BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Objektif pengajaran Ø Pelajar dapat mengetahui proses Politik di Malaysia Ø Pelajar dapat memahami asas-asas penting proses politik Malaysia Ø Pelajar boleh menghubungkaitkan bagaimana politik boleh mengeratkan hubungan etnik.
Liputan kuliah Ø 1. Konsep modenisasi dan pembangunan politik: matlamat, kaedah, ukuran pencapaian Ø 2. Modenisasi di Malaysia Ø 3. Komponen Politik: Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional Ø 4. Proses Politik di Malaysia Ø 5. Kemunculan Proses Politik Berparti 6. Asas-asas Penting Proses Politik Malaysia 7. Hubungan Etnik: 42 Tahun Selepas Malaysia Ø 8. Kesimpulan
KONSEP MODENISASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK: MATLAMAT, KAEDAH, UKURAN PENCAPAIAN Konsep modenisasi : l merujuk kpd suatu proses transformasi atau perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ø Modenisasi mengandungi dua aspek utama: 1. Pembangunan ekonomi 2. Pembangunan politik. Ø
Ø Matlamat pembangunan ekonomi: l untuk mencapai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi dgn mewujudkan sebuah masyarakat industri Matlamat utama pembangunan politik ialah pembinaan negarabangsa. Ø Negara-bangsa diertikan : l suatu wilayah yg mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.
Ø Pembinaan negara-bangsa dapat dicapai melalui kaedah yg bersifat top-down seperti: -Penghayatan ideologi negara, -Penerapan dasar-dasar awam yg ditentukan oleh pihak kerajaan, -Penanaman semangat nasionalisme melalui simbol-simbol dan ritual negara. Ø Lazimnya, penilaian ke atas dasar-dasar awam yg dilaksanakan menjadi asas kpd pengukuran kejayaan atau pencapaian pembinaan negara-bangsa. Ø Pembangunan politik turut melibatkan perubahan dlm aspek struktural dan budaya sehingga membawa kpd perubahan sistem politik masyarakat. Ø
Ø Pembangunan politik dlm konteks berlangsung melalui 3 proses utama: 1. Differensiasi struktur politik; 2. Sekularisasi budaya politik; 3. Partisipasi politik yg besar oleh rakyat. Ø Diferensiasi struktur politik: l ini Perubahan dpd struktur politik yg bersifat feudal atau autoritarian kpd struktur politik yg berpegang kpd prinsip trias politica, yg mana kekuasaan politik terletak kpd 3 badan yg terpisah dan saling mengawasi iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif.
Ø Sekularisasi budaya politik: l Ø Perubahan budaya politik dpd budaya politik feudal dan yang tidak memisahkan antara agama dgn negara kpd budaya politik yg memisahkan kedua unsur tersebut. Perubahan dlm budaya politik itu akhirnya membawa kpd proses selanjutnya, iaitu: l l partisipasi politik yg besar oleh rakyat dlm proses politik. rakyat yg mempunyai kedaulatan dan berhak menentukan pemimpin mereka.
Ø Pembangunan politik dlm konteks mewujudkan amalan demokrasi dianggap tercapai apabila terdapat komponen -komponen berikut di dlm suatu sistem politik, iaitu: 1. Parti-parti politik 2. Majlis perwakilan rakyat atau parlimen 3. Perlembagaan negara 4. Pilihanraya Ø kewujudan keempat-empat unsur tersebut menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum mengamalkan amalan demokrasi. Ø Pembinaan negara-bangsa dan perubahan dlm aspek struktural dan budaya merupakan dua hal yg saling mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan politik dlm sesebuah negara.
MODENISASI DI MALAYSIA Ø Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat akibat dpd Revolusi Perancis dan Revolusi Industri. Ø Di dlm kebanyakan kes, konsep modenisasi dan proses tersebar dan diguna pakai di seluruh dunia adalah melalui proses imperialisme dan kolonialisme. Ø Malaysia misalnya, memulakan perjalanan modenisasi dgn kehadiran kolonial Inggeris. Ø Oleh yg demikian, perjalanan yg dilalui adalah mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
KOMPONEN POLITIK: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA; DASAR AWAM; PENILAIAN PENCAPAIAN DASAR AWAM; INTEGRASI NASIONAL Ø Dlm konteks pembangunan politik Malaysia, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Ø Malaysia turut berusaha mencapai pembinaan negara-bangsa melalui beberapa kaedah yang bersifat top-down.
Ø Program penghayatan ideologi negara, iaitu Rukunegara, penerapan dasar-dasar awam, spt Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan antara usaha yg telah dan sdg dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia bg mencapai matlamat pembinaan negara-bangsa Ø Usaha dan penilaian yg berterusan ke atas dasar-dasar awam adalah penting bg memastikan kejayaan @ pencapaian pembinaan negara-bangsa.
PROSES POLITIK DI MALAYSIA
Ø PENDUDUK Ø Malaysia adalah sebuah negara plural yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26 juta orang pada tahun 2004. Ø Umumnya, Melayu (Semenanjung) adalah kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 60%, sementara Cina mewakili lebih kurang 28%, India 5% dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok bumiputera kecil seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu di Sarawak dan Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah. Ø Bilangan dan peratusan yang lebih terperinci dapat dilihat dalam Jadual 9.
Jadual 9: Semenanjung Malaysia: Anggaran Penduduk Mengikut Etnik, 2004 ETNIK MELAYU JUMLAH‘ 000 PERATUSAN 11, 532. 1 61. 7 CINA 5, 208. 4 27. 9 INDIA 1, 709. 8 9. 1 238. 1 1. 3 18, 688. 4 100. 00 BUMIPUTERA LAIN JUMLAH Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004.
Jadual 11 : Sabah: Anggaran Penduduk Mengikut Etnik, 2004 ETNIK Kadazandusun Bajau Murut JUMLAH: ‘ 000 519. 8 386. 1 94. 7 PERATUSAN 24. 8 18. 5 4. 5 Melayu Bumiputera Lain Cina India JUMLAH 360. 5 431. 8 287. 5 11. 5 2, 091. 9 17. 2 20. 6 13. 7 0. 5 99. 8 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004.
Demografi Politik Kelompok Kerusi Parlimen Pengundi Berdaftar Majoriti Plural Jumlah % Bil. % 125 18 143 65. 3 5, 152, 858. 4 51. 0 116 15 131 59. 8 4, 871, 050. 7 48. 2 Sarawak** 8 - 8 3. 6 88, 602 0. 9 Sabah 1 3 4 1. 8 193, 205. 7 1. 9 Dayak: 14 - 14 6. 4 503, 525. 8 5. 0 Iban 9 - 9 4. 1 * * Bidayuh 3 - 3 1. 4 * * Orang Ulu 2 - 2 0. 9 * * 17 1 18 8. 2 388, 932. 9 3. 9 Islam 7 - 7 3. 2 * * Bukan Islam 10 1 11 5. 0 * * 30 14 44 20. 1 3, 315, 962. 3 32. 8 Semenanjung 23 11 34 15. 5 2, 855, 746. 3 28. 7 Sarawak 6 - 6 2. 7 305, 038. 9 10. 0 Sabah 1 3 4 1. 8 155, 177. 1 1. 5 - - 740, 650. 2 7. 3 186 33 219 100 10, 101, 929. 6 100 Melayu: Semenanjung Bumiputera Sabah Cina India JUMLAH
Ø Sosio-Budaya
Ø Semenanjung Malaysia Ø Melayu adalah etnik terbesar di Semenanjung. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan masyarakat Melayu menganut agama Islam. Ø Sebahagian besar Melayu (Semenanjung) merupakan penduduk luar bandar.
Ø Namun, peratusan ini mula berkurangan kerana penghijrahan mereka ke bandar bermula sejak 1970 -an dan selepas itu, ia kian meningkat. Ø Bagi yg masih tinggal di luar bandar, kebanyakan tertumpu kpd aktiviti tradisional spt pertanian dan nelayan peringkat sara diri. Ø Semenjak 1980 -an, ramai di antara mereka yg terlibat dlm bidang pertanian secara besar-besaran di estet dan ladang komersial yg mengusahakan tanaman kelapa sawit. Ø Namun sebahagian besar Melayu di bandar masih tertumpu kpd perkhidmatan awam, w/p tdpt sebilangan kecil berjaya dlm sektor perdagangan dan perniagaan.
Cina adalah etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat ini penganut pelbagai agama spt ajaran Buddha dan Konfusius, Kristian, kepercayaan tradisional dan segelintir yg memeluk Islam. Ø Sbhgn besar etnik Cina tertumpu kpd sektor perdagangan dan komersial. Ø Sbhgn besar bangsa Cina jg tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Klang. Ø Ø India adalah etnik ketiga di Semenanjung. Sbhgn besar dpd masyarakat ini masih tertumpu di estet, iaitu penempatan tradisional mereka. Ø Walau bagaimanapun, tdpt kalangan mereka yg berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan serta penghidupan yg berbeza dpd ibu-bapa mereka. Ø Ø
Ø Terdapat sebilangan kecil di antara mereka berjaya menembusi sektor perdagangan dan komersial. Ø India juga merupakan etnik yg kompleks dan India Malaysia terdiri dpd pelbagai puak berasaskan asal usul mereka di Tanah Besar India. Ø Kepelbagaian ini jarang diakui dlm data-data rasmi spt adanya puak Sikh, Tamil, Malayalee dan Singhalese. Ø Msykt India di negara ini juga merupakan penganut pelbagai agama/ ajaran spt agama Hindu, Sikh dan juga Islam.
Ø Orang Asli merupakan Semenanjung. l l Ø etnik terkecil di Kebanyakan penduduk pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung. mengikut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan Islam. Terdapat juga kelompok-kelompok kecil lain: l l l Baba-Nyonya di Melaka dan Penang - menghasilkan percantuman elemen-elemen budaya Cina dan budaya Melayu Portugis di Melaka - mengamalkan budaya Portugis yg di-Malaysia-kan. Siam di beberapa kawasan di negeri-negeri di utara Semenanjung.
Ø Sarawak Ø Hampir semua etnik Dayak, sama ada Iban, Bidayuh atau Orang Ulu, merupakan penganut kepercayaan tradisional atau Kristian, sebilangan kecil sahaja yg menganut agama lain terutamanya Islam. Ø Dayak: l l penduduk luar bandar, walaupun peratusan ini menurun semenjak tahun 1970 -an. Penduduk di luar bandar dan pendalaman di rumah panjang, aktiviti utama ialah pertanian sara diri. Aktiviti ini semakin berkurangan dan kebanyakan mereka bergiat dalam sektor pembalakan dan juga buruh upahan. sebilangan mereka telah berjaya menerokai sektor perdagangan atau komersial di bandar-bandar utama negeri berkenaan.
Ø Etnik Melayu: l l l Ø merupakan penghuni luar bandar terutama di pinggiran bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama yg tinggal di luar bandar adalah pertanian sara diri. Tinggal di bandar, tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Etnik Melanau: l l l Penduduk pantai Sarawak. Menganut agama Islam, Kristian dan juga kepercayaan tradisional. Tinggal di kawasan tradisional, bekerja sbg nelayan dan petani serta pengutip sagu.
Ø Etnik Cina: l l l Tinggal di kwsn bandar, terdapat sebilangan kecil tinggal di luar bandar. Tertumpu pada perdagangan. Menganut pelbagai agama seperti ajaran Buddha, Konfusianis dan Kristian.
Ø Sabah Ø Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal msykt berkenaan dan Kristian, sementara etnik Bajau, Murut dan “bumiputera lain” menganut agama Islam. Ø Purata bilangan penduduk yg menganut Islam dan Kristian di kalangan etnik bumiputera ini hampir sama jumlahnya. Ø Kebanyakan mereka adalah penduduk : l l Ø luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sbg aktiviti utama, disamping mencari produk hutan. Di bandar-bandar, tertumpu kpd sektor perkhidmatan awam. Masyarakat Cina: l l l Tertumpu di pusat-pusat bandar utama. Terlibat dlm aktiviti perdagangan dan sektor komersial. Penganut pelbagai agama spt Buddha, Konfisius, Kristian dan sebilangan kecil yg memeluk Islam.
KEMUNCULAN PROSES POLITIK BERPARTI Ø Semasa penjajahan, penglibatan rakyat tempatan dlm proses politik dan pentadbiran adalah terhad. Ø Di akhir penjajahan, rakyat tlh dilibatkan dlm proses politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah, sbg pegawai rendah. Ø Gerakan yang lebih besar ialah pada zaman berakhirnya penjajajan Jepun yg bermula dgn pelancaran Malayan Union di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan penyerahan Sabah dan Sarawak kepada Inggeris utk ditadbirkan sbg tanah jajahan Inggeris pd petengahan 1946.
Semenanjung Malaysia Ø Sekembalinya mereka ke Persekutuan Tanah Melayu, Inggeris merancang dan melancarkan Malayan Union pada 1946. Kesatuan ini terdiri dpd 9 negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Ø Beberapa ciri penting Malayan Union adalah seperti berikut: l l Pemusatan kuasa di kerajaan pusat. Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas hal berkaitan Islam dan adat Istiadat Melayu l Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip jus soli.
Ø Malayan Union disambut dgn tentangan hebat dpd orang Melayu. Ø Di bawah pimpinan Onn Jaafar, mereka menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organization [UMNO] ). Ø UMNO ditubuhkan hasil dpd gabungan pelbagai persatuan/ pertubuhan Melayu. Ø Tentangan Melayu thdp Malayan Union disalurkan melalui parti ini yg juga mendapat pelbagai sokongan spt dpd bekas pegawai-pegawai Inggeris.
Ø Dlm suasana politik yg tegang ini, lahir dua buah parti politik. 1. Kongress India Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Indian Congress [MIC]). l Ditubuhkan pada penghujung tahun 1946, iaitu beberapa bulan setelah UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. l Diketuai oleh John Thivy. l Matlamat utamanya: menjaga kepentingan dan kebajikan etnik India di Persekutuan Tanah Melayu. 2. Persatuan Cina Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Chinese Association [MCA]). l Ditubuhkan pada 1949 oleh Tan Cheng Lock. l Tujuan: menjaga kepentingan dan kebajikan etnik Cina di Persekutuan Tanah Melayu.
Ø Etnik Cina, pesaing MCA terhadap sokongan Cina adalah daripada: l l parti dalam Barisan - MCA bersaing secara aman dgn GERAKAN - parti yg ditubuhkan oleh beberapa bekas ahli -ahli pembangkang dan bekas pemimpin MCA. Parti dari luar Barisan - MCA bersaing dgn DAP (Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party).
Ø Sejarah penubuhan DAP l mempunyai kaitan dgn perpisahan Singapura dgn Persekutuan Malaysia pd 1965. l Matlamat: memperjuangkan “Malaysia untuk Orang Malaysia” (Malaysian Malaysia) adalah sama dgn tema yg sebelum itu diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (Peoples’ Action Party) Singapura. l Sejak merdeka, berjaya menebusi kawasan-kawasan Cina dan menjadi pesaing hebat kpd MCA dan GERAKAN. l Kejayaan signifikan: berjaya menggugat kedudukan GERAKAN sbg parti pemerintah di Pulau Pinang pd pertengahan 1990 an. Ø India: l diwakili oleh MIC dlm pakatan Parti Perikatan, kemudiannya dlm Barisan Nasional. l asas sokongan parti ini ialah di Perak l sehingga petengahan 1990 an, tdk mempunyai pesaing yg signifikan. l Dalam Barisan - bersaing dgn PPP (Peoples’ Progressive Party) yg digerakkan oleh etnik India pada pertengahan 1990 an. l di luar Barisan - bersaing dengan M. G. Pandithan yang menubuhkan IPF (All Malaysian Indian Progressive Front).
Malaysia Timur Ø Proses politik dan penubuhan parti politik di Sabah dan Sarawak merupakan respons terus kpd cadangan yg melibatkan kedua-dua negeri itu dlm Persekutuan Malaysia. Ø Ada yg ditubuhkan dgn restu pentadbiran kolonial dan ada jg yg ditubuhkan atas inisiatif rakyat tempatan.
Sarawak Ø Parti terawal ditubuhkan ialah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (Sarawak United Peoples’ Party atau SUPP). l l mendapat galakkan dpd pentadbiran kolonial. sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri. menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dan kebajikan Cina demi menjaga kepentingan mereka di negeri berkenaan. parti berbilang etnik, namun pucuk kepimpinan jelas dimonopoli oleh etnik Cina. hilang sifat berbilang etnik apabila calon-calon bukan Cina kalah dalam pilihanraya kerajaan tempatan pada tahun 1963.
Ø Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pd awal thn 1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan parti masing-masing. Ø Di kalangan Dayak dan Iban: l l Ø SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party) ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya dr kawasan Skrang-Saribas pada 1961. dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan. Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tdk mendapat tempat dlm SNAP, maka: l l Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dr Rejang pada 1962.
Ø Bagi Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan. 1. PANAS (Parti Negara Sarawak) yg ditubuhkan pd tahun 1960 -dipimpin oleh golongan perabangan dr Kuching iaitu Abang Mustapha. Ø Dakwaan bhw mereka tdk diwakili dlm PANAS, maka Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan Barjasa (Barisan Rakyat Jati Sarawak) pada 1961.
Ø Perubahan besar pola proses politik di Sarawak selepas Malaysia berlaku kepada etnik Cina, Melayu dan Melanau. Ø Bagi etnik Cina: l l Ø selepas tahun 1970 SUPP menjadi teman pilihan bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan kerajaan campuran selepas pilihanraya umum tahun 1969/71. di akhir 1970 -an, DAP muncul di Sarawak sebagai pesaing kepada SUPP untuk mendapat sokongan Cina. Etnik Melayu dan Melanau: l l perpaduan politik semakin kukuh sejak penggabungan Berjasa dan PANAS dlm Parti Bumiputera yg dipimpin oleh Abd Rahman Yakub dan Abd Taib Mahmud. Kekuatannya meningkat apabila Temenggong Jugah membawa Pesaka bergabung dgn Parti Bumiputera utk membentuk PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) pd pertengahan 1970 -an.
Ø Kini, dlm konteks percaturan politik, etnik Dayak dan Iban berpecah kpd PBB, SPDP, PRS dan SUPP yg berada dlm Barisan Nasional, juga di antara SNAP dan beberapa puak dpd peninggalan pengharaman PBDS iaitu kumpulan Moggie-Tajeim dan MDC (Malaysian Dayak Congress) yg masih menunggu pendaftarannya diluluskan.
Sabah Ø Pelbagai etnik bumiputera di negeri Sabah seperti Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-lain terpisah berasaskan anutan agama, iaitu Islam dan bukan Islam (Kristian dan lain-lain fahaman). Ø Justeru parti-parti yg ditubuhkan akan mendapat sokongan dpd pribumi beragama Islam @ Kristian. Ø Sejak menyertai Malaysia pd thn 1963, Sabah diperintah oleh semua etnik utama negeri.
Ø Ini bermula dgn Donald Stephen: l menubuhkan parti UNKO (United Kadazan National Organization) pada Ogos 1961. l bagi menyatupadukan Kadazandusun dan bumiputera bukan Islam. Ø Kemudian Mustapha Harun: l menubuhhkan USNO (United Sabah Organisation) pd Disember 1961. l Menyatukan Bajau, Murut dan etnik lain Ø National Cina bernaung di bawah SCA (Sabah Chinese Association).
Ø Kejatuhan PBS membawa perubahan besar kd proses politik di Sabah dpd beberapa sudut. 1. UMNO tlh berjanji sekiranya parti tsbt berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran di antara bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina supaya semua mempunyai peluang utk memerintah. 2. keruntuhan PBS melahirkan beberapa buah parti baru spt PBRS (Parti Bersatu rakyat Sabah), dan PDS (Parti Demokratik Sabah), yg melibatkan pemimpin utama dpd PBS yg tlh meninggalkan parti tsbt.
ASAS-ASAS PENTING PROSES POLITIK MALAYSIA Ø Slps Persekutuan Tanah Melayu merdeka dpd Inggeris pd thn 1957, satu perjanjian iaitu kontrak sosial dicapai antara Melayu dan bukan Melayu. Ø Kontrak sosial ini bertambah kompleks a/b Persekutuan Malaysia ditubuhkan pd thn 1963 dgn pencatuman wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan Singapura utk seketika. Ø Kewujudan Malaysia menambahkan lg elemen-elemen khasnya yg turut termaktub dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Kontrak Sosial 1957 Ø Berdasarkan perjanjian antara Raja-raja Melayu dan Raja British (1948), Malayan Union tlh dimansuhkan digantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu. l l Ketuanya adalah Pesuruhjaya Tinggi (merupakan wakil Raja British), yg mempunyai kuasa yg luas dlm hal membuat undang dan menjalankan pentadbiran negeri. mempunyai Majlis Perundangan Persekutuan yg berhak membuat undang-undang sebagaimana termaktub dlm Jadual Perjanjian 1948 dan sehubungan itu lahirlah Perlembagaan Malaya 1948.
Ø Perlembagaan Malaya 1948: l memusatkan kuasa perundangan tetapi memberi kuasa pentadbiran kepada kerajaan-kerajaan negeri di Malaya. l mengandungi peruntukan khas yg bertujuan melindungi kuasa Raja-raja Melayu dan kepentingan orang Melayu. Ø Pilihanraya yg pertama (Jun 1955) tlh diadakan utk memilih ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan Malaya. Ø Parti Perikatan yg terdiri dpd UMNO, MCA dan MIC tlh memenangi pilihanraya tsbt dgn mendapat 51 kerusi, m/kala satu kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu.
Ø Tahun 1956 satu persidangan tlh diadakan di London antara pemimpin Parti Perikatan dgn pihak British. Ø Persidangan tsbt tlh memutuskan bhw Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi sebuah negara yg merdeka pd 31 Ogos 1957. Ø Lanjutan dpd persidangan tsbt, satu Suruhanjaya yg diketuai oleh Lord Reid tlh dibentuk pd bulan Mac 1956.
Ø Tugas utama Suruhanjaya Reid: l Ø merangka satu perlembagaan persekutuan bg mewujudkan satu kerajaan pusat yg kuat dan dpt memerintah dgn baik. Perkara yg dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid: l l kewarganegaraan kedudukan Raja-raja Melayu pembahagian kuasa antara negeri dan kerajaan pusat hak-hak istimewa orang Melayu Ø Dlm usaha merangka perlembagaan, Suruhanjaya Reid turut meminta pandangan dpd Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin parti-parti politik, dan pandangan serta cadangan dpd org ramai. Ø Antara perkara yg menjadi perhatian utama adalah tuntutan-tuntutan dpd org Melayu dan bukan Melayu.
Ø Di antara perkara penting “kontrak sosial” adalah spt berikut: 1. kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tdk boleh dipersoal. Perlembagaan 1948 menubuhkan sebuah negara beraja. Raja memerintah berdasarkan Perlembagaan. 2. Hak Istimewa Melayu tdk boleh dipersoalkan. Hak ini sememangnya mengutuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan menjamin peranan mereka dpd semua aspek kenegaraan, sama ada politik, pentadbiran, perdagangan atau pelajaran. 3. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi yg lahir selepas Persekutuan Tanah Melayu. Hak kerakyatan juga boleh dipohon melalui kaedah-kaedah yg ditetapkan.
4. Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. 5. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa lain (Cina dan Tamil) boleh digunakan.
Perjanjian Malaysia, 1963 Ø Tidak mengubah kontrak sosial. Ø Merupakan persetujuan yg dicapai di antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju utk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Ø Mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan Singapura yg dipersetujui dan dimaktubkan ke dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia thn 1963. Ø Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yg mengandungi tuntutan-tuntutan yg dikemukakan oleh Sabah sbg syarat negeri itu bersetuju menyertai Malaysia.
Dua puluh perkara tersebut menyentuh: Ø l l l Agama. Bahasa. Perlembagaan. Imigresen. Kewangan. Bumiputera Sabah.
Bg mengetahui perkara yg dipersetujui dan dimaktubkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia utk Sabah dan Sarawak hasil rundingan Malaysia, beberapa perkara harus dirujuk, di antaranya: Ø l l Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak, dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual ke-9. Senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak, dalam Senarai III (Senarai Konkuren), Jadual ke-9. Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak. Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak (dalam peruntukan kewangan).
HUBUNGAN ETNIK: 42 TAHUN SELEPAS MALAYSIA Bentuk Ø Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan boleh berlaku dgn sendiri apabila individu-individu yg terlibat melihat faedah dpd proses tersebut. Ø Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung pihak kerajaan dgn dasar-dasar bersifat top-down. Ø Dlm konteks ini, DEB dan dasar-dasar yg selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan merupakan suntikan penting dpd kerajaan yg cuba mewujudkan perpaduan
Pencapaian Ø Dlm pembangunan ekonomi memang wujud ukuran tertentu yg boleh dijadikan penanda aras pencapaiannya. Ø Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh dilihat melalui pelaksanaan dan prestasi setiap dasar kerajaan yg menyentuh soal perpaduan negara.
KESIMPULAN Ø Malaysia adalah sebuah negara berbilang etnik. Sifat kemajmukan ini berbeza-beza antara sebuah wilayah dgn wilayah yg lain. Ø Kemajmukan di Semenanjung mungkin terhad kpd hubungan majoriti-minoriti, iaitu hubungan majoritiminoriti dlm konteks demografi, politik dan ekonomi antara kelompok etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Ø Di Sabah dan Sarawak pula, persoalan berkisar kpd beberapa kelompok etnik terbesar yg tiada majoriti. Maka di wilayah seperti Sabah dan Sarawak, termasuk Pulau Pinang di mana Melayu dan Cina adalah sama banyak, hubungan politik yg didasarkan kpd keikhlasan adalah amat penting.
Ø SEKIAN TEIRIMA KASIH
- Slides: 60