APLIKASI KOMPUTER GRAFIK ASAS GRAFIK GRAFIK Sebuah Lukisan
APLIKASI KOMPUTER GRAFIK ASAS GRAFIK
GRAFIK Sebuah Lukisan, gambar ataupun huruf yang dihasilkan dengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Dengan perkembangan teknologi moden, komputer digunakan secara meluas bagi menghasilkan pelbagai jenis grafik
GRAFIK DIGITAL Grafik digital merupakan grafik yang dihasilkan menggunakan sama ada perkakasan ataupun perisian komputer. Contoh grafik digital yang mudah ialah garisan, bulatan, lengkuk. Manakala grafik digital yang kompleks ialah paparan imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer melalui kod pengaturcaraan tertentu. Grafik digital = Grafik Berkomputer
FORMAT GRAFIK (1) Grafik Bitmap q Juga dikenali sebagai imej raster q Mewakili satu susunan titik-titik yang dikenali sebagai piksel atau bit q Bitmap mewakili sesebuah imej yang maklumatnya disusun dalam bentuk matrik mudah yang menjelaskan setiap dot atau piksel yang wujud dalam sesuatu imej Piksel = Elemen terkecil yang dipaparkan pada skrin komputer
FORMAT GRAFIK (2) Grafik Vektor q Menggunakan arahan matematik untuk membentuk perhubungan antara titik-titik atau lokasi yang tertentu dan seterusnya membentuk struktur bagi imej. q Diwakili dalam bentuk geometri atau arahan matematik yang dibina daripada garis lurus, oval, lengkungan dan sebagainya.
FORMAT GRAFIK … Grafik Vektor q Grafik vektor dihasilkan daripada arahan matematik yang membentuk perhubungan antara garis atau objek. Contoh: Imej bulatan jenis vektor diwakili dlm Bentuk arahan matematik spt berikut: Circle(300 px) Fill Color: Yellow Gradient Type: Horizontal Colors: Yellow, Blue Line Color: Red
PERBEZAAN GRAFIK BITMAP vs GRAFIK VEKTOR ?
RESOLUSI IMEJ q Merujuk kepadatan atau jumlah keseluruhan piksel yang digunakan di dalam imej. q Menentukan ketajaman atau kejelasan imej yang dihasilkan q Kepadatan piksel dipersembahkan dalam skala piksel bagi setiap inci. Contoh, imej boleh mempunyai resolusi 100 ppi atau 1000 ppi. Resolusi rendah Kurang Piksel Resolusi tinggi Banyak Piksel q Resolusi juga ditentukan oleh dimensi imej (menegak dan Melintang) Contoh, 200 x 200 piksel, 800 x 600 piksel, dsb
KEDALAMAN WARNA @ Julat warna yang wujud dalam sesebuah piksel atau jumlah warna yang berbeza yang wujud dalam sesebuah imej. @ Ditentukan oleh dua kuasa kepada jumlah bit yang ada pada imej tersebut. Contoh, 2 1 = 2 warna Monochrome 2 8 = 256 warna Imej 8 bit
SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL Saiz Fail = Saiz imej (dalam unit piksel) x kedalaman warna (dalam unit bit)/8 Contoh 1, Saiz imej bitmap 640 x 480 piksel Kedalaman warna 8 bit. Saiz fail = (640 x 480) x 8/8 = 307 200 bait Contoh 2, Saiz imej bitmap 1024 x 768 piksel Kedalaman warna 24 bit. Saiz fail = (1024 x 768) x 24/8 = 2 359 296 bait (iaitu kira-kira 2. 4 Megabait)
FORMAT FAIL GRAFIK DIGITAL GIF = Graphic Interchange Format BMP = Bitmap JPEG = Joint Photographic Experts Group PNG = Portable Network Graphics PICT WMF = Windows Metafile DXF
- Slides: 11