cerpen PITTERIAH ABDULLAH ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG SINOPSIS
cerpen PITTERIAH ABDULLAH ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG
SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan seorang murid tempang yang bernama Hafizi. Kaki kiri Hafizi pendek. Walaupun tempang, namun Hafizi seorang murid yang pintar dan berakhlak mulia. Dia belajar di Kelas 4 Sains 1. Hafizi anak orang berada dan berkawan baik dengan Raja. Oleh sebab tempang, Hafizi dibenci oleh Kamil dan rakan-rakannya. Raja sering membela Hafizi apabila dihina oleh Kamil. Suatu hari, Kamil menolak Hafizi hingga terjatuh. Raja sangat marah dan mahu membalas perbuatan Kamil tetapi dihalang oleh Hafizi. Di kelas, Kamil bertambah marah apabila Cikgu Lee sering memuji kepintaran dan kegigihan Hafizi. Pada suatu hari, murid-murid 4 Sains 1 pergi berkelah. Cikgu Lee dan Cikgu Ridzuan turut menyertai perkelahan itu. Tiba-tiba, Kamil lemas. Hafizi dengan segera membantu Kamil yang sedang lemas. Kamil sedar atas kesilapan yang telah dilakukannya dan meminta maaf daripada Hafizi yang menolongnya.
TEMA Keluhuran hati remaja kurang upaya yang telah menyelamatkan rakannya yang selalu menghinanya.
PERSOALA N Pernyataan Huraian/contoh Nasib insan kurang upaya Hafizi sering dihina dan didengki oleh kawannya, Kamil Ketabahan menghadapi cabaran Hafizi tabah menghadapi cabaran yang menimpanya. Semangat setia kawan Raja sentiasa bersama-sama Hafizi dan membelanya apabila dihina. Rajin dan usaha tangga kejayaan Hafizi rajin berusaha dan sering dipuji oleh gurunya. Perasaan dengki terhadap kejayaan orang lain Kamil sentiasa menaruh perasaan dengki terhadap Hafizi yang sering dipuji oleh gurunya
GAYA BAHASA Gaya Bahasa Contoh Repetisi “Jangan kau ingat kau bijak…” Sinkope “Kau jangan nak buat hal…” Inversi Diheretnya Kamil ke tebing kolam. Kalau turut bermain bola dia akan ditertawakan. Peribahasa “Tetapi dia tidak busuk hati…” Hiperbola Kamil menjeling tajam ke arah Hafizi. Kata ganda “Eh, apa bising-bising ni…”
Watak dan Perwatakan Hafizi • Berusia 16 tahun • Cacat kaki kirinya • Pintar • Berakhlak mulia • Sedia membantu
Raja • Berusia 16 tahun • Mempunyai semangat setia kawan • Baik hati • Sedia membantu Kamil • Berusia 16 tahun • Busuk hati
LATAR Latar Contoh Latar tempat • Kelas 4 Sains 1 • Padang • Kolam mandi Latar masa • Hari pertama persekolahan • Hari perkelahan • Pada waktu pagi Latar masyarakat • Insan kurang upaya • Masyarakat pelbagai kaum yang hidup saling membantu • Warga sekolah
NILAI • Kebijaksanaan • Baik hati • Bantu-membantu • Berbudi luhur
Pengajaran Huraian Hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum mestilah dipupuk. Hafizi dan Raja bersahabat baik dan mereka saling membantu. Kita mestilah mengamalkan akhlak mulia. Walaupun Kamil sering menghina Hafizi, namun Hafizi tidak menaruh dendam kepada Kamil. Kita mestilah membantu orang yang ditimpa kesusahan. Hafizi dan Raja Kamil yang lemas di dalam kolam. Janganlah menghina orang yang kurang upaya. Kamil suka menghina Hafizi yang tempang kakinya.
Selamat Tinggal Semua
- Slides: 11