BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU PENGENALAN Maksud Alam
BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU
PENGENALAN • Maksud Alam Melayu: ØGugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia ØPentas Sunda, iaitu tanah luas terbentang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan mempuyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama. ØMereka berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa dan budaya.
GEOGRAFI • Pendapat tokoh mengenai Alam Melayu: 1. Professor Emeritus Dato Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman ØAlam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan. 2. Abdul Hadi Haji Hassan ØAlam Melayu suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga selatan Thailand
3. Profesor Emeritus Tan Sri Dato Pendeta (Dr) Ismail Hussein ØDunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. 4. Alfred Russel ØKepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea 5. Profesor Dr. Ding Choo Ming ØDunia Melayu sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina.
BAHASA • Konsep Alam Melayu ØPenggunaan bahasa serumpun dikaitkan dengan bahasa Melayu yang tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang pertuturkan di Alam Melayu.
Professor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar ØBahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. ØDikenal pasti melalui kata tertentu. ØApabila buat perbandingan terdapat pertalian kekeluargaan bahasa dengan bahasa Melayu BAHASA MELAYU (MALAYSIA) BAHASA JAWA (INDONESIA) BAHASA MELAYU (BRUNEI) TAGALOG (FILIPINA) MELANAU (SIBU, SARAWAK) KADAZANDU SUN (SABAH) EMPAT PAPAT AMPAT APAT LIMA LIMO LIMAH LIMO
Sutan Takdir Alisjahbana • Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak masihi lagi. • Sifat orang Melayu yang gemar belayar mengembangkan bahasa Melayu ke Alam Melayu. • Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa diterima di Alam Melayu
BUDAYA • mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan persuratan, sturktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat
Dato’Aziz Deraman ØAlam Melayu maju tertentu dalam bidang kesenian ØPembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri. ØNilai serumpun wujud terutama gotong-royong. ØSeni persembahan muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa ØPersamaan budaya membuktikan kebudayaan serumpun. Alam Melayu memiliki
kesimpulan • Alam Melayu suatu lingkungan geografi luas dan persamaan bahasa dan budaya. • Kini dibahagikan kepada beberapa buah negara tetapi ikatan kerumpunan bahasa dan budaya masih kuat dalam kalangan penduduk di Alam Melayu.
KEWUJUDAN ALAM MELAYU ØPengenalan: Kerajaan Melayu bermula daripada petempatan kecil berkembang menjadi pelabuhan 1. KERAJAAN FUNAN v. Lokasi: Lembah Sungai Mekong v. Masa: Abad pertama v. Pusat kerajaan: Vyadhapura 2. KERAJAAN CHAMPA v. Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam v. Masa: Abad kedua v. Pusat kerajaan: Indrapura
3. KERAJAAN SRIVIJAYA v. Lokasi: Lembah sungai Musi, Sumatera v. Masa: Abad ketujuh v. Pusat kerajaan: Palembang 4. KERAJAAN ANGKOR v. Lokasi: Lembah Sungai Mekong v. Masa: Abad Kesembilan v. Pusat kerajaan: Hariharalaya
5. KERAJAAN MAJAPAHIT v. Lokasi: Lembah sungai Brantas, Jawa Timur v. Masa: Abad ke-13 v. Pusat kerajaan: Kota Trowulan 6. KERAJAAN KEDAH TUA v. Lokasi: Sungai Mas dan Sungai Bujang v. Masa: Abad Kelima v. Pusat kerajaan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang 7. KERAJAAN GANGA NAGARA Lokasi: Pantai Barat Bahagian Tengah Tanah Melayu Masa: Abad keenam Pusat kerajaan: Pangkalan
KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASYHUR 1. KERAJAAN FUNAN: ØBerpusat di Vyadhapura ØDiasaskan: Brahmin bernama Kaundinya berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di Sungai Mekong ØKemasyhuran: Semasa Fan Shih-Man 1. meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh 2. Menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra membolehkan Funan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat. Kesan: Menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. 3. Raja Funan terakhir = Rudravarman. Serangan kerajaan Chenla menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan.
2. KERAJAAN CHAMPA ØDiasaskan: Chu-Lien 192 Masihi ØPusat di Indrapura dan sering diserang Dai Viet tetapi Chu-Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China. ØKemasyhuran: 1. Bermula dengan Che Bong Nga berjaya mengatasi ancaman Dai Viet 2. Meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah. 3. Serangan ke Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong dan menerima pengiktirafan daripada Dinasi Ming tahun 1369 4. Kemerosotan: Indravarman meninggal dunia pada 1441 dan Dai Viet menggunakan peluang serang Champa serta 1471 di tawan Dai Viet
3. KERAJAAN SRIVIJAYA ØDiasaskan: Dapunta Hyang Sri Jayanasa tahun 683 Masihi di Palembang. Berjaya menakluk Bangka dan Taruma ØKemasyhuran: 1. Pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad kelapan berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah melayu dan Segenting Kra 2. Penaklukan membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu dan menjadi pusat pengajian agama Buddha 3. Serangan tentera Chola tahun 1025 menyebabkan Srivijaya menjadi lemah.
KERAJAAN ANGKOR ØBerpusat di Hariharalaya diasaskan oleh Jayarvarman II dari Chenla yang menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong. ØKemasyhuran: 1. Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekita Lembah Sungai Mekong hingga ke selatan Myanmar. 2. Menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet 3. Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dengan perdagangan luar. 4. Diteruskan Jayavarman VII meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam dan bina Angkor Thom serta 102 buah hospital. 5. Serangan Siam pada tahun 1594 melemahkan kerajaan Angkor.
KERAJAAN MAJAPAHIT ØDiasaskan Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada 1294. ØBerpusat di Kota Trowulan. ØKemasyhuran: 1. Bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh Tribuana Tunggadewi. 2. Berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit. 3. Meluaskan tanah jajahannya ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo bahagian selatan dan timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku. Majapahit menjadi pusat perdagangan pada abad ke-14. 4. Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak 1478 menyebabkan kerajaan Majapahit menjadi lemah.
KERAJAAN KEDAH TUA ØMuncul dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas. ØPeringkat awal = Sungai Mas dan Pangkalan Bujang. ØBukti= diperkukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi. ØSumber China menamakan kerajaan Kedah Tua = Chieh Ch’a ØSumber India dan Arab = Kataha dan Kalah-bar
KEMASYHURAN • Dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang. • Kedah Tua nenjadi pusat keagamaan agama Buddha. • Kemasyhuran menyebabkan Srivijaya menguasai Kedah Tua dan tentera Chola dari India melemahkaan kegiatan perdagangan di Kedah Tua. • Pengasasan Kesultanan Kedah memulakan kerajaan baharu di Kedah Tua.
KERAJAAN GANGGA NAGARA ØMuncul pada abad keenam. ØBerfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima. ØPengasas: Raja Ganji Sarjuna. ØPendapat lain: Raja Khmer dari Kemboja ØPusat di Pangkalan ØKemasyhuran: 1. Sejak abad kelima Gangga Nagara sering dikunjungi pedagang luar kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. 2. Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya 3. Lemah kerana serangan tentera Chola dari India telah memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara.
KERAJAAN ALAM MELAYU DAN KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN • KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN: ØAbad pertama: ØKerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, empayar Parsi, empayar Kushan dan Dinasti Han ØAbad Kesembilan: ØKerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan Kerajaan Abbasiyah, empayar Byzantine, Dinasti Tang dan Kerajaan Chola ØAbad ke-14 ØKerajaan Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan empayar mongol, kerajaan Turki Uthamniyah dan Kesultanan Delhi
HUBUNGAN PERDAGANGAN v. Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan luar v. SEBAB: 1. kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat 2. Kekayaan hasil bumi ØMenunjukkan amalan sikap keterbukaan para pemerintah
HUBUNGAN KEAGAMAAN • HINDU: • Cara penyebaran ke Alam Melayu: 1. Peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin • BUDDHA: • Cara: 1. Asoka menghanta sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk sebarkan agama Buddha
• ISLAM: • CARA: 1. Melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah
HUBUNGAN DIPLOMATIK • Merupakan hubungan politik antara dua kerajaan • Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan di China dan India v. HUBUNGAN ALAM MELAYU DENGAN CHINA: 1. Funan: Ø Utusan dihantar pada abad ketiga ØTujuan: Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet 2. Champa: ØUtusan dihantar pada abad ketiga ØTujuan: Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet
3. Majapahit: ØUtusan dihantar pada abad ke-14 ØTujuan: Menjalinkan hubungan persahabatan 4. Srivijaya: ØUtusan dihantar pada abad ketujuh ØTujuan: Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan 5. Angkor: ØUtusan dihantar pada abad ke-12 ØTujuan: Memperkukuh persahabatan dan perdagangan
6. Kedah Tua: ØUtusan dihantar pada abad ketujuh ØTujuan: Memperkukuh hubungan perdagangan
HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN INDIA 1. Funan: v. Utusan dihantar pada abad ketiga v. Tujuan: Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India 2. Majapahit: v. Utusan dihantar pada abad ke-14 v. Tujuan: Mengeratkan hubungan persahabatan
3. Srivijaya: v. Utusan dihantar pada abad kesembilan v. Tujuan: Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan 4. Angkor: v. Utusan dihantar pada abad ke-12 v. Tujuan Mengeratkan hubungan persahabatan
LATIHAN 1. Nyatakan nama tokoh yang memberikan pendapat di bawah: a) Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar sampai ke Taiwan b) Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim c) Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal masihi lagi
2. Berikan nama lokasi dan pusat kerajaan bagi kesemua kerajaan di Alam Melayu. 3. Siapakah yang mengasaskan kerajaan Funan, Champa dan Majapahit. 4. Apakah yang dilakukan oleh Che Bong Nga menyebabkan kemasyhuran kerajaan Champa. 5. Berikan bukti yang menunjukkan Patih Gajah Mada seorang Perdana Menteri yang hebat. 6. Berikan cara kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu. 7. Berikan sebab mengapakah Funan, Champa dan Kedah Tua menghantar utusan kepada China. 8. Berikan sebab mengapakah Funan dan Angkor menghantar utusan ke India.
- Slides: 36