ALATALAT Co RT IV AMNI ANNASUHAH BINTI AWANG
ALAT-ALAT Co. RT IV AMNI ANNASUHAH BINTI AWANG IBRAHIM
Co. RT? Apakah faedahnya? Co. RT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust” Dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral yang dicipta oleh Edward De Bono Faedah penggunaan alat-alat Co. RT termasuklah: menggalak seseorang berfikir lebih luas. mewujudkan ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif. membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. mewujudkan pemikiran yang tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru. melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara teliti. mencetuskan idea-idea baharu dan cara-cara berbeza melakukan sesuatu.
YA, TIDAK, PO BATU LONCATAN PENILAIAN KEPERLUAN Co. RT IV SINGKIRKAN KECACATAN INPUT RAWAK CABARAN KONSEP TAKRIFAN MASALAH IDEA DOMINAN
Alat yang digunakan dalam mengenalpasti keperluan sesuatu perkara KEPERLUAN (REQUIREMENTS) Alat ini menentukan perkara yang penting dan yang tidak penting Contoh: Keperluan bagi seorang pelajar yang gagal dalam subjek matematik ialah: >melakukan latihan matematik setiap hari > Kurangkan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak dan bermain permainan video
CONTOH : menggabungkan idea kuih-muih yang berintikan lauk seperti pau kari daging : kuih berlauk GABUNGAN Mencantum beberapa elemen yang berbeza fungsi, saiz dalam satu kombinasi
Takrifkan masalah v Alat yang digunakan bagi mengetahui sesuatu masalah v Boleh menggunakan kaedah 5 W 1 H v Selepas mengetahui masalah tersebut maka selesaikan v CONTOH: v Masalah : Remaja yang tinggal berjauhan daripada ahli keluarga lain mampu menyebabkan emosi remaja itu tidak stabil. v Penyelesaian : Remaja perlu pergi ke sesi kaunseling supaya dapat meluahkan segala perasaan dan emosi yang tersimpan dalam hati mereka.
Batu loncatan Sama seperti PO, batu loncatan digunakan untuk meneroka idea yang asli dan baru Idea-idea yang seperti tidak logik dijadikan sebagai Batu loncatan bagi menghasilkan idea yang baru CONTOH : PO: kedua-dua pelajar perlu menang dalam pertandingan lumba lari Idea ini mungkin tidak logik tetapi boleh dijadikan batu loncatan Maka pertandingan lumba lari itu dibahagikan kepada dua pusingan jadi kedua-dua pelajar itu boleh menang
Alat untuk memberi wajah baru kepada semua perkara konsep di sekeliling kita Mencabar konsep iaitu konsep tradisi atau lama diubah menjadi kerangka baru berdasarkan perubahan persekitaran CABARAN KONSEP Contoh : Nasi lemak berlauk ayam goreng berempah untuk makan tengah hari Konsep: Nasi lemak selalunya dimakan bersama telur pada masa sarapan
Ø Jika sesuatu perkara itu benar atau betul maka , ‘YA’ Ø Jika sesuatu perkara itu salah atau tidak benar maka, ‘TIDAK’ Ø Jika sesuatu perkara itu dianggap khayalan, idea atau pemikiran kreatif (menilai sesuatu yang mempunyai kemungkinan betul dan kemungkinan salah) maka, ‘PO’ Ø Ya, Tidak dan PO ialah perkataan kritis dan kreatif Ø Fakta dapat dinyatakan sebagai Ya dan Tidak kerana telah kukuh Ø PO adalah alat untuk meneroka idea yang asli dan baru YA TIDAK PO CONTOH: Ø Kamera digunakan untuk mengambil gambar , YA Ø Kamera digunakan sebagai mikrofon , TIDAK Ø Straw digunakan sebagai alatan muzik, PO
Idea dominan • Alat yang digunakan bagi mengenalpasti idea yang penting • Idea yang penting atau dominan merupakan sesuatu perkara, benda, peristiwa dan rancangan • Lebih baik untuk mengelak daripada mempunyai satu idea dominan dan mula memikirkan idea baru • CONTOH: • IDEA: Jalan digunakan oleh kenderaan yang mempunyai enjin seperti kereta • PERUBAHAN IDEA: Jalan digunakan oleh semua kenderaan beroda seperti kereta dan basikal
Mengasingkan masalah Alat yang digunakan untuk mengenalpasti kecacatan, kelemahan dan kekurangan dalam sesuatu perkara CONTOH: Kecacatan : Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran kerana malas belajar dan masalah peribadi. Penyelesaian : Guru perlu berjumpa dengan pelajar berkenaan dan menasihati pelajar itu dan mendengar masalah pelajar itu.
Alat menggunakan kata nama, kata kerja dan kata sifat bagi menerbitkan idea yang kreatif Contoh: Buku PO Durian Buku dicipta mempunyai pangsa seperti durian, setiap bab disimpan dalam pangsa berasingan Mempunyai suku kata PO ditengah-tengah dan diapit sekurangnya dua perkataa yang berbeza makna INPUT RAWAK Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan bagi menghasilkan idea baru Contoh mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan: setiap bab dalam buku boleh diceraikan dimasukkan dalam kotak
Menilai jika sesuatu idea boleh dilaksanakan dan kelebihan serta kekurangan idea itu Alat ini digunakan untuk membuat analisis terhadap sesuatu perkara seperti fungsi dan sebagainya PENILAIAN (EVOLUTIONS) CONTOH: Bagi mengatasi masalah buta IT, banyak Kelas Komputer yang telah diwujudkan Mengesan unsur-unsur yang mendatangkan kebaikan
RUJUKAN Ø https: //www. slideshare. net/nazarinanawawi/edward-de-bono Ø https: //www. youtube. com/watch? v=o. Gnz. CRc. A 3 -w
- Slides: 15