BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL 2 2
BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL 2. 2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA DISEDIAKAN OLEH: CIKGU SHUKRI
KANDUNGAN TOPIK. . Konsep PAB Kepentingan PAB Sekatan PAB PERDAGANGAN ANTARABANGSA Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota Kebaikan dan Keburukan Sekatan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
PERDAGANGAN ANTARABANGSA q PAB merujuk kepada urusan jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara yang lain IMPORT EKSPORT ENTREPORT • MEMBELI barangan dari negara lain • Berlaku apabila sesuatu barangan tidak dikeluarkan atau tidak mencukupi untuk keperluan rakyat • MENJUAL barangan kepada negara lain • Berlaku apabila pengeluaran barangan melebihi penggunaan atau keperluan rakyat • MEMBELI barang dari negara lain dan MENJUAL semula kepada negara lain • Berlaku apabila sesebuah negara memproses barang import dan mengeksportnya semula ke negara lain
SEBAB-SEBAB WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA Sumber semulajadi Iklim dan jenis tanih SEBAB-SEBAB WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA Tingkat kecekapan pengeluaran Budaya masyarakat Harga faktor Citarasa pengguna
SEBAB-SEBAB WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. Sumber semulajadi • Setiap negara mempunyai sumber semulajadi yang berbeza • Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semulajadi akan mengeksport lebihan sumber tersebut ke negara lain • Contohnya, negara Arab yang kaya dengan minyak petroleum akan mengeksport sumber tersebut ke negara 2. lain Iklim dan jenis tanih • Setiap negara mengalami iklim yang berbeza • Perbezaan iklim akan mengakibatkan pengeluaran hasil pertanian yang berbeza antara negara • Contohnya, negara Australia yang mengalami iklim sejuk akan mengutamakan tanaman buah-buahan seperti epal dan strawberi
SEBAB-SEBAB WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA 3. Tingkat kecekapan pengeluaran • Tingkat kecekapan pengeluaran yang tinggi akan meningkatkan daya pengeluaran. • Kos pengeluaran menjadi lebih murah • Contohnya, Thailand berupaya mengeksport beras ke Malaysia pada harga yang murah kerana tingkat kecekapannya yang tinggi dalam penghasilan beras 4. Budaya masyarakat • Budaya masyarakat yang berbeza mempengaruhi kecenderungan masyarakat dalam pengeluaran sesuatu barangan • Perbezaan budaya masyarakat dipengaruhi oleh kemahiran dan minat pekerja
SEBAB-SEBAB WUJUD PERDAGANGAN ANTARABANGSA 5. Harga faktor • Harga faktor seperti upah, sewa dan faedah akan mempengaruhi pemilihan teknik pengeluaran • Contohnya, negara yang mempunyai kos buruh yang lebih rendah akan mengkhusus dalam pengeluaran yang berintensifkan buruh 6. Citarasa pengguna • Citarasa masyarakat daripada pelbagai kaum dan negara adalah berbeza dan sukar dipenuhi • Contohnya, budaya orang Malaysia suka makanan pedas • Oleh itu, pengimport tempatan akan mengimport barang yang tidak terdapat di negara tersebut untuk memenuhi citarasa pengguna
SOALAN 1 Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. Malaysia merupakan sebuah negara beriklim khatulistiwa dan kaya dengan pelbagai sumber semulajadi yang dapat menggalakkan pelbagai aktiviti ekonomi sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Wajarkah negara Malaysia menjadi pusat perdagangan antarabangsa? Jelaskan. [5 markah]
JAWAPAN Wajar, kerana: Sumber semulajadi ― Setiap negara mempunyai sumber semulajadi yang berbeza ― Negara yang kaya dengan sesuatu sumber semulajadi akan mengeksport lebihan sumber tersebut ke negara lain ― Contohnya Malaysia yang kaya dengan bijih timah dan emas akan mengeksport sumber tersebut ke negara lain Iklim dan jenis tanih ― Setiap negara mengalami iklim yang berbeza ― Perbezaan iklim akan mengakibatkan pengeluaran hasil pertanian yang berbeza antara negara
• Meluaskan pasaran • Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi • Meningkatkan kecekapan pengeluaran • Menggalakkan pelaburan KERAJAAN • Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara • Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai • Menikmati barang dengan harga yang lebih murah • Menambahkan peluang FIRMA INDIVIDU KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA • Menambahkan pendapatan negara • Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. Memperoleh barang yg tidak dikeluarkan dalam negara • Bukan semua barang yang mampu dikeluarkan oleh sesebuah negara kerana perbezaan sumber semulajadi, iklim dan jenis tanih • Terpaksa dapatkan dari negara lain • Contohnya, rakyat Malaysia dapat menikmati buah epal dari Australia 2. Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai • Pengguna dapat menikmati pelbagai pilihan barangan yang diimport dari luar negara • Pilihan yang luas dapat meningkatkan kepuasan dan taraf hidup pengguna
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 3. Menikmati barang dengan harga yang lebih murah • Pengkhususan dalam pengeluaran dapat mengurangkan kos pengeluaran • Dengan ini harga barang lebih murah • Contohnya, Malaysia dapat mengeluarkan minyak kelapa sawit pada harga yang lebih murah 4. Menambahkan peluang pekerjaan • Permintaan terhadap barang eksport semakin meningkat • Mendorong pengeluar tempatan dan pelabur asing besarkan skala pengeluarannya • Wujud lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 5. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh • Tenaga buruh dapat bergerak ke negara lain • Contohnya, ramai tenaga buruh dari Indonesia dan Bangladesh yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor pembinaan dan perkilangan 6. Meluaskan pasaran • Barangan tempatan dapat dieksport ke pasaran yang lebih luas di luar negara • Peningkatan dalam permintaan barangan tempatan ini akan meningkatkan keuntungan firma
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 7. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi • Membuka peluang kemasukan kemahiran dan pengetahuan teknologi terkini dari luar negara • Import mesin, jentera dan peralatan moden yang lebih canggih • Dapat meningkatkan daya pengeluaran dan output 8. Meningkatkan kecekapan pengeluaran • PAB mewujudkan persaingan antara pengeluar dan barang yang dikeluarkan • Persaingan ini menyebabkan pengeluar mengeluarkan barang yang bermutu dan berkualiti supaya dapat menembusi pasaran antarabangsa
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 9. Menggalakkan pelaburan • Menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing • Dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara • Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran 10. Menambahkan pendapatan negara • Kerajaan dapat mengutip duti import dan duti eksport • Kerajaan juga dapat menambahkan hasil kerajaan daripada cukai keuntungan syarikat jika sesebuah syarikat mendapat untung yang lumayan daripada aktiviti eksport
KEPENTINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang • Mewujudkan hubungan diplomatik dan meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara negara • Mewujudkan semangat saling membantu antara satu negara dengan negara lain
SOALAN 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia. Jumlah Dagangan Malaysia Melonjak Jumlah dagangan Malaysia pada Januari 2018 melonjak 14. 9 peratus kepada RM 156 bilion berbanding Januari 2017. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, pertumbuhan perdagangan direkodkan lebih kukuh dengan ASEAN, Hong Kong, China, Taiwan dan Korea Selatan. Mengapakah perdagangan antarabangsa penting kepada ekonomi Malaysia? [9 markah]
JAWAPAN Kepentingan perdagangan antarabangsa: Perdagangan antarabangsa penting kepada ekonomi Malaysia kerana firma-firma tempatan dapat meluaskan pasarannya. Barangan tempatan dapat dieksport ke pasaran yang lebih luas di luar negara. Contohnya, syarikat Proton memasarkan kereta Proton Persona ke luar negara seperti China dan negara Asia yang lain. Negara-negara seperti ini mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan berpotensi untuk mendapat permintaan yang tinggi. Peningkatan dalam permintaan barangan tempatan ini akan meningkatkan keuntungan firma. Selain itu, perdagangan antarabangsa juga dapat menambahkan peluang pekerjaan. Peningkatan permintaan untuk barang eksport menyebabkan peningkatan pengeluaran dalam negara. Contohnya peningkatan permintaan kereta Proton Persona di pasaran antarabangsa menyebabkan syarikat Proton meningkatkan pengeluarannya. Syarikat Proton perlu meningkatkan
JAWAPAN (samb. ) Perdagangan antarabangsa juga dapat menambahkan pendapatan negara. Hasil kutipan cukai daripada duti import, duti eksport dan cukai keuntungan syarikat semakin meningkat. Kerajaan dapat menggunakan sumber hasil ini untuk pelbagai perbelanjaan kerajaan. Contohnya perbelanjaan pembangunan dengan menyediakan lebih banyak infrastruktur untuk kepentingan rakyat. Contohnya membina sekolah dan hospital kerajaan.
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 6. Sekatan bukan ekonomi 5. Kawalan pertukara n asing 1. Tarif 2. Subsidi SEKATAN PERDAGANGA N ANTARABANG SA 3. Kuota 4. Embargo
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. TARIF q Tarif – Cukai yang dikenakan terhadap barang import q Tujuan tarif: (a) Harga barang import menjadi lebih mahal (b) Permintaan terhadap berkurangan (c) Meningkatkan tempatan barang permintaan import terhadap (d) Memperbaiki imbangan dagangan (e) Menambahkan pendapatan negara semakin barangan
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. TARIF (a) SPESIFIK (b) AD VALOREM Cukai tetap yang dikenakan terhadap setiap unit barang yang diimport Cukai yang dikenakan mengikut nilai barang yang diimport Contohnya Malaysia mengenakan tarif spesifik sebanyak RM 80 atas setiap unit kipas angin yang diimport Contohnya Malaysia mengenakan tarif ad valorem sebanyak 15% atas kipas angin yang diimport
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 2. SUBSIDI q Subsidi – bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk membolehkannya bersaing dengan pengeluar negara asing Mengurangkan kos pengeluaran dan harga barang keluaran tempatan lebih murah Permintaan terhadap barang tempatan akan meningkat Diberi kepada pengeluar barang eksport negara agar harga barang eksport menjadi lebih murah dan berdaya saing di pasaran antarabangsa
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 3. KUOTA Merupakan had maksimum kuantiti barang yang boleh diimport KUOTA Contohnya bilangan unit kereta Honda yang boleh diimport dalam setahun Menyebabkan penawaran barang import berkurang Permintaan terhadap barang tempatan akan meningkat
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 4. EMBARGO Perintah larangan atau dasar pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu Jarang dilakukan kecuali atas tujuan keselamatan atau kepentingan negara Menjejaskan hubungan baik antara sebuah negara dengan negara lain Contohnya Malaysia tidak mengimport barangan dari negara Israel berikutan tindakan Israel yang menindas rakyat Palestin
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 5. KAWALAN PERTUKARAN ASING Bank Pusat mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan agar kemasukan barang import dapat dikawal Apabila jumlah pertukaran asing terhad, aktiviti import akan terhalang Dapat menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 6. SEKATAN BUKAN EKONOMI Sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan atau syarat tertentu SEKATAN BUKAN EKONOMI Contohnya barang import seperti daging, susu tepung dan minuman berkhasiat akan diperiksa keselamatan dan kandungan kesihatannya Bertujuan menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat
SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA Contoh Sekatan Bukan Ekonomi: Produk yang memudaratkan kesihatan • Sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang diimport harus bebas daripada sebarang penyakit atau bahan kimia yang membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat Produk yang tidak menepati piawaian dan mutu • Barang elektrik dan elektronik yang diimport harus menepati piawaian dan mutu yang telah ditetapkan oleh SIRIM agar selamat digunakan Produk yang tidak mematuhi peraturan kesihatan • Ubat-ubatan yang diimport harus mematuhi peraturan kesihatan yang telah digariskan oleh kerajaan
KUIZ KENALPASTI SEKATAN PAB Q E R S I T U P S D E T H U I P J M O N O K E N A K U B N A D U D E F U K U C T I O S R H A D A P A B E R U S Y E S A T U F T M U B A I I S A M P A O R I G L A U T I S T A K E S E M T A B H I T A Y M E U G U L A H O I A S D A P A T A N L I R D U R I A N A L E M B U D U S A B N G O R I L T S E R I R E I I S U T P A A A K U U L N A U B C E U N A N G K T I T K U A S C A M U K A A K U O R S W U N T A K B I D T K A L A H S K A W A L A N T U K A R A N A S B M J L T L A S E M P A E M A L T L A A A M Y E A I N G O
KUIZ KENALPASTI SEKATAN PAB (JWPN. ) Q E R S I T U P S D E T H U I P J M O N O K E N A K U B N A D U D E F U K U C T I O S R H A D A P A B E R U S Y E S A T U F T M U B A I I S A M P A O R I G L A U T I S T A K E S E M T A B H I T A Y M E U G U L A H O I A S D A P A T A N L I R D U R I A N A L E M B U D U S A B N G O R I L T S E R I R E I I S U T P A A A K U U L N A U B C E U N A N G K T I T K U A S C A M U K A A K U O R S W U N T A K B I D T K A L A H S K A W A L A N T U K A R A N A S B M J L T L A S E M P A E M A L T L A A A M Y E A I N G O
TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. Melindungi industri muda tempatan 2. Menghadapi persaingan 3. Sebagai sumb er hasil kerajaan 4. Mewujudkan peluang pekerjaan 5. Memperbaiki imbangan pembayaran 6. Keselamatan 7. Mengatasi masalah lambak an
TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. Melindungi industri muda tempatan • Tarif menaikkan harga barang import dan mengurangkan persaingan keluaran tempatan • Industri tempatan dapat berkembang maju, lebih kukuh dan lebih berdaya saing 2. Menghadapi persaingan • Industri tempatan berpeluang meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk pengeluaran yang lebih berkualiti • Dapat mengurangkan pergantungan terhadap barang import
TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 3. Sumber hasil kerajaan • Kutipan tarif merupakan sumber pendapatan bagi kerajaan • Hasil daripada tarif boleh biayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan 4. Mewujudkan peluang pekerjaan • Perkembangan industri tempatan akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan • Dapat mengurangkan kadar pengangguran
TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 5. Memperbaiki imbangan pembayaran • Permintaan terhadap barang import akan berkurang akibat tarif dan kuota • Kejatuhan dalam nilai import akan mengurangkan pembayaran wang ke luar negara 6. Keselamatan • Melindungi industri penting seperti beras agar tidak terlalu bergantung pada bekalan import • Menghalang kemasukan barang-barang haram seperti dadah atau bahan kimia yang berbahaya
TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 7. Mengatasi lambakan • Lambakan ialah aktiviti menjual sesuatu barang di negara asing dengan harga yang lebih rendah daripada harga keluaran di pasaran dalam negara tersebut • Bertujuan untuk menghabiskan lebihan penawaran dalam negara • Lambakan menjejaskan industri muda tempatan kerana tidak dapat bersaing dengan pengeluar asing • Antilambakan – tindakan menyekat barang import untuk menghalang penjualan lebihan barang di pasaran tempatan
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 1. Kesan pelaksanaan tarif Harga (RM) D 0 S 1 E 0 P 0 E 2 C P 2 B P 1 S 0 0 S 2 H S 2 G S 1 Q 4 Q 3 Q 0 Jumlah hasil kerajaan E 1 D 0 Q 2 Q 1 Kuantiti (unit)
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 1. Kesan pelaksanaan tarif Sebelum perdagangan antarabangsa q Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan D 0 D 0 bersilang dengan keluk penawaran S 0 S 0 di titik keseimbangan E 0 q Harga keseimbangan ialah P 0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q 0 Selepas perdagangan antarabangsa q Keluk penawaran S 1 S 1 bersilang dengan keluk permintaan D 0 D 0 di titik keseimbangan E 1 q Harga kereta menurun daripada P 0 kepada P 1 q Jumlah permintaan kereta ialah 0 Q 1 q Pada harga P 1 ini, jumlah penawaran kereta tempatan adalah
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 1. Kesan pelaksanaan tarif Apabila kerajaan mengenakan tarif q Keluk penawaran S 2 S 2 bersilang dengan keluk permintaan D 0 D 0 di titik keseimbangan E 2 q Harga kereta meningkat daripada P 1 kepada P 2 q Jumlah permintaan kereta berkurang menjadi 0 Q 2 q Pada harga P 2 ini, jumlah penawaran kereta tempatan bertambah menjadi 0 Q 3 dan jumlah kereta diimport berkurang menjadi Q 2 Q 3 q Kerajaan akan memperoleh hasil cukai import sebanyak CE 2 GH
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB KESAN POSITIF TARIF 1 Harga barang diimport meningkat disebabkan pengeluar menaikkan harga jualan (memindahkan beban tarif kepada pengguna) 2 3 4 5 Permintaan barang import menurun manakala permintaan barang tempatan meningkat Menyebabkan penawaran barang tempatan meningkat Meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara Kerajaan akan mendapat hasil daripada kutipan tarif
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB KESAN NEGATIF TARIF Pengguna yang ingin menikmati barang import terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi kerana harga barang import yang semakin mahal 1 2 3 4 Pengguna juga mungkin akan menikmati barangan yang kurang bermutu kerana firma tempatan tidak perlu bersaing dengan firma luar negara Industri tempatan semakin tidak cekap dan akan memperlahankan perkembangan teknologi dan inovasi Tarif juga akan menjejaskan eksport negara kerana mungkin menghadapi tindak balas yang sama daripada negara lain
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 2. Kesan pelaksanaan kuota Harga (RM) D 0 S 1 E 0 P 0 E 2 P 2 E 1 P 1 S 0 0 S 2 S 1 Q 4 Q 3 Q 0 Q 2 KUOTA D 0 Q 1 Kuantiti (unit)
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 2. Kesan pelaksanaan kuota Sebelum perdagangan antarabangsa q Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan D 0 D 0 bersilang dengan keluk penawaran S 0 S 0 di titik keseimbangan E 0 q Harga keseimbangan ialah P 0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q 0 Selepas perdagangan antarabangsa q Keluk penawaran S 1 S 1 bersilang dengan keluk permintaan D 0 D 0 di titik keseimbangan E 1 q Harga komputer menurun daripada P 0 kepada P 1 q Jumlah permintaan komputer ialah 0 Q 1 q Pada harga P 1 ini, jumlah penawaran komputer tempatan adalah
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 2. Kesan pelaksanaan kuota Apabila kerajaan mengenakan kuota q Keluk penawaran S 2 S 2 bersilang dengan keluk permintaan D 0 D 0 di titik keseimbangan E 2 q Harga komputer meningkat daripada P 1 kepada P 2 q Jumlah permintaan komputer berkurang menjadi 0 Q 2 q Pada harga P 2 ini, jumlah penawaran komputer tempatan bertambah menjadi 0 Q 3 dan jumlah komputer diimport berkurang menjadi Q 2 Q 3
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB KESAN kuota 1 Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang diimport berkurang 2 3 4 5 Akibatnya, permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan barang tempatan akan meningkat Menyebabkan penawaran barang tempatan meningkat Meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara Perbelanjaan negara terhadap barang import juga menurun
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 3. Kesan pelaksanaan subsidi Harga (RM) D 0 S 1 S 2 E 0 P 0 E 1 P 1 E 2 P 2 S 0 0 S 1 Q 4 Q 3 S 2 Q 0 D 0 Q 1 Q 2 Kuantiti (unit)
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 3. Kesan pelaksanaan subsidi Sebelum perdagangan antarabangsa q Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan D 0 D 0 bersilang dengan keluk penawaran S 0 S 0 di titik keseimbangan E 0 q Harga keseimbangan ialah P 0 dan kuantiti keseimbangan ialah Q 0 Selepas perdagangan antarabangsa q Keluk penawaran S 1 S 1 bersilang dengan keluk permintaan D 0 D 0 di titik keseimbangan E 1 q Harga tepung menurun daripada P 0 kepada P 1 q Jumlah permintaan tepung ialah 0 Q 1 q Pada harga P 1 ini, jumlah penawaran tepung tempatan adalah
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB 3. Kesan pelaksanaan subsidi Apabila kerajaan memberi subsidi q Keluk penawaran S 2 S 2 bersilang dengan keluk permintaan D 0 D 0 di titik keseimbangan E 2 q Harga tepung menurun daripada P 1 kepada P 2 q Jumlah permintaan tepung bertambah menjadi 0 Q 2 q Pada harga P 2 ini, jumlah penawaran tepung tempatan bertambah menjadi 0 Q 4 + Q 0 Q 2 dan jumlah tepung diimport berkurang menjadi Q 4 Q 0 q Jumlah tepung yang diimport selepas subsidi Q 4 Q 0 adalah lebih kecil jika dibanding dengan sebelum subsidi Q 3 Q 1
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB KESAN SUBSIDI 1 Harga barang tempatan akan menurun 2 3 4 5 Permintaan barang tempatan akan meningkat Menyebabkan penawaran barang tempatan meningkat Meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara Perbelanjaan negara terhadap barang import menurun
KESAN PELAKSANAAN TARIF, KUOTA DAN SUBSIDI TERHADAP PAB CONTOH SOALAN. . 1. Dengan menggunakan rajah, jelaskan bagaimana kuota dapat memberi faedah kepada pengeluar tempatan, pengimport serta kerajaan. [7 markah] 2. Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. Tindakan kerajaan memberi subsidi terhadap beras tempatan berupaya membantu mengembangkan industri beras tempatan. Dengan bantuan rajah yang sesuai, jelaskan kesan tindakan tersebut terhadap pasaran beras tempatan. [7 markah]
KEBAIKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. Mengurangkan penawaran barang import • Pelaksanaan tarif dan kuota menyebabkan jumlah penawaran barang import semakin berkurang • Ini kerana permintaan terhadap barang import yang semakin merosot 2. Meningkatkan permintaan barang tempatan • Harga barang import yang lebih mahal menyebabkan permintaan terhadap barang tempatan semakin meningkat
KEBAIKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 3. Mengurangkan pengangguran • Permintaan keluaran tempatan yang semakin tinggi akan mempengaruhi perkembangan industri tempatan • Lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan • Pendapatan dan taraf hidup rakyat tempatan semakin meningkat 4. Meningkatkan pendapatan negara • Pelaksanaan tarif menyumbang kepada hasil cukai kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara • Pemberian subsidi kepada pengeluar tempatan akan menjadikan harga barang eksport lebih murah • Permintaan yang semakin bertambah terhadap barang eksport negara akan meningkatkan jumlah keuntungan pengeluar tempatan dan pendapatan
KEBAIKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 5. Memperbaiki imbangan pembayaran • Pelaksanaan tarif dan kuota akan mengurangkan permintaan terhadap barang import • Pemberian subsidi oleh kerajaan akan meningkatkan permintaan terhadap barang eksport negara • Menjadikan imbangan pembayaran negara 6. positif Melindungi industri tempatan • Sekatan PAB membolehkan industri muda tempatan bersaing dengan firma asing yang lebih besar • Contohnya, tarif yang dikenakan ke atas kereta import membolehkan industri kereta tempatan menguasai pasaran dan
KEBURUKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. Salah pengagihan sumber • Pengagihan sumber hanya tertumpu kepada industri yang diberikan perlindungan • Ini akan merugikan negara kerana agihan sumber negara tidak lagi berdasarkan kecekapan pengeluaran 2. Merugikan pengguna • Pengguna terpaksa bayar pada harga yang tinggi untuk mendapatkan barang import • Merugikan pengguna dan mengurangkan pilihan serta kepuasan
KEBURUKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil • Berlaku akibat tindak balas dari negara lain yang mengurangkan import dari Malaysia • Pengeluar tempatan yang berorientasikan eksport akan mengurangkan pengeluaran • Menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan 4. Mengurangkan eksport • Berlaku akibat tindak balas dari negara lain yang mengurangkan import dari Malaysia • Menyebabkan jumlah nilai eksport Malaysia berkurang • Menjejaskan imbangan pembayaran
KEBURUKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 5. Mewujudkan monopoli • Industri tempatan yang dilindungi akan cenderung menjadi pengeluar monopoli dalam pasaran tempatan • Kewujudan kuasa monopoli akan menyebabkan kenaikan harga barang 6. Ketidakcekapan industri tempatan • Industri tempatan yang dilindungi cenderung untuk bergantung kepada kerajaan dan kurang berusaha untuk meningkatkan kecekapan • Daya saing di peringkat antarabangsa berkurang
SOALAN 3 Maklumat di bawah berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia. KUALA LUMPUR 6 Sept. – Malaysia akan menaikkan cukai import terhadap lebih 1, 000 barangan terdiri daripada kosmetik sehingga kereta, sebagai antara langkah untuk mengurangkan import dan juga menyokong nilai Ringgit Malaysia yang lemah, Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan tersebut? Jelaskan. [7 markah]
JAWAPAN Saya setuju dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai import tersebut. Alasan pertama ialah cukai import merupakan sumber hasil kerajaan yang menyumbang kepada pendapatan negara. Kerajaan dapat menggunakan sumber hasil ini untuk perbelanjaan pembangunan dengan menyediakan lebih banyak infrastruktur untuk kepentingan rakyat. Contohnya membina hospital kerajaan. Selain itu, cukai import dapat melindungi industri tempatan. Ini kerana pelaksanaan cukai import akan menyebabkan harga barang import menjadi lebih mahal. Permintaan terhadap barang import semakin berkurang sebaliknya permintaan terhadap barang tempatan akan meningkat. Peningkatan dalam permintaan barangan tempatan ini akan meningkatkan keuntungan firma tempatan. Permintaan keluaran tempatan yang semakin tinggi akan mempengaruhi perkembangan industri tempatan. Lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Secara tidak langsung, kadar
LIBERALISASI PERDAGANGAN – tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sebuah negara dengan negara lain Kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing Pengurangan tarif / tiada sekatan perdagangan Kemasukan tenaga buruh asing Kemasukan pelaburan langsung asing
BLOK EKONOMI & PERJANJIAN PERDAGANGAN BLOK EKONOM I Merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa buah negara dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama Tujuan: (a) Melindungi negara ahli daripada kemasukan barang import dari negara bukan ahli (b) Menggalakkan urusniaga barangan antara negara ahli Kesatuan Eropah (EU) merupakan blok ekonomi terbesar
BLOK EKONOMI & PERJANJIAN PERDAGANGAN Merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan bagi isu tarif, kuota dan sekatan perdagangan lain semasa menjalankan urusniaga antara negara Antara perjanjian yang disertai oleh Malaysia: (a) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) (b) Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT)
KESAN BLOK EKONOMI & PERJANJIAN PERDAGANGAN 1. Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran KESAN POSITIF PERJANJIAN PERDAGANGAN 2. Peluasan pasaran 3. Mobiliti modal dan tenaga kerja 4. Peningkatan pelaburan langsung asing 5. Pertambahan peluang pekerjaan 6. Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan 7. Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah 8. Penjagaan alam sekitar
KESAN BLOK EKONOMI & PERJANJIAN PERDAGANGAN KESAN NEGATIF PERJANJIAN PERDAGANGAN 1. Kegawatan ekonomi 2. Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin 3. Corak penjajahan baharu ekonomi 4. Masalah lambakan barang 5. Ancaman kepada industri muda tempatan 6. Pencemaran terhadap budaya tempatan
AKTIVITI MURID PUZZLE – HELP. . !! I’M LOST. . q Setiap murid diberikan 1 kad secara rawak q Setiap kad mengandungi 1 fakta (isi) yang berbeza termasuk pelbagai sub-topik q Murid-murid perlu memahami “fakta” yang tertera pada kad tersebut q Murid-murid diminta mencari rakan-rakan lain (fakta-fakta lain) yang berada di bawah sub-topik yang sama q Setelah semua ahli (fakta / isi) berkumpul, beberapa orang murid akan dipilih secara rawak untuk menghurai fakta masing-masing q MATLAMAT 1. Murid dapat mengenalpasti fakta yang terdapat pada satu-satu sub-topik
- Slides: 63