BAB 1 MALAYSIA DALAM KEPELBAGAIAN Antara Perpaduan atau
BAB 1: MALAYSIA DALAM KEPELBAGAIAN
Antara Perpaduan atau Kesepaduan • Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka • Perpaduan ialah Ke. SAMAan atau ke. SATUan- 1 bangsa, agama, bahasa dan negara.
• Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing.
Maksud ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) dari perspektif : • Psikologi Sosial – rasa kesatuan merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. • Antropologi-sosiologi: aspek epistemologi- ialah bagaimana manusia mengurus abstrak dan nyata serta perbezaan sosial sedia ada. • Aspek Ontologi- mengurus dan menyusun perbezaan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil bagi meraih kesenangan dan kemewahan material.
• Konsep ‘kesepaduan sosial’ adalah fenomena praperpaduan difahami menerusi konsep ‘takrifan harian’ (everyday defined) dan ‘takrifan autoriti’ (authority defined).
Contoh • Takrifan Autoriti • Cenderung bersifat tetap Ø Cth: Melayu-menganut agama Islam, bertutur dlm bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu • Takrifan Harian • Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian. Ø Cth: Melayu-sebahagian bertutur dalam bah. Inggeris. Adakah layak dipanggil Melayu? Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan ia menjadi pelekat sosial dalam konteks hubungan etnik tanpa campur tangan daripada pihak negara.
Hubungan Etnik di Malaysia A. ERA KONFLIK (1945 -1960) • Pasca Perang Dunia Kedua (PD 2) – Rusuhan etnik – Huru-hara Buruh – Darurat dan Pengganas – Perubahan governans: Unitari ke Federalisme
ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 – 1970) • Pembentukan Malaysia 1963: Kesan positif & negatif • Konfrontasi 1963 -66 • Konflik etnik terbuka 1964 & 1969 – Julai& September 1964, Singapura (dlm Malaysia) – Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain • Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965
ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971 -2011) • Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1 Malaysia • Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+Pmeskipun sewaktu krisis global. • Masyarakat Malaysia yang matang: – Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan – Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan
Potret Hubungan Etnik di Malaysia • Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. • Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. • Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. • Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing. • Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri etnik. • Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti. • Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita. •
KESEPADUAN SOSIAL : MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA • Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat. • Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. • Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.
• Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah – membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya. • Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan. • Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi – mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
Kesimpulan • Kesepaduan dalam kepelbagaian, bukan perpaduan dalam kepelbagaian. • Perpaduan adalah ‘work in progress’. • Kesepaduan sosial sedia ada perlu dikekalkan dipertahankan.
- Slides: 14