Bab 8 Kaedah Kutipan Data Pemerhatian Pemerhatian dibuat
Bab 8 -Kaedah Kutipan Data
Pemerhatian �Pemerhatian dibuat oleh penyelidik atau sekumpulan penyelidik ke atas aktiviti populasi. �Pemerhatian adalah bersifat luwes dan tidak semestinya distrukturkan sekitar hipotesis. �Dapatan mempunyai kesahan yang lebih kukuh penyelidik mampu mengumpulkan maklumat mendalam mengenai sesuatu tingkahlaku.
Pemerhatian �Keboleh percayaan diragui dalam membuat generalisasi (kesahan luaran) dgn dapatan tidak boleh digeneralisasikan kepada orang lain. �Pemerhatikan tingkah laku berulangkali memakan masa. �Masalah bias penyelidik kerana penyelidik hanya mahu memerhatikan apa yang diperhatikan sahaja. �Bias dapat diatasi dengan latihan dan pemerhatian melalui rakaman elektronik.
Pemerhatian �Apa yang diperhatikan: Persekitaran fizikal (tempat, benda fizikal, suasana persekitaran dan masa), persekitaran sosial (peranan, siapa, bila, bahasa, komunikasi bukan verbal) dan amalan yang berlaku (apa berlaku, bagaimana berlaku, cahaya, suhu dll) �Bagaimana prosedur pemerhatian- catat masa, guna singkatan, lukis gambarajah, semak nota yg dicatat selepas pemerhatian utk membuat pembetulan (tulis komen, tulis nota tambahan, catatan refleksi atau perasaan) �Apakah instrumen pemerhatian- borang pemerhatian, senarai semak, rakaman video, rakaman video.
Pemerhatian penuh (pemerhati) � Nonparticipant observation ialah kaedah pemerhatian yg penyelidik tidak turut serta dalam aktiviti dan tanpa mencuba untuk menghalang aktiviti daripada berlaku. � Penyelidik sbg pemerhati luar. � Pemerhatian distrukturkan dengan memerhatikan interaksi (komunikasi) murid kumpulan, kemahiran mencari dan menyusun maklumat. � Pemerhati herhati-hati agar tidak dipengaruhi oleh tanggapan awal, bersikap luwes dan terbuka kepada interpretasi baru tentang fenomena diperhatikan. � Kejujuran ditekankan dan mereka yang diperhatikan mempunyai hak untuk mengetahui skop dan tujuan penyelidikan.
Pemerhati sebagai peserta (peserta dan pemerhati) �Penyelidik yang membuat pemerhatian dgn terlibat secara langsung di dalam aktiviti sebagai peserta. �Pemerhati akan terlibat dalam interaksi (komunikasi) atau sama mencari dan menyusun maklumat. �Penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang populasi yang dikaji. �Perbandingan dan semakan dibuat tentang apa yang diperkatakan secara lisan dengan apa sebenarnya lakukan.
Peserta
1. 3 Data Berbentuk Dokumentasi �Maklumat dan data daripada bahan-bahan yang telah didokumentasikan. �Rekod, laporan tahunan, kertas kerja, minit mesyuarat, proposal, jadual kehadiran, laporan penyelidikan, catatan sejarah atau skor pencapaian daripada rubrik penilaian yang dibuat. �Dokumen-dokumen lain spt laporan aktiviti, catatan refleksi atau rakaman audio video.
1. 1 Temu bual �Dianggap sebagai kaedah kualitatif. �Terdapat tiga jenis temu bual iaitu berstruktur, semi struktur dan tidak berstruktur. �Maklumat mendalam boleh diperolehi.
a) Temu bual berstruktur � Lazim digunakan dalam penyelidikan tinjauan (survey research). � Tujuan memastikan semua responden mendapat soalan yg sama dan jawapan mempunyai keboleh percayaan yg tinggi. � Dijalankan oleh penemubual dan bukan ditadbir sendiri (seperti soal selidik). � Temu bual berstruktur mengandungi satu senarai soalan yang spesifik. � Penemu bual mesti membaca setiap perkataan yang terdapat dalam soalan temu bual tanpa menyimpang. � Penemu bual mungkin meminta sampel menjelaskan maklumat yang samar tanpa mengemukakan soalan tambahan/penyataan yang boleh mempengaruhi jawapan � Lazimnya temu bual berbentuk sesi soal jawab. � Penemu bual dikehendaki menunjukkan ketekalan tingkah laku sepanjang sesi temu bual. � Kaedah ini dapat mengurangkan bias penyelidik.
b) Temu bual semi struktur � Sesuai untuk topik bersifat peribadi. � Soalan yang dikemukakan terbatas dan penemubual mengemukakan soalan baru yang diperlukan dengan merujuk kepada perkara dan maklumat yang dimaklumkan oleh sampel. � Terdapat tema tertentu yang berfungsi sebagai kerangka temubual. � Kerangka ini berfungsi untuk mengawal penemu bual daripada menyimpang kepada perkara yang tidak relevan. � Kebaikan adalah untuk memudahkan berlaku hubungan (rapport) dan seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan sampel. � Maklumat yang diperolehi adalah lebih luas
c) Temu bual tidak berstruktur � Soalan yang dikemukakan boleh diubah-sesuai mengikut kecerdasan, pemahaman atau kepercayaan responden. � Tidak terdapat julat jawapan dan tiada batasan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. � Penemu bual hanya mendengarkan apa juga jawapan yang diberikan oleh responden. � Penemu bual mungkin melibatkan pandangan peribadinya semasa sesi temu bual dijalankan. � Penemu bual perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi. � Kebaikan ialah maklumat yang lebih banyak diperolehi berbanding dengan dua jenis temu bual yang awal.
d) Temu bual kumpulan � Mendapatkan data dengan menemu bual satu kumpulan responden. � Kaedah ini mudah tetapi menimbulkan masalah perwakilan kerana kumpulan temu bual tidak mengambarkan keratan rentas populasi. � Pengetahuan dan pengalaman beberapa individu berperanan untuk menyemak dan menyeimbangkan maklumat yang diberikan. � Temu bual yang dibuat kepada sekumpulan manusia membolehkan penyelidik memperolehi banyak maklumat, memperbetul, mempengkapkan atau menunjukkan pandangan bantahan kepada penyataan bercorak fikiran individu. � Tidak ada peraturan yang dikemukakan untuk menjalankan temu bual kumpulan kecuali bersopan santun dan menggunakan budi bicara di samping penyelidik mempunyai pendirian yang tetap tentang maklumat yang diinginkan serta berkeupayaan untuk menghargai temu bual yang terkawal.
- Slides: 13