BAB 2 PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN INDIVIDU REV 00
BAB 2: PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN INDIVIDU REV 00 Setiap barang ekonomi mempunyai harga, maka setiap individu terpaksa mempunyai pendapatan terlebih dahulu sebelum dapat membeli barang yang dikehendaki. Pendapatan individu ialah gabungan pendapatan faktor yang produktif dan pendapatan faktor yang tidak produktif pada satu tempoh tertentu. 1
REV 00 Sumber Produktif Sumber produktif merujuk kepada wang yang diterima oleh individu dengan menawarkan sumber-sumber ekonomi untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Ia terdiri daripada buruh, tanah, modal dan usahawan. Ini bererti pemilikan faktor ini akan menghasilkan pendapatan kepada individu. Contohnya buruh akan menerima upah, tanah akan menerima sewa, modal menerima faedah, dan usahawan menerima keuntungan. 2
REV 00 Sumber Tidak Produktif Pendapatan yang diterima oleh individu tanpa menggunakan faktor dikenali sebagai sumber tidak produktif. Ini bererti individu menerima pendapatan tanpa memberi sebarang sumbangan kepada proses pengeluaran barangan. Penerimaan pendapatan seumpama ini dikenali sebagai bayaran pindahan yang terdiri daripada biasiswa, derma, elaun pengangguran, pencen dan faedah keselamatan pekerja. Ringkasnya, pendapatan individu terdiri daripada lima bentuk iaitu : upah, sewa, faedah, untung dan bayaran pindahan. 3
REV 00 Upah Pendapatan yang diterima oleh individu selepas melakukan sesuatu pekerjaan dibayar mengikut masa atau jumlah barang yang dihasilkan. Semakin tinggi tahap kamahiran/pelajaran seseorang individu, semakin tinggi upah yang diterima. Upah pula dibahagikan kepada 2 iaitu: Upah wang nominal Upah benar 4
REV 00 Upah Wang / Upah Benar Upah wang ialah sejumlah wang tertentu yang diterima kerana melakukan sesuatu pekerjaan manakala upah benar pula ialah kuasa beli sejumlah wang tertentu. Upah benar boleh dikira dengan membahagikan upah wang dengan harga sesuatu barang. 5
REV 00 Contoh 1: Upah wang berubah tetapi tingkat harga barang tetap Tahun Upah wang Harga gula (sekilo) 2002 RM 1000 RM 5. 00 RM 1000/RM 5 = 200 unit 2003 RM 1500 RM 5. 00 RM 1500/RM 5 = 300 unit Contoh 2: Upah benar Upah wang tetapi tingkat harga berubah Tahun Upah wang Harga gula (sekilo) 2002 RM 2000 RM 5. 00 RM 2000/RM 5 = 400 unit 2003 RM 2000 RM 10. 00 RM 2000/RM 10 = 200 unit Upah benar 6
REV 00 Sewa Pendapatan yang diterima dengan menyewa rumah atau bangunan kepada penyewa. Harga sewa untuk hartanah amnya bergantung kepada permintaan pasaran. Semakin tinggi permintaan ke atas hartanah, maka semakin tinggi kadar sewa yang dikenakan begitu juga sebaliknya. 7
REV 00 Faedah Pendapatan yang diterima oleh seseorang individu kerana membenarkan orang lain menggunakan sejumlah wangnya. Ia juga berbentuk pendapatan yang diterima daripada tabungan yang disimpan di institusi kewangan. Faedah diberi berasaskan kepada peratus tertentu daripada jumlah wang yang disimpan. 8
REV 00 Untung Pendapatan yang diterima daripada penjualan barang atau perkhidmatan selepas ditolak kos yang terlibat. Ganjaran kepada usahawan yang mengurus firmanya dengan baik tanpa mengalami kerugian. Usahawan yang cekap dan kebijaksanaan usahawan akan menentukan perniagaannya sama ada untung atau rugi. 9
REV 00 Bayaran Pindahan Individu yang menerima biasiswa atau bayaran pencen dikelaskan sebagai bayaran pindahan. Bayaran pindahan adalah pendapatan percuma tanpa menyumbangkan apa-apa perkhidmatan kepada pengeluaran. 10
REV 00 Punca-Punca Pendapatan Individu 1) Individu boleh memperoleh pendapatan melalui: Bekerja sendiri Dalam pelbagai bidang seperti pertanian dan perniagaan. Semua keuntungan adalah hak milik sendiri dan semua kerugian akan ditanggung sendiri. Individu mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan dan keputusan dan bertanggungjawab ke atas segala risiko yang dihadapi. 11
REV 00 2) Bekerja dengan orang lain bererti seseorang individu itu bekerja untuk sesuatu majikan untuk mendapat gaji. Individu tidak boleh bertindak bebas dan harus mematuhi peraturan-peraturan kerja dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak majikan. Modal tidak perlu disediakan jika bekerja dengan orang lain. Individu hanya bertindak sebagai pekerja yang dibayar upah setiap bulan dan segala keuntungan adalah hak milik majikan. 12
REV 00 Punca-Punca Pendapatan Lain Individu juga dapat memperoleh pendapatan tanpa bekerja dengan melakukan pelaburan atau tabungan. Pelaburan boleh dilakukan dalam bentuk pembelian hartanah atau pembelian saham. Pelaburan mempunyai risiko yang tinggi – individu terpaksa menyediakan modal yang tinggi sebelum membuat sesuatu pelaburan. 13
REV 00 Tabungan atau simpanan di institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan juga menghasilkan faedah yang merupakan pendapatan kepada individu. Kakitangan awam yang telah bersara daripada perkhidmatan akan menerima pencen. Dengan itu pencen juga merupakan suatu sumber pendapatan individu. 14
REV 00 Pendapatan Boleh Guna Merupakan baki pendapatan individu setelah ditolak beberapa jenis potongan wajib seperti caruman KWSP, zakat, cukai pendapatan dan caruman PERKESO. Secara formula : Pendapatan = Pendapatan - Potongan Boleh Guna Individu Wajib Bayaran pindahan adalah pendapatan boleh guna. sebahagian 15
REV 00 Penggunaan Pendapatan Boleh Guna Pendapatan boleh guna dapat digunakan untuk dua tujuan utama, iaitu i) Penggunaan ii) Tabungan Penggunaan merujuk kepada aktiviti membeli barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu. Dengan itu, seseorang individu harus mmbelanjakan wangnya dengan bijak agar mencapai kepuasan yang maksimum. 16
REV 00 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Individu sama ada bekerja dengan sektor swasta atau sektor awam harus mencarum sebahagian daripada pendapatan mereka ke dalam KWSP. Caruman ke dalam KWSP adalah wajib kepada semua pekerja dan adalah simpanan untuk hari tua. Jumlah kesemua caruman adalah 23% iaitu 11% daripada individu dan bakinya, 12% daripada pihak majikan. 17
REV 00 Individual dibenarkan oleh kerajaan untuk mengeluarkan sebahagian caruman mereka pada jumlah tertentu bagi keperluan membeli rumah, melabur dalam saham yang disyorkan oleh kerajaan dan individu yang telah berusia 50 tahun. Apabila mencapai usia 55 tahun atau disahkan sakit, hilang keupayaan untuk bekerja, meninggal dunia atau berhijrah ke luar negara, ahli KWSP boleh mengeluarkan semua carumannya dari KWSP. Bagi pencarum yang sudah meninggal dunia, pewaris yang layak boleh mengeluarkan semua caruman bekas pencarum itu. 18
REV 00 Zakat bermaksud berkat, bersih, baik, suci, subur dan berkembang maju. Zakat wajib dibayar oleh individu yang beragama Islam pada setiap tahun. Matlamat zakat: Dari sudut sosial, bukan semata-mata untuk menghapuskan kemiskinan tetapi untuk memperluaskan pemilikan, meningkatkan taraf hidup orang miskin dan mewujudkan keseimbangan masyarakat. 19
REV 00 1) a) b) c) d) e) Zakat terbahagi kepada 2 iaitu: Zakat harta benda Zakat fitrah Zakat harta benda – Terbahagi kepada 5 iaitu: Zakat emas dan perak Zakat perniagaan Zakat binatang ternakan Zakat tumbuh-tumbuhan termasuk biji-bijian dan buah-buahan Zakat rikaz iaitu harta yang terpendam atau harta karun 20
REV 00 1) Zakat fitrah – Zakat tubuh badan wajib dibayar oleh setiap individu yang beragama Islam pada bulan Ramadhan. 21
REV 00 Kadar yang wajib dikeluarkan zakat emas dan perak dan harta benda perniagaan yang telah cukup nisbahnya ialah 2. 5%, manakala kadar yang wajib dikeluarkan zakat untuk tumbuhan termasuk biji-bijian dan buah-buahan yang telah cukup nisbahnya ialah sebanyak 10%. Contoh: Jika dalam tempoh setahun nilai kesemua harta benda Encik Syarul adalah sebanyak RM 200, 000 maka dengan kadar zakat bagi harta perniagaan sebanyak 2. 5%, Encik Syarul haruslah membayar zakat sebanyak RM 500. 22
REV 00 Cukai Pendapatan Cukai pendapatan adalah wajib kepada setiap individu dan syarikat. Setiap individu dan syarikat tidak boleh mengelak untuk membayar cukai pendapatan. Sebarang cubaan untuk mengelak cukai pendapatan adalah satu kesalahan. Kadar cukai yang dikena ke atas pendapatan individu adalah bersifat progresif, iaitu semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi kadar cukai pendapatan yang akan dikenakan. 23
REV 00 a) b) c) Tujuan kerajaan mengenakan cukai: Untuk membiayai perbelanjaan awam seperti perbelanjaan untuk membina hospital dan sekolah; Untuk mengagihkan semula pendapatan supaya dapat merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin. Untuk menambahkan hasil kerajaan. Pendapatan boleh cukai Jumlah = pendapatan Jumlah - pelepasan cukai 24
REV 00 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada para pekerja swasta terhadap kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian. Perlindungan hanya ditawarkan kepada pekerja warganegara Malaysia. Para pekerja swasta yang menerima gaji kurang daripada RM 2000 diwajibkan mencarum kepada PERKESO. 25
REV 00 1) 1) Para swasta yang bergaji lebih daripada RM 2000 dan belum berdaftar dengan PERKESO diberi pemilihan sama ada hendak menyertai skim PERKESO atau sebaliknya. PERKESO menawarkan 2 skim iaitu: Skim Pencen Ilat Para pekerja diwajibkan mencarum sebanyak 0. 5% sebulan daripada jumlah gajinya. Skim Insurans Bencana Pekerjaan 26
REV 00 Tujuan Skim PERKESO Menjamin pembayaran manfaat kepada para pekerja dan tanggungannya sekiranya berlaku kejadian luar jangka; Memberi khidmat rawatan perubatan, serta pemulihan jasmani dan vokasional; Mengambil langkah pencegahan terhadap kejadian kemalangan dan peningkatan keselamatan para pekerja. 27
- Slides: 27