ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM KARDIO VASKULAR OLEH Drs







































- Slides: 39
ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM KARDIO VASKULAR OLEH : Drs. Med. Purwidodo
STANDAR KOMPETENSI � Mahasiswa dapat memahami struktur anatomi dan fungsi sistem tubuh, serta mampu mengaplikasikan ilmu anatomi dan fisiologi sebagai landasan dalam melaksanakan pengelolaan rekam medik. KOMPETENSI DASAR � Memahami Sistem kardiovaskuler dan peredaran darah INDIKATOR � Setelah mengikuti perkuliahan, mahasiswa diharapkan dapat: � Menjelaskan sistem peredaran darah � Menjelaskan bagian-bagian jantung dan fungsinya � Menjelaskan komponen darah dan fungsinya � Menjelaskan irkulasi darah � Menggambar dan Menyebutkan bagian-bagian jantung, pembuluh darah utama, lokasi, dan fungsinya METODE Ceramah, diskusi , tanya jawab dan tugas menggambar.
JANTUNG Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil Septum. Lapisan jantung pula terdiri daripada tiga lapisan iaitu: P = Pericardium (luar) M = Myocardium (tengah) I = Endocardium (dalam) Jantung mempunyai 4 ruangan iaitu: 2 ruangan di atas dikenali sebagai atrium. 2 ruangan di bawah dikenali sebagai ventrikel. Diantara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung.
GAMBARAJAH KERATAN RENTAS JANTUNG
Aliran darah di dalam jantung 1. Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. 2. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak). 3. Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. 4. Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru. 5. Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. 6. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri 7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. Denyutan Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.
Struktur dan fungsi salur darah Terdapat tiga jenis salur darah yang utama: Arteri • Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. • Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. • Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. • Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari. Vena • Vena ialah salur darah yang membawa darah kembali ke jantung dari bahagian – bahagian lain badan. • Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dinbandingkan dengan arteri. • Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. • Vena dilengkapi dengan injap – injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap – injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. • Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. • Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.
STRUKTUR SALURAN DARAH STRUKTUR ARTERI (Salurnadi) STRUKTUR VENA (Pembuluh)
Kapilari Darah 1. Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. 2. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. 3. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. 4. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan di antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Perbezaan fungsi arteri dan vena ARTERI VENA Membawa darah keluar dari jantung. Membawa darah masuk ke jantung Membawa darah yang beroksigen (kecuali arteri pulmonari) Membawa darah tidak beroksigen (kecuali vena pulmonari) Dindingnya tebal dan elastik Dindingnya nipis dan kurang elastik. Darah mengalir secara pantas dengan tekanan yang tinggi. Darah mengalir secara perlahan dengan tekanan yang rendah. Darah mengalir secara licin. Darah mengalir secara berentak Warna darah merah gelap. Warna darah merah cerah. Mempunyai injap Tidak mempunyai injap
VEIN CIRCULATION
ARTERY CIRCULATION
Darah terdiri daripada: 1. Pepejal (sel darah) - 40% 2. Cecair (plasma) - 60% Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (5 – 6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet). Plasma adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air. Bahan-bahan larut yang terkandung dalam plasma termasuklah: 1. Garam-garam – bikarbonat, fosfst, klorida dan sulfat bagi natrium, kalsium dan kalium. 2. Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino dan lemak. 3. Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin. 4. Bahan-bahan kumuh terutamanya urea. 5. Hormon.
Sel Darah Merah (Eritrosit) 1. Berbentuk ceper dwicekung. 2. Tidak mempunyai nukleus. 3. Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya. 4. Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isipadu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma. 5. Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang. Sel Darah Putih (Leukosit) 1. Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata. 2. Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus. 3. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam. 4. Terdapat berbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. 5. Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
Sel Pembeku Darah (Platelet) Sel-sel ini terbentuk dari luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari. Fungsi darah 1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. 2. Melawan jangkitan kuman. 3. Membawa bahan buangan atau kumuhan. 4. Membawa hormon – hormon. 5. Membawa enzim – enzim. 6. Memberi warna kepada kulit. 7. Mengawal suhu badan.
Human Red Blood Cells, Platelets and T-lymphocyte 1. Erythrocytes = red 2. Platelets = yellow 3. T-lymphocyte = light green (SEM x 9, 900).
Blood Clot Formation (blood cells, platelets, fibrin clot) (SEM x 10, 980).
REFERENSI �Anatomi dan Fisiologi untuk Paramedis, Gramedia Pustaka Utama, Jakarta �Wibowo S, Daniel, 2005, Anatomi Tubuh Manusia, Grasindo, Jakarta �Faiz, Omar ; Moffat, David, 2004, At a Glance Anatomi, Erlangga, Jakarta
SISTEM PERNAFASAN Sistem pengambilan oksigen (O 2) dari udara penyingkiran karbon dioksida (CO 2) dan wap air. dan Sistem pernafasan mengandungi 4 komponen iaitu: 1. Laluan Udara (Airway) mulai dari hidung / mulut paru-paru. ke Laluan Udara Atas Laluan Udara Bawah Hidung dan Mulut Trakea Tekak (faring) Bronkus Kotak Suara (laring) Bronkiol Alveolus 2. Paru-Paru (Pulmonari) – sepasang organ yang terletak di ruang toreks dan dilindungi oleh sangkar rusuk, otot-otot interkosta, tulang vertebra dan tulang sternum. Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen di kanan dan 2 segmen di kiri yang memenuhi rongga dada. Paru-paru diselaputi oleh selaput yang dipanggil pleura. Di dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti kapilari di mana berlakunya pertukaran gas.
3. Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot (neuromuscular Apparatus) – tulang-tulang rusuk, tulang strenum, diafragma dan otot-otot dada (Intercostal muscles). Satu bahagian di otak yang mengawal dan menggerakkan tulang-tulang rusuk, otot interkostal dan diafragma semasa mengembangkan / menguncupkan ruang rongga dada untuk pernafasan 4. Saluran Darah (vessels) – Vena, arteri, kapilari. Arteri pulmonari membawa darah yang tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru. Jaringan kapilari membuat pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan alveolus. Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru ke jantung. Laluan pernafasan Udara masuk melalui hidung dan mulut melalui faring dan laring ke trakea Trakea membahagi kepada dua cabang, bronkus kanan dan kiri, sebelum memasuki paru-paru. Di dalam paru-paru, setiap bronkus membahagi untuk membentuk banyak saluran tang dipanggil bronkiol. Bronkiol membahagi lagi dan berakhir di dalam sekumpulan pundi udara yang berdinding nipis dipanggil alveolus.
Purata pernafasan seseorang antara 12 hingga 20 kali seminit dan memerlukan 800 ml udara bergantung kepada 3 gerakan iaitu: a) Tarik nafas (inspiration) b) Hembus nafas (expiration) c) Rehat (pause) Mekanisma pernafasan berlaku secara automatik. Ianya berterusan tanpa memerlukan apa-apa usaha atau bantuan. Menarik dan menghembus nafas berlaku dengan kombinasi antara otot-otot dada, diafragma dan tulang rusuk yang bertindak membesarkan dan mengecilkan Rongga Dada untuk membolehkan udara masuk (inspiration) dan keluar (expiration) pada paru. . Tujuan pernafasan adalah untuk membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan CO 2 dari darah keluar tubuh badan. Komposisi udara yang masuk melalui pernafasan adalah seperti berikut: a) 78% Nitrogen b) 21% Oksigen c) 1% Lain-lain gas
Daripada 21% oksigen yang masuk ke dalam paru-paru, hanya 5% sahaja akan diambil untuk kegunaan tubuh badan manakala baki 16 % lagi akan dihembuskan keluar bersama CO 2. dan hasil buangan yang lain (wap air). Pernafasan terdiri daripada 3 fasa iaitu: 1. Menarik nafas (inspiration) Semasa menarik nafas otot tulang rusuk (intercostal) akan mengecut. Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan dada akan bergerak ke hadapan menyebabkan sangkar rusuk mengembang. Diafragma akan mengecut dan meleper. Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi rendah menyebabkan udara masuk ke paru-paru. 2. Menghembus nafas (expiration) Semasa menghembus nafas otot tulang rusuk (intercostal) akan berehat. Sangkar rusuk akan turun dada akan bergerak ke dalam menyebabkan sangkar rusuk mengecil. Diafragma akan berehat dan melengkung ke atas. Tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi tinggi menyebabkan udara keluar dari paru-paru. 3. Rehat (pause) Peringkat ini adalah peringkat berehat sebentar diantara menarik dan menghembus nafas.
GAMBARAJAH MEKANISME PERNAFASAN Menarik nafas Menghembus nafas
GAMBARAJAH SISTEM PERNAFASAN A. Rongga hidung B. Faring C. Laring D. Trakea E. Alveolus F. Bronkiol G. Diafragma
SISTEM SARAF Sistem saraf adalah suatu sistem yang sangat kompleks dan sangat halus dalam keseluruhan sistem badan. Ianya terdiri daripada otak, saraf tunjang dan urat saraf. Sistem ini berfungsi untuk menghantar isyarat – isyarat dari otak ke tubuh badan sebaliknya.
Otak terdapat di dalam kepala kita. Otak dilindungi oleh 3 lapisan kepala iaitu: a) D = Durameter b) A = Arachnoid c) P = Piameter Otak adalah pusat kepada sistem saraf dan organ paling penting dalam tubuh badan. Ia mengawal semua sistem dalam badan supaya teratur termasuk sistem pernafasan dan kardiovaskular. Antara fungsi otak: 1. Mengawal pancaindera dan perasaan. 2. Menghantar dan menerima pesanan 3. Saraf penggerak 4. Mengawal pergerakkan iaitu otak kiri mengawal pergerakkan anggota badan sebelah kanan dan otak kanan mengawal pergerakkan sebelah kiri.
OTAK MANUSIA Skull Cerebrospinal fluid Brain Cerebrum Meninges Brain stem Cerebellum Spinal cord Vertebrae
GAMBARAJAH SISTEM SARAF
SISTEM RANGKA Definisi Rangka tubuh badan ialah rangkaian tulang yang memberi ketegapan dan rupa susuk badan. Fungsi 1. Membentuk rupa dan ketegapan 2. Melindungi organ-organ 3. Membolehkan badan berdiri tegak 4. Tempat bergantung (attachment) otot-otot dan urat-urat badan 5. Menghasilkan sel-sel darah 6. Membantu pergerakkan
Komposisi tulang Terdapat 206 tulang yang terbentuk daripada garam galian seperti berikut: 1. Kalsium (Ca) 4. Natrium (Na) / Sodium 2. Phosphorus (P) 5. Kalsium (K) 3. Ferum (Fe) / iron 6. Iodin (I) Tulang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu: a) Tulang panjang Contoh : femur b) Tulang Pendek Contoh : falanges c) Tulang Leper Contoh : pelvis d) Tulang tidak tentu bentuk Contoh : vetebra Ianya kemudian dipecahkan kepada 4 komponen iaitu: a) Kepala - Tengkorak b) Torek - dada, tulang belakang c)Tulang atas - Tulang klavikel, skapula, radius, ulna dan metakarpus d)Tulang bawah - Pelvis, femur, patela, tibia, fibula dan metatarsus
Anggota Atas 64 Selangka Dayung (scapula) Humerus Radius/Ulna Karpus (pgn tgn) Metacarpus (tpk) Jari (phalenges) - 2 - 2 - 4 - 16 - 10 - 28 64 Anggota Bawah 62 Innominate (hip) Femur (paha) Patela (lutut) Tibia (kering) Fibula (betis) Tarsus (pgn kaki) Metatarsus (tpk) Phalenges - 2 2 2 14 10 28 62 Jumlah 206
PECAHAN TULANG JENIS TULANG BILANGAN PECAHAN Kepala 8 Frontal Parietal Occipital Temporal Ethnoid Spienoid - 1 2 1 1 8 Muka 14 Maxilla Mandible Malar Nasal Vomen Turbinate Cacrimal Palatal - 2 1 2 2 2 14 Sternum 1 Rusuk 24 Betul Palsu Terapung - 7 psg 3 psg 2 psg 12 psg Tulang belakang 33 Cervikal Thorasik Lumbar Sakrum Koksiks - 7 12 5 5 4
TENGKORAK
TULANG BELAKANG (33 Ruas) 7 - Serviks 12 - Toreks 5 - Lumbar 5 - Sakrum 4 - Koksiks (rawan tulang terdapat di antara vertabra, servikal, toraks dan lumbar) TULANG RUSUK (12 Pasang) 1– 7 Tulang rusuk benar (bersambung terus ke sternum) 8 – 10 Tulang rusuk bercantum 11 – 12 Tulang rusuk tergantung
Tulang Belakang ( Vertebra ) Atlas Serviks Toreks Lumbar Sakrum Koksik
• Tulang klavikel ANGGOTA ATAS • Tulang Lengan Atas (Humerus) • Tulang Lengan Bawah (Radius/Ulna) • Tulang Tangan - 8 - Karpus 5 - Metakarpus 14 - Jari ANGGOTA BAWAH • Tulang Femur • Tulang Patela • Tulang Tibia dan Fibula • Tulang Kaki - 7 - Tarsus 5 - Metatarsus 14 - Jari
GAMBARAJAH RANGKA MANUSIA Tengkorak Tulang leher Klavikel Skapula Humerus Pelvis Sternum Rusuk Lumbar Radius Ulna Karpus Metakarpus Falanges Femur Patela Tibia Fibula Tarsus Metatarsus