CARA PENGGUNAAN UBAT UNTUK PESAKIT ASMA PENGENALAN Sebagai
CARA PENGGUNAAN UBAT UNTUK PESAKIT ASMA
PENGENALAN Sebagai pesakit asma penting mengetahui cara penggunaan ubat dengan betul. Pesakit asma juga perlu mengetahui lebih dari satu cara.
CARA PENGGUNAAN INHALER
Tanggalkan penutup dan goncang. Pegang pada paras menegak, bernafas keluar perlahan-lahan. Letakkan corong ke dalam mulut dan tutup dengan bibir. Tarik nafas dengan perlahan dalam. Tekan inhaler dengan kuat ke bawah dan terus menarik nafas. Keluarkan inhaler dari mulut dan tahan nafas selama 10 saat supaya ubat masuk ke paru-paru. Bernafas keluar dengan perlahan. Sekiranya mahu menyedut sekali lagi. Ulangi prosedur di atas kemudian tutup corong mulut inhaler selepas digunakan.
CARA PENGGUNAAN ROTAHALER
Putar ke kiri atau ke kanan sehingga berhenti. Pegang rotahaler secara menegak dan masukkan Rotacap. Tolak ke dalam lubang sehingga ia separas dengan bahagian atas. Pegang rotahaler pada paras melintang, titik putih dibahagian atas. Putar rotahaler dengan cepat sehingga berhenti. Cengkam alat mulut antara gigi dan bibir anda, dongak sedikit dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Keluarkan rotahaler dari mulut dan tahan nafas selama yang boleh. Keluarkan nafas dengan perlahan dan bernafaslah seperti biasa.
FAKTA PENTING
KESILAPAN CARA PENGGUNAAN INHALER Tidak menahan bernafas selepas menyedut ubat. Tidak bernafas keluar sebelum menyedut ubat. Salah tanggap bermaksud 2 penyedutan sebagai menekankan inhaler 2 kali apabila tarik nafas. Tidak goncang inhaler sebelum menggunakannya. Tidak menekan inhaler ke bawah serentak dengan tarik nafas.
CARA MENGETAHUI UBAT INHALER HABIS Rajah menunjukkan cara mudah mengetahui baki ubat dalam inhaler. Letakkan inhaler dalam mangkuk yang berisi air. Kedudukan inhaler menunjukkan baki ubat yang terdapat dalam inhaler.
CARA PENJAGAAN UBAT INHALER Dari masa ke semasa keluarkan bekas ubat dan basuh inhaler dengan air suam. Keringkan dan masukkan kembali ubat. Penutup corong inhaler hendaklah sentiasa ditutup bagi mengelak habuk dan kekotoran masuk.
CARA PENGGUNAAN ALAT SPACER
PENGENALAN Sesetengah pesakit terutama kanak-kanak sukar mengguna inhaler dengan betul. Spacer digunakan bersama inhaler agar ubat yang disedut lebih berkesan. Ubat daripada inhaler akan diisi dalam ruang spacer dan masuk ke saluran pernafasan setiap kali pesakit menarik nafas.
CARA PENGGUNAAN Letakkan alat mulut spacer ke dalam mulut dan rapatkan bibir. Tekan inhaler untuk memasukkan 1 - 4 dos dalam alat spacer (jangan melebihi 4 dos setiap kali) Tarik / lepas pernafasan melalui alat spacer sebanyak 10 kali. CARA PENJAGAAN Dari masa ke semasa mencuci alat spacer denan mengguna air suam bersabun dan keringkan.
JENIS-JENIS ALAT SPACER FAEDAH PENGGUNAAN ALAT SPACER AEROCHAMBER Memudahkan penggunaan ubat inhaler. Menambahkan dos ubat memasuki paru-paru. AEROTUBE Bagi ubat sedutan steroid, ia mengurangkan kesan sampingan seperti sakit kerongkong dan suara kasar. HISTHALER Boleh digunakan semasa serangan akut.
TERIMA KASIH
- Slides: 15