ABXS 1103 PENGANTAR SAINS SOSIAL M ELANGKO AL
ABXS 1103 PENGANTAR SAINS SOSIAL M. ELANGKO A/L MUNIANDY IPG KAMPUS PULAU PINANG elangko 2003@gmail. com 014 -9044559
TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA SAINS SOSIAL Sains sosial merupakan kaedah ilmiah yang mengkaji hubungan rumit dan kompleks antara manusia. Pada peringkat awal bidang sains sosial hanya merangkumi disiplin ekonomi, politik dan sejarah tetapi pada penghujung kurun ke-19, ia meliputi cabang yang lebih khusus seperti antropologi, sosiologi dan psikologi. Tumpuan utama sains sosial ialah manusia dalam kerangka kehidupan sosial dan organisasi sosial yang menentukan tingkah lakunya dalam masyarakat (Hunt&Colander, 2005)
Sebagai bidang ilmiah, sains sosial mempunyai asas yang logikal, bukti yang kukuh dalam menghuraikan sesuatu fenomena sosial. Fenomena sosial berbeza mengikut zaman dan tempat. Contoh : Sambutan perayaan di Malaysia. Sains tulen menganggap sains sosial bukan sains tulen kerana kaedah pembuktiannya tidak setegas sains tulen. Pengetahuan merupakan khazanah tentang budaya manusia dan pemahamannya tentang alam sekitar. Pengetahuan juga merupakan timbunan pengalaman manusia dalam bentuk tulisan, riwayat lisan, mitos dan lagenda.
Perolehan maklumat merupakan proses semula jadi kerana manusia mempunyai daya untuk berfikir dan menaakul. Menaakul ialah melihat sesuatu dalam konteks yang logikal. Ia membezakannya dengan haiwan. Ia menjadi pendorong kepada kemajuan manusia. Ciptaan sains dan teknologi adalah bertujuan untuk memudahkan kehidupan manusia. Cth: Telefon pintar. Pengetahuan melibatkan 2 proses iaitu memahami dan meramal. Cth: banjir dan tsunami Sumber pengetahuan diperolehi daripada autoriti, tradisi dan pemerhatian. Cth: Guru, pantang larang, tanah runtuh.
TOPIK 2: PERMULAAN SAINS SOSIAL DI BARAT v Zaman Pertengahan (The Middle Ages(476 -1453) Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana tiada kebebasan bersuara dan kezaliman dalam masyarakat feudal. Bangsawan atau aristokrat Clergy atau petugas gereja Serf atau hamba
Tradisi ilmu di zaman ini dibina oleh golongan agamawan dan bersifat teleologikal ( bersifat serkular dimana sebab sesuatu fenomena sosial ada kesannya terhadap fenomena lain). Kepercayaan bahawa Tuhan adalah sumber segala ilmu. Penaakulan tidak wajar dan tidak boleh dilakukan kerana dianggap salah dari segi agama dan boleh dianggap sebagai ajaran sesat. Cth : basuh kaki sebelum masuk rumah. Tujuan tradisi ilmu adalah untuk kepentingan golongan bangsawan. Tradisi ilmu ini dibina berdasarkan penjelasan oleh ilmuan-agama dan tidak menggalakkan pemikiran kritikal.
Tradisi ilmu di zaman ini dibina oleh golongan agamawan dan bersifat teleologikal ( bersifat serkular dimana sebab sesuatu fenomena sosial ada kesannya terhadap fenomena lain). Kepercayaan bahawa Tuhan adalah sumber segala ilmu. Penaakulan tidak wajar dan tidak boleh dilakukan kerana dianggap salah dari segi agama dan boleh dianggap sebagai ajaran sesat. Cth : basuh kaki sebelum masuk rumah. Tujuan tradisi ilmu adalah untuk kepentingan golongan bangsawan. Tradisi ilmu ini dibina berdasarkan penjelasan oleh ilmuan-agama dan tidak menggalakkan pemikiran kritikal.
Zaman Kebangkitan Semula (Renaissance (14501650) Sistem feudal terus kekal dalam zaman ini. Benua Amerika Utara dan Selatan dan laluan Tanjung Harapan ditemui oleh penjajah Eropah di zaman ini Kejatuhan Melaka di tangan Portugis, Indonesia di tangan Belanda dan India di tangan Inggeris. Berlakunya pertembungan antara Eropah dengan empayar Islam. Golongan gereja mula dipersoalkan. Rasionalisme berpendapat semua pengetahuan boleh dihuraikan secara logikal. Ahli fikir seperti Descartes, Spinoza dan Leibniz menekankan perlunya mengambil kira keupayaan manusia berfikir dan membuat penaakulan
Zaman ini membawa perubahan dalam pelbagai bidang seperti sastera, sistem sosial dan politik. Zaman Pecerahan (1650 -1800) v Falsafah rasional menjadi dominan dalam zaman ini. v Zaman mengakhiri kuasa dan dominasi gereja Katolik. v Pemikiran kritis dan kreatif v Gerakan intelektual memartabatkan sains dan rasionalisme Tokoh – Rousseau, Montequieu
- Slides: 9