BINAAN AYAT Dalam binaan ayat kata adjektif boleh

BINAAN AYAT Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai: a) Predikat d) Kata Keterangan b) Pelengkap c) Penerang e) subjek

PREDIKAT • Kata adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) • Contohnya: • Meja itu bulat • Ibrahim amat gelisah

Jika predikat terdiri daripada kata adjektif yang panjang, kata pemeri ialah / adalah sering digunakan bagi membatasi subjek dan predikat tersebut Contohnya: Mereka yang melakukan perbuatan itu adalah kurang waras.

PELENGKAP • Kata adjektif boleh menjadi unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. • Contohnya: • Lelaki itu bertubuh sasa. • Nenek bertambah sihat.

PENERANG • Kehadiran kata adjektif sebagai penerang berada di belakang ( di sebelah kanan) kata nama. • Kata adjektif berfungsi memberikan keterangan yang lebih khusus tentang sesuatu frasa nama dalam ayat.

Contohnya: Baju biru itu amat cantik. Kereta abang saya kereta baru.

• Jika terdapat dua kata adjektif selepas kata nama, kata hubung yang digunakan antara dua adjektif tersebut. • Contohnya: • Kereta lama yang cantik • Bangunan tinggi yang buruk

KATA KETERANGAN • Kata adjektif dapat berfungsi sebagai kata keterangan (adverba) iaitu selepas frasa kerja. Contohnya: • Bayi itu tidur lena • Ravi berjalan cepat

SUBJEK • Kata adjektif dapat menjadi subjek dalam ayat. • Tetapi, kata adjektif tersebut mengambil tugas kata nama. • Contohnya: • Kaya belum tentu bahagia. • Hitam itu menawan.
- Slides: 9