BAB 1 KONSEP PENGURUSAN By Azman Bin Jaafar
BAB 1 KONSEP PENGURUSAN By Azman Bin Jaafar azman@uthm. edu. my Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia Azman/DFC 3013/2 -200607
ISI KANDUNGAN 1. Falsafah dan Teori Pengurusan 2. Sistem Pengurusan Islam 3. Sistem Pengurusan Barat 4. Nilai dan Etika Pengurusan Azman/DFC 3013/2 -200607 2
Bab 1 : Falsafah dan Teori Pengurusan n Definisi Pengurusan, Projek dan Pengurusan Projek n Rasional pengurusan projek dalam industri pembinaan n Tiga aspek utama dalam pengurusan projek Azman/DFC 3013/2 -200607 3
Definisi Pengurusan Webster’s New Collegiate Dictionary “Tindakan atau seni pengurusan (management), mengarah (directing) dan pengawasan (controlling)” Azman/DFC 3013/2 -200607 4
Definisi Pengurusan Encyclopedia of Social Science “Pengurusan adalah suatu proses dimana perlaksanaan sesuatu tujuan tertentu diselenggara dan diawasi” Azman/DFC 3013/2 -200607 5
Definisi Pengurusan Haimann “Pengurusan adalah fungsi untuk mencapai sesuatu melalui kegiatan orang lain dan mengawasi usaha individu untuk mencapai tujuan bersama” Azman/DFC 3013/2 -200607 6
Definisi Pengurusan Robert Kreitner 1983 “Suatu proses kerja dengan melalui orang lain bagi mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam suasana yang sentiasa berubah-ubah” Azman/DFC 3013/2 -200607 7
5 unsur utama dalam pengurusan bagi sekumpulan manusia (organisasi) i- bekerja “dengan” & “melalui” org lain ii- objektif organisasi iii- keberkesanan ‘Vs’ kecekapan iv- sumber-sumber terhad v- suasana yang sentiasa berubah Azman/DFC 3013/2 -200607 8
5 unsur utama dalam pengurusan bagi sekumpulan manusia (organisasi) manusia suasana objektif sumber Keberkesanan & kecekapan (Menurut : Robert Kreitner, 1983. Management, edisi kedua, Beston : Houghton Mifflin Company. hlmn 10) Azman/DFC 3013/2 -200607 9
Bekerja “dengan” & “melalui” org lain Dalam sesebuah organisasi, seseorang pengurus amat memerlukan bantuan dan kerjasama kakitangan bawahannya untuk berurusan dengan pihak yang hendak diurus. Sebagai contoh, pengurus projek akan mewakilkan kuasanya melalui kakitangan tertentu untuk berurusan dengan pihak kontraktor untuk memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan menepati spesifikasi projek. Kesimpulannya, kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi itu amat berkait rapat dengan faktor kemanusiaan dalam melaksanakan sesuatu beban tugas bagi mencapai objektif yang digariskan. Azman/DFC 3013/2 -200607 10
Objektif Organisasi Matlamat utama pengurusan bagi sesebuah organisasi adalah untuk mencapai objektif yang telah dibentuk, secara cekap dan berkesan. Oleh itu, kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi dapat dinilai berdasarkan kepada sejauh mana pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Azman/DFC 3013/2 -200607 11
Keberkesanan ‘Vs’ kecekapan ‘keberkesanan’ merujuk kepada pencapaian objektif ‘kecekapan’ pula mencerminkan jumlah masukan/sumber (masa/wang/kos dan tenaga) yang digunakan bagi melaksanakan sesuatu kerja Oleh itu, kesimbangan antara keberkesanan dan kecekapan amat penting untuk mencapai objektif pengurusan Azman/DFC 3013/2 -200607 12
Sumber: Robert Kreitner, 1983. Management. Edisi kedua. Boston. Houghton Mifflin Company, hlm 10 Azman/DFC 3013/2 -200607 13
Sumber: Robert Kreitner, 1983. Management. Edisi kedua. Boston. Houghton Mifflin Company, hlm 10 Azman/DFC 3013/2 -200607 14
Sumber: Robert Kreitner, 1983. Management. Edisi kedua. Boston. Houghton Mifflin Company, hlm 10 Azman/DFC 3013/2 -200607 15
Sumber-sumber terhad - Sumber seperti tenaga manusia, jentera, bahan, dll - Tugas pengurus untuk mengawal dan mengagih sumber-sumber yang ada untuk mencapai matlamat atau objektif - Pengurusan yang cekap akan mengunakan sumber secara optimum dan berkesan bagi mencapai objektif Azman/DFC 3013/2 -200607 16
Suasana yang sentiasa berubah-ubah - Keadaan sekeliling yg sentiasa berubah-ubah - 5 faktor mempengaruhi perubahan 1. suasana fizikal 2. suasana sosial 3. suasana maklumat 4. suasana politik 5. suasana moral Azman/DFC 3013/2 -200607 17
Kesimpulannya “Pengurusan sebagai proses perancangan (planning), penyusunan (organising), pengarahan (directing) dan pengawalan (controlling) usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi” Azman/DFC 3013/2 -200607 18
Kesimpulannya P E N G U R U S A N Perancangan (planning) Penyusunan (organising) Pengarahan (directing) Pengawalan (controlling) Azman/DFC 3013/2 -200607 S U M B E R MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI 19
Definisi Projek Punmia P. C & Khandelwal K. K (1989) “Siri rangkaian aktiviti yang mempunyai tujuan tertentu, titik permulaan dan titik tamat yang jelas bagi mencapai satu set objektif secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber terhad yang diperuntukkan secara cekap”. Azman/DFC 3013/2 -200607 20
Definisi Projek Harold Kerzner yang menyatakan sesuatu projek mempunyai beberapa ciri seperti yang berikut, iaitu : mempunyai titik mula dan titik tamat yang jelas (tempoh masa tertentu). mempunyai objektif tertentu untuk dicapai. mempunyai satu siri aktiviti kerja melibatkan penggunaan sumber-sumber masukan seperti tenaga, modal, bahan dan peralatan. Azman/DFC 3013/2 -200607 21
Kesimpulannya sesuatu projek atau rancangan hanya akan menjadi kenyataan sekiranya dilaksanakan diurus secara cekap dan berkesan. Azman/DFC 3013/2 -200607 22
Definisi Pengurusan Organisasi The Charted Institute of Building (CIOB)-United Kingdom “Perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada peringkat permulaan sehingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan & memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan dalam lingkungan kos & kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan”. Azman/DFC 3013/2 -200607 23
Kesimpulannya Pengurusan projek ialah suatu suasana yang melibatkan pengurusan sumber terhad secara cekap bagi mencapai objektif secara berkesan, bermula daripada peringkat permulaan sehingga penyerahan projek kepada pelanggan (klien). Azman/DFC 3013/2 -200607 24
Rasional pengurusan org. dalam industri pembinaan Terdapatnya ahli-ahli profesional yang berbeza bidang dalam menghasilkan satu-satu projek binaan Hasil dari gabungan pelbagai latar belakang profesional ini boleh menyimpang dari kehendak asal pelanggan sekiranya wujud ketidakseimbangan antara kehendak-kehendak individu yang terbabit, Rajah 1. 2. Masing-masing mempunyai interpretasi yang berbeza ke atas projek yang hendak dibuat. Ketidakseimbangan kehendak ini boleh diatasi jika pelanggan mempunyai pengalaman, ilmu dan pengaruh yang luas dalam mengendalikan projek berkenaan. Kesimpulannya, kesemua tenaga pakar ini perlu disatukan dan saling berkerjasama di bawah satu pengurusan untuk mengasilkan rekabentuk bangunan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan sama ada dari segi kos, masa dan kualiti yang ditetapkan. Azman/DFC 3013/2 -200607 25
Proses Pengurusan Organisasi Azman/DFC 3013/2 -200607 26
Tiga aspek utama dalam pengurusan organisasi Masa Untuk memastikan sesuatu projek itu disiapkan dalam tempoh masa yang minimum atau lingkungan jangka waktu yang telah ditetapkan. Kualiti/Mutu Kerja Untuk memastikan projek yang diurus itu mengikut spesifikasi dan kualiti yang diharapkan supaya memenuhi kehendak pelanggan. Kos Untuk memastikan jumlah kos diakhir projek tidak melebihi daripada perancangan belanjawan asl yang telah diperuntukkan. Azman/DFC 3013/2 -200607 27
Rajah 1. 3 : Perkaitan antara kos, masa dan kualiti dalam projek (Sumber : O. P. Kharbanda dan E. A Stallworthy, 1986. Successful Projects with a Moral for Management. 28 Azman/DFC 3013/2 -200607 Gower Publishing Company Limited, hlm. 53
- Slides: 28