Bincangkan bagaimana pendemokrasian dalam pendidikan dapat mewujudkan Integrasi
Bincangkan bagaimana pendemokrasian dalam pendidikan dapat mewujudkan Integrasi nasional.
Definisi Perpaduan (Integrasi) • Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. • Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. Oleh itu, mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri masyarakat majmuk di negara kita (Sanusi Osman, 1989).
• Sistem pendidikan merupakan salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara kaum dan etnik. • Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.
• Menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai strategi telah digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum antaranya ialah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. • Kurikulum yang seragam dan berorientasikan Malaysia di semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantarnya juga telah diperkenalkan.
• Unsur-unsur pendidikan kewarganegaraan juga telah diterapkan ke dalam semua mata pelajaran. • Peruntukan dan perhatian diberikan dengan adil, tidak kira sama ada bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar mahupun golongan yang tidak bernasib baik.
• Pendidikan berperanan memupuk semangat patriotik kepada negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, pendidikan turut membentuk sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersetupadu.
• Semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. • Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah.
• Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. • Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
• Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.
- Slides: 9