CTU 551 Tamadun Islam Tamadun Asia BAB 1
CTU 551 (Tamadun Islam & Tamadun Asia) BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
SINOPSIS Bab ini membincangkan tentang konsep dan ciri-ciri tamadun dari sudut etimologi pelbagai bahasa. Seterusnya, bab ini menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa. Di samping itu, bab ini juga menjelaskan faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun. Perbincangan tentang interaksi, persamaan dan perbezaan antara tamadun.
HASIL PEMBELAJARAN î Setelah mengikuti tajuk pertama kursus ini, pelajar akan dapat: i. Menjelaskan konsep ketamadunan dan tamadun Islam sumbangannya. ii. Menghuraikan faktor kelahiran dan keruntuhan iii. Menjelaskan persamaan dan perbezaan antara tamadun. serta
KANDUNGAN 1. 1 • Konsep Tamadun 1. 2 • Kelahiran dan Perkembangan Tamadun 1. 3 • Faktor Kelemahan dan Kejatuhan Tamadun 1. 4 • Interaksi antara Tamadun 1. 5 • Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun
KONSEP TAMADUN ISTILAH TAMADUN KONSEP TAMADUN HUBUNGAN ANTARA TAMADUN CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
ISTILAH TAMADUN Umran Hadharah ISTILAH TAMADUN Madaniyah Tamadun Civilization Peradaban
UMRAN î Istilah yang pertama diperkenalkan î Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 M. î Bermaksud : Ü Membangun atau memakmurkan bandar (hadharah – urbanization) Ü Kawasan tanah yang didiami oleh sekumpulan masyarakat tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. î Lawan - kawasan kering atau terbiar. î Bandar mesti mempunyai perancangan yang baik agar tamadun bertahan lama. î Kehidupan cara bandar ialah : Ü Kehidupan yang terancang, tersusun dan teratur Ü Wujudnya kemudahan infrastruktur Ü Terletaknya pusat pentadbiran Ü Mempunyai pelbagai kemudahan lain
HADHARAH î Diperkenalkan oleh Ibn Khaldun î Bermaksud : Ü Suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan Ü Wujudnya kehidupan menetap Ü Urbanisasi î Lawan ≠ al-badawah dan al-badiyah (liar dan pedalaman). î Menurut Malek ben Nabi - berada di tahap maju
MADANIYAH î Diambil dari madinah – kota (city) sebagai pusat peradaban. î Bermaksud : Ü Bandar Ü Kehidupan cara bandar î Suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrustruktur. î Muhammad Farid Wajdi & Sheikh Muhammad Abduh menggunakan istilah ini bagi maksud tamadun
TAMADUN î Diperkenalkan oleh Jurji Zaydan. î Mempunyai maksud yang sama dengan civilization iaitu keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju.
CIVILIZATION î Istilah bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dengan maksud tamadun. î Diambil merujuk kepada: Ü Civitas (Latin) atau city yang bermaksud kota (kota sebagai pusat tamadun) Ü Civil society – masyarakat beradab. î Merangkumi keseluruhan pencapaian dalam kehidupan iaitu: Ü Ü Ü Pengetahuan Kepercayaan Kesenian Moral Undang-undang
PERADABAN î Muhammad Uthman El-Muhammadi: Ü Pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat. î Kamus Dewan: Ü Suatu keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau Ü Didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta Ü Perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik dan yang tinggi peradabannya. î Walaupun wujud beberapa perkataan diperkenalkan, istilah yang digunapakai dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada masyarakat bertamadun ialah: Ü Tamadun Ü Peradaban
Penempatan Kekal Kehidupan Berkualiti Stratifikasi Sosial CIRI-CIRI ASAS TAMADUN Bahasa & Tulisan Organisasi Politik &Pemerintahan Teknologi & Rekacipta Kreativiti Kehidupan Beragama
PENEMPATAN KEKAL î Tidak nomad tetapi menetap di kawasan yang boleh membekalkan makanan. î Ciri-ciri geografi tertentu penting. Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih. î Kewujudan kota atau bandar.
PENEMPATAN KEKAL î Tidak nomad tetapi menetap di kawasan yang boleh membekalkan makanan. î Ciri-ciri geografi tertentu penting. Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih. î Kewujudan kota atau bandar.
PENEMPATAN KEKAL î Tidak nomad tetapi menetap di kawasan yang boleh membekalkan makanan. î Ciri-ciri geografi tertentu penting. Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih. î Kewujudan kota atau bandar.
KEHIDUPAN BERKUALITI î Wujud Revolusi Pertanian. î Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna. î Hasil pertanian dan perternakan meningkat dan melampaui tahap sara diri. î Penciptaan peralatan lebih baik untuk meningkatkan produktiviti makanan.
STRATIFIKASI SOSIAL î Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status. î Sistem pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan. î Status pula mempunyai kaitan dengan kriteria prestij tertentu dalam masyarakat seperti gelaran, panggilan, peraturan atau adat.
BAHASA DAN SISTEM TULISAN î Berfungsi sebagai perantaraan komunikasi, perakam, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. î Kesannya: Ü Berlaku perkembangan ilmu Ü Muncul kelas terpelajar Ü Kemunculan seni kreatif seperti epik, puisi dan cerita rakyat
ORGANISASI PEMERINTAHAN î Wujud sistem perundangan dan sistem nilai yang lebih teratur. î Kesatuan politik atau budaya dapat menyatukan masyarakat dalam menentang orang luar. î Sistem politik dan pentadbiran menjadi lebih kompleks bila tamadun berkembang. î Contoh sistem politik: beraja atau monarki, demokrasi dan oligarki.
TEKNOLOGI REKACIPTA î Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi - pengkhususan kerja î Perubahan struktur sosial - pencapaian tahap kecekapan yang tinggi î Peningkatan daya reka cipta (teknologi baru) î Inovasi teknologi – alat pengangkutan → penciptaan roda, sampan dan kapal besar.
KREATIVITI î Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.
KEHIDUPAN BERAGAMA î Lazimnya bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat upacara agama seperti kuil. î Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun. î Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap perantara manusia dengan kuasa-kuasa supernatural. î Unsur spiritual penting dalam tamadun kerana ia memberi kesan pada tingkah laku dan pembinaan bangunan.
HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA Hubungan Dengan Agama Hubungan Antara Tamadun Hubungan Dengan Bangsa Hubungan Dengan Budaya
HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DENGAN AGAMA î Kebanyakan tamadun berteraskan agama. î Masyarakat bertamadun memiliki budi pekerti yang mulia dan moral yang tinggi dan ia datang dari ajaran agama dan budaya. î Kemunculan tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama.
HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DENGAN BUDAYA î Budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. î Masyarakat berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri kehidupan bertamadun.
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN DENGAN BUDAYA TAMADUN BUDAYA PERSAMAAN Mengandungi aspek material, moral (spiritual) & estetika Unsur kekal Melampaui batas negara dan wilayah Unsur berubah PERBEZAAN Lazimnya dikaitkan dengan negara atau wilayah
HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DENGAN BANGSA î Hubungan keduanya tidak begitu ketara walaupun terdapat tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India.
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN DENGAN BANGSA TAMADUN BANGSA PERSAMAAN Melampaui sempadan geografi dan batasan kenegaraan. PERBEZAAN Terdapat tamadun yang mengandungi lebih dari satu bangsa. Lazimnya berkait rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.
î LOKASI STRATEGIK ÜLokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. ÜMerujuk kepada faktor geografi.
î RANGSANGAN AGAMA DAN KEROHANIAN ÜAjaran agama dan amalan rohani mendorong penghayatan nilai murni dan suci seterusnya kehidupan bertamadun. ÜMasyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan ketinggian budaya. ÜPenghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan nilai murni
î KESTABILAN PEMERINTAHAN ÜPemerintahan yang stabil, sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik serta kedudukan strategik ÜTamadun Melayu (Melaka) - Pemerintahan tradisional yang teratur: ÜPerluasan jajahan. ÜHukum Kanun Melaka atau Undang Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
î KEMANTAPAN EKONOMI ÜBerkembang di kawasan lembah sungai. Wujud revolusi pertanian dan aktiviti perikanan serta perdagangan. ÜTamadun Mesir Kuno - rahmat Sg. Nil capai tamadun dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial. ÜTamadun Melayu – Melaka, kedudukan strategik, pelabuhan terlindung - aktiviti perdagangan pesat.
î KETEGUHAN SOSIAL ÜMasyarakat yang mempunyai nilai positif seperti: ÜKecintaan kepada ilmu. ÜKreativiti, ketekunan dan kerajinan. Ümerupakan faktor yang meneguhkan sesebuah tamadun
î TOLERANSI TERHADAP TAMADUN LAIN ÜToleransi terhadap tamadun lain mewujudkan interaksi yang merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun. ÜSikap terbuka untuk menerima tamadun yang baik → bentuk tamadun baru. ÜSikap pemimpin memainkan peranan penting.
î PENGHIJRAHAN ÜPenghijrahan bertujuan membina tamadun: ÜMencari ilmu ÜMeningkatkan kualiti kehidupan ÜMembina strategi ÜDengan berlakunya penghijrahan ini, akan melengkapkan manusia bertamadun.
î PERGOLAKAN DALAMAN ÜKetidakstabilan politik ÜKelemahan pentadbiran ÜPergolakan dalam institusi pemerintahan ÜBerlaku pemberontakan ÜBerlakunya penindasan dan kezaliman
î SIKAP TERTUTUP ÜSikap tertutup tidak mahu menerima tamadun lain ÜTidak mahu menerima perubahan ÜTidak mahu menerima teknologi lain beri kesan kepada keruntuhan tamadun
î PEPERANGAN ÜPeperangan yang berlaku boleh membawa keruntuhan tamadun ÜSerangan yang dilakukan ke atas Jepun telah menyebabkan tamadun Jepun mengalami keruntuhan
î KERUNTUHAN NILAI MORAL ÜBerlakunya kejahilan ÜBanyak berlaku rasuah
î MALAPETAKA ÜBerlakunya malapetaka ÜBencana alam ÜFaktor di luar kawalan manusia
î KERUNTUHAN INSTITUSI SOSIAL ÜIndividu yang pincang ÜKeruntuhan Institusi keluarga
FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM Faktor Keruntuhan Tamadun dari Perspektif Islam Terkeluar daripada landasan Tauhid Keruntuhan akhlak Pemerintahan yang lemah Kegiatan keilmuan yang jumud
FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM Terkeluar daripada landasan agama tauhid Keruntuhan akhlak • Islam datang membawa manusia keluar daripada jahiliyah • Lari daripada keimanan kepada Allah sebabkan tamadun tidak sempurna dan runtuh • Banyak berlaku kerosakan akhlak • Pemimpin dan masyarakat yang rosak akhlak
FAKTOR KERUNTUHAN TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM Pemerintahan yang lemah • Pimpinan yang lemahdan tidak berwibawa • Pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan untuk memimpin • Pemimpin yang jahil Kegiatan keilmuan yang jumud • Tidak berlaku pengembangan ilmu • Kelemahan dalam penguasaan ilmu dan teknologi semasa
INTERKASI ANTARA TAMADUN MAKSUD CONTOH FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN KESAN JENIS
MAKSUD INTERAKSI î Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun
FAKTOR INTERAKSI Faktor interaksi Kepimpinan Agamawan Geografi Perkahwinan Perdagangan Misi politik
î Peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi
î Golongan agama memainkan peranan penting dalam interaksi î Melalui motivasi agama dan dakwah
î Kedudukan yang strategik memungkinkan berlakunya interaksi î Sempadan geografi menyebabkan berlakunya interaksi
î Antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya menyebabkan berlaku interaksi
î Melalui proses hubungan dagang dua hala antara negara -negara yang berdagang menyebabkan berlakunya interaksi
î Melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara
JENIS INTERAKSI Budaya sama Hubungan budaya dalam rumpun kaum yang sama seperti budaya masyarakat Melayu dan Cina yang terdiri daripada pelbagai suku Budaya berbeza Kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan saling berinteraksi seperti interaksi antara masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara Kuat dengan lemah Interaksi antara kelompok yang lemah dengan yang kuat seperti mana interaksi antara kaum Yahudi dan Islam, Kristian dan Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam di Semenanjung Tanah Arab dan Andalus.
KESAN INTERAKSI KESAN POSITIF KESAN NEGATIF • Teknologi • Ilmu • Kesenian • Perkauman • Jurang Ekonomi • Peperangan
Perpindahan ilmu Perpindahan teknologi • Penambahan kosa kata • Pengaruh bahasa sanskrit dalam bahasa melayu • Pengaruh bahasa arab ke dalam bahasa melayu • Teknologi dari Tamadun China ke India seperti teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas. • Kemahiran dari Tamadun India diperkembangkan ke negara China seperti astronomi, teknologi membuat gula dari tebu Peningkatan hasil kesenian • Pengaruh seni bina Islam ke dalam senibina Cina terutama seni bina masjid. KESAN POSITIF
Wujudnya jurang perkauman Wujudnya jurang ekonomi KESAN NEGATI F Permusuhan dan peperangan • Buddha dan Konfucius • Penganut Islam dan Hindu • Peperangan Salib antara Islam dan Kristian
INTERAKSI DI MALAYSIA Pemerintahan INDIA Bahasa Kesenian Kesusasteraan Bahasa CHINA Kebudayaan Kesenian Bahasa Kesusateraan ARAB Budaya Pendidikan Senibina
INTERAKSI DENGAN INDIA • Institusi beraja. • Konsep dewaraja. P • Istana dibina atas tanah tinggi. E • Pembinaan candi. M • Upacara pertabalan. E • Penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32. R I • Penggunaan gelaran seperti : • Duli Yang Maha Mulia N • Seri Paduka Baginda T • Seri Nara Diraja – bertugas mengisytiharkan perlantikan Raja. A • Bendahara – sebagai menteri H • Laksamana – sebagai ketua tentera A N
INTERAKSI DENGAN INDIA BAHASA • Percampuran bahasa Sanskrit dan Tamil dalam bahasa Melayu seperti: • Bhumi-bumi • Bheda-Beda/beza • Bhasa-bahasa • Arthah- harta • Bhakti-bakti • Bhudi-budi • Arghah-harga
INTERAKSI DENGAN INDIA KESENIAN • Senitari • Seni binaan – seperti masjid India, semua kubah ke atas merujuk kepada tuhan yang Esa. KESUSASTERAAN • Wayang kulit • Cerita – Hikayat Seri Rama, Pendawa Lima dsb.
INTERAKSI DENGAN CHINA BAHASA • Makanan dan pakaian: • Bakmi, me, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kincam, laici, teh, behoon & samsu. • Pakaian dan barang dagangan: • Tocang, kekwa, koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, angklong & candu. • Manusia dan ehwalnya: • Apek, loki, nyonya, taukeh, kongsi, cincau, ampau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci & cuak. • Rumah dan peralatan: • Loting, pangkin, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, & dacing. • Permainan • Pakau, congkak, cukai & mahjong.
INTERAKSI DENGAN CHINA KEBUDAYAAN • Budaya Baba-Nyonya • 1613 iaitu awal kurun ke 17 - komuniti China menetap di Melaka dan berkahwin dengan wanita tempatan. • Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. • Ciri-ciri masyarakat Baba dan Nyonya: • Memanggil diri mereka Baba atau Peranakan. • Bertutur dalam bahasa Melayu dengan gayanya yang tersendiri. • Masakan Baba banyak dipengaruhi oleh masakan Melayu. Kebiasaannya makan menggunakan tangan seperti orang Melayu. • Generasi yang lebih tua (Nyonya) masih menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian.
INTERAKSI DENGAN CHINA KEBUDAYAAN • China Peranakan/ Cina Kampung seperti Cina Peranakan di Kelantan • Hubungan China dengan negeri di Pantai Timur sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. • Terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. • Kesan: • Penyerapan ciri-ciri budaya Melayu kecuali agama. • Penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian. • Saling menghormati dan lahir citarasa yang sama seperti kegemaran kepada wayang kulit, permainan mahjong & menora.
INTERAKSI DENGAN CHINA KESENIAN • Senibina Cina dalam pembinaan masjid seperti masjid Tanjung Kling & Masjid Tengkera (seperti binaan pagoda) • Seni kaligrafi, lukisan cat minyak dll
INTERAKSI DENGAN ARAB BAHASA • Penambahan kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu: • Sabar • Syukur KESUSASTERAAN • Cerita sastera Arab mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu • Kisah Seribu Satu Malam • Hikayat Pahlawan Islam
INTERAKSI DENGAN ARAB BUDAYA PENDIDIKAN SENIBINA • Pengaturan masa mengikut waktu solat • Cara berpakaian • Jubah • Wujudnya sekolah agama dan Arab • Kurikulum pendidikan • Pendidikan Islam • Bahasa Arab • Senibina masjid • Senibina rumah
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Keagamaan Keilmuan ASPEK Kepimpinan Nilai Etika
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ASPEK PERSAMAAN PERBEZAAN Keagamaan Ada agama Praktis agama Nilai Etika Semua ada etika Dasar etika Kepimpinan adil - Keilmuan Ada pencapaian ilmu Penekanan bidang ilmu
PERSAMAAN ANTARA TAMADUN KEAGAMAAN NILAI ETIKA • Semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian • Peninggalan bangunan keagamaan • Semua tamadun menekankan etika dalam kehidupan • Etika kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dll KEPIMPINAN • Pemimpin yang adil dan bijaksana menjadi teras dalam semua tamadun NILAI KEILMUAN • Semua tamadun menunjukkan wujud ketinggian ilmu • Wujudnya teknologi, hasil kreativiti dan inovasi yang ditinggalkan
PERBEZAAN ANTARA TAMADUN • Perbezaan wujud dalam aspek praktis keagamaan • Dasar pegangan dan kepercayaan, contohnya dalam agama Islam dan Hindu KEAGAMAAN • Rujukan kitab agama juga berbeza antara tamadun NILAI ETIKA • Nilai etika dalam Islam dirujuk kepada sumber yang diwahyukan
KESIMPULAN î Ilmu ketamadunan hari ini penting kerana ia boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan sesebuah masyarakat dan negara di samping itu ia membuka ruang kepada manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama. î Pembangunan material semata-mata bukanlah jaminan kepada keutuhan dan kecemerlangan sesebuah tamadun.
AKTIVITI î Perbincangan Kumpulan: 1. Bincangkan DUA (2) faktor kelahiran tamadun dan kepentingannya ke arah memantapkan sesebuah tamadun. 2. Bincangkan DUA (2) faktor keruntuhan tamadun serta strategi bagi mengekalkan sesebuah tamadun. 3. Bincangkan DUA (2) aspek persamaan dan DUA (2) aspek perbezaan antara tamadun.
AKTIVITI î Aktiviti luar bilik kuliah: 1. Bincangkan EMPAT (4) faktor interaksi antara tamadun dan berikan dua contoh case study kesan interaksi yang berlaku di Malaysia berdasarkan dokumentari/rencana yang pernah dilaporkan. 2. Berikan contoh filem/drama yang telah dipertontonkan berkaitan pengaruh interaksi antara tamadun serta berikan kritikan yang bersesuaian.
KUIZ î Soalan Objektif î Apakah istilah tamadun yang diperkenalkan oleh pemikir Islam, Syeikh Muhammad Farid Wajdi? a) Umran b) Madaniyah c) Hadharah d) Thaqafah î Apakah faktor kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun i. Penghayatan yang tinggi terhadap nilai-nilai murni dalam kehidupan ii. Fahaman ketaksuban oleh sesuatu bangsa terhadap bangsanya iii. Interaksi yang berlaku antara sesuatu bangsa dengan bangsa yang lebih maju iv. Kedudukan yang strategik dan mudah dihubungi oleh dunia luar a. i, ii dan iii b. i, ii dan iv c. i, iii dan iv d. ii, iii dan iv
KUIZ î Apakah faktor kelemahan dan kejatuhan sesebuah tamadun i. Wujudnya sikap tertutup ii. Sistem ekonomi dan politik yang kukuh iii. Rangsangan keagamaan dan kerohanian iv. Pemimpin yang tidak berintegriti A. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iii D. iii dan iv î Apakah bukti kukuh berlakunya interaksi antara budaya Cina dan budaya Melayu di Malaysia? A. Tersebarnya bahasa Cina B. Wujudnya budaya Ali Baba dalam masyarakat C. Budaya angpau yang berleluasa D. Wujudnya kominiti baba dan nyonya
KUIZ î Soalan Subjektif 1. Soalan 1 Kajian mengenai tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana berkait rapat dengan perbincangan peristilahan. Walaupun wujud kelainan tafsiran tetapi mereka masih mempunyai pandangan yang sama dalam mengemukakan ciri dan nilai universal dalam tamadun. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Terangkan TIGA (3) istilah yang diperkenalkan dalam perbincangan tamadun (6 markah) ii. Jelaskan EMPAT (4) ciri asas masyarakat bertamadun (12 markah) iii. Huraikan EMPAT (4) nilai universal dalam Tamadun Asia (12 markah)
KUIZ î Soalan Subjektif 2. Soalan 2 Huraikan perkara-perkara berikut: i. DUA (2) faktor interaksi antara tamadun. (6 markah) ii. DUA (2) pengaruh interaksi dengan tamadun China. (6 markah) iii. SATU (1) kesan interaksi dengan tamadun India. (3 markah)
SETERUSNYA. . . î Tahniah kepada anda yang telah berjaya menamatkan P&P Bab Pertama. î Anda boleh meneruskan proses P&P dalam Bab Kedua yang berikutnya berkenaan dengan Tamadun Islam. î Selamat belajar…
Semoga Berjaya…
- Slides: 81