1 2 OBJEKTIF Pelajar dapat mengenal pasti Elemen
1
2 OBJEKTIF Pelajar dapat mengenal pasti: • Elemen kata nama • Ciri kata nama • Jenis kata nama • Pembentukan kata nama
3 GOLONGAN KATA NAMA KATA ADJEKTIF KATA TUGAS KATA KERJA
4 KATA NAMA Nama Gelaran: Dato’ Seri, Datuk/Dato’, Encik, Tuan, Puan, Tun, Toh Puan, Wan, Nik, Cikgu, Tuan Guru, Tuan Haji… Kata Bilangan: satu, lima, sembilan, kedua, ketujuh, beberapa, semua, setengah, sebahagian, segala… Kata Tanya: apa, siapa, bagaimana, di mana, bila… Penj. Bilangan: sisir, biji, buah, sikat, jambak, kuntum, pucuk… Kata Ganti Nama: saya, aku, beta, kita, kami, tuan, puan, kamu, engkau, beliau, mereka, nya, dia, anda… Kata Tunjuk: ini, itu Kata Arah: atas, bawah, hadapan, belakang, kiri, kanan, barat, timur, utara, samping, sudut…
5 KATA NAMA AM benda, perkara atau konsep yang umum hidup manusia tidak hidup bukan manusia konkrit emak kakak nelayan hospital institut perempuan duda bukan institusi mujarad gajah hantu rumah senyuman bunian buku bayangan pokok kancil batu kaca gagasan keadilan mula kata sendi dari, ke institusi kerajaan perbadanan sekolah mula kata bilangan satu, setiap, tiap-tiap mula kata sendi daripada, kepada
6 KATA NAMA KHAS rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda. institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat… hidup tidak hidup manusia bukan manusia Ibrahim Aminah Zainuddin Hayati Raden Inu Kartapati Hang Jebat Pak Belang Sang Kancil Lamri Mimosa Pudika Vanda Diana Siti Nurbaya Proton Perdana Melayu Dato’ Seri Tun Pasupati Universiti Putra Malaysia
7 KATA GANTI NAMA pengganti kata nama khas dan kata nama am Kata Ganti Nama Tunjuk ini (dekat) itu (jauh) Kata Ganti Nama Diri Tanya / Umum Kata Ganti Nama Diri Orang apa siapa mana anu bila Pertama Kedua Ketiga saya aku beta awak dia kamu ia engkau beliau bagaimana kita kalian mereka mengapa berapa kami ku anda mu baginda nya
8 KATA NAMA MENGIKUT JANTINA Golongan Lelaki Perempuan Datuk Zainuddin jantan pak cik pak lang bapak pria teruna duda Datin Hayati betina mak cik mak lang ibu wanita dara janda
9 CIRI KATA NAMA • Dalam ayat yang predikatnya kata kerja, nama berfungsi sebagai subjek, objek, dan pelengkap. • Nama dijadikan bentuk ingkar dengan kata bukan. • Nama lazimnya diikuti oleh kata adjektif atau dengan kata yang. • Inti kata nama boleh disertai kata penentu atau penerang. Contoh: - Perdana Menteri akan mengumumkan tema hari kebangsaan. - Putera itu menjadi sultan. - Yang manis itu bukan ubat. - Mahasiswi (yang) kedekut. - Kedua-dua orang isterinya yang cantik itu.
10 KATA NAMA Kata nama terjadi daripada golongan kata berikut: Nama Benda: penyapu, kertas, rumah, sungai, harimau… Nama Orang, Jawatan, Syarikat, Buku, Persatuan: Hang Jebat, Tun Seri Lanang, Perdana Menteri, Restoran Nelayan, Hikayat Panji Semerang, Portugal… Nama Tempat: Teluk Cempedak, Pantai Cahaya Bulan, Kota Kinabalu, Padang, Maninjau, Taman Negara, Pahang… Nama Perkara: keadilan, kebahagiaan, syurga, neraka, dosa, pahala, pengorbanan, kemiskinan…
11 KATA NAMA AM KATA NAMA: KATA NAMA KHAS KATA GANTI NAMA Sejumlah kata yang menjadi inti atau dasar FN, yang menggambarkan orang, tempat, benda dan konsep. Inti KN disertai oleh penentu dan penerang. Contoh: Kedua-dua orang (mahasiswi) yang cantik itu
12 BENTUK SAMA Lelaki Perempuan bayi budak murid pelajar mahasiswa pengantin lembu jantan ayam jantan bayi budak murid pelajar mahasiswa pengantin lembu betina ayam betina
13 PEMBENTUKAN KATA NAMA TUNGGAL KATA NAMA TERBITAN KATA NAMA TURUNAN/JADIAN KATA NAMA MAJMUK KATA NAMA GANDA
14 KATA NAMA TUNGGAL Morfem Bebas luluk rua dogma busana surya Penjodoh Bilangan Akronim seberkas lidi sebilah keris sebutir telur secubit garam sekuntum bunga cantuman huruf awal lain cantuman huruf dan suku kata ABIM ASEAN CUEPACS FIMA MARA INTAN cantuman suku kata awal cantuman bahagian awal dengan bahagian GAPENA jentolak KOBENA purata KEMENTAH TADIKA PEKEMAS KUGIRAN debunga asbut
15 KATA NAMA TERBITAN Awalan Akhiran Apitan Sisipan penugas penafsir pemvito pengkhayal pengetin pewarna pesakit pelayan perasap pertapa pelbagai kekasih kehendak jurunikah juruacara didikan tarikan mingguan ajaran hantaran pelaksanaan perundingan pelancongan pencapaian penghantaran perkilangan pertempuran pelajaran kemungkinan keseimbangan kedutaan kebahagiaan kebahasaan kerajaan telapak telapuk kelabut beliku keruping seruling ceracak kemuning kemuncup
16 KATA NAMA MAJMUK Kata yang terdiri daripada dua kata atau lebih, dan dikenali juga dengan nama kata majmuk namaan. Rangkai kata Bebas: guru besar, dini hari, Ketua Polis Negara, Setiausaha Politik, cita rasa… Istilah Khusus: uji kaji, reka bentuk, hukum alamiah, pesuruhjaya… Kiasan: buah hati, rumah haram, kaki bangku, mata keranjang, hidung belang…
17 PENGIMBUHAN KATA NAMA MAJMUK Awalan atau Akhiran penemu duga pereka bentuk daya serapan pemberitahu pereka tari linguistik terapan penyanyi pop perindu malam Apitan keibubapaan pesuratkhabaran penghawadinginan pemberitahuan kewarganegaraan ketidakadilan ketidakcukupan pengaturcaraan
18 JENIS KATA NAMA MAJMUK KATA NAMA + KATA NAMA meja komputer editor majalah KATA NAMA + KATA KERJA KATA NAMA + KATA ADJEKTIF rumah rehat bidan terjun guru besar rumah sakit Kata nama majmuk digunakan dalam situasi: Apa bendanya Tentang apa Bahagian mana Di mana Bila Sumber Hasil Tenaga Jenis kerja Pekerjaan Kegemaran Sukan Pertandingan _ - cawan kopi, meja tulis, pembuka botol bil telefon, novel remaja tingkat rumah, pagar kebun lorong kedai, pinggir desa, tepi kali berita harian, cuti sekolah pintu besi, tembok batu, kain sutera ikan sungai, telaga minyak, kilang padi enjin petrol, dapur minyak, lampu gas pusat pemasangan, rumah penyembelihan penyanyi pop, pekebun sayur perlawanan bola sepak, pertandingan ratu cantik sukan ski air peraduan kecantikan
19 KATA NAMA GANDA Gandaan Penuh Gandaan Separa Gandaan Bersisipan Gandaan Rentak Gandaan Bebas
20 GANDAAN PENUH Kata Nama Tunggal tanpa Imbuhan: -kakak, guru-guru, bangku-bangku, kakak isteri-isteri, kerusi-kerusi… Kata Nama Tunggal Berimbuhan: buah-buahan, bunga-bungaan, sayuran… Kata Nama Terbitan: pekerja-pekerja, perubahan-perubahan, aktiviti-aktiviti, seniman-seniman… Kata Nama Majmuk: menteri-menteri besar, naib-naib canselor, perdana-perdana menteri, guru-guru besar, mata-mata pelajaran…
21 GANDAAN SEPARA/SEBAHAGIAN Ciri: > kata nama tunggal > suku kata pertama sahaja yang digandakan > vokal suku kata yang digandakan menjadi e pepet Contoh: lelaki, lelemak, pepundi, lelangit, leluhur, geguli, lelabu, dedaun, wewenang, sesiku, kekacang, gegendang, bebudak, bebawang, rerama, bebenang, bebola, kekasih, beburung, bebalai, kekunang, rerambut, kekuda, lelabi, kekotak, sesiku, tetapi, sesungut, sesendal, pepenjuru, tetupai, tetangga, tetaji, tetamu, tetikus, tetumit…
22 GANDAAN RENTAK Ulangan Suku Kata Awal: warna-warni, desas-desus, tanah-tanih, batu-batan, bukit-bukau… Ulangan Suku Kata Akhir: sayur-mayur, lauk-pauk, kuih-muih, calar-balar, carut-marut, saki-baki… Ulangan Konsonan: gunung-ganang, lurah-larah, suku-sakat, semak-samun, tindak-tanduk…
23 GANDAAN BERSISIPAN Sisipan: em el er tali-temali gunung-gemunung awan-gemawan kelopak-kelopak serabut-serabut seruling-seruling GANDAAN BEBAS ipar-duai, ipar-lamai, pinang-lanang, mentua-taya, simpang-perenang…
24 MAKNA PENGGANDAAN KATA NAMA Penanda jamak: universiti-universiti, gunung-ganang, insan-insan, mahasiswa-mahasiswa… Penanda nama haiwan: rama-rama, lelabi, kunang-kunang, kura-kura… Penanda sama: kekuda, anak-anak… Penanda kepelbagaian: buah-buahan, lauk-pauk, bunga-bungaan… Penanda tak tentu: apa-apa, sesiapa, bila-bila, mana-mana…
25 KESIMPULAN • Kata nama ialah kata yang menjadi inti atau dasar frasa nama, yang menggambarkan orang, tempat, benda atau konsep • Pengisi kata nama ialah nama gelaran, kata bilangan, kata tanya, penjodoh bilangan, kata ganti nama, kata tunjuk, dan kata arah • Kata nama terbahagi tiga, iaitu kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama • Kata nama boleh dibentuk berasaskan kriteria kata nama tunggal dan kata nama turunan, iaitu kata nama yang mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
- Slides: 25