ALATALAT BERFIKIR CORT IV DISEDIAKAN OLEH ESTHER NGOOI
ALAT-ALAT BERFIKIR CORT IV DISEDIAKAN OLEH : ESTHER NGOOI LEE J 1. 5
Pengenalan Alat-alat CORT IV (Pemikiran Kreatif) v Menggalakkan seseorang berfikir lebih luas v Membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan v Pemikiran lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru v Terdapat 10 teknik Co. RT IV
Memperkenalkan konsep po q. Po- Digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru dan cara baru mengkaji sesuatu q. Berasal dari perkataan poetry(puisi)- Idea-idea ganjil yang dicantum untuk mencapai kesan q. Supposition (andaian) dan hipotesis-Idea-idea yang belum dibukti merangsang pemikiran selanjutnya
1. YA, TIDAK DAN PO v YA, TIDAK DAN PO adalah perkataan yang bersifat kritis dan kreatif. Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK. Ia tetap mantap dan kukuh. Tidak dapat diubah dan dipinda. PO ialah suku kata keramat yang boleh menggerakkan pemikiran kreatif. Dengan menggunakan PO, kita akan meneroka pelbagai kemungkinan. v Kalau sesuatu benar atau betul, kata YA. Kalau sesuatu salah atau palsu, kata TIDAK. Kalau anda menganggap sesuatu sebagai idea, khayalan atau cadangan kreatif, kata PO.
CONTOH: v. Kamera digunakan untuk mengambil foto. Jawapan: YA v. Kamera digunakan untuk membuat panggilan. Jawapan: TIDAK v. Telefon digunakan sebagai kamera untuk mengambil foto dan membuat panggilan. Jawapan: PO
2. Batu Loncatan (Stepping Stone) Penerangan, Kaedah & Contoh- Idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan untuk mendapat idea (kreatif) baru. PO : Kedua-dua pelajar mesti memenangi acara baling gasing. Idea ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: bahagikan acara kepada dua pusingan maka kedua-dua pelajar boleh menang. v Po dan Batu Loncatan ialah alat yang diguna untuk meneroka idea yang asli dan baru. Batu Loncatan akan diguna untuk melonjakkan PO ke suatu kawasan baru yang lebih aktif dan produktif. Po diguna sebagai alasan untuk keluar daripada idea lama seperti: v Sesuatu idea diterbalikkan maksudnya v Sesuatu idea diperbesarkan v Sesuatu idea dipinda maksudnya v Sesuatu idea khayalan dan tidak logik
3. Input Rawak (Random Input) v Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru v Sebagai contoh : 1) Setiap bab dalam buku boleh diceraikan dan boleh disimpan dalam kotak kosong. 2) Satu set televisyen yang mengandungi beberapa set skrin kecil yang boleh ditonton serentak dalam satu masa. v Input Rawak adalah alat yang menggunakan sama ada kata nama, kata sifat atau kata kerja untuk menerbitkan idea yang kreatif. Kata-kata yang dipilih merupakan kata-kata yang tidak ada kaitanlangsung dengan sesuatu masalah dan keputusan yang hendak dibuat. Seterunya, boleh dipilih menerusi pelbagai cara seperti mengguna kamus dan keratin akhbar.
4. Cabaran Konsep (Concept Challenge) 1. Nasi Lemak berlauk ayam atau ikan untuk makan pagi dan tengah hari. contoh 2. Pasar raya besar dengan pelbagai kiosk seperti bank, telefon dan alat elektrik. • memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk membuat sesuatu. • Berkaitan dengan pelbagai konsep di sekeliling kita. • Mencabar konsep bermaksud konsep lama diubah kepada satu kerangka yang baru berdasar perubahan persekitaran yang baru. Konsep bersifat tipikal dan stereotaip perlu diberi dimensi baru agar ia lebih sesuai dengan norma dan sosiobudaya semasa.
5. Idea Dominan (Dominant Idea) Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea ini dan mencari idea-idea baru. Idea dominan bagi sesuatu kursus: amali. Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai murni , banyakkan dorongan serta cadangan untuk mencapai kejayaan dalam kursus tersebut Contoh: Idea: Jalan raya digunakan oleh kenderaan beroda. Perubahan idea: Tram juga menggunakan jalan raya bersama-sama dengan kenderaan lain. q Alat yang digunakan untuk mengenal pasti idea dominan. Boleh dikatakan idea dominan merupakan tulang belakang sesuatu perkara, benda, peristiwa dan rancangan.
6. Takrifkan masalah (Define the Problems ) q Takrifkan masalah dengan tepat. Masalah hidup di asrama banyak gangguan emosi Penyelesaian: sesi kaunseling dengan pelajar yang mengalami masalah emosi. q. Takrifkan masalah dengan tepat. q. Boleh menggunakan 5 W 1 H untuk mentakrifkan masalah.
7. Singkirkan kecacatan ( Remove faults) • Kenal pasti semua kecacatan yang ada dan menyingkirkan kecacatan berkenaan Sebagai Contoh: • Kecacatan: Masalah guru yang lambat atau tidak masuk mengajar dalam kelas • Penyelesaian: Guru besar membuat mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu mengajar.
8. Kombinasi ( Combination) Ø Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah. Ø Gabungan idea kuih dan sambal daging : kuih cara berlauk Contoh Lain : Ø Motor dan Pengukur kelapa= Mesin Pengukur Kelapa Ø Telefon dan Kamera= Telefon Pintar
9. Keperluan (Requirements) ü Alat yang digunakan untuk mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea dibentuk menepati keperluan-keperluan berkenaan. ü Idea yang tidak menepati keperluan sesuatu situasi adalah tidak berguna. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dibentuk dapat menepati keperluan berkenaan. Contohnya : ü Keperluan pelajar yang berpindah sekolah: Bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baru, menanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas. ü Keperluan guru permulaan: menguasai mata pelajaran yang diajar, mengajar dengan berkesan, dapat bergaul dengan rakan-rakan sejawat dan dihormati oleh murid-muridnya.
10. Penilaian ( Evaluation) o Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada dipenuhi dan apa kelemahannya. o Alat ini diguna untuk membuat analisis terhadap sesuatu perkara sama ada berfungsi, berkesan dan menyakinkan. Dengan alat ini, kita boleh mengesan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita. Sebagai contoh: o Untuk mengatasi masalah buta IT, kelas komputer dijalankan kerana menepati keperluan. o Keperluan: Zaman berteknologi tinggi, negara semakin maju, melahirkan ramai rakyat yang bercelik IT.
Rumusan Pemikiran kreatif dalam Co. RT IV memfokus kepada usaha membantu dan meningkatkan pemikiran daya kreativiti diri. Berfikir kreatif akan mendedahkan hidup dengan pelbagai peluang, dimensi dan perspektif baru dan asli. Co. RT IV adalah suatu teknik permainan minda yang mudah dan menarik. Hasil daripada permainan ini akan terbit idea yang kreatif dalam kalangan murid. Menurut Ainon dan Abdullah (1999) , apabila kita berfikir dengan menggunakan stail kreatif, matlamat berfikir adalah untuk menerbit pelbagai konsep, idea dan caranya.
- Slides: 15