1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1 1 Asalusul
1. SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1. 1. Asal-usul Bahasa Melayu
Calon seharusnya dapat : q q menjelaskan asal usul bahasa melayu menerangkan konsep melayu mengelompokkan bahasa mengikut rumpun, keluarga, atau subkeluarga menjelaskan hipotesis tentang tempat asal bahasa melayu.
1. 1. 1 : KONSEP MELAYU 1. 1. 2 : SALASILAH BAHASA MELAYU 1. 1. 3 HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU
Definisi “Melayu” daripada segi Etimologi
Definisi “Melayu” Berdasarkan Bangsa v. Sudut Luas: Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang ada di Kepulauan Melayu (Polinesia, Melanesia dan Mikronesia) v UNESCO: Istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Madagaskar. v Pengertian Melayu merujuk kepada penutur asli : o Kawasan Semenanjung Malaysia, Pantai Barat Sabah, Sarawak dan Brunei. o Pantai Timur Sumatera. o Sepanjang Pantai Kalimantan Barat, Selatan, dan Timur. o Riau, Lingga, Bangka, Natuna, Belitung dan Banda. o Kawasan Selatan Thailand (Pattani). o Sri Lanka, Madagaskar, dan Afrika Selatan. v Di Malaysia : termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. o Seseorang di takrifkan sebagai bangsa Melayu apabila dapat bercakap dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan Beragama Islam. o Jika mereka murtad atau bertukar kewarganegaraan maka taraf “Melayu” akan hilang.
SALASILAH BAHASA MELAYU
RAJAH SALASILAH BAHASA Filum Bahasa Austrik/Austris § Menguasai hampir separuh benua Asia. Rumpun Austronesia § Bahasa Nusantara (Polinesia, Melanesia, Mikronesia). Rumpun Austroasia § Bahasa Khasi (Nicobar, Mon, Khmer dan Munda) Rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia). Keluarga Indonesia (Keluarga Nusantara). Subkeluarga Indonesia Pusat. Rumpun Cina-Tibet § Bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam. Rumpun Austronesia Timur (Ocenesia). Keluarga Melanesia. (Kepulauan Fiji, Irian, New Guinea). Subkeluarga Filipina-Formosa. Keluarga Mikronesia. (Kepulauan Marianna, Gilbert). Keluarga Polinesia. (Hawaii, Tonga, Kepulauan Easter).
v Istilah Austronesia : Bahasa Latin “Austro” (selatan), Bahasa Yunani “Nesos” (pulau). v Bahasa Austronesia : Bahasa-bahasa di Pulau Selatan. v Sebelum istilah Austronesia, istilah yang di gunakan ialah Melayu-Polinesia. Kelompok Filipina-Formosa : ü Bahasa-bahasa Filipina, Bahasa-Bahasa Bumiputera di Sabah, Brunei, KECUALI bahasa Melayu dan Bahasa Lun Dayeh. Kelompok Indonesia Pusat : ü Bahasa Melayu, Bahasa-bahasa Bumiputera di Sarawak, Kalimantan Dan di Kepulauan Indonesia. Keluarga Nusantara : ü Formosa (Utara), Maluku (Timur), Pulau Timur (Selatan), Madagaskar (Barat). ü Bahasa Melayu Terdiri daripada Bahasa Nusantara. Ia mempunyai 200 -300 bahasa.
BAHASA MELAYU MEMPUNYAI : 4 PERINGKAT BAHASA MELAYU PURBA BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu moden (berasal) Bahasa Melayu Klasik (berasal) Bahasa Melayu Induk BAHASA MELAYU KLASIK PENDAPAT ASMAH HAJI OMAR BAHASA MELAYU MODEN v Kesimpulannya, Bahasa Melayu moden berasal Daripada Bahasa Melayu Purba yang di tuturkan Oleh Kelompok Melayu Deutro.
1. 1. 3 : HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU KAWASAN ASIA TENGAH MELAYU PROTO v Orang Melayu berpindah Randah dari Utara ke Selatan. Mereka berasal Dari kawasan Selatan China(Yunan), Assam (Burma), Champa (Selatan China). v Berlaku dalam 2 kumpulan. • Berhijrah ke Nusantara (2500 tahun SM) • Hidup berpindah randah, pandai Membuat alat Bercucuk tanam, alat perhiasan. • Di kenali sebagai Zaman Neolitik. • Dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin dan diperkukuhkan oleh R. H. Geldern. • Melalui kajian Geldern terhadap beliung² batu bersegi panjang, didapati kapak² yang diperbuat daripada batu terdapat di beberapa kawasan Anataranya disekitar Hulu Sungai Brahma Putra dan Sungai Irrawadi. • Kesimpulannya, Beliung² batu tersebut telah dibawa oleh Orang² Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
MELAYU DEUTRO • • Berhijrah ke Nusantara (1500 tahun SM). Datang dari Daerah Yunan (Selatan China). Dikenali sebagai Zaman Logam. Membuat alat perburuan dan Pertanian daripada besi. Juga pandai dalam bidang Astronomi dan Pelayaran. Hidup di tepi pantai dan kemudian bersebar di Kepulauan Melayu. Kumpulan ini menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan Pedalaman (hutan dan pergunungan). • Menetap di kawasan Persisiran Pantai dan hidup sebagai Nelayan. • Pandai bermasyarakat : ü Berlayar ke Pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya Berkembang menjadi Bangsa Melayu dan Bangsa Indonesia yang sekarang. • J. R. Logan membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia. • Berpendapat bahawa wujud persamaan antara adat resam Kaum Melayu dengan adat resam Kaum Naga di Assam (Burma). • G. K. Nieman dan R. M. Clark membuat kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang Bangsa Melayu. • Ia turut disokong oleh Sarjana Melayu : ü Asmah Haji Omar (Malaysia) : Penghijrahan Orang Melayu tidak berlaku sekali gus dan tidak melalui jalan yang sama. ü Slamet Muljana (Indonesia) : Bahasa Austronesia yang didalamnya Termasuk Bahasa Melayu dari Daratan Asia.
…sambungan… o Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan ü ü banyak keraguan. Tarikh : Penghijrahan kumpulan Melayu Deutro di katakan berlaku pada 1500 SM, sedangkan kajian arkeologi mendapati manusia moden telah Wujud di Kepulauan Melayu sejak 35000 tahun yang lalu. Warna Kulit : Bangsa Melayu (Thailand Selatan, Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina Selatan) berkulit coklat manakala bangsa Asia Tengah (China di Timur, India di Barat) berkulit cerah, juga berbeza dari segi kebudayaan dan bahasa. Artifak : Beliung batu digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia Misalnya di Amerika dan Eropah. Bahasa : Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet.
KAWASAN NUSANTARA v Pengkaji mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia beserta dengan buktinya : (Sumatera, Jawa, Formosa, Melanesia, New Guinea, Filipina) ØMelalui kajian bahasa (Selatan Asia) menunjukkan bahawa Bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan Kekerabatan (induknya ialah bahasa Austronesia). Ø C. A. Mees berpendapat bahawa bahasa-bahasa daripada Rumpun Austronesia mempunyai persamaan dari segi Perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Penutur bahasa dikatakan berpusat di persisir pantai di Kepulauan Melayu dan kemudian mereka membawa bahasa Tersebut ke barat hingga ke Madagaskar (Lautan Hindi) Dan ke timur hingga ke Pulau Easter (Lautan Pasifik).
v William Marsden berpendapat bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia. Ianya tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. v Isidore Dyen pula berpendapat orang Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia. Dalam buku Linguistik Bandingan Historis karya Gorys Keraf pula menyatakan bahawa orang Melayu sudah sedia ada di. Kepulauan Melayu. Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia adalah di Indonesia dan Filipina. v Menurut John Crawford, seorang Sarjana Inggeris, tempat asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. v Ini turut disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu. Sebagai buktinya, penemuan fosil manusia menunjukkan bahawa manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.
v Kajian terhadap tengkorak manusia menunjukkan bahawa usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua berbanding yang ditemukan di Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara. v Hal ini juga dapat diselidiki dari sudut geografi. Nusantara da Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah dihuni manusia. Daratan Nusantara (Pentas Sunda) manakala Australia (Pentas Sahul). v Pencairan Glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau. Pentas Sunda berpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia. Manakala, Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea. v Hal ini menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke daratan yang lain. Kesimpulannya, perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara.
- Slides: 15