPAT (4) hujah Islam menjadi teras dalam pembinaan Tamadun Malaysia ( 10 markah)
î SOALAN 2 Ajaran Islam memain peranan penting di Alam Melayu sehingga berjaya merubah penguasaan pengaruh Hindu dan Buddha. Akhirnya lahirlah zaman baru membina tamadun berasaskan aqidah Islam sejati. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan : a) EMPAT (4) peranan pendakwah di Alam Melayu ( 10 markah) b) EMPAT (4) pengaruh Islam di Alam Melayu dalam bidang pendidikan (10 markah)
î SOALAN 3 Prof. S. M. Naguib al-Attas menegaskan bahawa kedatangan Islam telah melahirkan zaman baru di Alam Melayu. Berdasarkan pendapat tersebut bincangkan : a) TIGA (3) teori kedatangan Islam di Alam Melayu. ( 10 markah) b) TIGA (3) elemen yang menunjukkan tamadun Melayu menjadi asas kepada pembinaan tamadun Malaysia ( 10 markah)
î SOALAN 4 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah berjaya mempengaruhi sosiobudaya masyarakat setempat dalam pelbagai bidang. Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan : a) EMPAT (4) faktor yang membawa kepada kepesatan perkembangan Islam di Alam Melayu. (10 markah) b) EMPAT (4) aspek perubahan yang dibawa oleh Islam di Alam Melayu. (10 markah)
î SOALAN 5 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah berkembang dengan pesat dan membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan TIGA (3) faktor yang empercepatkan perkembangan penyebaran Islam dan TIGA (3) pengaruh Islam di Alam Melayu. (20 markah)
î Tamadun Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pusat tamadun islam yangcemeerlang pada masa hadapan. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan : (a) EMPAT (4) hujjah yang menyonkong pernyataan di atas. (10 markah) (b) EMPAT (4) halangan ke arah merealisasikannya (10 markah)
î Kedatangan Islam telah memberi impak yang besar kepada pembinaan tamadun di Nusantara dalam pelbagai aspek. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan : a) EMPAT (4) pengaruh Islam di Nusantara. ( 10 markah) b) EMPAT (4) hujah Islam menjadi teras dalam pembinaan Tamadun Malaysia ( 10 markah)
î Kedatangan Islam telah memberi impak yang besar kepada pembinaan tamadun di Nusantara dalam pelbagai aspek. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan : a) EMPAT (4) pengaruh Islam di Nusantara. ( 10 markah) b) EMPAT (4) hujah Islam menjadi teras dalam pembinaan Tamadun Malaysia ( 10 markah)
î Ajaran Islam memain peranan penting di Alam Melayu sehingga berjaya merubah penguasaan pengaruh Hindu dan Buddha. Akhirnya lahirlah zaman baru membina tamadun berasaskan aqidah Islam sejati. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan : a) EMPAT (4) peranan pendakwah di Alam Melayu (10 markah) b) EMPAT (4) pengaruh Islam di Alam Melayu dalam bidang pendidikan (10 markah)
î Prof. S. M. Naguib al-Attas menegaskan bahawa kedatangan Islam telah melahirkan zaman baru di Alam Melayu. Berdasarkan pendapat tersebut bincangkan : a) TIGA (3) teori kedatangan Islam di Alam Melayu. (10 markah) b) TIGA (3) elemen yang menunjukkan tamadun Melayu menjadi asas kepada pembinaan tamadun Malaysia (10 markah)
î Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah berjaya mempengaruhi sosiobudaya masyarakat setempat dalam pelbagai bidang. Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan : a) EMPAT (4) faktor yang membawa kepada kepesatan perkembangan Islam di Alam Melayu. (10 markah) b) EMPAT (4) aspek perubahan yang dibawa oleh Islam di Alam Melayu. (10 markah)
- Slides: 83