Apabila mendapat tajuk tugasan anda perlu mempunyai strategi
Apabila mendapat tajuk tugasan, anda perlu mempunyai strategi yang berkesan untuk memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan dan maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi.
Lima langkah PENTING yang perlu dilakukan iaitu: ● 1. KENALPASTI MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI ● Mulakan tugasan dengan memahami tajuk tugasan yang anda perolehi. ● Tentukan skop pencarian dengan mengenalpasti tempoh masa dan kawasan geografi seperti yang dikehendaki. ● Kenalpasti konsep dan definisi yang terdapat dalam tajuk tugasan serta istilah-istilah yang berkaitan dengan tajuk tugasan anda. ● Anda perlu merujuk kepada kamus, thesaurus, glosari, ensiklopedia, buku panduan untuk mendapatkan maklumat berkaitan definisi dan istilah-istilah yang berkaitan.
2. KENALPASTI BENTUK MAKLUMAT YANG AKAN DIGUNAKAN • Anda perlu mengenalpasti jenis bahan maklumat yang akan digunakan dan juga tahap maklumat yang diperlukan. • Ini adalah untuk memastikan anda menggunakan bahan maklumat tersebut secara berkesan.
Fakta ringkas - Kamus - Ensaiklopedia Maklumat biografi - Ensaiklopedia - Biografi - Autobiografi Maklumat semasa - Artikel Jurnal/ majalah - Keratan Akhbar - Internet Maklumat mendalam - Buku dan artikel jurnal berkenaan sesuatu subjek - Buku lebih komprehensif tetapi selalunya maklumat di dalamnya agak lama - Artikel jurnal memberikan maklumat yang lebih mendalam subjek yang tertentu - Laman web juga memberikan maklumat yang lebih terperinci tetapi perlu dibuat penilaian laman web tersebut terlebih dahulu. Maklumat khusus - Kertas persidangan - Tesis - Standards - Laporan tahunan - Statistik
3. KENALPASTI CARA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERSEBUT Maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda perlu mengenalpasti sumber maklumat tersebut dan cara untuk mendapatkannya: a) ● ● Buku dan jurnal * Gunakan katalog Perpustakaan USM: KRISALIS * Sekiranya bahan tiada di Perpustakaan USM, gunakan katalog Perpustakaan universiti yang lain dapatkan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan b) ● ● Artikel jurnal atau majalah * Pangkalan data seperti Ebsco. Host, Pro. Quest, Science. Direct dll. * Indeks dalam bentuk bercetak atau elektronik c) ● ● Keratan akhbar * Indeks Keratan akhbar * Koleksi Digital ( dalam laman web Perpustakaan USM ) * Utusan Online (Archieve) d) ● ● Internet * Menggunakan enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan lain-lain * Direktori / Perpustakaan Maya (Virtual Library)
DIPEROLEHI Ketika mendapatkan maklumat, anda perlu membuat penilaian ke atas bahan maklumat yang diperolehi. Penilaian adalah perlu untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah menepati tajuk tugasan. ● Antara kriteria yang perlu diambil kira ketika membuat penilaian ialah: ● Ketepatan maklumat ● Kesesuaian maklumat ● Penulis diketahui atau pakar dalam bidang tersebut ● Jangkamasa maklumat ● Liputan maklumat ● ● Bagi tugasan pada peringkat universiti, maklumat yang diperlukan adalah bersifat ilmiah/akademik. ● Jika sekiranya anda tidak berpuashati dengan maklumat yang diperolehi, ubahsuai pencarian maklumat di mana perlu.
5. MENYENARAIKAN BAHAN RUJUKAN YANG DIGUNAKAN ● Apabila memulakan tugasan, adalah amat penting menyenaraikan bahan-bahan maklumat yang digunakan secara bersistematik. Ini adalah untuk memudahkan anda mendapatkan kembali bahan tersebut sekiranya perlu kepada penambahan atau memperbetulkan maklumat yang tertentu. ● ● Terdapat pelbagai format/ bentuk penulisan rujukan/ bibliografi yang boleh digunakan seperti sistem APA Styles (American Psychological Association), MLA Styles (Modern Language Association), Harvard System dan lain-lain lagi. Sekiranya tidak pasti, rujuk kepada penyelia/ pensyarah mengenai format yang perlu digunakan dalam tugasan anda.
- Slides: 7