1 SIMPULAN BAHASA 2 PERUMPAMAAN 3 PEPATAH 4

1. SIMPULAN BAHASA 2. PERUMPAMAAN 3. PEPATAH 4. BIDALAN

SIMPULAN BAHASA 1. Lintah darat Maksud : Orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikan

2. Mata petai Maksud : Mata yang tidak dapat melihat dengan betul atau jelas

3. Membuka jalan Maksud : Memberikan peluang untuk tindakan seterusnya.

4. Membuka tembelang Maksud : Mendedahkan rahsia seseorang

5. Memeras keringat Maksud : Bekerja kuat

6. Memeras otak Maksud : Berfikir atau belajar dengan kuat.

7. Menghisap darah Maksud : Orang yang suka memeras orang lain.

8. Naik angin Maksud : Tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah.

9. Nyawa-nyawa ikan Maksud : Hampir mati

10. Nyiur gading Maksud : Anak gadis yang comel-comel.

11. Otak minyak Maksud : Pandai

12. Otak udang Maksud : Bodoh

13. Patah kandar Maksud : Hilang tempat bergantung

14. Putih hati Maksud : Baik hati ; jujur

15. Putih mata Maksud : Kecewa; mendapat malu

PERUMPAMAAN 1. Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain Maksud : Orang yang suka membesarkan perkara yang kecil.

2. Seperti melukut di tepi gantang Maksud : Seseorang yang dipandang ringan oleh orang lain kerana tidak berkuasa

3. Seperti meluruskan ekor beruk Maksud : Melakukan kerja yang sia-sia

PEPATAH 1. Ikut hati mati, ikut rasa binasa Maksud : Orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.

2. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Maksud : Selalu waspada dan hati

3. Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya Maksud : Janji mesti ditepati

BIDALAN 1. Direndam tak basah Maksud : Sesuatu yang sangat sukar dikalahkan

2. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar Maksud : Berhati-hati ketika memperkatakan sesuatu

3. Hati hendak semua jadi Maksud : Jika ada kemahuan, semua perkara dapat dikerjakan.

4. Orang pemalas susah makan Maksud : Orang yang malas bekerja, maka kehidupannya susah.
- Slides: 26