CIRI CIRI POLITIK YANG STABIL PREPARED BY BURUNGHANTU
CIRI – CIRI POLITIK YANG STABIL PREPARED BY: BURUNGHANTU MACHANGSTER
DEFINISI POLITIK: Maksud politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Politik sering dikaitkan dengan kerajaan. Namun begitu, ia juga boleh didapati di dalam badan korporat, akademik, agama dan institusi lain.
CIRI-CIRI POLITIK YANG STABIL UTAMAKAN KEPENTINGAN ORGANISASI Setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin perlulah mengambil kira kesejahteraan rakyat berbanding kesenangan peribadi. ADIL & SAKSAMA Pemimpin harus sentiasa adil dalam membuat sebarang keputusan agar setiap orang mendapat hak yang sepatutnya. Pemimpin juga tidak seharusnya mengamalkan sikap pilih kasih dalam pemerintahan. SUARA RAKYAT Setiap warga masyarakat mesti mempunyai hak suara yang sama dalam proses membuat keputusan dan para pemimpin haruslah mengambil kira pendapat rakyat agar pemerintahan dapat berjalan dengan lancar.
CIRI-CIRI POLITIK YANG STABIL INTEGRASI ANTARA KAUM Walaupun setiap kaum itu mempunyai pegangan hidup, adat resam dan perilaku yang berbeza, masing-masing masih mampu menghormati perbezaan tersebut antara satu sama lain. PEMIMPIN YANG BERTANGGUNG JAWAB Pemimpin yang dilantik adalah hasil daripada kepercayaan rakyat terhadap pemimpin tersebut. Oleh itu, pemimpin mempunyai amanah yang besar yang harus dipikul agar dapat membuatkan negara berada dalam keadaan yang sejahtera. MODAL INSAN YANG BERKUALITI Modal insan yang berkualiti adalah setiap manusia itu mempunyai pendidikan, tingkah laku yang baik, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta menyedari tanggungjawabnya terhadap agama, bangsa dan negara.
- Slides: 4