ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR TERBAHAGI KEPADA DUA ASPEK LINGUISTIK
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR TERBAHAGI KEPADA DUA: ASPEK LINGUISTIK & ASPEK BUKAN LINGUISTIK
ASPEK LINGUISTIK ü Sebutan ü Tekanan ü Mora ü Jeda ü Intonasi ü Laras Bahasa
Sebutan • Memerlukan alat-alat artikulasi untuk membunyikannya. • Bermula dengan mengajar murid-murid untuk mengenal huruf-huruf dan membunyikan huruf, suku kata, rangkai kata dan ayat-ayat. • TUJUAN: ü Melatih membunyikan huruf-huruf dengan tepat dan jelas. ü Memperbetulkan dan menghafal huruf dengan cepat
Tekanan • Untuk mengajar murid-murid untuk memberikan tekanan apabila menyebut ayat atau perkataan pada bahagian-bahagian tertentu. • Kebiasaannya tekanan akan dikenakan pada suku kata. • TUJUAN: ü Untuk menandakan keras atau lembut sesuatu perkataan.
Mora (Panjang-pendek) • Mora dalam bahasa Melayu tidak terlalu ketara dalam penggunaannya kerana ia tidak akan mengubah maksud sesuatu perkataan itu. • Berbeza dengan bahasa Arab, mora atau lebih dikenali sebagai harakat adalah penting kerana ia akan menentukan maksudnya jika dibaca panjang atau pendek. • TUJUAN: ü Menentukan kadar sesuatu bunyi itu sama ada disebut secara panjang atau pendek.
Jeda • Membawa makna yang berbeza apabila ia digunakan. • Merupakan hentian sementara. • TUJUAN: ü Memisahkan unsur-unsur linguistik seperti rangkai kata, perkataan dan ayat.
Intonasi • berpandukan kepada jenis-jenis ayat yang ingin digunakan. • merupakan keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu ia dilafazkan. • boleh dibunyikan dalam keadaan mendatar. • TUJUAN: ü digunakan secara berbeza-beza sebagai contoh dalam ayat tanya selalunya mempunyai intonasi yang menarik di akhir ayat manakala ayat seru pula mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat.
Laras Bahasa • digunakan dalam konteks, suasana, dan situasi yang berlainan. • TUJUAN: ü memupuk cara murid-murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi secara berkesan.
ASPEK BUKAN LINGUISTIK ü Kelancaran(bertutur tanpa sebarang gangguan) ü Kefasihan(bertutur dengan petah seperti penutur jati) ü Pergerakan Tubuh(bahasa tubuh) ü Bahasa Isyarat(pola pergerakan jari/tangan dan ekspresi muka)
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR ü Dwibahasa ü Jantina ü Kesihatan ü Kecerdasan ü Alam Sekeliling
Dwibahasa • Gangguan bahasa ibunda akan menggangu pertuturan kita dalam bahasa rasmi. • Kanak-kanak yang ekabahasa selalunya dapat bertutur lebih baik daripada kanak-kanak yang dwibahasa. • Ini adalah kerana faktor gangguan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda.
Jantina • Kajian sains telah pun membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan lebih cepat pandai bertutur berbanding dengan kanak-kanak lelaki. • Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Kesihatan • Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ataupun sakit yang berlanjutan akan menjejaskan perkembangan pertuturan mereka. • Ia sekaligus menjejaskan penguasaan bahasa mereka kerana kebiasaannya kanak-kanak yang berpenyakit akan lemah daya fikiran mereka.
Kecerdasan • Faktor kecerdasan merujuk kepada potensi otak kanak-kanak itu sendiri. • Kecerdasan otak yang maksima akan dapat membantu mereka untuk menghasilkan bahasa atau mengingat sesuatu perkataan.
Alam Sekeliling • Ia merujuk kepada pergaulan kanak-kanak tersebut dan juga taraf sosioekonomi keluarganya. • Ini merupakan faktor yang amat mempengaruhi kerana kita dapat melihat perbezaan yang amat ketara di kalangan kanak-kanak yang berlatar belakangkan sosioekonomi keluarga mereka yang berada berbanding kanak-kanak yang berlatar belakangkan keluarga yang susah.
- Slides: 15