BAB 8 PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL
BAB 8 : PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL
PENGENALAN • • • Pendidikan – asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa. Contoh pengalaman di Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia, dan Thailand – pelaksanaan dasar pendidikan bagi pelbagai etnik untuk mencapai matlamat proses pembinaan negara bangsa. Walaupun penerimaan mencetuskan polemik, dasar ini terus dipraktikkan. Malaysia – Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan agak berbeza daripada sudut praktiknya • Sebab – Sistem pendidikan adalah berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. • Sistem dikenali sebagai Sistem Pendidikan Vernakular ( Sistem Pendidikan Jenis Kebangsaan) •
• Kesan – Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik berbeza • Sekiranya langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan, kerajaan menghadapi cabaran memupuk kesepaduan sosial sepenuhnya menerusi sistem pendidikan kebangsaan Peranan pendidikan formal (sekolah) dalam proses sosialisasi : • Pelajar pelbagai latar belakang sosiopolitik akan melalui proses sosialisasi • Mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling faham memahami
MALAYSIA- SEJARAH PENDIDIKAN DAN HUBUNGAN ETNIK • Melalui pendidikan, bahasa dapat dipertahankan dan bahasa • • juga menggambarkan jiwa sebuah bangsa. Malaysia – terdapat warisan nilai budaya dan peradaban berbeza, setiap komuniti etnik ingin mempertahankan sistem pendidikan masing-masing Kesan – kerajaan menghadapi cabaran membentuk satu sistem identiti kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu ( Bahasa Kebangsaan) Keutamaan diberikan kepada bahasa penduduk asal / komuniti awal yang mampu membawa perubahan di negara yang didiami. Contoh – contoh konflik : Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand
• Tanah Melayu – penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan. Faktor menentukan pengaruh penjajahan British : • Tempoh penjajahan ( 130 tahun – dasar pecah dan perintah) • Bentuk sistem pendidikan • Bahasa dalam sistem pendidikan
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KOMUNITI ETNIK DI TANAH MELAYU • Sebelum campurtangan British, komuniti Melayu, Cina dan India memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi • Dasar pecah dan perintah mengukuhkan lagi sistem pendidikan vernakular • Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga peristiwa Malayan Union (1946) • Peristiwa Malayan Union (1946) – pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara bangsa
KOMUNITI MELAYU • Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai • • • dan adat Melayu. Dua bentuk sekolah di peringkat awal : Pertama, persekolahan secara tidak formal ( sekolah pondok ). Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini membabitkan sekolah agama, sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan madrasah. Sukatan pelajaran lebih menekankan pembacaan al – Quran, al – hadis dan hal ehwal keagamaan yang dibiayai oleh individu tertentu. Sekolah ini bebas daripada pemantauan kerajaan British dan turut menyediakan pengajaran di peringkat rendah dan menengah. Pelajar yang cemerlang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir
• Kedua, sekolah vernakular Melayu yang didirikan oleh kerajaan British, bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan tumpuan lebih kepada perkara asas seperti membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan, anyaman dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar. • Lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) • Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang menjawatan tinggi disebabkan kelayakan yang rendah berbanding mereka yang berkelulusan sekolah Inggeris. • Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah berkenaan tidak diterima untuk berkhidmat dalam pentadbiran British.
KOMUNITI CINA • Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu bermula sejak abad ke-3 Masihi. • Faktor – faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina adalah disebabkan aspek ekonomi (pencarian harta, kesusahan kehidupan, pergolakan politik, bencana alam dan populasi penduduk padat khususnya di Selatan China. • Pendidikan komuniti Cina berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius (menekankan pendidikan peringkat rendah dan tinggi ). Majoriti komuniti Cina mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di negara baru yang diduduki mereka. • Kepercayaan konfusius – hanya menerusi pendidikan dan harta mereka mampu mengubah nasib dan status ke tahap lebih baik.
KOMUNITI INDIA • Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat sekitar tahun 1880 – 1890 untuk memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah Barat. Kebanyakan mereka datang dari Selatan India dan terdiri daripada subetnik Benggali dan Tamil. • Komuniti India tidak mempunyai dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah. • Kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah vernakular walaupun telah disediakan oleh Kerajaan British. • Kesan : Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet, dan penerapan nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan
Nilai – nilai ketamilan yang menjadi keutamaan : • Bahasa tamil sebagai bahasa pengantar • Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India • Namun, dengan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih penekanan kepada sekolah rendah, para ibu bapa kurang memberi sambutan. • Kesan : mereka tidak berpeluang untuk memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.
SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS • Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah Melayu setelah • • penubuhan Penang Free School (1816) Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar utama. Bagi menjamin kualiti sukatan pelajaran, kerajaan British mengambil alih sekolah dengan tujuan mengeluarkan pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa pentadbiran British. Komuniti India dan Cina yang kebanyakan menetap di bandar berpeluang memasuki sekolah vernakular Inggeris. Komuniti Melayu pula, golongan kelas atasan lebih diberikan keutamaan berbanding kelas bawahan untuk memasuki sekolah tersebut.
• Pelajar lepasan sekolah tersebut berpeluang melanjutkan • • pelajaran ke peringkat kolej dan universiti (dalam atau luar negara). Mereka juga boleh memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah mempunyai bentuk sistem pendidikan tersendiri (diwarisi budaya dan peradaban masing-masing) Ikatan erat terhadap sistem nilai warisan asal mempengaruhi setiap komuniti etnik untuk terus mempertahankannya daripada tergugat. Justeru, proses pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai teras kesepaduan sosial telah berhadapan dengan cabaran khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan.
PERKEMBANGAN DASAR PENDIDIKAN : ERA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU ( 1800 – 1945 ) Sehingga tahun 1920, hanya dua bentuk pendidikan menjadi keutamaan British : 1. Pendidikan Inggeris disediakan oleh British (free school) dan golongan mubaligh Kristian. Majoriti diberikan kepada kelompok Melayu kelas atasan dan komuniti bukan Melayu. 2. Pendidikan vernakular yang difokuskan kepada kelompok Melayu kelas bawahan. Pendidikan tersebut ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh setelah berjaya mendapatkan peruntukan kewangan untuk membina Sekolah Vernakular Melayu di Melaka, Pulau Pinang dan Seberang Prai pada tahun 1862.
• Selepas tahun 1920 -an, dasar pendidikan Inggeris adalah berdasarkan sistem pendidikan vernakular dengan menekankan empat bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil. • Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan komuniti yang berbeza mengikut etnik dan budaya masing – masing. • Dalam tempoh pendudukan Jepun (1942 – 1945) bahasa jepun telah digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam bidang pendidikan, manakala sistem pendidikan berdasarkan Bahasa Inggeris dan Cina disekat. • Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan inisiatif untuk mengganggu sistem pendidikan Melayu
DASAR PENDIDIKAN (1945 – 1970) • Dalam tempoh tahun 1945 – 1970 merupakan peringkat ke arah pemupukan semangat kesepaduan sosial dalam bidang pendidikan. • Namun, usaha ini kurang berhasil kesan daripada latar belakang budaya dan warisan peradaban yang berbeza. • Setiap pihak berusaha mempertahankan sistem pendidikan dan bahasa ibunda masing – masing.
DASAR CHEESEMAN 1946 Inti pati utama Dasar Cheeseman 1946 : • Peruntukan pendidikan peringkat rendah secara percuma dan dibenarkan penggunaan bahasa ibunda masing – masing. • Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada peringkat rendah. Mereka yang berkelayakan boleh meneruskan pelajaran ke peringkat menengah. • Peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita. o Dasar ini diperdebatkan dari sudut penggunaan bahasa perantaraan dan jangka masa perubahan yang dibuat o Bagi komuniti Cina, setiap pihak perlu diberi peluang secara percuma untuk memasuki sekolah Inggeris sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. o Dasar ini tak mampu dilaksanakan kerana kekurangan tenaga pelajar untuk sekolah Inggeris dan ketiadaan kuasa untuk melaksanakannya
JAWATANKUASA CAR-SAUNDERS 1947 • Jawatankuasa ini dibentuk oleh kerajaan British untuk • • merangka pendidikan tahap universiti di Tanah Melayu Matlamat penyatuan menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sukar dicapai kerana komuniti bukan Melayu melihat langkah berkenaan dapat menggugat kedudukan bahasa mereka. Komuniti Cina berpendapat penekanan kuat terhadap bahasa Melayu akan menggugat kedudukan mereka di peringkat pengajian tinggi. Komuniti India pula lebih menekankan kepentingan bahasa Hindi ataupun bahasa Tamil untuk diketengahkan di Jabatan Pengajian India. Kedua – dua komuniti berkenaan mengusulkan agar bahasa dan sistem nilai budaya mereka terus dilindungi
• Bagi pihak komuniti melayu, percanggahan pandangan berlaku • • antara golongan berpendidikan Melayu tradisi dengan berpendidikan Inggeris. Lulusan daripada sekolah Melayu menolak cadangan tersebut kerana tahap pendidikan masih rendah. Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal menjaga hak kebajikan komuniti Melayu. Bagi kelompok berpendidikan Inggeris, cadangan berkenaan dipersetujui bagi menyediakan komuniti Melayu dalam bidang pentadbiran. Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan agar peluang dibuka kepada komuniti Melayu untuk memasuki pendidikan Inggeris.
JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949 • Jawatankuasa hubungan antara kaum ditubuhkan pada januari 1949, • • dengan matlamat untuk memupuk penyatuan dalam masyarakat majmuk bagi membina sebuah negara bangsa baharu yang merdeka. Ahli jawatankuasa diwakili oleh etnik yang berbeza iaitu Dato’ Onn Bin Jaafar (Melayu), Tan Cheng Lock (China) dan Thuraisingham (India). KAEDAH MENCAPAI PERPADUAN Bahasa Melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di sekolah rendah. Sekolah kebangsaan ditubuhkan bagi menyatukan komuniti etnik yang berbeza. Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan sebagai bahasa perantaraan. Bahasa ibunda masing – masing boleh diajar. o Walau bagaimanapun, penyatuan sukar untuk dicapai kerana setiap komuniti etnik masih mempertahankan sistem pendidikan yang diwarisi.
Laporan Barnes (1951) • Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Laporan Barnes, ciri – ciri ke arah kesepaduan sosial telah dibentuk oleh kerajaan yang dipengerusikan oleh L. J Barnes. • Matlamat – Menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu. • Mencadangkan agar satu corak pendidikan dirangka bagi memenuhi bentuk masyarakat di Tanah Melayu. • Hasilnya – penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa perantaraan di sekolah rendah bagi memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara etnik
• Laporan menganjurkan sekolah vernakular dimansuhkan digantikan dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah rendah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. • Di peringkat menengah, bahasa Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa pengantar. • Laporan dilihat kurang berupaya memupuk kesepaduan sosial antara komuniti etnik kerana wujud penentangan daripada komuniti bukan Melayu, terutama Cina
LAPORAN FENN – WU 1951 • Pengerusi Jawatankuasa Laporan Fenn – Wu 1951, William P. • • • Fenn yang merupakan ahli Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan Wu Teh-Yao, pakar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tujuan – untuk menyemak semula sistem pendidikan komuniti Cina. 3 Usul Laporan Fenn-Wu 1951 (1)Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak kerajaan memberikan bantuan kewangan. Rasional – pendidikan vernakular mampu memberi sumbangan ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan menggalakkan kesedaran kebangsaan. (2) Kedudukan Bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar dunia. Justeru, sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan sehinggalah komuniti Cina merasakan pendidikan tersebut tidak diperlukan
• (3) Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan pendidikan dari negara Cina kerana mereka telah pun mendiami Tanah Melayu. • Laporan menunjukkan bahawa usaha untuk menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan agak sukar. • Keadaan berlaku kerana sentimen yang kuat untuk mempertahankan bahasa masing-masing begitu tinggi dan tindakan sedemikian telah menyulitkan usaha ke arah kesepaduan sosial.
ORDINAN PENDIDIKAN 1952 • Tujuan digubal untuk menggantikan beberapa laporan • • • sebelumnya dengan menetapkan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah. Sekiranya jumlah pelajar bukan Melayu melebihi 15 orang, kemudahan disediakan untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Manakala bahasa Inggeris digunakan di peringkat menengah. Tujuan menjadikan sistem pendidikan sebagai teras penyatuan adalah sukar kerana setiap etnik berusaha memartabatkan warisan bahasa masing-masing. Bagi komuniti Melayu, penekakan terhadap bahasa Inggeris dilihat akan menggugat kedudukan mereka selaku penduduk asal. Mereka mahukan kerajaan mengangkat kedudukan bahasa Melayu. Komuniti Cina dan India menolak usul berkenaan kerana dilihat akan menggugat bahasa dan budaya diwarisi.
LAPORAN RAZAK 1956 • Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama • • • setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Dasar ini lebih berpengaruh dalam memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan seterusnya dalam pembinaan negara bangsa. Laporan Razak 1956 mengusulkan : (1) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. (2) Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. (3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama (4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.
• Dengan laporan ini, sekolah vernakular beransur – ansur berubah kepada sekolah kebangsaan yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. • Dasar ini lebih berpengaruh dalam memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan seterusnya dalam pembinaan negara bangsa.
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 DAN AKTA PENDIDIKAN 1961 • Laporan Rahman Talib berperanan untuk memantau Ordinan • • • Pelajaran 1957. Laporan berkenaan diluluskan pada bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1961 pada Oktober 1961. (1) Bahasa kebangsaan ialah medium perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan bukan setakat di peringkat sekolah menengah rendah tetapi juga di peringkat menengah dan universiti. (2) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan, walaupun berbeza bahasa di peringkat rendah dan menengah. (3) Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Tujuannya adalah untuk membuka peluang kepada komuniti bukan Melayu berkecimpung dalam bidang berkenaan. (4) Memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan bagi mengukuhkan semangat saling menghormati antara etnik yang berbeza.
• Rumusannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar direalisasikan. • Penyatuan dalam bidang ini menerusi penubuhan pendidikan bersifat kebangsaan akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini.
SEKOLAH KEBANGSAAN & SEKOLAH VERNAKULAR • Terdapat dua jenis sekolah rendah yang dibiayai oleh kerajaan • • iaitu : (1) Sekolah Kebangsaan Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu (2) Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Pengantar – Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil Kurikulum kedua-dua jenis sekolah rendah pada keseluruhannya adalah sama. Cuma, sukatan pelajarannya sahaja yang sedikit berbeza Sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan lebih mudah berbanding dengan di Sekolah Kebangsaan. Walaupun terdapat beberapa penyesuaian yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam kurikulum, namun penyesuaian tersebut tetap memenuhi Falsafah Pendidikan Negara, iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
• Pengekalan kepelbagaian struktur aliran sekolah yang terdapat di negara ini perlu difahami oleh semua pihak, iaitu lebih kepada untuk menjaga kepentingan identiti sesuatu masyarakat, yang merupakan khazanah yang amat berharga bagi masyarakat berkenaan. • Pengekalan yang wujud tidak bermakna struktur pendidikan masih berasakan sistem vernakular zaman kolonial Inggeris yang mengguna pakai kurikulum mengikut negara asal sesuatu etnik. • Pengekalan sistem dan struktur pendidikan jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil daripada semangat tolak ansur dalam kalangan pemimpin negara. • Keunikan dalam struktur pendidikan yang pelbagai membawa kepada pemerkasaan sistem pendidikan negara ke arah kesepaduan sosial dengan melakukan banyak penambahbaikan demi mencapai wawasan pendidikan negara.
PENDIDIKAN MENENGAH • Setelah tamat pengajian di peringkat sekolah rendah, pelajar akan melanjutkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah. • Majoriti pelajar akan memilih Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kadar bayaran yang minimum. • Bagi pelajar yang tamat di peringkat sekolah rendah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) wajib ditempatkan di kelas peralihan selama setahun sekiranya memilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan. • Kategori Pendidikan Menengah Kebangsaan : Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan.
• Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan hak untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa ibunda masing dibenarkan sekiranya memenuhi syarat. • Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah membuka ruang kouta kepada pelajar bukan Melayu. • Kehidupan di asrama memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi, mempelajari budaya dan memahami hak sesuatu etnik dengan lebih baik.
SEKOLAH WAWASAN • Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Ciri – Ciri Sekolah • Dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran ditempatkan dalam kawasan sama • Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain menggunakan jambatan penghubung.
• • Matlamat Sekolah Warisan Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai bangsa dan latar belakang Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai aliran Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di sekolah
PENDIDIKAN PRAUNIVERSITI • Setelah tamat meduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka : • (1) Tingkatan 6 – tempoh dua tahun dan perlu menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. • (2) Program Matrikulasi – tempoh satu atau dua tahun. 90% tempat diperuntukkan bagi pelajar Melayu/Bumiputera. • (3) Pengajian di peringkat diploma di pelbagai Institut Pendidikan.
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI • Dua kategori Institusi Pengajian Tinggi: • (1) Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebanyak 20 buah. • (2) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sebanyak 32 buah. • Jumlah ini tidak termasuk IPTS lain yang tidak disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. • Pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi berlatarbelakangkan pelbagai aliran dan berasal dari seluruh pelusuk tanah air. • Ruang untuk mereka bergaul dan berinteraksi antara etnik yang berbeza adalah lebih luas melalui budaya kongsi yang perlu diamalkan oleh terutamanya dalam perbincangan menyiapkan tugasan dan aktiviti – aktiviti lain.
CABARAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA • Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi • Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong berkata sekolah vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan populasi kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa. • Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum negara. • Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.
• Dong Jiao Zong meminta kerajaan bersikap terbuka dalam • • • memberi layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara. Tiga rukun politik cina yang perlu difahami : (1) Mempertahankan pendidikan Cina – perjuangan pendidikan Cina oleh etnik Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu. (2) Mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan akhbar di Sabah dan Sarawak. (3) Mempertahankan persatuan Cina (huatuan) yang melibatkan lebih 8000 buah persatuan. Kerajaan tidak pernah menafikan hak bukan Melayu untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka. Malah, ramai kalangan anak Melayu yang bersekolah di SJKC untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina.
• Sebelum tahun 1996, terdapat Akta Pelajaran 1961 Seksyen • • 21(1 B) yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan. Akta ini sangat ditakuti oleh Persatuan Cina, mereka mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut. Menteri Pelajaran telah memenuhi hasrat etnik Cina dengan menarik balik kuasa atau peruntukan itu apabila membentangkan Akta Pelajaran baharu 1996 yang mengambil kira kepentingan dan pemintaan etnik Cina. Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang memperutukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
• Bahasa ialah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang etnik kerana dapat menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial. • Kerajaan sedar bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara.
KESIMPULAN • Peranan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi • Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua penting dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya tidak boleh dinafikan kerana perkaitannya yang amat rapat dengan keluarga yang berhak untuk menentukan proses persekolahan anak-anak mereka. • Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia amat unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain. • Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian sebagai satu kekuatan, namun terlalu banyak perbezaan juga tidak membawa kepada kebaikan. • Kerajaan perlu mencari titik persamaan memenuhi matlamat gagasan 1 Malaysia
- Slides: 42