BAB 2 POTRET HUBUNGAN ETNIK ZAMAN KEGEMILANGAN MELAYU
BAB 2 : POTRET HUBUNGAN ETNIK
ZAMAN KEGEMILANGAN MELAYU MELAKA Empayar Melaka-tempat pertemuan pedagang, dikenali dengan nama “The Venice of the East”. Masyarakat plural – terbentuk secara semulajadi melalui interaksi orang tempatan dengan pedagang asing. Berlaku kerana tiada persempadan politik/wilayah/negara. Zaman keagungan Melaka dapat dilihat melalui aspek pemerintahan, perdagangan, kependudukan, dan kebudayaan.
PEMERINTAHAN • Menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka • Institusi raja / sultan : Hindu dan Islam mengukuhkan kedudukan raja. • Pegawai istana: Terdiri daripada campuran Melayu tempatan dengan bangsa asing. • Perkahwinan campur: Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah dengan anak pemerintah China (Puteri Hang Li Po).
PERDAGANGAN Pusat perdagangan dunia: China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Undang-undang Kanun Melaka - menjaga keselamatan laut Melaka. Sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan cekap. Bahasa Melayu - lingua-franca
CORAK KEPENDUDUKAN Zaman kesultanan Melayu Melaka, zaman pluraliti-proses penghijrahan berlaku secara semulajadi Pedagang tidak memerlukan pasport atau visa Pedagang Arab, Cina, India, dan Nusantara melalui proses asimilasi dan amalgasi dengan penduduk tempatan.
Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme British Kedatangan British berlandaskan serampang 3 mata : - Keagamaan - Kekayaan - Kemegahan Masyarakat pluralistik – Perkembangan ekonomi kapitalis mendorong kewujudan masyarakat plural. - Penjajah membawa imigran China, India untuk mengeksploitasi ekonomi.
1786 – pembukaan Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-negeri Selat 1874 – bermula campur tangan British secara rasmi. - Bermula di Perak dan negeri-negeri lain. Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Dasar-dasar British Sistem Residen Persekutuan 1896
TEORI BERKAITAN HUBUNGAN ETNIK • Teori Ekologi • Teori Freudian • Teori Kelas • Teori Masyarakat Majmuk • Teori Pasaran Buruh Terpisah • Teori Pilihan Rasional • Teori Pertukaran Sosial • Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
TEORI EKOLOGI ØROBERT E. PARK (1950) ØTeori ini boleh difahami melalui 4 usul: a) Penghijrahan membawa bersama – fenotaip ras yg berbeza. b) Persaingan perhubungan – individu sedar akan ciri 2 status yang membezakan mereka. c) Kelainan darjat dan status. d) Prejudis – kesedaran kumpulan & pertahankan kepentingan.
TEORI EKOLOGI (Cont. ) ØROBERT E. PARK (1950) – persoalan berkaitan dengan hubungan ras. ØDipengaruhi dengan teori Darwin (1859), “kemenangan bagi yg tergagah”. ØMenurut Park, manusia mempunyai 2 bentuk warisan; a) Ahli kumpulan ras - Mewarisi pusaka biologikal. b) Ahli kumpulan sosial - Mengetahui daripada komunikasi warisan sosial
FREUDIAN Ø John Dollard (1937) – konsep PREJUDIS untuk mempertahankan hak orang kulit putih. Ø Usul Dollard: a) Kekecewaan psikologi individu daripada kehidupan sosial. b) Kekecewaan dapat dikurangkan melalui kekerasan. ü Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu. ü Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan yg terpendam. ü Semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai ianya dijadikan sasaran.
FUNGSIONALISM Ø Teori - individu bertindak secara intensif dan E dikawal oleh hukuman denda. Ø Individu mengejar kepentingannya tetapi masyarakat mengikut kepentingan ini dalam pola yg sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.
TEORI KELAS Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik (di AS) berhubung rapat dengan kelas dan sistem kasta yang melibatkan golongan kapitalis berkulit putih terhadap orang bukan kulit-putih dan buruh. Rumusan Cox: ØKapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh sebagai kelas bawahan. ØMendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam. ØWujud ras kerana menguntungkan kapitalis.
MAJMUK Ø J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) - konsep masyarakat majmuk. Ø Untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai manusia pelbagai kumpulan anak tempatan. Ø Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung.
MAJMUK (Cont. ) Ø Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Ø Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual.
MAJMUK (Cont. ) Ø Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Ø Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras
MAJMUK (Cont. ) Ø Loe Kuper (1974 -1977) mengkritik teori struktur fungsionalisme dan Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras. Ø Usul Kuper a) Masyarakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik. b) Konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas. c) Ras ditentukan oleh sejarah.
PASARAN BURUH TERPISAH Ø Bonacich (1972) -akibat perebutan kuasa dlm pasaran buruh. Ø Buruh dipisahkan dgn garis etnik, iaitu tiga kelas utama: a) Peniaga nak buruh murah dan lemah utk bersaing dengan peniaga lain. b) Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi/terancam dgn buruh murah. c) Buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara mendesak agar buruh murah dikeluarkan dari kawasan mereka.
PILIHAN RASIONAL ØThomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor (2000). ØTeori Pilihan Rasional yang meneliti realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan.
PILIHAN RASIONAL (Cont. ) Ø Teori pilihan rasional mengandaikan; Ø individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. Ø Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. Ø tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. Ø Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup.
PILIHAN RASIONAL (Cont. ) Ø Teori pilihan rasional mengandaikan; Ø semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu. Ø Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan. Ø Apabila individu memilih untuk mempertaruhkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka. Ø Apabila individu memilih untuk mempertaruhkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal,
SISTEM EKOLOGIKAL BRONFENBRENNER MIKROSISTEM • Persekitaran yg terdekat. • Interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. • Pengaruh besar ke atas tingkah laku. • Cth: keluarga MESOSISTEM • Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. • Cth: keluarga vs sekolah EKSOSISTEM • Pengalaman dengan persekitaran yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi keputusan yg diambil memberi kesan kepada orang lain.
SISTEM EKOLOGIKAL BRONFENBRENNER MAKROSISTEM • Perkembangan individu yg dipengaruhi oleh norma, nilai dan amalan masyarakat. KRONOSISTEM • Perubahan keadaan dalam sesuatu tempoh masa.
Kumpulan manusia yang dicirikan oleh penumpuan 'gen' Perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut tertentu. dan rupa bentuk Kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan Penyalahgunaan konsep ras perempuan yang berkongsi juga boleh menyebabkan ciri-ciri biologi tersendiri yang berlakunya prasangka dan diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat RAS diskriminasi terhadap golongan tertentu
Caucasoid Mongoloid Manusia dibahagikan dengan kategori: Negroid Australoid
RASISME • Satu ideologi atau kepercayaan yang diwujudkan untuk membuat justifikasi atau penjelasan secara rasional supaya wujudnya ketidaksamarataan dalam kalangan etnik yang berbeza • Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal dan biologinya
TAHAP RASISME TAHAP INDIVIDU • Dalam membentuk kepercayaan dan sikap individu • Wujudnya ras tertentu yang TAHAP INSTITUSI • Melibatkan dasar dan pelaksana yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk berstatus lebih tinggi dan ada ketidaksamaan bagi masyarakat yang berstatus lebih rendah daripada ras yang berbeza
• Berasal dari perkataan ethnos; • Dari segi bahasa boleh di definisikan sebagai kaum atau bangsa ETNIK • Dari segi istilah etnik didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
ETNOSENTRISME Merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam Kecenderungan sesuatu kumpulan kalangan anggota sesebuah etnik untuk menilai kumpulan etnik kelompok etnik bahawa budaya dan yang lain berdasarkan kedudukan dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik daripada kelompok lain. nilai etniknya sendiri
• Satu sistem pemahaman dan kelakuan yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi BUDAYA yang lain. • Meliputi semua adat, nilai dan tradisi yang dipelajari daripada persekitaran
BUDAYA TERBAHAGI KEPADA DUA BUDAYA KEBENDAAN BUDAYA BUKAN KEBENDAAN • Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya • Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang inggeris atau orang eskimo • Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang • Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti hantaran dalam perkahwinan masyarakat melayu berbeza dengan masyarakat india
PERANAN BUDAYA Membina imej Negara kearah mewujudkan keperibadian dan identit. I Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental
Perkongsian Dipelajari Kesejagatan CIRI-CIRI Pandangan semesta BUDAYA Perlamba ngan Diwarisi Berubah
Memenuhi dan menyediakan keperluan Sebagai panduan Sebagai kepada anggota penggalak masyarakat dalam bertingkah laku FUNGSI kepada manusia BUDAYA untuk mencipta DALAM KEHIDUPAN Mengatur Sebagai alat hubungan penyatuan dan sesama pengenalan manusia identiti
KONSEP STEREOTAIP, PREJUDIS DAN DISKRIMINASI
Stereotaip q Kenyataan umum terhadap sesebuah kumpulan etnik, positif @ negatif. q Wujud disebabkan pengalaman dalam kehidupan seharian setiap etnik sehingga membentuk label terhadap kumpulan etnik yang lain.
Prejudis ü Perasaan @ pandangan negatif sesebuah kumpulan etnik terhadap sesebuah kumpulan etnik yang lain. ü Punca daripada kepercayaan yang bersifat umum dan tidak berasaskan sumber yang jelas dan tepat. … ü 2 Tahap Prejudis : a. Prejudis kategori – seseorang yang dinilai dari segi kumpulan etnik dan bukan dari personaliti individu b. Prejudis yang tidak fleksibel – satu penilaian yang tidak menerima perubahan mengenai pendapat sesebuah kumpulan etnik
Diskriminasi Ø Layanan buruk sesebuah kumpulan etnik kepada kumpulan etnik yang lain Ø Berdasarkan keahlian dalam sesebuah kumpulan etnik dan bukan atas dasar perilaku peribadi individu. Ø Contoh: mengelakkan diri dari sekumpulan etnik yang lain, serangan fizikal, pembuangan kerja, percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
Konsep- Konsep Tahap Hubungan Etnik Amalgamasi Asimilasi Akulturasi Akomodasi Segregasi
1. Segregasi Sesebuah kumpulan sosial atau individu dipisahkan @ diasingkan dengan kumpulan sosial yang lain. Contoh keadaan yang menggambarkan keadaan pemisahan berlaku: a. aspek agama b. Kawasan tempat tinggal c. Sistem persekolahan d. Sistem pengangkutan dan kemudahan awam
2. Akomodasi Proses di mana sekumpulan sosial sedar dan menghormati norma dan nilai kumpulan sosial yang lain. Pada peringkat pemerintahan, setiap kumpulan sosial atau etnik melibatkan diri dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan.
3. Akulturasi v. Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kalangan daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. v. Menunjukkan budaya etnik lain diterima dan diolah mengikut kebudayaan sendiri. v. Memperlihatkan keazaman masing-masing sesebuah masyarakat tersebut untuk menyesuaikan dan memanfaatkan keazaman dalam kehidupan harian mereka.
4. Asimilasi �Proses kumpulan minoriti mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya. �Proses pencantuman antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. �Contoh: masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya.
2 Jenis Asimilasi Budaya v. Satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan rumah. v. Contoh: bahasa, pakaian. Asimilasi Struktur v. Satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat
Kejayaan asimilasi bergantung pada: Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi. i.
5. Amalgamasi Ø Proses yang terjadi apabila budaya dan ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu. Ø contoh: perkahwinan campur antara etnik
Kaum Peranakan India dan Peranakan Cina (Baba. Nyonya) Amalgamasi Makanan pelbagai kaum diterima ramai di Malaysia – Akulturasi.
Penutup �Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa sekarang terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku kini. �Kefahaman tentang konsep-konsep dan teori-teori berkaitan hubungan etnik penting untuk memahami potret hubungan etnik di negara ini.
- Slides: 48