ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 TAKLIMAT ANUGERAH AKADEMIK NEGARA

  • Slides: 19
Download presentation
ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 TAKLIMAT ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 oleh PROFESOR ASMA ISMAIL Pengerusi

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 TAKLIMAT ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 oleh PROFESOR ASMA ISMAIL Pengerusi Jawatankuasa Teknikal AAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih AAN 2010

OBJEKTIF BENGKEL AAN 2010 § Memaklumkan kepada semua IPTA/IPTS tentang AAN • Memperkenalkan AAN

OBJEKTIF BENGKEL AAN 2010 § Memaklumkan kepada semua IPTA/IPTS tentang AAN • Memperkenalkan AAN di kalangan mereka yang dapat mengembelingkan penglibatan peserta daripada IPT masing (iaitu peringkat TNC ataupun pengarah RMC) • Membincang dengan terperinci setiap kategori AAN daripada segi asas anugerah, syarat, cara isi borang dan masalah teknikal yang perlu diatasi § KPT amat memerlukan sokongan IPTA/IPTS untuk menggalakkan lebih ramai ahli akademik mengambil bahagian diminta untuk membuat saringan borang sebelum dihantar agar pemohon tidak kalah “based on technical grounds”.

Tujuan Anugerah Akademik Negara AAN 2010 • AAN bertujuan memberi pengiktirafan tertinggi Negara bagi

Tujuan Anugerah Akademik Negara AAN 2010 • AAN bertujuan memberi pengiktirafan tertinggi Negara bagi ahli akademik (Universiti/ Kolej Universiti). • AAN merupakan pelantar untuk mengiktiraf serta menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Negara.

Latar Belakang Anugerah Akademik Negara AAN 2010 ü Daripada segi sejarah, konsep AAN ini

Latar Belakang Anugerah Akademik Negara AAN 2010 ü Daripada segi sejarah, konsep AAN ini berlandaskan Anugerah Sanggar Sanjung yang telah dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun 2001. ü Berlain daripada ASS, AAN akan memberi pengiktirafan “best of the best”. Lebih susah untuk menyediakan kriteria mencari yang terbaik dari kalangan terbaik. ü Ahli J/kuasa Pemilih menerima cabaran demikian dan kertas kerja konsep AAN telah dipersetujui oleh kabinet pada tahun 2007.

Latar Belakang Anugerah Akademik Negara AAN 2010 ü Peruntukan bagi hadiah juga telah dipersetujui

Latar Belakang Anugerah Akademik Negara AAN 2010 ü Peruntukan bagi hadiah juga telah dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi. ü Majlis AAN 2006 merupakan Majlis AAN pertama yang dilakukan dalam keadaan sederhana pada 2 Ogos 2007 di Marriott Putrajaya dan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri (Dato’ Seri Najib Abdul Razak) ü Pada tahun ini AAN 2010 merupakan tahun ke 5 bagi AAN. pihak

Latar Belakang Anugerah Akademik Negara AAN 2010 AAN merupakan anugerah tahunan berprestij tinggi yang

Latar Belakang Anugerah Akademik Negara AAN 2010 AAN merupakan anugerah tahunan berprestij tinggi yang merangkumi 6 kategori: Anugerah Tokoh Akademik Negara Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal Anugerah Penerbitan Buku Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk Anugerah Seni dan Kreativiti Anugerah Pengajaran

Jentera Anugerah Akademik Negara AAN 2010 Menteri Untuk menyelaras dan menggerakkan AAN : J/Kuasa

Jentera Anugerah Akademik Negara AAN 2010 Menteri Untuk menyelaras dan menggerakkan AAN : J/Kuasa Induk o J/Kuasa Induk - dipengerusikan oleh KS o J/Kuasa Teknikal- Prof Asma Ismail • J/Kuasa Pemilih - Prof Asma Ismail • J/Kuasa Majlis AAN - Prof Zarida Hambali Ahli J/Kuasa Pemilih adalah daripada IPTA dan IPTS J/Kuasa Teknikal J/Kuasa Pemilih • Sediakan syarat umum • Sediakan kriteria • Sediakan borang • Memilih pemenang J/Kuasa Majlis AAN • Promosi dan Publisiti • Perancangan Majlis • Pameran

Ahli J/Kuasa Pemilih Anugerah Akademik Negara AAN 2010 Bagi J/Kuasa Pemilih, senarai Pengerusi bagi

Ahli J/Kuasa Pemilih Anugerah Akademik Negara AAN 2010 Bagi J/Kuasa Pemilih, senarai Pengerusi bagi setiap kategori adalah • • • Tokoh – Prof Asma Ismail Penerbitan Makalah Jurnal – Prof Datin Paduka Aini Ideris Penerbitan Buku – Prof Dato’ Md. Salleh Yaapar Inovasi dan Pengkomersialan Produk – Prof Rahmah Noordin Seni dan Kreativiti – Prof Dato’ Ghouse Nasuruddin Pengajaran – Prof Abdul Rahman Mohamed • Terdapat 52 ahli tahun ini (46 ahli lama dan 6 ahli baru) yang terdiri daripada ahli akademik daripada IPTA dan IPTS, kumpulan profesional dan ahli dari industri. • AAN tidak mengecualikan permohonan daripada kalangan ahli sendiri tetapi ia tidak boleh menjadi penilai di dalam kategorinya • Penilaian menggunakan konsep “agree to agree”

Konsep Anugerah Akademik Negara AAN 2010 • Sebuah Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh KPT

Konsep Anugerah Akademik Negara AAN 2010 • Sebuah Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh KPT telah ditugaskan untuk menilai pencapaian akademik. • Dengan ini, ahli akademik yang cemerlang dalam bidang masing-masing akan dipilih berdasarkan anugerah yang telah diterima dan/atau pengiktirafan yang telah dicapai.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 1. Pemohon AAN hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 1. Pemohon AAN hanya terbuka kepada warganegara Malaysia. 2. Permohonan semua kategori AAN, kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara, terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai di Universiti dan Kolej Universiti awam serta swasta tempatan.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 3. Bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara, penilaian

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 3. Bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara, penilaian didasarkan kepada sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement). Calon yang memenuhi kriteria bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara boleh juga dicalonkan melalui Majlis Profesor Negara. 4. Bagi semua kategori lainnya, kecuali Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk dan Anugerah Pengajaran, hanya calon yang telah menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010 layak dipertimbangkan.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 5. Bagi kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk,

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 5. Bagi kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, hanya produk yang telah dikomersialkan dan mendapat pulangan daripada jualan layak untuk dipertimbangkan. 6. Sekiranya tiada calon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberi. 7. Bagi kategori Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Penerbitan Buku dan Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, apabila terdapat pemenang yang bergabung usaha dengan bukan warganegara, nilai anugerah akan diagihkan mengikut bahagian warganegara sahaja.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 8. Pemohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 8. Pemohonan / pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini dimuat turun dari laman web http: //www. mohe. gov. my/AAN 2010. Permohonan / pencalonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor / Rektor / Presiden / Ketua Eksekutif atau wakil yang menjalankan tugasnya / Pemangku / Pengerusi Majlis Profesor Negara. Sekiranya borang pencalonan/ permohonan ditanda tangani oleh wakil Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor / Rektor / Presiden / Ketua Eksekutif perlu disertakan. Setiap permohonan/pencalonan perlu menggunakan borang berasingan. Bagi Naib Canselor/Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi Lembaga atau ahli Lembaga Pengarah Universiti.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 9. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 9. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. 10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mei 2011 (Selasa). Permohonan dialamatkan kepada: Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 3, Blok E 9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 PUTRAJAYA (UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2010) dan perlu sampai sebelum atau pada jam 5. 00 petang pada tarikh tersebut. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 11. Ahli Jawatankuasa Pemilih yang menjadi calon dalam

Syarat & Peraturan Umum AAN 2010 11. Ahli Jawatankuasa Pemilih yang menjadi calon dalam sesuatu kategori tidak boleh terlibat dalam proses penilaian bagi kategori tersebut pada tahun yang dinilai. 12. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel AAN berhak untuk menarik balik anugerah. 13. Keputusan Panel AAN adalah muktamad.

Bagaimana J/Kuasa Pemilih Boleh Menolong AAN 2010 n n n Ahli J/Kuasa Pemilih boleh

Bagaimana J/Kuasa Pemilih Boleh Menolong AAN 2010 n n n Ahli J/Kuasa Pemilih boleh dijemput oleh Universiti untuk memberi taklimat khas pada warga universiti/IPT tersebut IPT boleh juga menjemput hanya ahli bagi anugerah kategori tertentu sahaja seperti pengajaran untuk memberi taklimat. Ia boleh mengikut keperluan IPT setelah melihat profil dan keupayaan IPT tersebut. Semua persembahan slaid dalam bengkel jerayawara akan dimuatnaik ke website AAN 2010 sebagai panduan bagi mereka yang berminat.

Bagaimana J/Kuasa Pemilih Boleh Menolong AAN 2010 § Lebih elok sekiranya setiap IPT mengadakan

Bagaimana J/Kuasa Pemilih Boleh Menolong AAN 2010 § Lebih elok sekiranya setiap IPT mengadakan malam/upacara penghargaan pencapaian kakitangan akademik dalam kategori yang sama dan pemenang bagi setiap kategori dari IPT dicalonkan ke peringkat negara. § Sekiranya tiada malam/upacara penghargaan, mohon tubuhkan J/Kuasa Pemilih IPT bagi setiap kategori. J/kuasa ini boleh juga bertindak sebagai penggalak untuk pensyarah mengambil bahagian. § Mohon setiap IPT untuk mencari calonnya dan beri pertolongan untuk melengkapkan borang ataupun untuk sediakan portfolio diri calon.

Bagaimana J/Kuasa Pemilih Boleh Menolong AAN 2010 § Semak agar semua keperluan yang diminta

Bagaimana J/Kuasa Pemilih Boleh Menolong AAN 2010 § Semak agar semua keperluan yang diminta dalam senarai semak dipenuhi supaya tidak gagal dari segi teknikal. § Pastikan semua borang ditandatangan oleh pihak berkuasa dan dihantar ke KPT sebelum pukul 5. 00 petang, 24 Mei 2010

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 TERIMA KASIH

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 TERIMA KASIH