BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM 2021 www sktbijohor edu my
BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM 2021 www. sktbijohor. edu. my
KATA PENGANTAR
KATA PENGANTAR Salam sejahtera…… Kokurikulum merupakan salah satu bidang yang wajib disertai oleh semua murid Tahap 2. Sehubungan dengan itu, pengagihan keahlian unit beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan adalah berdasarkan minat dan kecenderungan murid. Kesinambungan daripada itu, buku panduan pengurusan & pelaksanaan Kokurikulum ini saya wujudkan agar setiap guru dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih terancang, sistematik dan lebih berkesan bagi melahirkan murid yang seimbang sesuai dengan motto “Mentransformasikan Kokurikulum Ke Arah Pembentukan Modal Insan Bagi Persediaan PAK - 21”. Pada pendapat saya, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini telahpun mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh semua warga sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat aspek-aspek tertentu yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa khususnya dalam aspek penilaian dan kemejadian murid dalam bidang kokurikulum dan sukan Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan lagi pengurusan pentadbiran sekolah khususnya dalam bidang kokurikulum, saya telah merancang dan mewujudkan buku ini agar dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh semua guru dalam melaksanakan program dan aktiviti dalam kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, peringkat zon, daerah ataupun di peringkat negeri. Naskah ini mengandungi panduan dan maklumat yang boleh dijadikan rujukan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum. Harapan saya, apa yang terkandung di dalam buku ini dapat diaplikasikan oleh semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti & program kokurikulum di sekolah ini agar dapat melahirkan model insan yang cemerlang berlandaskan visi dan misi sekolah yang sedia ada. Disamping itu , kerjasama semua guru, pihak pentadbiran sekolah dan PIBG amat penting bagi menjayakan sesuatu program agar objektif yang digariskan dapat dicapai sepenuhnya. Diharapkan semua aktiviti & program yang dirancang sepanjang tahun 2021 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
VISI DAN MISI
VISI KOKURIKULUM Melahirkan generasi pelajar yang seimbang & cemerlang melalui aktiviti Kokurikulum berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. MISI KOKURIKULUM Warga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor Bahru akan berusaha gigih ke arah menjayakan aktiviti Ko-Kurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.
KONSEP KOKURIKULUM
1. KONSEP KOKURIKULUM 1. 1 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktivitikokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untukperkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilaiestetika serta sosial yang positif. 1. 2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa: 1. 2. 1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik)dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani); 1. 2. 2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan; 1. 2. 3 Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya; 1. 2. 4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara; 1. 2. 5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid. 2. Definisi Kokurikulum Dalam Program Pendidikan: Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. "Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM MUKADIMAH Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar sekolah untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. BIDANG TUGAS 1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan pentadbir lain. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal berkaitan Kokurikulum, Pentadbiran, hubungan mayarakat dan Keselamatan. 4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah SENARAI TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM Unit Pasukan Berunifom (Badan Bukan Kerajaan) Maklumat dan Data Pengurusan Kokurikulum Data Pencapaian Aktiviti Kokurikulum Pembangunan Latihan/Kursus Dokumentasi Aktiviti Perkhemahan Takwim Tahunan Pertandingan dalaman Kontigen Sukan dan Permainan MSSD/MSSS Pengerusi Sukan dan Permainan MSSD/MSSS Sukan Tahunan Sekolah Merentas Desa Tuntutan Kewangan MSSD Penilaian Kokurikulum Persatuan Akademik Ikhtisas/Kelab Sukan Dan Permainan Pendaftaran Keahlian dalam Unit-Unit Senarai Tugas Guru-Guru Sijil Penghargaan untuk guru/pelajar Kewangan
PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR SUKAN DAN PERMAINAN Menyelaras kegiatan sukan dan permainan pelajar mengikut minat kecenderungan Membantu merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan disemua peringkat. Membantu merancang Takwim Sukan dan Permainan PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN KELAB SUKAN DAN PERMAINAN Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan persatuan Akademik/ Kelab mata pelajaran dan Kelab Sukan dan Permainan. Menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan dan kelab Menyelaras program-program anjuran persatuan dan kelab UNIT BERUNIFOM DAN PAKAIAN SERAGAM Menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan Unit Berunifom Menyelaras program-program anjuran Unit Berunifom supaya tidak bertentangan dengan peraturan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan undang-undang negara Malaysia. PROGRAM-PROGRAM KHAS Merancang program –program khas yang bersesuaian dengan perkembangan sahsiah pelajar dan hala tuju pengurusan kokurikulum sekolah semasa. Membantu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dalam jangkamasa pendek atau panjang AKTIVITI KURIKULUM DALAM KOKURIKULUM Membantu kurikulum untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam persatuan dan kelab yang disertai. Membantu kurikulum dalam aktiviti dan program yang disertai oleh pasukan sekolah
PEMBANGUNAN ORGANISASI Membantu Guru Besar merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan di sekolah Membantu Guru Besar merancang program-program tahunan Membantu Guru Besar dalam menyenaraikan tugas-tugas guru bidang kokurikulum Membantu Guru Besar dalam pengurusan, mesyuarat, program dan aktiviti anjuran peringkat Sekolah , Daerah , Negeri dan Kebangsaan dalam bidang sukan dan kokurikulum PEMBANGUNAN KENDIRI Mempertingkatkan pencapaian dan kecemerlangan kokurikum di semua peringkat Menerapkan nilai-nilai murni dan Falsafah Pendidikan Negara dalam semua bidang kokurikulum. Aktiviti kurikulum dalam kokurikulum dijalankan dengan aktif. Aktiviti kokurikulum dapat menyerapkan budaya sekolah yang cemerlang. Pencapaian cemerlang dan penglibatan aktif pelajar dan guru dalam bidang kokurikulum diberi anugerah/sijil
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOKURIKULUM
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JK KOKURIKULUM Bidang Tugas 1) Menghadiri Mesyuarat , Taklimat dan Perjumpaan untuk merancang aktiviti kokurikulum 2) Melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat serta program sekolah 3) Membantu PK KOKU menyelaras semua aktiviti kokurikulum, Sukan dan Permainan, i) Kelab dan Persatuan, Unit Berunifom 4) Membantu PK KOKU menyelia, menilai dan memantau aktiviti kokurikulum sekolah a) Sukan dan Permainan i) Membantu PK KOKU merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan disemua peringkat ii) Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah iii) Membantu mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya b) Kelab dan Persatuan i) Membantu menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan ii) Membantu dalam pelaksanaan program kelab dan persatuan mengikut jadual induk c) Unit Berunifom i) Membantu merancang strategi penglibatan Unit Berunifom di sekolah ii) Membantu menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom di sekolah iii) Membantu memastikan kegiatan dirancang mengikut jadual iv) Membantu menyelaraskan kegiatan dan takwim Unit Berunifom di semua peringkat d) Pengurusan i) Membantu mengurus dan melaksanakan setiap bidang kokurikulum ii) Membantu menyediakan anggaran belanjawan setiap unit dan peringkat iii) Membantu menentukan langkah-langkah keselamatan dalam setiap program dan aktiviti telah diambil iv) Membantu menguruskan semua dokumentasi untuk majalah sekolah, penerbitan, keperluan analisis di semua peringkat v) Menyediakan kertas kerja perancangan untuk dibentangkan dihantar seperti Anggaran Belanjawan Unit, Program Kecemerlangan, Program Khas Sekolah, Projek Inovasi dsbnya vi) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dihantar seperti Laporan Aktiviti Tahunan, Laporan Program Khas, Laporan Sukan dan sebagainya
5) 6) 7) 8) vii. Membantu dalam proses pembahagian dan pendaftaran pelajar dalam kumpulan, data-data pelajar dalam kokurikulum, pendaftaran rumah sukan, pendaftaran unit kokurikulum viii. Membantu Setiausaha Sukan dalam pengurusan dan penyeliaan alatan sukan dan alatan kokurikulum di semua peringkat ix. Membantu memastikan rekod dan data kokurikulum disimpan dipamerkan dengan sempurna apabila dikehendaki x. Membantu memastikan aktiviti kokurikum dan sukan yang dijalankan mematuhi undang-undang negara dan tidak menyalahi hukum agama Islam Membantu mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi untuk kegiatan kokurikulum Membantu merancang pembangunan diri pelajar dan guru seperti perkhemahan, motivasi, klinik sukan dsbnya supaya pencapaian aspek kokurikum sentiasa meningkat Membantu menjalankan Kajian Tindakan dan R & D untuk kecemerlangan kokurikulum di semua peringkat Membantu menyelaras pemberian sijil-sijil kepada pelajar dan guru mengikut mutu, nilaian dan wajaran yang ditetapkan
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN SUKAN
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWATANKUASA PENGURUSAN SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN Bidang Tugas 1) Merancang kegiatan dan pembangunan sukan sekolah, merentas desa sekolah, aktiviti sukan dan rekreasi disekolah dan pasukan MSSD sekolah. 2) Membuat perancangan dan melaksanakan program latihan untuk pasukan masing bagi menghadapi pertandingan antara sekolah 3) Membantu setiausaha sukan dalam pertandingan sukan, merentas desa, aktiviti di padang atau gelanggang serta penyelenggaran padang dan gelanggang 4) Memastikan peralatan yang ingin digunakan dalam latihan pasukan mencukupi dan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan pelajar 5) Memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik sama ada ketika latihan atau pun pertandingan 6) Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang latihan dan pertandingan 7) Membuat pemilihan ahli pasukan masing-masing mengikut kemampuan dan prestasi pelajar 8) Memastikan tuntutan perjalanan dan perbelanjaan makan minum guru dan pelajar mengikut prosedur. Membuat laporan pertandingan untuk dokumentasi dan untuk simpanan fail 9) Membantu setiausaha sukan menyelenggara stor sukan dan peralatan dengan baik 10) Membantu setiausaha sukan mengemaskinikan data dan maklumat pelajar seperti pendaftaran keahlian rumah sukan dan no peserta, rekod sukan dsb
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN BIDANG TUGAS Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah Menyediakan Takwim dan Jadual Sukan yang sesuai dengan takwim aktiviti MSSD, MSSS dan MSSM Membantu Guru Besar dan PK KOKU mengagihkan tugas guru di dalam kegiatan sukan olahraga dan permainan Menetapkan rumah sukan pelajar dan menyediakan nombor siri pada setiap tahun Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembelian aktiviti dan peralatan Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan untuk peringkat MSSD Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah dengan baik Menyimpan dan mengemaskinikan Buku Stok dan Inventori peralatan sukan bersama-sama Ketua Panitia PJK sekolah Menyediakan Laporan Penggunaan Peralatan dan kemudahan sukan Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalaman sekolah dan luar sekolah untuk tujuan edaran, rujukan, rekod dan simpanan Sentiasa berbincang dengan Guru Besar /PK KOKU. dan semua pentadbir untuk memantapkan pengurusan sukan sekolah Merekod pencapaian cemerlang dan penyertaan pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PROGRAM KHAS
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU PROGRAM KHAS Bidang Tugas 1) Membuat perancangan aktiviti untuk menjayakan rancangan yang telah dirancang 2) Mengadakan dan menentukan senarai JK Khas untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang 3) Mengadakan taklimat kepada guru-guru atau pelajar tersebut 4) Membuat laporan dokumentasi untuk majalah dan laporan sekolah mengenai program yang telah dilaksanakan 5) Memantau proses dan langkah-langkah pengurusan untuk menjayakan aktivii tersebut 6) Menyediakan borang senarai semak 7) Membuat garis panduan kasar mengenai aktiviti sebelum, semasa dan selepas program 8) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan 9) Memastikan program yang dirancang mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang di Malaysia 10) Memastikan perbelanjaan berhemah semasa mengadakan program
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS DAN JURULATIH SUKAN
TUGAS DAN TANGUNGJAWAB PENGURUS DAN JURULATIH SUKAN, PERMAINAN OLAHRAGA KELAB DAN MSSD BIDANG TUGAS Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan permainan antara sekolah Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan pertandingan Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan sama ada dalam latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan dan fahami objektif sukan sebenar. Pengisian program yang dirancang menepati citarasa pelajar dan bersesuaian dengan matalamatnya. Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan pertandingan (PENGURUS)Menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan mematuhi keputusan minit mesyuarat tersebut. (PENGURUS)Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap latihan dan pertandingan (PENGURUS)Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan minum serta pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang dianjurkan oleh sekolah /PPD/JPNSDE/KPM atas persetujuan Pengetua (PENGURUS)Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara diluar kawasan sekolah. Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU. untuk makluman. Maklumat seperti senarai Nama Peserta, No Tel/ Masa pergi dan balik/Guru pengiring /tempat dituju dan aktivitinya di tulis kepada Pengawal Keselamatan Sekolah untuk tindakan selanjutnya (PENGURUS)Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan sekolah serta pastikan Perkara (3) dan (8) telah dipatuhi (PENGURUS)Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK KOKU dan S/U Sukan untuk makluman dan rekod (PENGURUS)Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya. Semua laporan akan dibentangkan oleh S/U Sukan semasa mesyuarat-mesyuarat penting.
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN, SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN AKADEMIK/KELAB, KELAB SUKAN/PERMAINAN DAN UNIT BERUNIFOM BIDANG TUGAS Menjalankan mesyuarat unit 2 kali setahun. Penyelaras unit sebagai Pengerusi Majlis Merangka agenda utk mesyuarat tersebut Menyediakan fail JBA 1115/ 700/ Unit Berunifom JBA 1115/ 700/ Persatuan Akademik/Kelab JBA 1115/ 700/ Kelab Sukan/Permainan Membantu S/U KOKU. menguruskan Buku Laporan, Buku Log dan Fail Persatuan pada awal tahun Membantu S/U KOKU. menyediakan Borang Memasuki Persatuan Borang Senarai AJK dan Ahli Borang Laporan Kegiatan Buku dan Peralatan untuk aktiviti pada awal tahun Memastikan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK diadakan pada setiap tahun pada masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan dengan lancar Memastikan guru yang tidak hadir ada penggantinya Menyediakan Jadual Waktu Perjumpaan dan Mesyuarat Agung Surat menyurat dan Minit Mesyuarat Agung direkod dan difailkan Mengatur dan menyelia perjalanan Persatuan Akademik/Kelab, Kelab Sukan /Permainan dan Unit Berunifom Menentukan Masa Aktiviti dan Lokasinya. Pemantauan perjalanan aktiviti unit mengikuti Jadual Induk/utama Unit Kokurikulum Sekolah Pemantauan Buku Laporan Aktiviti Persatuan dan Fail-Fail berkaitan – disemak mengikut minggu dan bulan - tanda-tangani mengikut minggu dan bulan Memastikan peraturan dalam perlembagaan dipatuhi Mengumpulkan Takwim, Laporan Tahunan, Buku Laporan Aktiviti, Maklumat Persatuan Akademik/ Kelab dan Unit Berunifom untuk penyemakan dan rekod sekolah Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Persatuan Akademik/ Kelab, Kelab Sukan/Permainan dan Unit Berunifom (semua maklumat mengikut format yang ditentukan)
Membantu S/U KOKU menyelaras pembahagian untuk keahlian pelajar untuk Persatuan Akademik/Kelab, Kelab Sukan & Permainan dan Unit Berunifom sekolah. Disamping itu jumlah setiap unit hendaklah seimbang dari segi keahlian Membantu S/ Usaha KOKU mendaftarkan keahlian unit untuk semua pelajar Mendapatkan Rekod/Data senarai nama pelajar mengikut aktiviti yang dipilih* daripada semua Guru Tingkatan Memastikan pertukaran keahlian*persatuan melalui PENYELARAS dan direkodkan. Salinan rekod pertukaran keahlian dihantar kepada Guru Tingkatan dan S/Usaha Kokurikulum dalam tempoh SATU MINGGU selepas pendaftaran pertukaran dibuat. Menyenarai dan memberikan Sijil Penghargaan peringkat sekolah kepada pelajar setiap unit mengikut keaktifan dan kelayakkannya. Menyediakan Borang Pencalonan penerima sijil hendaklah direkodkan Membantu S/Usaha KOKU memberi taklimat/kursus pengurusan kepada Pengerusi dan S/Usaha Persatuan, Kelab dan Unit Berunifom. Membantu dalam menjalankan atau pun menganjurkan beberapa aktiviti unit atau antara unit lain secara bersama/bersepadu Menyusun program untuk Hari Kokurikum Tahunan
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PERSATUAN, SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN UNIT BERUNIFOM BIDANG TUGAS Kehadiran Guru Ketua diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua GP unit masing-masing Guru yang hadir untuk menjalankan tugas untuk aktiviti kokurikulum hendaklah merekodkan kehadiran masing-masing Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan menjayakan sesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan diberi pengkayaan dalam mentadbir unitnya dengan lebih berkesan Memastikan keselamatan ahli-ahli unitnya dalam sebarang gerakkerja yang diprogramkan seperti Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dsbnya. GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu program itu dijalankan. Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran hendaklah difailkan dihantar salinannya kepada GPK HEM dan PK KOKU. Maklumat penting hendaklah ditulis dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan Sekolah seperti senarai nama peserta, No. Telefon, Tempat Dituju, Masa pergi dan balik dan senarai nama guru pengiring Membantu AJK dan ahli unit dibawah jagaannya membuat kertas projek atau sesuatu aktiviti yang dirancangkan serta Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut. Kertas kerja perlu dibuat salinan untuk simpanan PK Koku. dan satu salinan dalam fail unit masing-masing untuk rujukan. Berusaha memajukan dan mengaktifkan unit masing-masing dengan pelbagai kegiatan yang sesuai dengan waktu dan cuaca agar unit tersebut dapat merasai kesan dan faedah menjadi ahli unit tersebut Memperkembangkan minat, kecenderungan dan keupayaan pelajar ahli unitnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Memastikan perjalanan dan aktiviti unit masing-masing tidak menyalahi peraturan sekolah dan undang-undang negara Malaysia ; malah dikehendaki memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan Mengawasi kewangan dan harta milik unit di bawah jagaannya dan menyerahkan wang lebihan kepada Bendahari Kokurikulum/Pengetua pada akhir tugasnya. Sila rujuk Nota Serah Tugas JPA melalui surat Bil. JPA. 193/6/3 -4(20) bertarikh 19. Julai 1985. –Sila Rujuk di pejabat sekolah untuk maklumat lanjut. Berperanan sebagai PRO bagi pihak sekolah dengan badan luar yang ada hubungkait dengan aktiviti yang dirancangkan. Semua aktiviti yang melibatkan bantuan tenaga/pihak luar perlulah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu dan GP wajib sentiasa ada bersama semasa pelaksanaan aktiviti dijalankan. Dikehendaki menyediakan unit keselamatan/ PBSM/ Kecemasan dalam lawatan dan perkemahan dan Langkah-langkah keselamatan hendaklah disebarkan atau dipaparkan Dikehendaki menyediakan dan mengiringi ahli atau calon daripada unitnya yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah/PPD/JPN/KPM. GP hendaklah sentiasa bersama unit nya sepanjang aktiviti dijalankan. Perkara (3) hendaklah dipatuhi
Kehadiran Ahli Kad Kokurikulum adalah disimpan oleh Ketua GP Menandatangani Kad Kokurikulum pelajar yang hadir dalam setiap perjumpaan atau latihan dan aktiviti hendaklah direkodkan di dalam Buku Log (Unit Berunifom sahaja) atau Buku Laporan Aktiviti unit masing-masing Kad Kokurikulum hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan setelah tamat aktiviti tahunan untuk pengiraan markah Buku Log Pelajar Setiap pelajar yang mengadakan aktiviti Unit Berunifom hendaklah dicatat ke dalam Buku Log hendaklah ditandatangani oleh Ketua Penasihat Membuat dan menghantar Laporan Aktiviti Tahunan Unit Kokurikulum kepada GP Kokurikulum mengikut format yang disediakan Membuat Rumusan Laporan Penilaian mengenai unit dibawah jagaannya dan diserahkan kepada PK KOKU. Untuk dimasukkan ke dalam perancangan tahun hadapan. Semua salinan laporan hendaklah disimpan didalam fail unit. Merumus tuntutan tambang perjalanan dan keperluan ahlinya yang terlibat mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan atau aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah Mencadangkan nama-nama AJK dan ahli yang layak dipertimbangkan menerima Sijil Penghargaan Memastikan semua maklumat seperti Fail Persatuan, Buku Laporan, Buku Log dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Penyelaras, S/U KOKU atau PK KOKU untuk tujuan semakan apabila diminta.
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU RUMAH SUKAN
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU RUMAH SUKAN BIDANG TUGAS Mengendalikan mesyuarat Agong dan perjumpaan rumah sukan -melantik AJK -membincangkan tentang yuran ahli -membincangkan aktiviti sukan Memberikan bimbingan tentang pemilihan atlit untuk mewakili rumah sukan Mengadakan program latihan ahli-ahli rumah sukan Menentukan jadual tugas latihan untuk guru ahli dan AJK pelajar Mencatat kehadiran guru dalam latihan rumah sukan dan merentas desa Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan Memastikan semua peralatan sukan diambil dan dipulangkan semula dalam keadaan yang baik dan buat laporan kpd QM jika berlaku sebarang kerosakan Memastikan (pendaftaran acara) senarai nama atlit yang mengambil bahagian dihantar kepada urusetia sukan mengikut tarikh yang ditentukan Membantu setiausaha sukan menjayakan sukan sekolah dan merentas desa Membantu setiausaha membuat laporan dan post mortem sukan dan merentas desa Membantu setiausaha sukan membuat dokumentasi dan laporan untuk majalah sekolah Mencatat kehadiran pelajar pada Kad kokurikulum semasa latihan dan acara sukan dan merentas desa sekolah Menyerahkan semua dokumentasi dan fail yang telah dikemaskinikan kepada s/u sukan selepas tamat acara sukan dan merentas desa peringkat sekolah.
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS DALAM KOKURIKULUM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS DALAM KOKURIKULUM Bidang Tugas Membantu Bendahari Dana Kokurikulum untuk mengutip sumbangan/yuran sebagaimana yang ditetapkan oleh JPN pada setiap awal tahun. Melengkapkan resit dan membuat penyerahan wang kepada bendahari pada awal tahun. Menyimpan/merekod dan menulis data berkaitan dengan Nama Rumah Sukan, Nama Persatuan Akademik/Kelab Hobi, Nama Kelab Sukan Dan Permainan dan Unit Berunifom yang dipilih oleh pelajar. - Fail Peribadi Pelajar - Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum, - Kad Kokurikulum Tahun Semasa, Mencatat laporan dan markah di dalam Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum sebagaimana diarahkan dan mengikut format yang ditentukan Menyediakan rumusan penilaian markah dan gred kepada pihak sekolah Menyerahkan Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum utk ditandatangani oleh pihak pentadbir sekolah setelah siap laporan dan markah penilaian. Memastikan kehadiran ke Taklimat/Mesyuarat sebagaimana yang diarahkan oleh pihak sekolah
TAKWIM UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN
RUMUSAN TAKWIM UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN
AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN UNIT BERUNIFORM
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN AKADEMIK
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA JURULATIH SUKAN SEKOLAH
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA RUMAH SUKAN SEKOLAH
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PASUKAN KAWAD KAKI SEKOLAH
- Slides: 55