ABXS 1103 PENGANTAR SAINS SOSIAL M ELANGKO AL
ABXS 1103 PENGANTAR SAINS SOSIAL M. ELANGKO A/L MUNIANDY IPG KAMPUS PULAU PINANG elangko 2003@gmail. com 014 -9044559
TOPIK 3: PEMIKIRAN SOSIAL KLASIK Revolusi Pertanian dan Revolusi Industri menyebabkan ekonomi Eropah berasaskan pertanian dan perdagangan bertukar menjadi ekonomi industri. Ini melahirkan masyarakat kapitalis industri dan migrasi ke bandar secara besar-besaran. Proses urbanisasi membawa perubahan institusi sosial asas seperti politik, keluarga, agama dan pendidikan. Perkembangan industri telah memberi peluang pekerjaan di kilang-kilang di bandar. Kemajuan industri dan bandar mengakibatkan pelbagai masalah sosial seperti masalah upah, perumahan, persekitaran kerja, kesihatan dan jenayah.
ALIRAN PEMIKIRAN SAINS SOSIAL ROMANTISME Aliran ini menekankan emosi sebagai sumber pengalaman estetik. Ia mengangkat seni dan adat tradisional ke tahap yang tinggi dan mulia. Ahli-ahli antropologi dan sosiologi yang terpengaruh dengan aliran ini mengaitkan hubungan rapat antara manusia dan budaya dalam penulisan mereka. Contoh ahli antropologi ; Frazer (Golden Bough) dan Tylor (Primitive Culture)
ALIRAN PEMIKIRAN SAINS SOSIAL - POSTIVISME Bapa aliaran ini ialah Auguste Combe (1798 -1857) Menganggap pengetahuan yang diperolehi daripada pancaindera yang dibuktikan kesahihannya adalah pengetahuan sebenar. Aliran ini berpendapat kaedah sains fizikal merupakan cara yang tepat untuk mempengaruhi pengetahuan. Contoh ahli pemikir ; Emile Durkheim (1858 -1917)
ALIRAN PEMIKIRAN SAINS SOSIAL – HISTORICAL MATERIALISM Bapa aliaran ini ialah Karl Marx (1818 -1883) Menganggap ekonomi adalah penyebab fenomena sosial. Aliran ini merupakan asas teori konflik Contoh ahli pemikir ; Abercrombie dan Turner asas
TOPIK 4 : PEMIKIRAN KONTEMPORARI SAINS SOSIAL DI BARAT Pemikiran kontemporari sains sosial adalah pengaruh daripada tokoh-tokoh awal kurun ke-20. Sains sosial masa kini menggunakan kaedah penyelidikan yang objektif. Antara disiplin sains sosial ialah antropologi, sosiologi, psikologi dan sains politik. Tokoh-tokoh pemikiran boleh digolong dalam 3 teori iaitu Fungsionalis, Konflik dan Interaksionis. Perspektif Fungsionalis menganggap masyarakat sebagai organisma hidup. Tokoh Fungsionalis ; Robert Merton, Bronislaw Malinowski
TOPIK 4 : PEMIKIRAN KONTEMPORARI SAINS SOSIAL DI BARAT Perspektif konflik melihat konflik sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Contoh konflik – pilihanraya, hak sivil, peperangan Contoh ahli Konflik : Horkheimer, Adorno, Marcuse Perspektif interaksionis melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau entiti. Interaksionis melihat hubungan dalam kelompok sahabat, tempat kerja dan interaksi dalam keluarga. Contoh interaksionis : Charles Horton, George Herbet
TOPIK 5 : PEMIKIRAN SAINS SOSIAL ISLAM Pemikiran sains sosial Islam tergolong dalam Zaman Klasik, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden. Zaman Klasik berasaskan al-uran dan Sunnah Nabi. Zaman Pertengahan mula mementingkan kebendaan. Di zaman ini muncul Ibn Khaldun. Zaman Moden bermula selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah.
TOPIK 6 : BAHAN KAJIAN SAINS SOSIAL Pemikiran sains sosial menegaskan bahawa nilai kerjasama, hormat-menghormati serta kebebasan adalah penting bagi kemajuan masyarakat. Pandangan ini menganggap hidup masyarakat adalah satu perkongsian dan manusia sebagai agen perubahan. Ada juga pandangan bahawa pembangunan perlu berpaksikan kepada kesejahteraan manusia.
TOPIK 7 : METODOLOGI SAINS SOSIAL Institusi sosial – pendidikan, sistem politik, agama dan kekeluargaan Struktur sosial merupakan pola interaksi yang membentuk budaya Organisasi sosial merupakan susunan kerja sesuatu masyarakat Budaya merupakan kepercayaan, adat resam dan undang-undang manusia Nilai sosial merupakan nilai dan norma dalam masyarakat.
- Slides: 10