CONTOH RPH DAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MALAYSIA Disediakan

CONTOH RPH DAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MALAYSIA Disediakan oleh : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Mohd Fauzan Winnie Tey Soo Chien Sarala Noor Fazilah Nur Firdaus Nor Afzan Norhayati Normah Jayganesh Chan Kok Lim Chong Jing Ling Mohd Nasir

CONTOH RPH BM Tema Tajuk Objektif : Keluargaku Berwawasan : Cerita Datuk : Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Ilmu : Pendidikan Alam Sekitar & Kajian Tempatan Nilai : Kerjasama dan mencintai alam sekitar KBT : KB, BCB, KP SB : Ayat majmuk dan Ayat tunggal KT/TD : Penjimatan tenaga

CONTOH RPH BM ( SAMB. . ) Set induksi : 1. Set induksi: perdengarkankan pita rakaman cerita datuk berwawasan. 2. Guru bersoal jawab tentang pita rakaman tersebut. v Bagaimanakah orang dahulu hidup tanpa elektrik? v Bagaimanakah atuk menjalankan kerja harian tanpa elektrik?

CERITA “DATUK BERWAWASAN” Cucu: Atuk bagaimana orang dahulu hidup tanpa elektrik? Bagaimana atuk menjalankan kerja harian tanpa elektrik? Atuk : Boleh saja. Kamu tengok atuk sihat sampai sekarang. Dulu atuk menggunakan pelita sebagai lampu. Maklumlah tak ada elektrik. Dulu mana ada televisyen. Kami hanya berhibur dengan mendengar orang tua-tua bercerita tentang cerita rakyat. Tak macam kamu hari-hari menonton televisyen. Kadang-kadang atuk tengok kamu buka saja televisyen tu, tapi tiada orang menontonnya. Membazir sahaja, kamu seharusnya berjimat. Kamu harus amalkan cekap tenaga. Begitu juga lampu yang tidak digunakan oleh kita, seharusnya suisnya ditutup. Kalau tidak bapa kamu membayar bil elektrik yang tidak digunakan. Inikan membazir. Cuba kamu bayangkan jika kita tiada bekalan elektrik, tentu kerja kamu sukar, oleh itu jimatlah elektrik. Cucu: Baiklah atuk, selepas ini, kami tidak akan membazirkan elektrik lagi.

CONTOH RPH BM ( SAMB. . ) 1. 2. 3. 4. Aktiviti : Guru meminta murid membaca dan melakonkan dialog di atas. Murid membina lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk. Murid membaca lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk yang dibina dan guru memperbetulkan kesalahan murid. Guru merumuskan isi pelajaran dan penerapan nilai murni.

- Slides: 6