Binaan Ayat 1 Soalan membina ayat merupakan soalan

Binaan Ayat

1. Soalan membina ayat merupakan soalan pertama pada bahagian Tatabahasa iaitu soalan 3 a. 2. Sebanyak 6 markah diperuntukkan untuk soalan ini. 3. Anda akan diberikan satu senarai perkataan atau istilah dan dikehendaki membina satu ayat bagi setiap perkataan tersebut. 4. Anda mungkin diberikan 6 kata (satu markah untuk setiap ayat) atau 3 kata sahaja (2 markah untuk setiap satu)

Panduan dalam binaan ayat • 1. Boleh bina ayat tunggal. 2. Boleh bina ayat majmuk. 3. Boleh bina ayat aktif. 4. Boleh bina ayat pasif. 5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang ; • 1. Menambah atau menggugurkan imbuhan. 2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas. 3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa. 4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.

Contoh : 1. Serunai itu diletak di atas meja. (ayat tidak jelas) 2. Nama kawan saya Serunai. (digunakan sebagai nama khas, ditolak) 3. Saya tidak faham perkataan serunai. (tidak mematuhi tugasan soalan, ayat mesti dapat menjelaskan makna dan kegunaan perkataan / rangkai kata yang diuji) 4. Saya meniup serunai itu. (diterima)

Formula membina ayat • Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula: a) Bila + Siapa + buat apa b) Siapa + buat apa + di mana c) Siapa + buat apa + kenapa

Contoh binaan ayat ; Contoh: 1. Prasyarat ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan. 2. Propaganda ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar. 4. Dwibahasa ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

JENIS SOALAN Sebenarnya tiada batasan untuk jenis kata/istilah yang boleh dikemukakan untuk bahagian ini. Antara contohnya ialah: A. Kata dasar yang sama dengan imbuhan berbeza contoh : i. putus ii. diputuskan iii. terputus iv. memutuskan v. keputusan vi. putus-putus

B. Kata berganda i. huru-hara ii. riuh-rendah iii. kusut-masai iv. lintang-pukang v. mundar-mandir vi. lalu-lalang C. Kata dengan imbuhan pinjaman contoh : i. tatabahasa ii. prauniversiti iii. prokerajaan iv. antisosial v. subnilai

D. Kata hampir sama bunyi i. renang ii. menang iii kenang iv. benang v. tenang vi. senang E. Kata hampir sama makna i. memotong ii. mencantas iii menghiris iv. mencincang v. menetak vi. menebang

F. Kata pinjaman i. boikot ii. veto iii. fasa iv. biografi v. sentimen vi. Meritokrasi G. Kata majmuk (atau pemajmukan istilah khusus) dan frasa khusus i. sumbang saran ii. imbangan dagangan iii peluang terbuka iv. suara hati v. kuasa beli vi. jati diri

H. Membezakan maksud kata yang sama (Anda perlu membina dua ayat bagi setiap perkataan bagi menunjukkan perbezaan maknanya) i. mereka ii. semak iii daki

Inovasi: Pembinaan ayat berdasarkan kata kerja transitif (ada objek KN) Teknik SKADIB.

Binaan ayat ( kata hampir sama makna , BLT= M/S : 44 ) TEKNIK SKADIB 1. Menilik (melihat dgn sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti, meramalkan) = Siti pandai menilik nasib seseorang dengan melihat tapak tangan sahaja. 2. Meneliti (memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti dan memerhati dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat) = Zainal membaca dan meneliti surat perjanjian itu terlebih dahulu sebelum menurunkan tandatangannya. 3. Menoleh (berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: = Kakak menoleh ke belakang apabila dipanggil oleh kawannya semasa berjalan di pasaraya petang semalam.

Binaan ayat ( kata hampir sama makna ) 4. Menonton (menengok )= Saya dan keluarga menonton televisyen di ruang tamu pada waktu petang. 5. Merenung (diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu) = Maya merenung memikirkan masa depannya ibarat telur di hujung tanduk kerana anaknya baru sahaja diculik pada pagi semalam. 6. Menyaksikan (melihat sendiri ) = Syakir menyaksikan perlawanan bola sepak antara negeri Johor dan negeri Kedah di stadium Larkin pada malam itu.

Sekian, Terima Kasih Disediakan oleh : Cikgu Zaiton

LAMPIRAN MEMBINA AYAT
- Slides: 18