BAB 1 ILMU WAHYU DAN SAINS PENGERTIAN WAHYU
BAB 1 ILMU WAHYU DAN SAINS
PENGERTIAN WAHYU – Pengetahuan yang diturunkan Allah kepada para nabinya sama ada menerusi perantaraan atau sebaliknya. – Cara wahyu diturunkan : i. Berkata-kata secara langsung tanpa perantaraan (isra’ dan mi’raj) ii. Berkata-kata menerusi perantaraan iii. Ilham iv. Mimpi
– Berdasarkan ayat 51 surah al-Syura, wahyu itu diturunkan dalam 3 cara iaitu : i. Wahyu secara langsung ii. Wahyu disebalik tabir iii. Menerusi malaikat Jibril yang membawa wahyu
BENTUK-BENTUK WAHYU – Tersusun dalam bentuk sebuah kitab – Wajib beriman dan mengetahui nama-nama kitab : i. Taurat kepada nabi Musa (Bahasa Ibrani) ii. Zabur kepada nabi Daud (Bahasa Qibti) iii. Injil kepadaa nabi Isa (Bahasa Siryani) iv. Al-quran kepada nabi Muhammad (Bahasa Arab) – Dalam bentuk helaian yang dinamakan suhuf
– Rasulullah s. a. w disuruh menyatakan keimanan kepada semua kitab yang diturunkan. – Firman Allah s. w. t yang bermaksud “dan katakanlah, aku beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan” (al-Syura: 15) – Orang mukmin disuruh beriman kepada semua kitab yang diturunkan – Allah s. w. t berfirman yang bermaksud “wahai orang yang beriman, berimanlah kepada Allah, rasulnya, kitab yang diturunkan kepada rasulnya dan kitab yang diturunkan sebelum itu” (an-Nisa’: 136)
DEFINISI SAINS – Bahasa : Science berasal dari perkataan Latin (scientia) yang bermaksud pengetahuan (knowledge) – Istilah : Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya – Analisis sesuatu fenomena seccara sistematik, logic dan objektif menggunakan kaedah khusus yang diaturcara bagi mewujudkan pengetahuan yang boleh dipercayai
PEMBAHAGIAN SAINS Mempunyai 3 bahagian : 1. Sains Tabie(tulen) : fizik, kimia , biologi dan zoologi 2. Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan : geografi, sejarah, ekonomi dan politik 3. Sains Gunaan : perubatan dan kejuruteraan
KAEDAH KAJIAN Kaedah Empirik : Pengumpulan data menggunakan pancaindera manusia (berasaskan bukti-bukti nyata) dan penganalisaan data secara rasional
WAHYU SUMBER SAINS – Islam mementingkan ilmu pengetahuan – Wahyu pertama menyuruh dan menggalakkan pembacaan yang menjadi wasilah memperolehi ilmu pengetahuan – Kewajiban menuntut ilmu terbahagi kepada 2 : i. Fardu Ain : Aqidah, fiqh, tasawwuf dsb ii. Fardu Kifayah : Perubatan, kejuruteraan dsb – Penelitian terhadap al-Quran merumuskan bahawa sains berperanan dalam memperkukuhkan ma’rifatullah dan memperkasakan Islam
MATLAMAT SAINS DALAM ISLAM – Matlamat jangka pendek : mengenali hakikat kejadian alam dan manusia dan memanfaatkannya untuk kebaikan manusia – Matlamat jangka panjang : mengagungkan dan membesarkan Allah s. w. t – Al-Quran adalah wahyu dan kitab petunjuk, namun terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang fenomena-fenomena sains
SAINS DAN WAHYU – Sains adalah penemuan hasil kajian manusia tentang alam dan penemuan yang benar tidak akan bercanggah dengan al-Quran kerana ia bersumberkan pencipta alam tersebut – Firman Allah s. w. t yang bermaksud : Kami akan memperlihatkan tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan juga pada diri mereka, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Dia lah Tuhan yang sebenar. – Penemuan sains boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran
BATASAN SAINS – Sains ada batasannya di mana tidak semua ayat al-Quran boleh dikaitkan ditafsirkan dengannya seperti persoalan: • Alam ghaib yang wajib diimani yang semata-mata berdasarkan dalil al. Quran dan hadis. • Hukum-hakam yang qat’I yang wajib diikuti seperti pengharaman arak dan khinzir. • Ibadah khusus yang wajib dilaksanakan seperti solat, puasa, zakat dan haji.
PEMBAHAGIAN ILMU – Ilmu naqli(revealed knowledge) : berhubungan dengan al-Quran dan Sunnah – Ilmu aqli(acquired knowledge) : Sains dan kajian semasa. *Kedua-dua bahagian ilmu ini dapat , menguatkan keimanan dan keyakinan.
CIRI-CIRI SAINS ISLAM - Keagamaan - Bersumberkan wahyu: merujuk kepada petunjuk al-Quran dan sunnah di samping akal, tidak hanya semata-mata hasil penemuan manusia. - Bersifat rabbani : menghubungkan fenomena sains dan segala peraturan serta musabbabnya dengan pencipta hakiki di mana kekuasaan dan kehendak. Nya adalah penentuan segalanya. - Wasilah mengabdikan diri kepada Allah : Penyelidikan dan kajian tentang alam adalah sebahagian dari ibadah yang dituntut agama.
– Universal (bersifat sejagat) – Melibatkan pengkaji dari pelbagai agama, bangsa, budaya dan lokasi – Melibatkan kajian pelbagai disiplin ilmu – Sepadu – Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu – Tanggungjawab fardhu ain dan kifayah – Bersifat menyeluruh – Berhubungan antara fizik dengan metafizik
– Tidak terpisah dari keyakinan terhadap Allah – Kajian alam tabie menzahirkan kesempurnaan sifat Tuhan dan menambahkan keyakinan terhadap. Nya – Harmoni – Tidak ada percanggahan antara sains dan agama – Matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah
AL-KHAWARIZMI – Nama: Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Musa Al-Khawarizmi – Dilahirkan di Khawarizmi, Khurasan (Uzbekistan) dan berpisah ke Baghdad – Berbangsa Parsi dan menguasai pelbagai bahasa – Bertugas sebagai perpustakawan di Bayt al – Hikmah, pusat ilmu di zaman khalifah al- Ma’mun – Pendekatan beliau ialah mensintesiskan ilmu yang bersumberkan 2 lain seperti Greek, India dll
– Menguasai bidang aritmetik (pengiraan) – Antara sumbangan besar beliau ialah memperkenalkan angka sifar (kosong) – Sangat berpengaruh terhadap aritmetik sehingga nama beliau diubahsuai menjadi “algorism” yang sekarang menjadi satu cabang ilmu tersendiri – Tokoh besar ilmu matematik, ilmuwan pertama menulis buku dalam bidang tersebut, dan pertama yang menyedari kepentingan angka sifar
– Antara hasil karya beliau: i. Hisab al-Jabr wa al. Muqabalah (algebra) ii. Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah (algebra) iii. Kitab Zij al-Sindhind (fungsi trigonometri) iv. Kitab Surah al-Ard (geografi: tentang koordinat bumi) v. Istikhraj Tarikh al-Yahud (pembetulan kalendar Yahudi) vi. Kitab al-Tarikh (sejarah) vii. Kitab al-Jam wa al-Tariq bi Hisab al-Hind (aritmetik)
AL-FARABI – Nama: Abu Nasr Muhammad al-Farabi – Dilahirkan di Farabi tahun 297 H/ 872 M – Sangat mencintai ilmu terutama dalam bidang bahasa dan agama – Mempelajari pelbagai bahasa seperti Arab, Turki dan Parsi – Juga mempelajari ilmu 2 keagamaan : fiqh, hadis, tafsir dll – Di samping mempelajari juga sains, matematik dan falsafah
– Sumbangan besar beliau dalam bidang falsafah, sains, sosiologi, perubatan, muzik, matematik dan logik – Dikenali sebagai “guru kedua” setelah Aristotle – Mensintesiskan pandangan Aristotle
TOKOH SAINTIS MUSLIM Ø Abad ke 4 -7 Hijrah merupakan era kegemilangan Tamadun Islam Ø Muncul ramai tokoh-tokoh saintis muslim yang memberi sumbangan besar kepada pelbagai bidang sains iaitu : § Al-Biruni § Ibn Sina § Ibn Khaldun § Al-Razi § Al-Farabi § Al-Khawarizmi
AL-BIRUNI Ø Nama : Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni Ø Kelahiran : September 973 M di Khawarizm, Turkmenistan Ø Al-Biruni bermaksud “asing” Ø Keluarganya taat beragama Ø Menghabiskan masa muda dengan mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan Ø Tokoh saintis Islam pada awal abad pertengahan Ø Menguasai bidang falsafah, astronomi, perubatan dan fizik
PENDIDIKAN Ø Mendapat pendidikan dari ramai tokoh ulama di zamannya Ø Syeikh Abd al-Samad Ø Syeikh Abu Nasr Mansur ibn ‘Ali ibn’ Iraqi (matematik dan astronomi)
IBN SINA v Nama : Abu ‘Ali al-Husayn ibn ‘AL-Hasan, dikenali dengan ibn sina v Dibesarkan di Bukhara v Mempunyai tahap intelektual yang tinggi v Mempelajari al-Qur’an sejak kecil dan telah menghafalkanya ketika berumur 10 tahun v Ketika berumur 18 tahun, beliau telah mempelajari pelbagai bidang ilmu seperti mantiq, matematik, metafizik, sains tulen, perubatan dan falsafah.
v Ibn sina telah menghasilkan sekitar 130 buah karya yang mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti biologi, sastera dan lain. v Antara karya-karya beliau ialah : v Bidang sains : al-syifa’ v Bidang falsafah : al-najah v Bidang kedoktoran : al-Qanun fi al-Tibb, Ahkam al-Adawiyah al. Qlbiyyah, Khisb al-Badan, al-Fashd, al-Nabdh, Tashrih al. A’dha’, Fawa’id al-Zanjabil, Hifz al-Sihhah dan lain-lain.
v Bidang spiritual : Ta’aqub al-Mawdi al-Jadali, al-Hikmah al. Arudhiyyah, Uyun al-Hikmah, al-Qiyas, al-Hidayah dan lain-lain. v Bidang biologi : al-Kawn wa al-fasad, al-Durr al-Maknun wa al. Jawhar al-Mashun, Lawahiq al-Tabi’ah, Hadd al-Jism dan lain-lain. v Bidang astronomi : bintang, bulan
IBN KHALDUN – Nama : Abu Zaid Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami – Dilahirkan di Tunisia dan berasal dari keluarga yang menetap di Andalus – Keluarga beliau memegang jawatan penting di Andalus namun terpaksa berpindah ke Tunisia setelah kejatuhan Seville – Pelopor dalam pelbagai bidang ilmu khususnya sains sosial – Pengasas ilmu sosiologi menerusi kitab beliau Al-Muqaddimah
– Mempelajari dan menghafal Al-Quran sejak kecil – Menekuni bidang falsafah, matematik dan logik – Mempelajari hasil karya tokot-tokoh terdahulu : Ibn Sina, Ibn Rushd, al Razi dan lain-lain – Pernah memegang beberapa jawatan penting kerajaan di Tunis dan Morocco seperti diplomat dan menteri
– Tokoh persejarahan arab yang telah menyusun ilmu sejarah dengan sistematik sehingga melahirkan ilmu sosiologi dan politik – Antara karya beliau : i. Kitab al-’Ibar(sejarah bangsa Barbar dan dunia) ii. Kitab al-Muqaddimah (sains sosial : demografi, etnografi, falsafah sejarah, kebudayaan dan ekonomi) iii. Lubab al-Muhassal (teologi)
AL-RAZI – Nama : Muhammad bin Zakariyya al-Razi – Berasal dari Rayy, Parsi – Telah mempelajari Al-Quran sejak kecil – Juga mempelajari muzik dan sains tabii’ dengan pengkhususan dalam bidang kimia dan perubatan – Menguasai ilmu tradisi Greek seperti falsafah, matematik dan logik
– Pernah dilantik menjadi pengarah hospital di Baghdad – Antara guru beliau dalam bidang perubatan ialah Al-Tabari – Tokoh besar dalam bidang perubatan yang telah menemui pelbagai punca penyakit seperti alergi, penyakit asma dan imunisasi – Antara sumbangan besar beliau dalam bidang perubatan ialah diagnosis penyakit cacar dan campak
– Tokoh pertama yang memperkenalkan ilmu farmasi secara teratur – Telah menghasilkan 244 buah buku, 140 darinya adalah bidang perubatan – Antara karya beliau : i. Al-Hawi fi al-Tibb (perubatan/kedoktoran) ii. Kitab al-Asrar iii. Kitab Sirr al-Asrar (pengkelasan logam, tumbuhan dan haiwan)
- Slides: 33